Pages

Wednesday, May 14, 2014

Sebiji atas biskut, 5 biji masuk ke mulut

Aktiviti bulan lepas. Buat pertama kalinya saya beri peluang anak-anak tolong buat biskut (tolong letak coklat atas biskut je pun..hehe..). Konon-kononnya nak bagi anak-anak rasa seronok dapat tolong ummi buat biskut. Rupa-rupanya....dua beradik ni lagi seronok makan coklat! :p

Sebiji coklat letak atas biskut, 5 biji masuk mulut, letak lagi sebiji atas biskut, masuk pula 5 biji dalam mulut. Haha....kerja yang sepatutnya ambil masa sekejap, jadi lama pula. Sudahnya, sayalah yang siapkan.


Bersilang-silang tangan.


Siapa nampak Raihannah, angkat tangan! Hihi...kesian Raihannah tak dapat tolong sekali. Kalau Raihannah join sekali, alamatnya habis biskut sebelum sempat dibakar :p


Rupa biskut sebelum dibakar. Selepas dibakar, tak ambil pun gambar. Buruk sangat rupanya...haha. Semak balik resipi, rupa-rupanya kena letak 6 keping sahaja atas dulang pembakar! Saya pergi letak 12 keping. Biskut jadi sekembang-kembangnya sampai penuh dulang. Bentuk biskut pun dah jadi empat segi. Huhu. Awatlah saya tak perasan arahan tu. Ingatkan biskut ni kembang sikit je macam biskut-biskut yang pernah saya buat >_<


Tak apalah, yang penting biskut tu habis licin dan anak-anak pun seronok (walaupun lebih seronok makan coklat :p)

Monday, April 21, 2014

Millie's Cookies

Projek awal bulan April. Terbaca status Facebook kakak senior yang kata biskut ni sedap. Terus minta resipi. Tengok bahan macam sedap. Nak buatnya pun tak susah. Anak-anak pasti suka. Alhamdulillah, tak sia-sia mencuba. Sedap! Biskutnya jenis lembut, bukan rangup. Rasanya seakan-akan Congo Bars. Cuma, garamnya agak terasa. Kalau buat lagi nanti kena kurangkan garam.


Millie's Cookies
sumber: Good Food

Ingredients:
    125g butter, softened
    100g light brown soft sugar
    125g caster sugar
    1 egg, lightly beaten
    1 tsp vanilla extract
    225g self-raising flour
    ½ tsp salt (lain kali nak letak 1/4 tsp sahaja)
    200g chocolate chips


Method:
  1. Preheat the oven to 180°C, gas mark 4
  2. Cream butter and sugars, once creamed, combine in the egg and vanilla.
  3. Sift in the flour and salt, then the chocolate chips.
  4. Roll into walnut size balls, for a more homemade look, or roll into a long, thick sausage shape and slice to make neater looking cookies.
  5. Place on ungreased baking paper. If you want to have the real Millies experience then bake for just 7 minutes, till the cookies are just setting - the cookies will be really doughy and delicious. Otherwise cook for 10 minutes until just golden round the edges.
  6. Take out of the oven and leave to harden for a minute before transferring to a wire cooling rack. These are great warm, and they also store well, if they don't all get eaten straight away!


Inilah Nadiah's Cookies....eh...Millie's Cookies saya ^_^


Nota: 
Saya buat 2 versi sebenarnya. Satu versi sedikit rangup, satu lagi lembut. Saya lebih suka yang rangup tapi silap besar saya simpan biskut yang rangup dengan lembut dalam bekas yang sama. Esoknya biskut yang rangup pun jadi lembut juga -_-"


Saturday, April 12, 2014

Nutella Bowl Cake

Dah lamaaaaaa simpan resipi Nutella Mug Cake tapi baru minggu lepas mencuba. Repinya sangat mudah tapi saya agak pesimis dengan tatacara membuat kek ni. Belum pernah sebelum ni buat kek guna microwave. Entah jadi entah tidak. Entah sedap entahkan tidak. Itu sahaja yang berlegar di kepala. Akhirnya, resipi tersimpan sampai 'berkulat'..hehe..

Minggu lepas tak tahu nak masak apa untuk minum petang. Bukanlah setiap hari saya buat juadah untuk kudapan petang tapi hari tu terasa nak buat sesuatu yang mudah. Korek balik resipi-resipi yang disimpan dalam folder komputer, ternampaklah Nutella Mug Cake. Bahan-bahan semua ada, maka bermulalah projeknya.


Walaupun rupanya tak menawan, rasanya sedap!
Resipi asal, namanya Nutella Mug Cake tapi disebabkan saya guna mangkuk, maka jadilah bowl cake. Memandai-mandai je tukar..hihi. Mug di rumah ni tak ada ditulis microwave safe, tak beranilah nak guna. Tu yang guna mangkuk.


Nutella Mug Cake
(tak ingat dari mana saya ambil resipi ni..huhu..)

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam mug besar.
  2. Kacau rata sampai sebati.
  3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 - 3 minit (saya masak selama 2 1/2 minit)
  4. Hiaskan dengan whipped cream atau ganache mengikut kesukaan (ni saya tak rajin nak buat :p)



Senaaaaaang sangat, kan? Tak rugi mencuba. Mudah dibuat, sedap dimakan ;)

Selamat mencuba!

Thursday, March 27, 2014

Congo Bars

Akibat kerap sangat tengok gambar Congo Bars di instagram, akhirnya terbuat juga di dapur sendiri ^_^. Tergoda tengok gambar Congo Bars. Google resipi, bahan yang digunakan tak banyak dan cara nak buatnya pun agak mudah. Mood baking datang, terus buat.

Tak sia-sia cuba. Sedap! Ikut resipi guna brown sugar tapi saya campur dengan granulated sugar sebabnya brown sugar di rumah memang tinggal sikit. Saya terperasan ada sebungkus lagi brown sugar yang belum dibuka. Rupanya benda lain yang dipandang...itu yang tak beli brown sugar..huhu..


Terliur tak tengok coklat tu? :p


Congo Bars
by Rachael Ray

Ingredients

    2 3/4 cups all-purpose flour
    2 1/2 teaspoons baking powder
    1 teaspoon salt
    2/3 cup butter, softened
    2 1/4 cups brown sugar
    3 eggs
    2 teaspoons vanilla
    2 1/2 cups chocolate chips

Makes 32-35 bars


Preparation
  1. Pre-heat the oven to 350°F.
  2. Sift the flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside. Combine the butter and sugar using a mixer until blended. Add the eggs, one at a time, to the sugar mixture, mixing on low in between each addition. Add the vanilla and mix. Add the flour and mix until combined. Stir in the chips.
  3. Coat a 9-inch x 13-inch pan with nonstick cooking spray and spread the batter evenly into the dish. Bake for 30 minutes, then cover the top with foil to avoid over-browning. Bake for another 10-15 minutes, or until a toothpick inserted in the middle comes out with moist crumbs. You will think they are under-done, but they aren't. Make sure you don’t overbake!

Selamat mencuba!


Friday, March 21, 2014

Spring has sprung!



Berbunga-bunga rasa hati tengok ada bunga yang dah berkembang ^_^. Musim bunga secara rasminya bermula semalam. Bunga ni tumbuh dalam minggu lepas kalau tak silap. Halusssss sangat bunganya tapi tetap rasa seronok. Al-maklumlah dah beberapa bulan tak tengok bunga..hehe..


Itulah saiz sebenar bunga. Kalau tak tengok ke bawah, memang tak perasan kewujudan bunga tu.



Note: Spring is definitely one of my favorite season! ^_^

Wednesday, March 19, 2014

Shakir 3 tahun!

Kalau 10 hari lepas ulangtahun kelahiran Raihannah, hari ni giliran Shakir pula ^_^. Ya, dua beradik ni berkongsi bulan kelahiran. Sabagai abang, dia bagi peluang Raihannah sambut hari lahir dulu. Hehe....ye sangatlah tu. Senang nak ingat tarikh lahir mereka berdua. Raihannah 9 Mac, Shakir 19 Mac. Cantik tarikhnya, kan? Macam berpakat pula dengan angka 9 tu :D.

Nak ditulis tentang Shakir, panjang berjela dibuatnya. Sampai esok pun tak habis. Banyak sangat akalnya. Selalu buat darah ummi mendidih...huhu. Tapi, dia jugalah penghibur hati. Dialah pelawak di rumah ni. Ada je perkara yang dibuat mencuit hati. Menyakat kak long dan Raihannah nombor satu.

Satu sikap yang terpuji, dia rajin. Diminta tolong pasti dibuat. Melainkan masa tu dia tengah malas....laju je jawab 'No' :p. Ada masa dia jawab je 'No', tapi dia tetap buat. Kadang-kadang tak disuruh pun dibuat juga. Kalau nampak papa dia angkut barang, dia pun nak tolong sama. Bersungguh-sungguh angkat walaupun berat. Cuci pinggan pun rajin juga. Standard budak 2 tahun lebih cuci pinggan...bukanlah bersih tapi inisiatif yang dilakukan tu yang memberi makna. Harapnya sampai ke besarlah dia rajin. Senang sikit ummi :p.


Dari mukanya pun dah boleh nampak Shakir ni banyak akal :D.


Selamat hari lahir Shakir!


P.S. Doakan Shakir jadi anak yang soleh ya :)


Thursday, March 13, 2014

Doa untuk MH370


Hampir seminggu tiada khabar berita pesawat ni. Didoakan baik-baik sahaja semuanya. Harapnya dapat jumpa dalam masa terdekat ni. Semoga ahli keluarga kesemua krew dan penumpang pesawat berkenaan sabar dan tabah hadapi ujian.


Sunday, March 9, 2014

Raihannah genap setahun

Dua entri berturut-turut berkenaan hari lahir. Dah macam beza sehari je tarikh lahir masing-masing (kalau orang tak tengok tarikh entri la)..hehe. Dari sehari ke sehari nak update blog, sudahnya 2 bulan berlalu begitu sahaja. Semakin parah. Rindu berblog tapi....(banyak sangat alasannya). InsyaAllah satu hari pasti kembali lagi. Positif!

Hari ni; 9 Mac 2014, genaplah setahun usia anakanda ketiga kami. Alhamdulillah. Rasa macam cepat sangat tempoh setahun berlalu. Masih teringat saat kelahirannya yang berlaku dalam tempoh yang singkat. Sakit kontraksi pun sekejap. Segalanya berlaku dengan pantas waktu tu. Hampir-hampir bersalin dalam kereta! Situasi agak kelam-kabut tapi alhamdulillah saya sendiri berada dalam keadaan yang sangat tenang (suamilah yang nampak kelam-kabutnya...hehe..).

Dan sekarang....dah setahun pun cik mek ni! Dah boleh berjalan perlahan-lahan, boleh memanjat (kalau lepaskan ke tangga, memang dah boleh sampai atas!) dan dah mula memunggah.


Setahun pertama Raihannah.


Doakan Raihannah jadi anak yang solehah ya..


nota: Raihannah dah setahun tapi entri kelahirannya tak siap-siap sampai sekarang...hihi..

Thursday, January 9, 2014

Selamat Hari Lahir yang ke-5, Safiyyah!

Hari lahir Safiyyah 2 Januari lepas. Baru hari ni nak buat entri ni...hihi. Tak apalah ya, bulan Januari pun belum berakhir lagi. Tak adalah basi sangat :p. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dah berlalu. Macam tak percaya dah 5 tahun usia anakanda kami yang sulung.


Gambar di atas sebahagian daripada gambar-gambar Safiyyah sepanjang tahun lepas. Kesemuanya adalah gambar candid. Safiyyah tak pandai posing (macam ummi dialah :p) dan tak suka sangat bergambar. Di usia 4 tahun, barulah anak dara ni berani menunggang kuda. Tahun-tahun sebelum tu, duduk atas kuda mesti menangis walaupun sekadar kuda patung (carousel).

Sukakan pizza, mac and cheese, yogurt, susu dan spaghetti kosong. Kalau makan roti, hanya kulitnya sahaja yang dimakan. Rotinya dibuang. Budak-budak selalunya tak suka kulit roti. Safiyyah sebaliknya pula. Unik :). Oh, tapi kalau dapat roti Arab, dia makan! Sangat suka makan buah terutamanya berries dan anggur tapi tak gemar buah-buahan tempatan Malaysia terutama durian :p

Kain batik masih menjadi peneman tidur yang setia sampai dah koyak rabak kain tu. Diberi kain batik lain dia tak mahu. Kain batik tu ada nama. Safiyyah namakannya Hoho. Rasanya penangan tengok rancangan Ni Hao Kai Lan ^_^.

Siapa yang mengikuti blog ni pasti tahu Safiyyah suka tidur berdiri tapi sekarang dah tak ada dah aksi tidur berdiri. Rindu pula nak tengok Safiyyah tidur berdiri macam dulu...hihi.

Doakan Safiyyah jadi anak yang solehah ya :).