Pages

Saturday, April 18, 2009

Dah pandai tidur sendiri!

Alhamdulillah Safiyyah dah pandai tidur sendiri. Dia start tidur sendiri petang kelmarin (Khamis). Macam tak percaya je. Sebelum tu dia duk main sorang-sorang. Pastu tiba-tiba je dia 'freeze' (tangan ngan kaki tak bergerak, hanya mata terkebil-kebil tengok siling). Itu tandanya dia nak tidur la tu. Tunggu juga dia 'bising' minta ditidurkan tapi takde pula. Lama-lama mata dia kuyu...semakin kuyu...dan tertidur akhirnya!

Malam pun dia tak meragam dah. Bila dah penat main, perut pun dah kenyang, dia akan tidur sendiri. Tapi tak semudah tu la dia nak lena. Safiyyah jenis mudah terkejut. Baru je dia nak lena tiba-tiba dia terkejut. Macam kita mimpi jatuh katil! Lepas beberapa kali berkeadaan macam tu baru dia dapat tidur dengan nyenyak. Umminya ni pun dapat la tidur malam. Kalau bangun pun hanya untuk breastfeed Safiyyah. What a relief!

Harap-harapnya la dia berterusan macam tu. Tak perlu la henjut dia atas bouncer lagi. Lagipun baru je baca tentang Shaken Baby Syndrome (SBS) dalam blog UmmuSaif. Bahaya sebenarnya menggunakan sebarang jenis buaian pada baby termasuklah bouncer. Boleh jadi punca kepada SBS! Kalau kat U.S., sebarang jenis buaian diharamkan penggunaannya sebab dah banyak kes yang berlaku disebabkan buai antaranya SBS ni la...

2 comments:

pali said...

hurm, SBS ye.. tu gamaknya kalau di henjut tak ingat. saya pun pening. hahaha. kalau henjut pun cuba tgk mata baby tu. depa pening, sebab tu tido?

boleh cuba ye. beli buaian besar, cuba buat. haha.

husna said...

waah safiyyah dah makin pandai tido sendiri...nak bagi ummi dia rehat..