Pages

Saturday, April 11, 2009

Tak rasa sakit bersalin

"Perempuan yang melahirkan anak hasil perbuatan zina mudah sangat bersalin sebab diorang tak rasa sakit. Allah tarik nikmat sakit tu daripada diorang."


Petikan kata tu pernah saya dengar. Malangnya saya tak ingat di mana saya mendengarnya dan siapa yang menuturkannya. Namun kata-kata tu masih mengiang di telinga saya sehingga ke hari ini.

Saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. Setiap kali kes buang bayi dipaparkan, hati saya sentiasa berbisik malah adakalanya saya seakan-akan percaya dengan kata-kata tu.


Seorang perempuan mebuang anaknya di mangkuk tandas selepas dipercayai melahirkan anaknya di tandas berkenaan.

Seorang anak membuang bayi yang baru dilahirkannya di belakang rumah. Ayahnya mengesyaki anaknya melahirkan bayinya sendirian di bilik.

Seorang perempuan melahirkan anaknya di bilik tanpa disedari oleh teman serumahnya.


Itu antara kes-kes yang pernah terjadi yang membuatkan saya termenung dan berfikir. Kalau dilihat pada kes-kes yang berlaku, mungkin juga benar kata-kata tu. Proses kelahiran bayi-bayi malang seumpamanya nampak sangat mudah. Tak perlu masa yang panjang untuk melahirkan, tak perlu melalui caesarean, malah tak perlu bantuan sesiapa.

Entahkan betul entahkan tidak. Hanya empunya badan yang tahu jawapannya. Mudah-mudahan dibukakan pintu hidayah pada mereka yang telah terlanjur dan mudah-mudahan kita tidak diuji dengan ujian yang sebegitu...ameen!

2 comments:

Maryam said...

setuju dgn new entry akak... sy ada juga terdengar begitu...
kesian kan anak yg tidak berdosa tu, mereka tidak tahu apa-apa

Anonymous said...

saya pernah dengar..erm,tapi dr tuan badan yang lahirkan anak luar nikah.die cakap mudah..sakit tetap sakit.mungkin pada saya Allah selamatkan bayi yg tak berdosa tu...lagipon Allah nak beri peluang pada penzina utk bertaubat..mungkin lah