Pages

Thursday, October 8, 2009

25 September & 2 Oktober 2009

Kemalasan sekali lagi menguasai diri...mujur la blog ni tak boleh berkulat...hehe. Ada je nak diceritakan tapi lepas je tulis 2-3 ayat terus cancel dan sign out. Malaaaassss sangat rasanya nak update. Hmm...mungkin 2-3 entry yang akan saya buat lepas ni (termasuk le entry ni) boleh dikatakan agak basi tapi layankan aje la ye kenyit.


25 September 2009
Pindah rumah ke University Park Apartment. Huhu...ikutkan hati memang tak mau pindah sebab saya suka rumah yang kami sewa sebelum ni tapi apakan daya...kami bukannya orang yang kaya-raya. Sekali tengok, sewa rumah sebelum ni dengan student apartment ni lebih kurang sama tapi bila dicampur dengan bil elektrik dan gas (heater), university apartment ni jauh lebih murah (duduk di student apartment; elektrik dan gas - free of charge!) ditambah dengan kabel TV (lebih kurang 70 channel. Kalau duduk di luar, kabel TV kena bayar...ala-ala melanggan Astro la) dan kabel internet free (tapi sampai saat saya menaip ni masih menggunakan wireless...tak tau kenapa kabel internet takleh guna...suami saya asyik lupa je nak tanya pihak pengurusan adus).

Tapi suami saya kena bayar 1000 dollar lebih (banyak tu! huhu...) untuk rumah lama dulu sebab melanggar kontrak (pindah awal daripada tempoh kontrak yang dah ditandatangan). Tak sangka sebenarnya boleh dapat awal apartment ni. Dalam list menunggu masa apply apartment ni, kami dalam ranking 20 lebih. Ingatkan dalam tahun depan la baru dapat apartment ni, tengok-tengok masa bulan puasa lepas dapat dah. Rezeki kami agaknya. Suami saya minta postponed pindah rumah memandangkan masa tu puasa...letih lak nanti duk angkut barang.

2 sebab utama saya tak nak pindah:
  1. rumah sebelum ni lebih besar daripada apartment ni walaupun kedua-duanya hanya ada 1 bilik tidur
  2. dapur di rumah lama tersorok tak macam dapur di apartment ni. Kat rumah lama, dapur terletak dalam satu 'bilik' dan agak tersorok tapi di apartment ni masuk-masuk rumah je dapur di sebelah kanan dan ruang tamu di sebelah kiri...huhu..tak best!

2 perkara pula yang paling saya suka di apartment baru:
  1. dapat kelengkapan dapur yang baru (kabinet, microwave dan dapur + digital oven). Oh, karpet juga baru (rumah-rumah kat sini takde yang takde karpet. Tak suka karpet macam mana sekalipun, kena suka juga sebab nanti time sejuk tak terpijak lantai!). Sebelum kami masuk ke apartment ni, ia diubahsuai (renovate) dulu. Terubat juga la rasa hati bila pertama kali masuk ke apartment ni...macam kami penghuni pertama pulak padahal dah berapa keluarga agaknya yang menetap di sini sebelum kami
  2. dapat kabel internet free (walaupun masih tak dapat digunakan lagi...huhu..). Mujur juga la wireless agak laju kalau nak dibandingkan dengan rumah lama yang selalu disconnect (al-maklum le...dapat sipi-sipi je universiti punya wireless network connnection jelir)

Bawah ni gambar-gambar apartment baru kami:

Dapur. Di sebelah kirinya ruang tamu. Pintu yang ada dalam gambar tu adalah closet


Ruang tamu. Memang kecik dibandingkan dengan rumah lama




View depan rumah



2 Oktober 2009
Alhamdulillah, Safiyyah genap 9 bulan. Dulu selama 9 bulan dia berada dalam rahim saya dan sekarang ni dah 9 bulan dia membesar di depan mata. Pantas sungguh masa berlalu. Masih terbayang lagi betapa terujanya saya saat merasakan pergerakan Safiyyah buat pertama kali sewaktu dia di alam rahim. Juga di saat saya mahu melahirkannya. Mengandung dan bersalin - suatu pengalaman terindah saya yang sukar digambarkan dengan kata-kata...

Safiyyah dan pandai melambai-lambai tangannya babai. Orang pertama yang dilambai adalah pekerja yang buat inspection di rumah ni Jumaat lepas. Tak sangka la pulak dia nak lambai kat orang tu sebab sebelum ni saya duk ajar dia lambai-lambai tangan tapi masih tak reti lagi. Masa tu pekerja tu dah nak keluar dah pastu dia saje la lambai kat Safiyyah, tengok-tengok Safiyyah melambai balik. Pekerja tu terkejut (saya pun terkejut!) tengok Safiyyah balas lambaiannya sengihnampakgigi.

Bila suami saya balik dari lab, saya ceritakan kat dia.

"Amboi...babai kat mat salleh ye. Dengan papa pun tak lambai lagi," ujar suami saya dengan nada tak puas hati. ihikhik


Petang tu kami ke rumah Silvana. Silvana buat jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan sepejabat (salah seorangnya suami saya la). Beria-ia sungguh dia sekeluarga nak kami hadir ke rumah mereka sampai duk tanya tanya pasal makanan halal pada suami saya. Berusaha dia gi beli daging halal di kedai Arab. Pencuci pinggan dibelinya yang baru. Peralatan-peralatan lain (dulang pembakar, pisau dan sudu garpu) dipinjam dari kami. Terharu kami dibuatnya. Mana la boleh nak menolak kalau dah begitu caranya. Jamuan mula dalam pukul 6 tapi pukul 6 lebih baru kami bertolak dari rumah (dekat je pun rumah Silvana dengan rumah kami). Ingatkan kami la tetamu terakhir yang sampai rupanya ada lagi yang belum sampai, jadinya terpaksa tunggu diorang sampai baru boleh makan. Janggal rasanya masuk ke rumah Silvana dengan berkasut. Kita kan dah biasa tanggalkan kasut sebelum masuk rumah. Takpe la, anggap je la macam masuk ke pejabat..ehe..

Pertama kali saya hadir ke jamuan yang disediakan sekali wine dan makanan-makanan yang tidak halal yang lainnya serta berdepan dengan couple (belum kahwin) yang sangat 'mesra' (ke depan jalan berpelukan dan bercium, ke dapur pun begitu juga...ke mana-mana pun macam tu la jugak...ala-ala belangkas). Memang rasa agak tak selesa tapi duduk di sini memang takleh lari dari perkara-perkara macam tu. Dan pertama kali juga saya rasakan amanah yang terpikul di bahu saya sebagai seorang Muslim terasa sungguh berat. Susah nak explain, tapi secara kasarnya, saya bimbang seandainya Islam difitnah gara-gara kami sekeluarga...na'uzubillah...




Apa pun, Silvana sekeluarga memang baik tambah-tambah Silvana yang suka bertanya macam-macam termasuk yang berkaitan dengan Islam. Mudah-mudahan terpancar hidayah buat mereka sekeluarga satu hari nanti...

13 comments:

nadnye said...

hihi.. bab babai mat salleh la yang tak boleh tahan.. hensem kot..:>

Kita la kene bagi contoh keindahan islam.. susah juga yea nak sesuaikan diri dengan keadaan di sana..

daud.montak.zakaria said...

amin....amin...aminnnn....(mengaminkan doa hang kepada keluarga berkenaan....)

tini said...

>>kabinet, microwave dan dapur + digital oven - bestnya nadiah...best betul kalau barang2 mcm tu disediakn...

Ummi Shira (AshAnas) said...

best nya dapur tu... simple tp complete...
amin doa kak nadiah buat family silvana...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

beratkan tugas nadiah..
tapi nadiah, lagi senang rasanya menerangkan pada orang yang bukan Islam tentang Islam, daripada menyakinkan orang Islam yang tidak percayakan Islam..

Nadiah Sidek said...

nadnye: hehe...pd pandangan umminya ni tak le hensem :p

ukmstudio: ameen...

tini: mmg best! ;)

ashanas: a'ah...simple tp complete

NB: betul gak tu...

MaMa NabIhAH said...

salam taaruf
seronok baca catatan blog ummi safiyyah ni, moga ada perkongsian ilmu. izinkan saya berkelana di blog nadiah, tq

liyana said...

salam.. cantiknyaa dapur kak nadiah... mesti best kan dok sane.. heheh

Nadiah Sidek said...

mama nabihah: salam taaruf kembali. sila..sila.. :)

liyana: lg best kalau m'sia ada di sebelah US ni je...blh slalu blk. hehe..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Salam ziarah. Cantik gak dapur tu..moga nadiah lg semangat nak memasak ye..

Moga dibukakan hati silvana dan family dia memeluk Islam..besar pahalanya tu bg yg membimbing..

Ummu Mishkah said...

Gitulah bila berada di negara bukan Islam.. satu cabaran sebenarnya buat kita yang bergelar muslim ni... moga dipermudahkan urusan!

Dayah @ Real Ummu said...

cantiknya dapoq..bila la nak ada dapoq kabinet kayu cenggitu...

Nadiah Sidek said...

ummu ammar: hehe...mmg rs seronok skit nk memasak bila dpt dapur baru

ummumishkah: terima kasih

dayah: request la kat cik abg ;)