

Menu utama di rumah Hafiz/Izza: nasi kerabu. Menu sampingan (yang ni khas untuk sape-sape yang tak makan nasi kerabu macam saya


Tapi sekejap je la saya di rumah Hafiz/Izza sebab Safiyyah meragam+lapar+mengantuk. Lepas makan terus balik rumah, suami saya je duk lepak di rumah diorang sampai tengahari. Oh, kali ni kami bernasib baik juga sebab Aidiladha jatuh pada cuti Thanksgiving...dapat la kami beraya

Malam tadi lepas Maghrib turn makan-makan di rumah kami pulak. Tetamu yang hadir:
- Malaysian: Muzammil, Suhaizi, Syafiq, Hafiz/Izza/Iman, Bon/Roz/2-orang-anak-bujang-tak-ingat-nama
- Pakistani: Waseem, Ali, Irfan
- Brazilian: Antonio/Silvana/Mariana
Menu utama: Sate goreng, nasi impit, kuah kacang
Menu ihsan: Lasagna (cooked and brought by Muzammil)
Dessert: New York cheesecake, puding roti

Credit to Muna for bread pudding recipe and credit to Husna sebab bagi inspirasi untuk buat puding roti tu as a dessert

Makan masa 3 hari juga la nak sediakan semua hidangan tu. Hari Khamis duk uruskan 3 kg ayam...daripada duk mencuci sampai la perap ayam tu. Pastu simpan dalam freezer. Jumaat malam lak masak nasi impit dan buat cheesecake berserta strawberry topping. Sabtu pagi masak kuah kacang, tengahari buat puding roti, dalam kul 2.30 start goreng sate. Many thanks to hubby sebab tolong cucuk ayam kat lidi dan goreng sate. Lain kali tolong lagi ye!

Kalau ikut saya, sate tu takyah berlidi...campak aje dalam kuali banyak-banyak...senang kerja! Tapi disebabkan suami yang nak sangat berlidi sate tu...dia la yang buatnya...tu pun tak sampai seratus cucuk pun sebab dia dah tak terlarat buat semua


Hopefully everyone satisfied and enjoyed the foods. Sebelum tu duk risau je takut makanan tak cukup sampai tak lena tidur dibuatnya! Dah le tak reti sangat masak dalam kuantiti banyak. Faham-faham je la...keluarga kecik je...masak pun sikit je la. Duk di perantauan ni la baru belajar masak banyak-banyak. Mujur juga la Muzammil bawak lasagna. At least, tertampung gak la perut tetamu yang datang malam tu...
