Semalam suami saya tak dapat ke masjid solat Jumaat sebab ribut salji tak henti-henti sejak Rabu lepas. Jadinya, solat Zohor di rumah je la. Memang kami takleh nak ke mana-mana langsung. Plan nak ke rumah Dr. Ellis (salah seorang lecturer UNL) petang semalam pun terpaksa dibatalkan. Salji semakin menebal, jalan pulak licin. Hari ni baru la ribut salji berhenti. Winter ni memang takleh nak dijangka bila ribut salji akan berlaku. Kalau cuaca elok, harus ke kedai beli stok makanan sebanyak-banyaknya sampai penuh peti sejuk
.
Duk di negara non-Muslim ni jauh bezanya dengan Malaysia mahupun negara-negara Muslim yang lain. Sini mana la ada surau dan masjid merata-rata tempat. Kalau jalan-jalan, mesti takleh lama-lama. Balik sebab nak tunaikan solat. Dah balik rumah, tak rajin la pulak nak keluar semula. Suami saya kalau dia keluar sorang-sorang atau dengan kawan-kawan dia, diorang solat kat kaki lima kedai je (semuanya kaki shopping...kalau keluar tu memang berjam-jam..kalah orang perempuan!
). Takpun kat fitting room. Bawak la baju ke fitting room konon-konon nak try pakai, padahal sebenarnya nak solat kat situ
.
Kat mana-mana pun boleh solat. Tiada masjid/surau bukan alasan untuk meninggalkannya Saya lak malas nak solat kat luar. Pertamanya, segan nak solat depan khalayak ramai, lagipun memang tak berapa molek pun dan yang keduanya, sebelum solat mesti nak ke restroom (sebut restroom sedap sikit daripada toilet
) dulu. Kat sini mana la ada paip air dalam setiap 'bilik kecik' tu. Huhu..tak best langsung! Tu yang cepat-cepat aje balik dan solat kat rumah je.
Sepanjang semester lepas, suami saya hanya ada kelas hari Selasa dan Khamis je tapi jadual packed dari pagi sampai ke petang. Tengahari ada la senggang masa sekejap tapi tak berbaloi nak balik ke rumah sebabnya kelas di City Campus, bukan di East Campus ni (tapi ada la beberapa kelas di East Campus). Kalau jalan kaki, memang jauh la. Biasanya suami saya naik bas je. Nak drive, parking space untuk students tak banyak (selalunya parking memang penuh) dan parking kena bayar hatta dalam kampus sekalipun! Agak mahal juga la bayaran parking (5 sen untuk 3 minit) dan paling lama boleh parking, 2 jam je! Tu yang suami saya naik bas aje ke kelas. Dan dah jadi rutin setiap Selasa dan Khamis saya siapkan bekal untuk suami saya. Masak yang simple aje pun. Sini mana la boleh nak makan kat kafe atau kedai-kedai makan. Restoran Arab ada la tapi tak kena selera pulak.
Minggu-minggu pertama start kelas, tak tertanya pulak pada suami saya dia solat di mana, dah beberapa minggu berlalu baru saya tanya suami saya.
"Abang solat kat dalam kelas yang kosong. Alas dengan kain bersih je..." jawab suami saya bila ditanya.
Ye tak ye jugak. Tak terfikir lak saya boleh solat dalam kelas kosong. Saya duk bayangkan, suami saya solat di koridor dengan orang ramai yang lalu-lalang duk perhati je
.
Sebelum sampai di US ni, antara perkara yang saya duk runsingkan pasal makanan la. 'Isy...nanti kat sana nak makan apa?' 'Ada ke dijual bahan-bahan mentah dan bahan-bahan masakan yang halal?' Persoalan-persoalan macam tu kerap bersawang dalam minda saya. Bila ditanya suami, mudah aje suami saya jawab..
"Jangan risau la pasal makanan...abang dah tanya dah kawan abang yang pernah belajar kat US dulu.."
Memang tak puas hati langsung dengan jawapan suami saya tu. Jawapan yang bukan berupa jawapan
. Bila dah sampai sini, baru la suami saya bagitau pasal kosher food. Boleh refer di
sini dan di
sini. Alhamdulillah, banyak juga kosher foods & products kat sini. Pasal makanan memang takde masalah kat sini. Ayam dan daging lak beli di kedai Arab je. Sini banyak juga kedai Arab sebab orang Arab memang ramai kat sini. Saya dimaklumkan, Lincoln ni merupakan tempat pelarian orang-orang Palestin, Iraq dan lain-lain...tu yang ramai orang Arab kat sini.
Kosher symbols
Yang biasa jumpa, simbol yang ke-2, ke-3 dan ke-4 daripada kiri (baris atas sekali). Simbol yang lain-lain tu jarang/tak pernah jumpa lagi Rasa bersyukur sangat. Walaupun tempat ni ala-ala kampung, bab makanan memang tak menjadi masalah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain yang terpaksa drive selama 2 jam semata-mata nak beli daging/ayam halal! Sebelum ni tak pernah tahu pun wujudnya Nebraska di US! Memang tak glamor macam New York, Los Angeles tapi takpe la, janji makanan halal senang nak dapat
* credit pictures to Google