Pages

Monday, December 21, 2009

Syok berjalan!

Semalam kami keluar ambil angin. Hujung-hujung minggu la baru dapat jalan-jalan. Nama je cuti semester, suami saya macam tak cuti je. Setiap hari gi lab sigh. Terpaksa menerima hakikat yang graduate student memang takde cuti..uhuk!

Mula-mula kami ke Holmes Lake. Hajat di hati nak tengok orang main ice skating tapi malangnya..takde sorang pun yang skates! Huhu..sedih betul. Ada yang duk memancing (ye..memancing di tasik yang beku!) tapi ramainya yang duk main sledding. Dah alang-alang sampai sana, kami keluar je la jalan-jalan atas tasik tu tapi takde la sampai ke tengah tasik sebab risau gak kalau-kalau terpijak atas permukaan yang tak berapa nak beku.

Jalan atas tasik!


Lepas tu kami ke SouthPointe Pavilions pulak. Erk...jangan la bayangkan macam Pavilion di KL tu ye! Kedai kat situ kecik-kecik aje. Setingkat aje pun setiap kedai! Sini memang takde bangunan tinggi-tinggi. Macam yang selalu saya katakan...ala-ala kampung! kenyit

Oh, tapi kedai-kedainya memang jual barangan branded. Kami cuci-cuci mata je la. Yang mampu nak beli pun kat bahagian clearance! Tengah-tengah duk belek (mampu belek aje jelir) baju-baju kat situ Safiyyah mengamuk pulak! Dia tak nak duk dalam stroller. Suami saya dukung la sekejap pastu tak larat, lepaskan aje dia di bawah. Suka pulak dia dilepas bebas!

Sibuk nak belek jugak! sengihnampakgigi


Duk berjalan la dia dalam kedai tu. Tapi tak nak dia dipimpin bila berjalan tu! Mengamuk-ngamuk dia bila saya atau papanya nak pegang tangan dia. Isk. Macam budak besar pulak. Sudahnya, kami biarkan aje la. Ikut je la dia dari belakang. Bila jatuh mesti menangis nak orang berdirikan dia balik..pastu sambung balik jalan sengihnampakgigi.

Tengok Safiyyah syok sangat berjalan, kami saje lepaskan dia berjalan kat luar kedai. Lapang sikit kat situ, takde la mengganggu orang yang tengah sibuk nak shopping tapi sekejap je la sebab Safiyyah tak pakai winter jacket dan snowcap. Sebelum tu memang pakai tapi dibuka sebab duk dalam kedai rasa panas. Lagipun, kalau dipakaikan winter jacket tu memang la Safiyyah takleh berjalan (jangankan kata berjalan, berdiri stabil pun tak boleh!) sebab jacket tu tebal dan berat. Asyik nak tumbang aje dia kalau pakai jacket tu! sengihnampakgigi



On the way balik rumah, lena je dia dalam kereta. Dah sampai rumah pun tak tersedar dia. Memang lama la dia tidur petang tu. Letih berjalan agaknya! senyumkenyit

Lena keletihan senyum

28 comments:

LOVE2COOK said...

Adey, cutenya Safiyyah! Looks like a doll walking tau! hehex...:)

I enjoyed her poses! ;)

~mIsS_p00h~ said...

Wuaaaa~~~

mmg x segan pn nk dr0p by celoteh kt sini! :P tp sgt geram sbb safiyyah amaaaaattttt cumilllllll~~~ ^_^

Hamizah said...

suka tgk sufiah. nak gigit2 pipi

Nadiah Sidek said...

love: ur ashika is also look like a doll! ;)

miss pooh: celoteh la byk2..hehe..

hamizah: pipinya mmg labuh tp bdnnya kecik aje :D

AshAnas said...

independentnya safiyyah... sgt comel tgk dia jalan tu... wlupn bp kali mcm nk jatuh, tp kuat betul pun dia....

aLyNnZ said...

ish kiutnyer saffiyyah..
cam anak cino..haha..geram..

aLyNnZ said...

pipi nyer gebu..
klau ada dpn mata nih..

Zuhaini said...

alahai cutenya safiyyah..

oh ya, dia x pakai glove ya..? ke x da saiz..? hihihi.. comel!

yatie chomeyl said...

chomeyl tahap max la safiyyah neh...nak2 lagi bila dia terkedek2 berjalan *chomeyl giler*

yatie chomeyl said...

chomeyl tahap max la safiyyah neh...nak2 lagi bila dia terkedek2 berjalan *chomeyl giler*

kakyong said...

nadiah,

cubby nyer safiyyah.. baru 3 bulan makcik tak tengok dia.. dah pandai jalan dah... bijak bijak...

liyana mujahid said...

ei si comel safiyyah.
lepas ni berlari pula ye dik!
hehe ;)
penat la ummi n papa dia nak mengejar nanti.

sarahfazalul said...

kak nadiah, main sledding tu gapo dio? (duk terbayang mcm mana la safiyyah nak jalan kalau pakai coat yg tebal tu..cumils~)

ummumishkah said...

comel jer safiyyah tidur.. :)

NORHAYATI BERAHIM said...

saffiyah dah rupa anak eskimo.ha.ha

Nadiah Sidek said...

ashanas: bdk kecik jln mmg nmpk comel. terkedek2 aje :D

alynnz: kalau ada depan mata nak picit2 ye? hehe..

zuhaini: ada glove tp tak pakai pun :)

yatie: hehe..mmg terkedek2 pun :D

Nadiah Sidek said...

kakyong: tq for dropping by kakyong! really miss ur 'celoteh' ;)

liyana: biarlah papa dia aje yg kejar nnt :D

sarah: mmg safiyyah takleh jln kalau pakai winter jacket tu ;)

ummumishkah: pendek kata..semua bdk2 buat aksi cmne pun tetap nmpk comel ;)

NB: ahaha! mcm mana la tak mcm org eskimo...sejuk ya amat! :D

aLyNnZ said...

haha..lebey dr tuhh alin akan buat.

kakchik said...

salam alaik nadiah.
seronoknya kalau dapat keluar jalan-jalan dengan keluarga.
kakchik nak keluar macam tu dgn suami sekali-sekala pun setakat ke kuliah jumaat di kb je lah.
suami kakchik tak suka jalan2.

Nadiah Sidek said...

alynnz: hehe..

kakchik: keluar dgn keluarga mmg seronok :)

UMILIYA said...

salam kenalan...erm jemput2 jengguk blog saya

Min said...

salam nadiah...

comelnya anakanda safiyyah. terima kasih sudi jenguk dinoor. kita ni sama2 merantau kan...

semoga kehidupan kita dimudahkan Allah SWT.

Nadiah Sidek said...

umiliya: nnt sy ke sana ye. terima kasih ziarah ke sini :)

min: ameen..

Dayah said...

dah laju berjalan budak kenit ni...hehehe..

bukan cam anak omputih, cam anak jepun la Safiyyah ni.....

Nadiah Sidek said...

dayah: gmbr 1st tu mmg nmpk mcm anak jepun :D

ibu_arifa said...

mak ai...cubbynyer safiyyah nih..makan pe kat sana sampai gitu pipinyer. still full bf ker?

comey sangat2 safiyyah nih..mmg mcm anak org jepun dah tgknyer nih..

dalila berat badan tak naik2..tak sampai 10kg pun skrg..tp tak pe..asalkan mereka sihat dah le kan..cuma bila tgk si safiyyah nih..geram sikit lah :P

Nadiah Sidek said...

ibu arifa: hehe..safiyyah tu pipinya je yg kembung..bdn kecik je :D. alhamdulillah masih fully BF :)

layla_elyas said...

waa..akak safiyyah xbergetar kesejukan ke?? dzaatin masa g genting pun sian yang amat tengok dia..sampai biru2 mulutnya tahan sejuk..hehe