Pages

Wednesday, April 21, 2010

Ada beza ke wanita selepas kahwin?

Baru-baru ni sorang hamba Allah tanya pada saya, lebih kurang macam ni la soalannya: "Ada beza ke wanita selepas kahwin?". Saya masa tu terkesima kejap. Bukan apa, tak terlintas di fikiran akan ditanya soalan sebegitu. Saya tak terus jawab pun soalannya tu...kebetulan waktu tu saya tengah bersembang dengan mak saya, jadi tak boleh nak fikir sangat la. Saya biarkan aje persoalannya tu tanpa sebarang respon.

Tadi teringat balik persoalan yang diutarakan tu. Duk fikir, apa la jawapan yang saya nak bagi. Ye la, dah kahwin, saya teruskan aje la life sebagai seorang isteri, takde la pulak fikir perbezaan sebelum dan selepas kahwin. Tapi bila difikir-fikirkan, memang ada perbezaannya...


Sebelum kahwin...sorang, dah kahwin...berdua love


Izin suami
Yang ni saya rasa perbezaan paling ketara la. Nak keluar rumah, kena minta izin suami. Kalau suami tak bagi keluar, tak boleh la keluar hatta nak ke rumah mak ayah je pun. Nak bekerja pun kena dapat izin daripada suami dulu. Kalau suami tak bagi kita kerja, kena duk rumah je...nak tak nak kena ikut juga la. Macam saya, suami lebih prefer saya duduk di rumah jaga anak. Saya memang tak kisah sebab memang suka duk rumah pun, janji boleh access internet..ekeke takde la tension pasal kerja, kan? sengihnampakgigi Suami saya kata, kalau nak kerja, tunggu la sampai Safiyyah umur 10 tahun. By the time, umur saya dah mencecah 37 tahun...tak kuasa le dah saya nak kerja masa tu pun! Lagipun, ada ke orang nak ambil staf yang berumur 37 tahun yang takde pengalaman bekerja? fikir


Tempat luah perasaan
Sebelum kahwin, kawan-kawan la jadi tempat luah perasaan. Bila dah kahwin, suami la pulak tempat luah perasaan. Nak mengada-ngada, nak merajuk pun dengan suami la ihikhik


Selera sendiri dan selera suami
Yang ni saya la alami, orang lain mungkin tak kot tambah-tambah yang dapat suami yang jenis makan apa saje tolak batu dan kayu. Saya ni dari kecik seorang picky eater. Sangat memilih makanan. Suami saya pun memilih jugak tapi takde la sampai tahap kronik (?) macam saya. Pendek kata, selera kami berdua memang tak sama. So, bila nak masak, saya kena fikir masakan yang kami berdua akan makan. Berbeza sebelum kahwin dulu, saya hanya akan masak makanan yang saya suka je. Yang saya tak suka tu, jangan harap la saya nak masak takbole. Bila dah kahwin, saya kena pelbagaikan jenis masakan. Apa yang suami suka makan, saya akan masakkan. Yang mana tak reti tu, kena pandai-pandai la. Takkan nak masak ikut selera saya je. Kang kebulur lak suami saya tu jelir


Masa dengan kawan-kawan berkurang
Bila dah kahwin, masa lebih banyak dengan suami dan anak-anak je la. Dah tak boleh la macam zaman anak dara dulu. Dengan kawan-kawan, masih berhubungan lagi tapi memang tak sama la macam sebelum kahwin. Keinginan untuk keluar dan bergembira dengan kawan-kawan pun berkurang. Bukan suami tak bagi keluar dengan kawan-kawan, saya je yang tak nak. Saya lebih suka dan lebih selesa keluar bersama suami dan anak


Lebih kenal sifat/perangai kaum adam
Nak kata betul-betul kenal/faham perangai diorang tak sangat la sebab saya dan suami pun baru 2 tahun je berkahwin. Banyak lagi yang masih saya tak tahu. Memang la saya ada ayah dan adik lelaki tapi tetap tak sama. Bila bersuami, lagi la tahu sifat diorang (lelaki) macam mana. Contohnya, lelaki ni kebanyakannya bukan jenis pendengar yang baik. Tak macam kaum hawa...kalau ada yang meluah perasaan, betul-betul concentrate dengar apa yang diperkatakan/diluahkan tu. Dan lelaki ni jenis tak suka ambil tahu benda remeh-temeh...kontra dengan sifat perempuan..


Tak letih menjawab
Selagi tak kahwin, selagi tu la orang duk tanya, "Bila nak kahwin?". Ni memang la soalan wajib dan soalan favourite selagi belum mendirikan rumah tangga. Letih nak menjawab. Setakat sorang dua yang tanya tu takpe lagi la. Ni semua orang duk tanya benda yang sama...mana la tak letih! Bila dah kahwin...fuh, lega! penat Tak perlu dah nak menjawab soalan tu. Lelaki pun ditanya juga soalan yang sama tapi kalau lelaki kahwin lewat, orang tak kisah sangat. Kalau perempuan kahwin lewat, dapat pulak gelaran andartu (anak dara tua)/andalusia (anak dara lanjut usia) xpasti. Mana ada orang yang suka digelar macam tu, kan? Err...tapi bila dah kahwin, orang tanya pulak...bila nak dapat anak? Macam la anak ni senang je nak buat macam buat anak patung. Alhamdulillah la saya terlepas daripada soalan tu. Tapi...bila dah dapat anak sorang, orang duk tanya pulak, bila nak tambah anak? Agaknya, bila anak-anak dah besar nanti, orang tanya pulak...bila nak dapat menantu? Adeh...letih juga nak menjawabnyaadus


Tu je yang saya boleh fikirkan. Ada lagi ke ek? Meh tolong tambah sama kenyit.


Tambahan:

"Time raya, nak balik rumah dia je", kata suami saya bila saya minta suami tolong tambahkan point saya. ihikhik

Ye la, saya ni anak kesayangan mak ayah saya (perasan! haha..)...mesti la nak balik rumah mak ayah saya time raya. Lagipun, mak ayah saya ada 2 orang anak je...cucu pun baru sorang...kesian la kat diorang kalau saya tak balik raya kat rumah mak ayah masa raya. Suami saya lain la, keluarganya besar (pandai je menjawab jelir)

34 comments:

Ummu Mishkah said...

org selalu gak kata... bila kawin ni hilang kawan.

Hidier said...

bila kawin,hilang kebebasan..
ala, nak bebas mcm mana la sgt..kan?

Tirana said...

yang nampak nyata..dari segi tanggungjawab, memang berbeza..tanggungjawab sebagai isteri dengan tanggungjawab sebagai wanita single..tentu banyak perbezaannya kan?

yatie chomeyl said...

bila dh kawen, xyah mintak duit dgn parents dah...duit dtg dr hubby pulak ekekekeke

aLyNnZ said...

hehe..klau alynn sblm kahwin kurus cekeding pas kahwin bertambah2 isi..hmm..bab raya alynn setuju danish pun cucu sulung dlm family alynn beza ngan family mertua yg dh sedia ramai cucu..tp still kena ikut giliran gak cuma hubby x larr berkira sgt..

nadiah dh pernah jwb tag kasut feveret ker? lau blum sudi2kn larr jwb tag dr alynn k..

arin said...

bila dah kawen, tanggungjawab makin banyak bila dah banyak kena usaha keras ..lebih keras dari waktu bujang trang tang tang dulu..

Hamizah said...

wpon terkongkong lps kawen..tp tetap ada bahagia..suka ada tempat bermanja, bergaduh,kan

transformed housewife said...

knur nak tambah kalau kita org perempuan ni, tanggungjawab dah kena lebihkan suami dan anak2 kita dr keluarga kita. kdg2 ada masa dlm dilemma juga tapi kalau sama2 bawa berbincang insya Allah ok.

deena farhana said...

hmm....belum kawin xde baby, da kawin, ade da comel piyahh :)

Chik Na said...

tanggongjawab lebih besar... dan banyak hati nak kena jaga :-)

daud.montak.zakaria said...

1-'Suami saya kata, kalau nak kerja, tunggu la sampai Safiyyah umur 10 tahun'
AI...TAKKAN SORANG JER KUT.....

2-SUAMI AKAN MENJADI PENDENGAR YANG BAIK KALAU PERKARA TERSEBUT 'PENTING' BUKAN 'REMEH'

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

setuju dgn semua lis kat atas tuuu..

Jiji said...

huhuu sama lakita... jiji anak sorang pompan abang 2 (sah sah laa bnyk lebihkan belah isteri depa)...suami pon keluarga besar adik beradik 8 kita balik ke tak balik ke.. tak efek pon (efek la sikit) hahaha...

husna said...

setuju jugak semua walaupun tak kawen lagi.. keh keh.

persoalan itu tak kan putus. lepas ada anak org akan tanya. bla nak tambah anak lg. bila anak habes belajaq. bila anak nak keja. bila anak nk kawen. bila nak dpt cucu.
adeh. ponat nak menjawap..

Syigim said...

seronok baca entry ni :) sengih2 baca.

comelnye gamba kawen tu.....such a beautiful couple :)

Nida n' Hanafi said...

Bila kahwin ni pergaulan terbatas.. tak boleh nak enjoy suka2 hati..


apa2pun suami perlu diutamakan :)

Najwa.H said...

nyatanya..berkahwin lebih baik dari waktu bujang dulu ;)

kan,kan....

ummiluqman@azma said...

bila kawin ni dah tak leh masak pedas sbb cik suami tak makan pedas..apa apa pun hidup rasa lebih tenang lepas kawin kan..

Raja Norimie Raja Sulaiman said...

hehehe..xberani nak komen sebab x kawen lagi..apapun kahwin itu sunnah..mungkin masa xsampai agi..doakan saya dapat yang terbaik..kak nadiah.

Anonymous said...

Saya sekarang tengah alami point last tuh..hehehe..
Betol memang penat nak menjawab. Rasenyer diri nih jauh lagi ngan title andartu or andalusia..
Tapi tu la masyarakat kita terlebih mengambil berat.. =)

Nadiah Sidek said...

ummumishkah: hilang kwn tu mungkin sbb tak tak selalu contact mcm ms bujang dulu agaknya ye?

hidier: rsnya tak la hilang kebebasan cuma agak terbatas :)

tirana: a'ah, tertinggal pulak bab tanggungjwb

yatie: dh ada bank baru ye..hihi..

alynnz: hehe..tang isi tu ramai jgk yg alami. suami tak kisah takpe la..kalau tak, kena rajin excercise la ;)

Nadiah Sidek said...

arin: betul..betul..tanggungjwb jd makin byk

hamizah: tu la..suami la tmpt bermanja, suami jgk la jd teman bergaduh :D

temp.hw: true indeed. suami lebih utama, nak2 kita ni perempuan kan..suami ranking atas lg dpd mak ayah kita

deena: hehe..alhamdulillah :)

chik na: yup..lebih byk hati nak kena jaga

Nadiah Sidek said...

studioukm: yg first tu..kena baca safiyyah tu sbg 'anak sulung'..ehe. yg ke-2 tu..haa..betul la tu..yg remeh-temeh ni lelaki malas nak layan..buat2 tak dgr je kan. yg perempuan, hal2 kecik pun rs mcm benda tu penting :p

paij: setuju je ke? takmo tmbh? :D

jiji: kan..kan..tak efek sgt kan kalau suami tak balik rmh mak ayah dia kan? hehehe..

husna: kena rekod la jwpn kita..kalau org tny, tekan button play je. ekeke..

syigim: sengih2 tu duk flash back memori syigim dgn cik abg ke? ehe..

Nadiah Sidek said...

nida: mmg tak blh enjoy sesuka hati mcm anak dara dulu

najwa: betul..betul..!

ummiluqman: sama la...suami pun tak mkn pedas..terpaksa masak mknn yg tak pedas..uhuk!

norimie: insyaAllah..moga dpt yg terbaik. selalu la berdoa :)

meen: semua org akan alami tu..kecuali yg kahwin awal ;)

syida said...

sebelum kawin tak pandai masak.lps kawin tengah berusaha utk belaja masak. tapi selalunya memang tak sedap,tapi suami telan jek.so sweet.
sebelum+lps kawin still bole klua dgn kwn2 tp masa agak limited sbb nak spend masa dgn anak...

Unknown said...

Sebelum kahwin; pandai menjawab.
Selepas kahwin; lebih pandai menjawab berserta point-point yang boleh melemahkan pihak lawan (suami/isteri). Hehehe. Gaduh sikit-sikit takpe, cara nak menarik perhatian kot. :D

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

masa bujang: suami banyak banyak,saya pendengar
pas kawin:saya lak banyak cakap,suami jadi pendengar hehhe...

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

setuju ngan point no 3 tu..
sy lagila sorang cek mek klate--->suka manis2, sorang lg org N9---->masak lomak cili api faveret....dah kahwin ni mkn manis2 dah x jejak kat umah saya, nk makan tunggula bila balik Kelantan ahaks...

mirah said...

akak rasa bila dah kahwin, lebih secure. Entah malas nak elaborate tp itu lah first jwpn terlintas. hihi

Dayah @ Real Ummu said...

beza..byk jugak..semua dah pakat bagi sorang skit..yg dayah rasa is toleransi dan berfikir byk benda sebelum buat sesuatu..sebelum ni berfikir jugak tapi utk diri sendiri ja..skg ni nak kena fikir suami n anak

ummu said...

Salam sis
memang banyak beza dah kawin dan sebelum.yang pasti dan utamanya,ikatan pernikahan itu datang bersama tanggungjawab.jika saya,hati lebih tenang apabila sudah berumahtangga..

Nadiah Sidek said...

syida: lama2 nnt mesti expert masak ;)

amirul faiz: hahaha...perli akk ke tu?

ummiaisyah: terbalik pulak ye? ehe..

umminor: sy lak takleh dah nak masak pedas2 sbb suami tak mkn pedas..huhu..

mirah: yup, secure pun ye jgk

dayah: a'ah..skrg ni apa2 mesti duk fikir psl suami & anak la

qaseh mas: sama la.. :)

nadnye said...

nak tambah, selepas kawin kene bijak bahagi masa antara jadi isteri,ibu dan pekerja dan tanggungjawab pun bertambah...
tapi tetap seronok sudah berkahwin..hehe

Unknown said...

rasanya dah kahwin ni byk belajar bertolak ansur & tak pentingkan diri sendiri.. definitely tak leh pk diri sendiri jer, sbb byk hati perlu dijaga...

hmm, hilang kawan.. betul juga. sbb ade kwn2 yg masih belum kahwin rasa rendah diri.. bila kita contact2 depa cam 'larikan' diri pulak.... huhuuu..