Pages

Tuesday, June 28, 2011

Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI


..sambungan..

Hari ke-5 (30 Mei 2011)
Hari terakhir kami di Madison! Konon-kononya (konon je :p) kami nak bertolak waktu pagi..sudahnya petang baru kami menyambung kembali perjalanan kami setelah beberapa hari bermalam di Madison. Pagi tu basuh baju dulu. Pastu kemas-kemas apa yang patut. Takkan nak tinggalkan rumah orang dengan keadaan sepah pulak. Tambah-tambah ada anak kecik yang rajin sangat 'mengemas' rumah orang..huhu.

Raja Farhana dan kak Tini pulak terus ke Milwaukee lepas sarapan. Dah macam kami pulak tuan rumah :p. Sementara tunggu kain dikeringkan dalam mesin (dryer), kami jalan-jalan sekejap di sekitar Madison dalam pukul 11.30 pagi


Bergambar dengan Raja Farhana dan kak Tini sebelum mereka bertolak ke Milwaukee


Destinasi pertama kami: Wisconsin State Capitol..





Berbaju merah tu Safiyyah la tu. Sampai ke atas dinaiknya. Naik turun tangga tu entah berapa kali entah. Tak kuasa nak ikut dia turun naik tangga. Boleh 'tercabut kaki' dibuatnya :p




Terjumpa pulak ulat bulu atas batu. Saya geli dengan segala macam ulat. Lintah, pacat termasuk la sekali. Masa ambil gambar ni pun meremang bulu roma :p


Salah satu pemandangan sekitar capitol. Di hujung sana tu tasik


Kemudian kami ke Union pulak. Hajatnya nak berjalan tepi tasik di sebelah Union tu tapi takde tempat parking pulak. Semua penuh. Cuti masa tu (Memorial Day). Ramai yang join aktiviti canoe..

Gambar ni diambil dari dalam kereta je


Sudahnya kami terus pergi makan je la. Di Palis Cafe juga. Nak berjalan lagi pun cuaca terik sangat masa ni.

Kali ni saya order chicken kefta with rice. Sedap! Suami saya masih setia dengan cheeseburger. Betul-betul sedap la tu. Kalau tak, dia takkan order dah untuk kali ke-2


Kami bertolak dari rumah Raja Farhana lebih kurang jam 3.30 petang. Singgah ke Johnson Creek Premium Outlets dulu. Ada orang kirim barang lagi. Saya dan anak-anak tunggu dalam kereta je la. Hanya suami yang turun beli barang kiriman orang. Sampai di outlet, jumpa lagi geng-geng seMalaysia! Lebih tepat lagi seMelayu seIslam :D


Saya ambil gambar ni dari dalam kereta je. Dari jauh dah boleh cam orang Melayu :D. Masa ni la abang Atfan ajak ke rumah. Di Milwaukee, Wisconsin. Lebih kurang setengah jam je dari outlet ni. Tak sedap la pulak menolak ajakan orang sebab dah dekat sangat-sangat. Nak pergi saje-saje lain kali entah bila pulak la


Sebelum ke rumah abang Atfan, kami diajak sekali ke rumah kak Baya dulu. Tak jauh mana pun rumah kak Baya dengan rumah abang Atfan. Dalam 10 minit je naik kereta. Tak pernah kenal pun dengan kak Baya sekeluarga sebelum ni. Berkonvoi la kami semua. Termasuk keluarga kami dan keluarga abang Atfan, 5 buah keluarga ke rumah kak Baya. Suami saya kata dah macam rombongan meminang pulak. Hihi..


Masuk-masuk je rumah kak Baya...terkejut tengok makanan penuh atas meja. Punya la banyak! Macam-macam kak Baya masak. Ada laksa, ada nasi. Lauk untuk nasi putih ada lebih kurang 5-6 jenis. Tu belum termasuk dessert lagi tu. Kak Baya masak sorang-sorang je. Sedap-sedap pulak tu. Nasib baik kak Baya duk jauh. Kalau tak, maunya dengan muka tak malu ke rumah kak Baya setiap hari..ngee~




Para suami


Para isteri


Bergambar beramai-ramai


Kuih bom. Tu tangan Safiyyah la tu. Sibuk nak ambil. Dia suka kuih bom ni. Nampak gayanya kena la ummi dia belajar buat kuih bom. Saya belum pernah buat sendiri lagi sebab saya sendiri tak berapa minat :p. Eh, tapi kuih bom yang kak Baya buat ni saya suka la pulak! Sedap!


Sebahagian lagi dessert yang ada. Brownies dan cucur epal. Ada lagi yang tak termasuk dalam gambar. Kek (err..kek apa entah..coffeecake rasanya), kuih lopes..err ada lagi tapi tak ingat pulak


Lama juga la kami di rumah kak Baya. Dari pukul 6 petang sampai 10 malam. Makan, bersembang, makan lagi, bersembang lagi :p. Sekali-sekala berkumpul ramai-ramai, macam-macam cerita la keluar. Sesi perkenalan pun termasuk juga :). Kak Baya ajak saya sekeluarga bermalam di situ. Yang lain-lain semuanya bermalam di rumah abang Atfan. Segan la jugak sebab baru je kenal dengan kak Baya sekeluarga masa tu. Beria-ia kak Baya ajak tidur situ. Baik hati sungguh la kak Baya dan abang Deen. Akhirnya kami terima juga la pelawaan diorang untuk bermalam di situ.

Pagi esoknya baru kami ke rumah abang Atfan.


Hari ke-6 (31 Mei 2011)

Sarapan pagi di rumah kak Baya. Banyak jenis jugak! Memang tak habis la makan semuanya. Dah la saya ni jenis cepat kenyang. Rugi :p. Tapi kak Baya bungkus bagi kami untuk makan dalam perjalanan ^_^


Close up sebahagian juadah pagi. Ikut arah pusingan jam dari atas: kuih tepung gomak, roti serunding dan chicken sandwich


Kak Baya's specialties. Pavlova! Kak Baya kata dia pernah buat 400 biji untuk tetamu-tetamu dia...habis licin! Yang dah biasa pergi rumah kak Baya memang ternanti-nanti pavlova ni. Pertama kali saya makan pavlova. Sedap! Tapi tak boleh makan banyak sangat. Agak manis. Kalau yang memang suka manis tu boleh la kot makan banyak sekaligus. Saya cukup setakat sebiji dua sekali makan. Masa ni saya makan sebiji je..dah kenyang!


Suami saya bersama abang Deen. Saya bersama kak Baya


Kami bertolak ke rumah abang Atfan lebih kurang jam 9.45 pagi. Sampai-sampai je terus diajak makan. Sarapan buat kali ke-2 :D. Lepas tu disuruh tunggu makan tengahari pulak. Pergi rumah orang asyik makan je kerjanya :p.

Gambar-gambar ni dari kamera abang Atfan. Boleh pulak saya terlupa nak ambil gambar masa kat sana -_-"


Sup tulang Milwaukee ;)


Lebih kurang jam 2 petang lepas makan tengahari dan solat jamak, baru kami bertolak. Menuju ke Michigan City, Indiana.


Chicago Skyway Toll Bridge. Ni namanya takde kerja cari kerja. Mengantuk duk dalam kereta! Dah la duk belakang dengan Safiyyah dan Shakir. Syok je tengok diorang tidur..lama-lama mata pun jadi berat. Nak join diorang tidur jugak! :p


1 je tujuan kami ke Michigan City. Ke Lighthouse Place Premium Outlets :D. Kat sini baru la shopping sikit. Sikit je..duit tak berapa nak ada :p

Cantik outlet ni. Lain daripada yang lain


Oleh sebab hari pun dah nak malam, kami bermalam di Michigan City tu je. Di Super 8 Motel. Pada saya, Super 8 Motel antara motel terbaik la. Selesa sangat

Bilik di Super 8 Motel ni dilengkapi dengan microwave


...bersambung..


Sunday, June 26, 2011

Dah 30 tahun!

Eh, eh..bukan saya tau! Saya masih muda belia lagi :p. Ni ha gerangannya yang dah cecah 30 tahun..


Semalam, 25 Jun 2011 secara rasminya suami saya ni mendaftarkan diri dalam kelab 3-siri tanpa rela..hihi..


Saya dan Safiyyah dibelanja makan tengahari di kedai Arab semalam sempena hari lahirnya yang ke-30 (patutnya birthday boy yang dibelanja..ni terbalik pulak..hihi..). Pagi semalam suami saya kata tak payah masak untuk makan tengahari. Dia nak belanja makan di luar. Saya dah keluarkan ayam dah pun masa tu. Terus saya simpan balik ayam dalam freezer :D.

Kami keluar makan pun lewat. Dalam pukul 2.30 petang baru keluar. Solat Zohor siap-siap dulu. Senang. Lepas tu kalau rasa nak berjalan, senang hati dah. Tak perlu mengejar masa. Kat sini kalau nak makan kat luar, takde kedai lain la melainkan Sinbad Restaurant. Kedai Melayu sah-sah la takde kat sini :p


Suami saya order Fish and Rice. Saya pulak order Chicken Tikka. Silap order sebenarnya. Ingat nak order Chicken Tikka with rice..tak tersebut pulak rice masa tu. Tapi bagus juga tersilap sebab nasi suami saya banyak sangat. Nasi tu dibahagi dua la. Saya makan dengan Safiyyah


Menanti makanan sampai :)


Isy, isy..main sumbat je roti dalam mulut. Macam mulut tu besar sangat. Banyak Safiyyah makan masa ni. Roti makan, nasi pun makan. Selalunya kalau kat luar susah sangat nak suruh dia makan. Sibuk sangat nak explore sampai tak nak makan. Suka tengok dia makan banyak. Kat rumah makan banyak tapi badan tak nak naik-naik. Terlalu aktif sangat..macam mana nak naik beratnya tu


Lepas makan, kami jalan-jalan pulak ^_^. Dalam pukul 6.30 petang baru sampai rumah semula



As requested, banana cheesecake for birthday boy ;)
Kek ni saya buat petang Jumaat lagi. Hiasnya lewat petang Sabtu. Asalnya nak hidang kek ni kat suami lepas makan tengahari tapi lepas dimaklumkan suami saya yang Irfan (student undergrad) ajak ke rumah lepas Maghrib..saya dan suami sepakat bawa kek ni ke sana. Boleh makan ramai-ramai. Irfan pun tak cakap tujuan diajak ke sana


Dalam pukul 9.30 malam juga la baru kami ke rumah anak-anak bujang. Maghrib lambat sekarang ni. Pukul 9 malam baru masuk waktu. Musim panas siang panjang, malam pendek. Majlis kesyukuran rupanya yang dibuat. Merangkap jamuan hari lahir suami saya juga :D




Hasil air tangan anak-anak dara dan bujang. Jangan main-main...ada potensi buat bisnes catering ni. Kalau saya malas nak masak nanti tempah makanan kat diorang je la..ngee~


Birthday boy potong kek


Lepas suami saya potong kek, beria dia nak suap kek kat tuan rumah. Tuan rumah ada 3 orang tapi Irfan yang menjadi pilihan. Malu-malu je Irfan..hihi.Yang mana ada kamera, masing-masing dah sedia dah nak ambil gambar. Bukan senang nak dapat aksi suap-menyuap sesama lelaki ni.

Rupa-rupanya...bukannya suami saya suap kek kat Irfan...ditenyehnya kek tu kat muka Irfan! Hahaha! Semua orang tak jangka suami saya akan buat macam tu. Tergelak besar semuanya. Selalunya birthday boy/girl yang terkena...ni bukan birthday boy pulak yang terkena! Hihi..

Diorang semua ingat saya dah tahu rancangan suami saya nak kenakan Irfan padahal saya sendiri tak sangka suami saya nak tenyeh kek kat muka Irfan :p. Tapi saya rasa pelik juga la bila dia kata nak suap kek kat Irfan. Ada ke lelaki nak main suap-suap sesama lelaki? Kalau sesama perempuan tu perkara biasa. Patut la beria sangat suami saya kata nak suap Irfan :p


Irfan. Si mangsa. Kesian tapi nak gelak jugak. Haha. Redha je la ye Irfan..hihi..




Peminat-peminat Safiyyah :p
Bawah: Amanda dan Syafiq bersama Safiyyah
Atas: Alif nak bergambar dengan Safiyyah tapi Safiyyah lari :D. Cuba nasib lain kali pulak la ye Alif..hihi..


30 tahun vs 3 bulan :D


Thursday, June 23, 2011

Nasi goreng kampung

Siapa suka nasi goreng kampung angkat tangan! :p

Nasi goreng kampung jadi menu kami hari ni. Oh, kami dah kembali makan nasi setelah beberapa hari 'cuti' makan nasi ;). Duk teringat-ingat nasi goreng kampung yang kakak senior upload gambarnya di Facebook..tu yang buat. Hihi. Lama tak makan nasi goreng kampung. Ni antara menu kegemaran saya suatu ketika dulu. Makanan kegemaran saya tak pernah tetap kecuali sambal tumis dan goreng berlada. Yang tu memang all-time favorite!

Penyebab utama saya suka nasi goreng kampung...PEDAS! Tu yang buatkan saya jatuh hati dengan nasi goreng kampung. Dulu dah selalu sangat makan sampai saya pun jadi jemu. Lagipun saya semakin kurang minat ikan bilis walaupun dibuat sambal tumis. Tak tahu kenapa. Padahal sambal tumis ikan bilis makanan wajib saya masa kecik-kecik dulu.


Tu nasi goreng kampung yang saya buat petang tadi. Jangan pelik tengok warna nasinya macam tu. Saya guna cili padi merah (cili padi yang dah masak)...tu yang jadi warna merah. Warna je merah tapi tak pedas sangat pun. Tak cukup bahan sebenarnya nasi goreng kampung ni. Takde sayur kangkung! Hihi. Takde stok kangkung la kat rumah. Dah tak sabar sangat nak makan...buat jugak walaupun tak cukup bahan :p. Nak minta suami saya belikan pun dia takde kat rumah dari pagi...pergi sampling. Takpe la tak cukup bahan pun..janji kenyang :D

Eh, eh..asyik cerita pasal makanan je. Nak buat entry lain asalnya tapi tengah tak rajin. Sambungan kisah percutian kami tu pun tak buat-buat lagi. Huhu. Sabar ye. Nanti saya buat sambungannya, insyaAllah. Jangan marah ek...nanti kena jual! ^_^




Tuesday, June 21, 2011

Pasta dalam sup tomato

Dah 2-3 hari saya tak masak nasi dan tak makan nasi. Jemu la makan nasi. Masak bihun la..pasta la..pendek kata bukan nasi la menu kami sekeluarga. Suami saya pulak request makanan ala-ala Western/Italian. Tekak omputih la pulak dah :p. Layan je la. Lagi senang dia bagitau apa yang dia nak makan daripada saya pening kepala fikir apa yang nak dimasak.


Pasta dalam sup tomato


Pasta dalam sup tomato ni saya buat semalam. Edisi derhaka :p. Bukan derhaka sebab apa...derhaka sebab tak cukup bahan..ngee. Bahan asas cukup, saya buat je la :D. Resipi ni saya ambil dari SINI..dari blog Mat Gebu. Senang sangat nak buatnya! Memang cari resipi yang senang-senang je pun..hihi. Kalau nak cuba, boleh la cuba resipi ni :)


BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram pasta mat guna pasta pintal atau fusili *saya guna tri-color rotini
1 cawan soup tomato (mat guna jenama "Heinz")
2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 kiub ayam maggi  *saya letak seketul
1 batang sosej ayamas, hiris bulat *tak letak, sosej takde dalam stok
1 batang jejari ketam, hiris *ni pun takde
1/4 red capsicum, dadu kecil
1/4 yellow capsicum, dadu kecil
1/4 green capsicum, dadu kecil *saya pakai green capsicum je sebab hanya tu je yang ada
Lada hitam secukupnya
Sedikit gula dan garam
1 helai bay leaf
Hirisan kuchai untuk hiasan (tak de, ganti dengan daun sup) *ni pun takde :p

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta fusili dalam air mendidih bergaram hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum. Masukkan tomato soup dan juga air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sosej dan bahan2 lain kecuali gula, garam dan kuchai. Masak hingga sedikit pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan matikan api. Garam kena jaga sebab dah ada kiub pati ayam. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  4. Letak pasta fusili secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali, tabur lada hitam, hias dengan hirisan daun kuchai dan hidangkan segera...


Tengok..banyak bahan takde. Hihi. Tapi tetap licin suami saya dan Safiyyah makan ^_^. Saya tak makan pun. Tekak tak boleh nak terima sangat makanan macam ni. Pada yang nak mencuba tu..selamat mencuba ye! :)


Sunday, June 19, 2011

Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI


...sambungan..

Part 2 ni masih berkisar cerita-cerita di Madison, Wisconsin. Di Madison yang paling lama kami duduk pun. 4 hari 3 malam juga la kami di sana.


Hari ke-3 (28 Mei 2011)
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami ke tempat perasmian Midwest Games (MWGi). Ingatkan kami lambat dah. Rupanya masih ramai lagi yang belum datang. 1 perlawanan bola sepak pun baru je habis. Pasukan Iowa menang lawan pasukan mana entah...tak pasti pulak saya sebab suami saya yang bersembang dengan Luqman (undergrad student Iowa).

Tak ramai pun yang hadir di majlis perasmian tu terutama mereka yang berkeluarga yang ada anak-anak kecil. Saya sempat la kenal dengan kak Izzah dari Iowa. Tu pun dapat sembang sekejap je lepas majlis perasmian berakhir.


Cuba cari di mana Safiyyah :D


Bucky Badger. Mascot University of Wisconsin-Madison. Safiyyah takut dengan mascot ni :D




Masa ni pertandingan perbarisan (kalau tak silap la :p)


Safiyyah kalau dah mengantuk...ikut suka dia je nak baring kat mana :p


Habis majlis perasmian, suami saya ada lunch dengan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan staf Education Malaysia. Di padang tu juga. Kalau perasan, ada nampak khemah putih dalam salah satu gambar di atas tu. Kat situ la majlis makan tengahari dibuat. Bukan suami saya seorang la. Ni pertemuan di antara KPT dengan post-grad students. Saya dengan anak-anak duduk dalam kereta je. Sob..sob..

Tapi lepas suami saya makan, dibawanya saya sepinggan nasi :D. Ramai yang tak tahu pasal majlis tu...jadinya ada la makanan lebih. Alhamdulillah, ada rezeki saya dan Safiyyah di situ. Selesai semua (lama juga saya tunggu dalam kereta...suami saya duk bersembang tak ingat dunia...isk..), kami solat jamak Zohor-Asar di rumah dan keluar semula. Ke Outlet ^_^. Johnson Creek Premium Outlets. Setengah jam je dari Madison. Kami beli barang-barang yang orang kirim je.

Balik semula ke rumah Raja Farhana...ramai sangat orang. Raja Farhana buat makan-makan untuk kawan-kawan dia. Ada dalam 30 orang rasanya yang datang tu. Awal-awal lagi dia bagitau kami pasal jamuan tu. Entah bila dia masak pun kami tak tahu. Kami ke outlet tu pun dah hampir jam 4 petang. Masa tu dia tak balik rumah lagi. Kami balik je semua makanan dah terhidang. Cekap betul. Dah la masak nasi kerabu yang renyah nak disiapkan.

Kak Suzana sekeluarga pun ada juga masa tu. Lepas kak Suzana balik, saya tidurkan anak-anak. Dengan saya sekali tertidur..ngee. Tak tahu siapa lagi yang datang lepas tu :p.


Suami saya dengan abang Atfan. Saya dengan kak Suzana



Hari ke-4 (29 Mei 2011)
Dalam pukul 7.30 pagi suami saya keluar. Lawan ping pong. Game pertama suami saya menang. Game kedua kalah. Kalah dengan abang Mat yang baru kami kenal 2 hari sebelumnya. Hihi. Tapi kata suami saya, dia kalah pun..kalah bermaruah. Menang juga la 1 set :D. Raja Farhana pun ada bagitau abang Mat terer main ping pong.

Saya tak tengok pun suami saya main ping pong. Anak-anak tak bangun lagi. Ada hikmahnya juga la saya tak pergi. Tak lama lepas tu hujan. Makin lama makin lebat. Tengahari pun masih hujan lagi. Perut dah berkeroncong. Kalau tak fikir anak-anak, redah je hujan. Alhamdulillah dalam pukul 1 petang hujan reda. Lepas solat baru kami keluar makan.


Tempat kami makan. Palis Cafe


Suami saya makan cheese burger dan chicken wings. Saya pulak order chicken shawarma with rice. Cheese burger tu sedap kata suami saya. Bukan senang nak jumpa burger kat sini. Eh, ada berlambak tapi tak halal la :p. Chicken shawarma tu pada saya biasa je. Ok la tapi rasanya takkan beli dah untuk kali kedua


Suka tengok mimik muka Safiyyah dalam gambar ni. Muka teruja nampak makanan ^_^


Lepas makan, kami jalan-jalan ke Macy's. Ada university bookstore kat situ. Beli souvenir sikit. Petang tu dalam pukul 6.30 ada majlis makan malam di South Union. Suami saya pergi sorang je. Masa suami saya daftar hari Jumaat tu, dia tak dapat daftarkan saya sekali untuk dinner sebab dah penuh. Uhuk!

Suami saya balik semula ke rumah ambil saya dan anak-anak ke majlis penutup MWGi. Saya tanya dia makan apa dinner tu. Dia jawab, "Ada la". Tak puas hati dengan jawapan dia...saya tanya lagi, "Sedap ke?". Pastu suami saya jawab, "Uih...sedap! Rugi ayang tak dapat join dinner". -_-"

Saje la tu nak buat saya sakit hati. Tapi saya rasa suami saya tipu je tu. Kalau betul-betul sedap, jumpa-jumpa saya je mesti terus dia bagitau sedap. Tak payah tunggu saya tanya. Tapi saya tetap tak puas hati sebab tak tahu menu yang dihidangkan (sibuk je nak tahu :p). Banyak kali saya tanya, dia tetap tak nak jawab. Dia suruh tanya orang lain pulak. Sah, mesti tak sedap! :p

Masa kami sampai di South Union tu belum ramai orang lagi. Saya tak masuk dalam dewan langsung. Malas nak masuk dengan anak kecik. Buatnya dia melalak ke apa..leceh nak keluar masuk. Saya duduk di luar je la. Ramai je pun yang duduk di luar dewan. Rasanya tempat duduk dalam dewan tu pun tak cukup nak menampung semua sekali.


Saya, Syeda dan Raja Farhana dengan bodyguard cilik :D
Di belakang kami tu la dewannya


Macam biasa la Safiyyah...pantang jumpa tangga!
Masa ni bawa Safiyyah keluar sekejap. Dia mengamuk tak nak duduk dalam bangunan. Kasi peluang la dia main tangga. Dah nak Maghrib baru masuk semula


Si kenit ni kalau perutnya kenyang, gembira aje. Perut kenyang, hati senang ^_^


Safiyyah dan Faris (anak teruna Syeda) sibuk dengan aktiviti mewarna. Tak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling. Dunia anak kecil memang indah!


Dah saya tak duduk dalam dewan, saya tak tahu la siapa yang buat persembahan, persembahan apa yang ada, siapa yang menang dalam semua acara sukan...eh, semua la tak tahu :p. Yang saya tahu, Raja Farhana buat persembahan dan saya juga tahu dia jadi juara dalam MWGi Idol. Raja Farhana ni memang berbakat. Bersukan boleh (lebih daripada 1 acara dia masuk dalam MWGi kali ni termasuk ping pong dan tarik tali), menyanyi boleh, memasak pun pandai. Dia memang popular di Madison :). Suami saya gelar dia 'kak Raja serbaguna'. Hihi.

Majlis penutup berakhir baru kami masuk dalam dewan..ehe..


Saya dengan kak Chah. Suami saya dengan Reese (atas) dan abang Apai (bawah)


Masa ni saya dengar ramai yang mengadu lapar. Eh, pelik pulak saya. Bukan ke sebelum majlis penutup tadi ada dinner? Tanya kak Chah...baru la saya tahu cerita. Makanan masa dinner memang tak sedap! Saya tersengih-sengih je masa ni. Kata kak Chah, dah la tak sedap. Makanan yang dihidangkan pun entah apa-apa. Tak mengenyangkan langsung. Saya tanya apa menunya. Kak Chah kata dia pun tak reti nak describe. Yang ada..kentang lenyek, salad, chips dan entah apa-apa la lagi. Menu ala omputih rupanya :p. Patut la suami saya tak nak bagitau. Haha. Ada rupanya hikmah saya tak dapat didaftarkan sekali untuk dinner ;).


Atas: Saya sekeluarga bersama Puan Rozita (staf Education Malaysia)
Bawah: Bersama Ku Ila Sekeluarga


Puas bergambar, masing-masing sibuk nak cari tempat makan. Hihi. Kesian. Mulanya kami pakat-pakat nak makan di Palis Cafe tu je tapi dah tutup pulak. Bincang dengan Ku Ila dan Isa, kami sepakat makan di Subway. Sampai-sampai Subway...ramai geng-geng Melayu kat sana! Kaya la Subway malam tu :p. Kami tak dapat makan sekali. Subway dah nak tutup. Kami la pelanggan terakhir. Masa ni sekali lagi dengar diorang merungut pasal makanan masa dinner tu :p.


Melayu je semuanya kat Subway masa ni :D


Dah lukis atas kertas, lukis atas tangan dan muka pulak. Seni tanpa batasan namanya :p


...bersambung lagi..