Pages

Monday, September 10, 2012

Kerjasama dua beradik

Dua beradik di rumah ni makin lama makin pandai bekerjasama. Bagus. Cumanya, lebih banyak bekerjasama atas perkara yang tak sepatutnya yang senantiasa menguji tahap kesabaran ummi. Silap haribulan, ada yang bertukar jadi raksasa di rumah ni nanti :p.


Pesta telur
Penghujung bulan lepas, seronok dua beradik ni berpesta telur. Ummi tengah skype dengan opah, mereka buat projek senyap-senyap. Tiba-tiba je rumah ni jadi sunyi sepi. Selalunya ada je dengar suara mereka. Intai di ruang tamu...masing-masing tengah seronok pecahkan telur! Daripada 18 biji telur, hanya 6 biji je yang dapat diselamatkan. Geram sungguh masa tu. Dahlah pecahkan telur atas karpet. Huhu. Jenuh nak mencucinya. Ini bukan kali pertama telur jadi mangsa. Dah beberapa kali berlaku tapi inilah kali pertama 12 biji telur dipecahkan dalam satu masa! Shakir memang pantang nampak telur. Tukang buka peti ais Kak Long la dan Shakir akan keluarkan telur. Lepas tu sama-sama pecahkan telur tu -_-".


Mandi bedak
Beberapa hari lepas tu, bedak pula menjadi sasaran. Ummi di ruang tamu, mereka buat projek dalam bilik. Terkekek-kekek mereka berdua ni gelak. Ingatkan apa bendalah yang menggelikan hati mereka. Tengok-tengok, karpet memutih dengan bedak dan dua beradik tu pula dah jadi tepung gomak. Seronok bersiram bedak rupanya! Tak terfikir pun dua beradik ni main bedak sebab sebelum ni bedak tu tak diusik pun padahal lama dah bedak tu berada di tempatnya.


Muka tak bersalah je masing-masing.


Lecak susu dan jus
Ini satu lagi aktiviti kegemaran dua beradik ni.. Tuang susu atau jus atas karpet, kemudian melompat-lompat atasnya ala-ala main lecak -_-". Geram sungguh ummi. Gara-gara peti ais tak berkuncilah ni. Dah beberapa kali kunci peti ais bertukar ganti. Yang terakhir tercabut, beberapa minggu lepas, masih belum berganti lagi. Frigde lock tu tak mampu bertahan lama. Jenis yang pakai pelekat tu. Peti ais pula betul-betul sebelah dapur dan minyak selalu terpercik di bahagian tepi peti ais tu, manalah fridge lock tu nak bertahan. Hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Lepas tu memang akan tercabutlah. Kalau tak dapat susu atau jus, air kosong pun jadi untuk dituang atas karpet..huhu..



Haruskah diikat 2 beradik ni supaya darah ummi tak mendidih lagi? :p


Nota:
Harapan ummi, apabila kalian besar nanti, kalian sesama adik-beradik bekerjasama dalam perkara kebaikan dan saling tolong-menolong dalam apa jua keadaan selagi tidak melanggar syarak. Jadi anak yang soleh/solehah ye sayang :).


18 comments:

Nieyla Nadia said...

hehehe~abis...
Insya'Allah...semua nyer baik2 bler besar nnt..:)

Teratak Hami said...

hehehe ... Kerjasama "notty" yang cute !!!

Lepas ni apa agaknya projek dorang?

Fazlinil Irma said...

shakir suka main telur sbb masa mengandung nadia suka membaking kut.. hehee..

Mixed-family in da house.... said...

salam nadiah,'

depa sedang berkreatif tu.....takpa....let them play...hikhikhik....apa kata lepas depa main, nadiah ajak depa sama2 cuci? boleh train depa jugak tu.....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Happy Kids... Nadiah..
Camtulah nak menguji kesabaran uminya.. kadang2 geram juga dibuatnya kan :D

Unknown said...

anak2 huda lak kak, kalau diam tu mesti ada projek diaorg buat contohnya menyepah2kan kedai ummi dia ni..abih smua buku2 n toys kat dlm almari tu diorg turunkan :)

Zila said...

comel aje depa ni kan Nadiah?..anak akak yg bungsu dulu malam2 suka bukak fridge, ambik telur dan pecahkan kat kepala kakak dia....heheh...beautiful memory..kalau terkenang masa duk satu famili mesti mengundang tawa...Nanti dah besar semua tu jadi kenangan...Byk2kan beristigfhar aje ada anak ni...

Amzar said...

wah betul2 kerjasama yg baik tu...baik tuk diaorang la...anak2 yg cerdik ni sentiasa ada akal nak bg ummi marah ye...anak2 imah pun mcm tu jugak tp bab pecahkn telur tu idak le smp byk mcm tu...sbiji dua ada le...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

anak tera nak besaq gituew la...but seriously they look so cute ngan segala tepung kat muka gituew...gerammmm!!

Anonymous said...

kenangan masa dia org kecil ni la yg akan kite citekan pada ank2nya nanti...

fatimah said...

dalam geram umminya masihsempat snap gambar..tu kira okela tu..at least..ummi still under control..hehe..budak2..

Unknown said...

eh kejadian yg sama jugak hari tuh...sedang wife sibuk memasak di dapur Mifz lak sibuk menabur bedak di ruang tamu...hehe

Affieza said...

Nnt bila dioarang dh besar akak bg baca entry ni mesti gelak...hehe

Kamalia said...

hehehe..sabar ye nadiah..akk pun samala dgn twins ni ha,habis sebotol jus buang atas kapet mcm tu je..belum lagi benda2 lain..

+ e.z + said...

he3. dlm geram2 musti nk tergelak dolo kan?
;p

Ina Hashim said...

comey syakir berambut kerinting....macam rambut firas jugak

dEdEQ dE wIshEs said...

MASYA ALLAH .. HIKHIK ..

LICIN ..

SUKE TGOK ..

aLyNnZ said...

aduhai..gelihati melihat gelagat anak2 nadiah..anak2 seronok sebenarnyer biler dah ada adik beradik..