"No".
************
"Give me a hug, please".
"No".
************
"Please throw this in the bin".
"No".
************
"Kiss ummi please....I need a kiss".
"No".
************
"Can I have some?"
"No".
************
Grrrrr....geram betul dengan anak teruna ni. Sejak dah pandai guna perkataan no dengan baik, no je jawapannya. Sebelum ni kalau ajak mandi, terus je dia ambil tuala dia. Sekarang ni setiap kali ajak mandi, itulah jawapannya. No. Bukan sekadar menyebutnya, memang dia maksudkan perkataan no tu. Kalau nak angkat dia ke bilik air, dia terus duduk atau meniarap tanda tak mahu mandi. Kalau dipaksa juga, mengamuklah dia >_<.
Sebelum ni juga kalau diminta buangkan sampah ke dalam tong sampah, tanpa bantahan terus je buat. Ada masa, dia buat tanpa disuruh. Sekarang ni laju je mulut tu jawab no. Kalau sampah orang lain, tak apa jugalah kalau dia tak nak buat. Ini sampah sendiri pun dia tak mahu buang ke dalam tong. Tapi ikut angin dia jugalah. Kalau angin rajin tu, dia buat je tanpa disuruh.
Dalam banyak-banyak no yang disebut, hanya satu je yang saya suka. Sewaktu saya menggeletek dia. Tak tahan kena geletek, merayu sebut no...hihi...itu je no yang comel saya dengar dari mulut dia. Yang lain tu buat geram je :p.
9 comments:
Hehehe... syakir bijak tandanya tu :-)
Hehe..mesti comel je dia ckp no
No dgn nada merayu mesti mak dia pun melting
budak2 sebayang Shakir nih setiap kali sebut apa2 perkataan memang comel kan...hehe
...biasalah...budak2...yang penting doakan jer yang baik2 untuk anak2.....
...ermmmm...lama tak komen blog ni....
Dah faham maksud no tu Ye shakir...;-)
haha.comel!
Cute !
sabar jelah...^_^
Post a Comment