Pages

Friday, January 15, 2010

Majlis pertunangan Angah

Anak: Mak, orang tengok dah gambar Angah..

Mak: Tengok dah? Angah emel ke?

Anak: A'ah, Angah emel. Kenapa baju Angah sama warna dengan mak ayah perempuan, yang perempuannya pulak sama dengan Mak Long ngan Pak Long. Terbalik pulak. Macam Angah anak mak ayah perempuan tu, perempuan tu anak Mak Long Pak Long..hehe..

Mak: Kebetulan je tu. Angah memang tak nak pergi pun majlis bertunang tu. Masa kitorang pergi, Angah tinggal kat rumah bertanggak. Ye la, dalam keluarga kita, yang lelaki mana ada pergi masa nak bertunang. Tapi nenek perempuan tu suruh jugak Angah datang, dia hantar orang ambil Angah. Kesian mak tengok Angah. Menggigil-gigil dia bila dia sampai tu..nampak pipi dia terketar-ketar..

Anak: gelakguling. Cakap kat Angah...itu baru bertunang, belum nikah lagi sengihnampakgigi

Mak: Mana la Angah tak menggigil, ramai sangat orang. Keluarga belah perempuan memang besar. Atok neneknya ramai anak, anak-anak diorang pun ramai anak. Masing-masing ada lebih kurang 7 orang anak. Tu yang jadi ramai sangat tu..


Hehe...itu la antara dialog saya dan mak 2 hari lepas masa saya call mak saya. Ketawa besar saya bila mak kata Angah menggigil-gigil kat rumah keluarga perempuan *kejam betul..patutnya tumpang simpati, ni gi gelak pulak jelir*. Tak dapat saya nak bayangkan Angah dalam keadaan macam tu sebab Angah ni jenis happy go lucky dan kalau bercakap tu, selalu buat orang tak kering gusi. Itu yang buat saya tergelak besar tu sengihnampakgigi. Nasib baik masa saya bertunang dulu, mak saya tak bagi bakal tunang saya (sekarang ni suami la senyumkenyit) datang. Kalau tak, mesti terketar-ketar macam Angah ihikhik.

Gambar atas dari kanan: Pak Long, Mak Long, tunang Angah, Angah, mak ayah tunang Angah
Gambar bawah: mak, ayah dan adik saya dengan Angah dan tunangnya
senyum


Apa pun, selesai dah majlis pertunangan Angah Sabtu lepas. Berkemungkinan besar nikah bulan 11, tak jadi buat bulan 6 dan insyaAllah buat sekali kenduri dengan Along (abang Angah). Part nak pilih tarikh nikah dan kenduri kahwin ni memang susah macam saya alami dulu. Beberapa kali pilih tarikh, baru la dipersetujui dua-dua buah keluarga. Faham-faham je la, cuti hujung minggu Selangor dengan Kelantan bukannya sama dan belah saya pulak kena buat hari Ahad jugak sebabnya kalau buat hari Sabtu, takde orang untuk tolong rewang.

Mak saya kata keluarga perempuan tu baik sangat. Layanan tip top. Walaupun keluarga diorang kaya-raya tapi tak nampak pun macam orang kaya. Sederhana je tengok diorang. Dengar cerita mak aje pun dah buat saya respect. Bukan apa, kadang-kadang sesetengah orang tu, baru kaya sikit tapi bukan main berlagak lagi. Macam dunia ni dia yang punya gigil. Teringat pulak kata-kata mak satu masa dulu..

"Mak cakap kat ayah, mak tak nak kaya. Sekadar cukup je untuk keluarga kita. Mak takut nanti kalau kaya, jadi lupa diri.."

Duk fikir-fikir, memang betul pun apa yang mak cakap tu. Ramai orang yang 'lulus' bila diuji dengan kesusahan tapi ramai yang 'gagal' tatkala diri diuji dengan kesenangan/kemewahan. Jadi lupa diri, takbur, sombong dan terlalu mengejar kesenangan dunia sampai lupa mengumpul bekalan untuk akhirat nanti. Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari segala sifat mazmumah (sifat buruk) dan mudah-mudahan juga hendaknya kita 'berjaya' melepasi segala ujian dariNya baik berupa kesusahan mahupun kesenangan..ameen..

Sepanjang 3 hari kat Sabah sana tu, 1 sen pun tak keluar kata mak saya. Kereta, diorang sediakan, nak gi mana-mana ada orang tolong hantar dan ambil. Waktu makan, diorang hantar makanan atau diorang gi ambil dan makan kat rumah sedara-mara diorang gilir-gilir. Walaupun baru je kenal tapi rasa macam dah kenal lama. Dah la tu, lepas je majlis tunang, dapat duit pulak lagi. Yang perempuan je la dapatnya pun. Isy, rugi saya tak ikut sekali *macam la Lincoln dengan Sandakan tu sepelaung aje jelir*.

Mak Long duk risau je. Ye la, mana la mampu nak layan diorang macam layanan diorang tu. Bukannya orang kaya. "Malunya la nanti bila diorang datang rumah kita. Rumah kita kecik aje...". Itu 1 lagi perkara yang Mak Long segankan. Mak saya kata rumah keluarga perempuan tu memang sebesar-besar rumah. Rumah tu ada 10 bilik. Bayangkan la besar mana. Dah la tanah sendiri. Syoknya ada tanah sendiri. Saya selalu berangan-angan nak ada tanah sendiri..rindu

Keluarga diorang buat bisnes sarang burung. No wonder la kan diorang kaya-raya. Gaji pekerja yang kutip sarang burung aje pun dah RM 11k (RM 11,000 ok!), inikan pulak pengusahanya. Telan air liur dengar gaji banyak tu hanya dengan mengutip sarang burung. Sape nak kaya cepat tu, gi la kutip sarang burung. Daripada masuk skim cepat kaya, daripada merompak dan menipu orang, baik la gi kutip sarang burung. Laaaagi bagus!

Balik Malaysia nanti nak kerja kutip sarang burung la. Cepat sikit kaya *boleh langsaikan hutang PTPTN cepat-cepat..hoho*. Tapi terpaksa cancel la niat tu sebab kesian nanti Safiyyah terpisah dengan papa dia yang duduk di Semenanjung *eleh..padahal tak sanggup nak menggadai nyawa memanjat bukit/gunung curam dan tak sanggup duduk jauh dari Semenanjung jelir*.

1 lagi yang mak saya suka tengok keluarga tu...semuanya bekerjasama. Masing-masing tahu kerja masing-masing. Tak payah disuruh-suruh. Takde sekali pun dengar ayat-ayat menyuruh/mengarah (ie. "gi angkat pinggan mangkuk tu", "tolong ambil lauk kat dapur, letak kat atas meja"). Daripada yang kecik sampai la yang dah besar-besar, tahu je tugas diorang. Habis je makan, budak-budak dalam lingkungan umur 10-12 tahun akan kutip semua pinggan mangkuk. Yang anak-anak dara belasan tahun akan basuh pulak pinggan mangkuk tu. Tak perlu dipanggil, cepat je buat kerja.

Seronok je dengar cerita mak...rasa macam nak kenal jugak dengan keluarga tu... senyum

20 comments:

daud.montak.zakaria said...

"...kalau kaya, jadi lupa diri.."

Saya akui perkataan ni, banyak benarnye. Maklumlah manusia punyai pelbagai kehendak apatah lagi bila dah kaya raya, tak perlu kaya raya sangat, setakat baru senang sikit jer, sudah muka sentiasa pandang ke langit...Bila kita lama hidup kat dunia ni, makin banyak cerita yang didengar berkaitan perkataan 'kaya' dengan kehidupan realiti manusia walaupun agamanya juga ISLAM........moga2 kita semua terhindar dengan ujian2 macam ini..

Pija Madzlan said...

:) kami tak pernah rasa tunang munang ni...huhu

rumah seploh bilik...subhanallah.... tapi senang lah sikit anak2 yang dah kawin balik takla guling banting mcm kami...he he

nonie said...

hihi ingt kat bapa sedara kite..perangai punyer la nakal bukan main..buat lawak jer keje nyer..sekali masa angkat nikah terketar2..berpeluh2 hahahhaa...

Syigim said...

seronok baca posting ni. teringat zaman tunang myself, & when my sister tunang...makes me miss home! sbb kenduri plg best time berkmpul ramai2...

hmm, my husband khairul did come 2my hse hari tunang tu, tp lmbat sket. dtg pakai shirts n jeans je mcm ur angah pehtu my aunt bising suh pinjam baju melayu anak dia so that lawa bila bgambar! aiseh! hihihi..mcm2 kan

Nadiah Sidek said...

studioukm: 'moga kita semua terhindar dengan ujian2 macam ni' - ameen..

sitisifir10: oh, kak pija terus nikah ye?

nonie: hihi..senakal2 lelaki, mesti terketar2 time nikah, kan? :D

syigim: ha..bocor dah rahsia! masa tunang tu rupanya your hubby pakai baju pinjam ye.. :D

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

Salam kenal,

Jumpe ur blog tru SYigim's. Nice meeting u sis.

p.s. by the way, i like the posting. Same macam my family (orang jawa) diorg tak bagi lelaki datang masa bertunang. My hubby siap pegi picnic ngan adik2 die while the parents and family pegi bawak rombongan meminang.
(*wink) :)

Nida n' Hanafi said...

Selesai sudah satu bahagian.. selepas ni alam perkahwinan pula menanti.. apa2pun semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat

transformed housewife said...

tahniah untuk adik Nadiah. kami (knur & Yati) dok tunggu adik lelaki kami nak kawin dlm 3 mg je lg ni.

Nadiah Sidek said...

paji: salam kenal. nice meeting u too :). hihi..gi picnic time bertunang..best la! takde la terketar2 :D

nida: mudah2an gitu la hendaknya :)

temp. hw: angah tu bukan adik nadiah kak nur, sepupu nadiah tu..tua setahun dari nadiah. adik nadiah lambat lagi ;)

Anonymous said...

bertuah adik nyer..TAHNIAH

Hamizah said...

Nadiah,
ada kwn akak kaya sbb kutip sarang burung jg. dia pelihara sdiri.dia bina bgnan bsr kat pinggir kg je.buka speaker kuat2 nanti burung datang.xpayah g sabah pon blh kaya.blk ni blh la cuba ye.kalau kaya jgn lupa akak..hehehe.

Ummu Mishkah said...

tumpang bahagia baca cerita org bertunang ni.. suka kalau ada yang nak dirikan masjid ni.. :)
Tak sabo nak ada menantu sendiri.. huhuhuhuhu

Drama Mama said...

ahhh bestnya family ni ya.orang baik2 la, rajin2 plak tu. harap2 anak i nanti rajin jugak bila besar, ameen!

lawa la tunang angah ;-)

Nadiah Sidek said...

lalatulips: angah tu cousin saya..hehe..

hamizah: oh..takyah gi sabah pun boleh buat bisnes sarang burung ye? macam beria je la nak buat bisnes sarang burung tu..hihi..

ummumishkah: alahai..tak sabar nak bermenantu dah ke? lambat lagi tu. tumpang menantu orang lain la dulu ye ;)

drama mama: a'ah..bagus keluarga tu. ameen (doa untuk anak sendiri sekali :) )

Anonymous said...

suspen utk diri sendiri...
bc ksh org mmg best..huhu.
nsb sendiri xtau la camne.

husna said...

waaahh...mmg bagus la famili tu.. dengar cerita kak nadiah pon rasa nak kenal famili tu..
kot kot boleh cari calon suami.. muhhahaa..

gila ah. 11K gaji buat keja kutip sarang burung.. mesti sangat mencabar dan bahya tu..
11K... uish.
11K...
11K...

hahahaaa

Nadiah Sidek said...

meen: eh..meen pulak ke yang berdebar2? hehe..

husna: amboi..ada hati nak cari calon suami ye..hehe..

Unknown said...

Wahh.. Bagus dah mengikat janji 2 belah pihak. Tahniah. Berapa lame angah tu bertunang?

husna said...

hahhahahaa
oppss. lupa tutup mulut bila gelak besaq..
husna dan aini nak pi sabah lagi.. nak pi semporna plak kali ni..
sambil snorkeling, sambil2 cari calon suami.
tak dapat toke sarang burung, toke balak pon oke.

Nadiah Sidek said...

amirulfaiz: kalau ikut perancangan, nak dekat setahun gak la bertunang. duk tanya orang..dia tu berapa lama lak nak bertunang? ehe..

husna: amboi..berjalan2 aje ye dia. report Dr.Nasir baru tau :p. kalau tokey2 tu yang tua2 mau jugak ke? hehe..