Pages

Sunday, January 10, 2010

Mariana's birthday party

Petang semalam kami memenuhi undangan birthday party Mariana yang diadakan di Chuck E. Cheese's, lebih kurang 10 minit dari apartment kami menaiki kereta. Kalau masih ingat dalam entry saya terdahulu, ada beberapa kali saya mention nama Mariana. Mariana ni anak kepada pasangan Antonio dan Silvana (Brazilian family). Dan semalam genaplah usianya 10 tahun celebrate.

Credit picture: Google


Yang sebenarnya hanya Safiyyah je yang dijemput tapi Safiyyah tak nak pergi sorang-sorang, merayu-rayu dia nak kami pergi sekali sengihnampakgigi. Dengan berat hati, kami pergi juga la demi menjaga hati puteri kecil kami love.


Ni la buktinya hanya Safiyyah (Sofie = Safiyyah kenyit) je yang dijemput sengihnampakgigi. Hafiz sekeluarga pun gi juga. Dalam kes diorang, Iman yang paksa ummi ayah dia ke majlis Mariana sebab Iman pun tak nak gi sorang-sorang jelir


Dads and daughters
Selalu saya letak gambar moms and daughters, kali ni kasi can la kat bapak orang berdua ni..nanti merajuk pulak
jelir. Masa ni baru sampai Chuck E. Cheese's


Sampai-sampai je sana, Antonio bagi kami token dan terus suruh kami gi main game sebelum majlis bermula. Mula-mula sampai tu mood Safiyyah ok je walaupun suasana dalam Chuck E. Cheese's tu sangat la bising tapi lepas naik atas 'lebah' bawah ni, terus dia menangis. Takut agaknya sebab benda tu duk bergoyang-goyang. Lepas tu dia start la meragam. Tak nak diletak langsung. Nak berdukung aje. Papanya dukung sambil duduk pun dia mengamuk-ngamuk adus.

Lebah comel ni la yang buat Safiyyah menangis jelir


Sambil kendong anak, sambil main game hah


Sempat la diorang berdua main 2-3 game sebelum Silvana panggil semua berkumpul sebab majlis dah nak bermula. Fuh penat, nasib baik Silvana panggil, kalau tak, lupa diri dah diorang berdua tu sengihnampakgigi.


Antara aktiviti budak-budak dengan maskot Chuck E. dan beberapa orang staf Chuck E. Cheese's


Birthday girl and her mom love. Sweet aje tengok 2 beranak ni senyum


Mariana and her parents with Chuck E.'s mascot


Sesi potong kek


Giliran kami pulak bergambar dengan Chuck E. dan birthday girl kenyit


Sambung balik main nak habiskan token


Masa ni mood Safiyyah dah ok balik. Yay! Masa ni dia duk meronda je la sampai letih nak mengikutnya senyumkenyit. Abaikan kaki Safiyyah yang tak berkasut tu ye..terlupa nak bawak kasutnya adus


Kami balik dalam pukul 4.15 petang. Perut masa tu duk berkeroncong je, sebab hanya pizza je yang dihidangkan. Saya memang tak makan pizza, memang kelaparan la lapar. Pagi tu buat nasi tomato tapi tak jamah pun sebelum keluar rumah. Suami lak tak sempat makan sebab sebelum tu dia keluar beli groceries, sampai rumah nak dekat kul 2 petang dah pun. On the way balik tu suruh suami ajak Hafiz/Izza makan kat rumah kami, kesian lak Izza tak masak untuk lunch. Memang saya akan masak lebih (read: masak untuk makan 2 hari sengihnampakgigi) kalau buat selain nasi putih. Buatnya kadang-kadang aje, tu yang sekali buat terus banyak..ehe.

Tapi lepas solat Asar, suami keluar dengan Hafiz ke workshop, kereta kami ada masalah sikit. Diorang balik ke rumah pun dah hampir pukul 6.30...lambat juga la dapat makan pun. Pastu suami balik-balik je dia kata nak ajak Muzammil dan Suhaizi sekali. Risau je makanan tak cukup tapi masa tu tawakkal je la. Ready nasi putih siap-siap in case nasi tomato tak cukup. Secara tak langsung, jadi 1 lagi aktiviti makan-makan kami kenyit. Boleh la anggap sebagai jamuan sempena start kelas esok. Dah lama cuti, masing-masing liat je nak ke kelas balik jelir.

Alhamdulillah cukup juga nasi tomato tu. Saya duk ingat tak cukup. Tak tau la kalau diorang segan nak makan banyak bila duk tengok nasi tomato tu tak banyak mana..huhu. Tapi rasa ralat la juga sebab saya dan suami tak ingat nak ajak Syafiq sekali. Kalau buat aktiviti tanpa dirancang, selalu je terlupa Syafiq. Dia duk jauh sikit. Kami semua di Holdrege St., Syafiq di P St. kalau tak silap. Uhuhu..kesian kat dia. Ni yang rasa nak paksa dia pindah ke Holdrege St. ni, senang kalau ada apa-apa hal (isy, sesuka hati je nak memaksa orang jelir)

20 comments:

Diver Mom said...

alahai siannya safiyyah.. takut ngan lebah ek..? hihi.. kecik lagi kot.. :)

alahai cutenya birthday girl..

oh ya, chuck e cheese tu ada apa..? cheese cake ke..?

MHSS said...

salam..
wahh terharu name di mention kt sni..he
alaa..xkesa pun..takpa2..huhu
boleh je nk pndah2..tgh dlm prancngn n pemikiran..
ade bbrape usul yg prlu di ambil kira..hee
insyaAllah..nk jugak duk dkat, nt bleh byk makan..
byk makan, badan bleh cpat naik..heheehe

transformed housewife said...

Safiyyah nangis beriya2 ye bila bergambar dgn mascot tu. pasal masak utk 2 hr tu, samalah kita. hehe. senang kan.

daud.montak.zakaria said...

Apa makna masak untuk 2 hari...tak penah dengar pulak yang ini...tak rosak ke, makanan masak utuk 2 hari...

Love2cook Malaysia said...

Birthday wishes to Mariana...she's a sweet girl. ;)

Wow, comelnya Safiyyah! Nak kena cubit ngan Aunty Love tak??? ;) hehehe

Hamizah said...

bestnya berpesta..akak xpenah pon bw anak ke birthday party kwn2nya sbb diorg ni biasanya wat kat restoren makanan sgr eg kfc, mc donald sbb tau mmg tak halal dimakan

Nadiah Sidek said...

zuhaini: chuck e cheese's tu sbnrnya tmpt bdk2 main & blh wat reservation utk buat bday party kat situ. tak pasti la cheese cake ada ke tak. hehe..

mhss: amboi..nk pindah pun ada usul2 gk ye? :p

temp. hw: tu la kak..senang, esoknya takyah masak. kuikuikui..

Nadiah Sidek said...

studioukm: masak dlm kuantiti byk la. panaskn takde la mknn tu rosak

love: yeah..mariana's really sweet :)

hamizah: kalau dgn silvana kami tak kisah sgt sbb dia akan tny kitorg dulu apa yg kitorg blh mkn & apa yg takleh. hari tu pun dia order pizza khas utk kitorg. kalau org lain yg ajak tak sure la gi ke tak

Ummi Salsabila said...

happeningnya birthday party nih! siap ada game mcm2..

restoran cheese tu restoran pe?

aufa pun takut bila tengok maskot.nangis terus.hehe

Jiji said...

ciom sket !!! cute@!~

yatie chomeyl said...

aiyoo meriahnya...mesti sofie seronok eheh nama omputih safiyaah jadik sofie ye

ummikhayra said...

bestnyer... hehhehe nasib baik ada kawan-kawan satu malaysia and rapat kan.. terubat rindu kat keluarga sikit.. :) nadiah dah nak balik malaysia ke?

aLyNnZ said...

Ooo..safiyyah xbiasa ngan lebah tu kott. pasni cuber try lagik cornfirm sukerr..

Danish first time alin naikkan kt kapal terbang token suka sgt..brdiri xnka duduk pandai plak pegang stering..

tp hr tuhh kt genting danish bleh menangis tgk badud..haha

aLyNnZ said...

husband brp lama lagik study kt sana? syoknyer safiyyah pasni biler dia da besar smua pic nie jd kenangan terindah..

Nadiah Sidek said...

US: tmpt tu lebih kpd utk buat party (ie. bday party, oraganizational party). dlm tu ada game utk bdk2 skali

jiji: dpt cium gmbr aje la :D

yatie: hehe..sofie pun sofie la..

UK: uik..lmbt lg la nini. duk kat sini tak smpai sethn pun lg :)

alynnz: 1st time naik benda tu..tu yg dia takut kot. hsbnd kite lama lg kat sini..dlm 4-5 thn kot. duk sini pun baru setgh thn :)

Drama Mama said...

comelsangat bday girl, tapi safiyah pun sangat comel! ala takut ek, abang irfan pun takut niak benda2 tu hiks

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Nida n' Hanafi said...

Salam Nadiah..

Tengok muka Safiyyah ni macam muka daddynya, Iman pun macam muka Hafiz.. kata orang2 tua, kalau anak perempuan ikut muka ayah sejuk.. :)

Unknown said...

Nampak cam best jer naek lebah tu.. emm, lame dah tak naik lebah tu.. Hehe.

sarahfazalul said...

perasan tak, aktiviti akak banyaknya masak dan makan-makan.syoknya~

Nadiah Sidek said...

drama mama: hehe..irfan takut gk ye?

nida: ye ke kak safiyyah ikut muka papanya? ramai org kata ikut muka nadiah :D

amirulfaiz: naik la kalau rs masih kecik lg..ehe..

sarah: takde aktiviti lain yg blh dibuat musim sejuk ni. hihi..