Baru-baru ni sorang hamba Allah tanya pada saya, lebih kurang macam ni la soalannya: "Ada beza ke wanita selepas kahwin?". Saya masa tu terkesima kejap. Bukan apa, tak terlintas di fikiran akan ditanya soalan sebegitu. Saya tak terus jawab pun soalannya tu...kebetulan waktu tu saya tengah bersembang dengan mak saya, jadi tak boleh nak fikir sangat la. Saya biarkan aje persoalannya tu tanpa sebarang respon.
Tadi teringat balik persoalan yang diutarakan tu. Duk fikir, apa la jawapan yang saya nak bagi. Ye la, dah kahwin, saya teruskan aje la life sebagai seorang isteri, takde la pulak fikir perbezaan sebelum dan selepas kahwin. Tapi bila difikir-fikirkan, memang ada perbezaannya...
Sebelum kahwin...sorang, dah kahwin...berdua
Izin suamiYang ni saya rasa perbezaan paling ketara la. Nak keluar rumah, kena minta izin suami. Kalau suami tak bagi keluar, tak boleh la keluar hatta nak ke rumah mak ayah je pun. Nak bekerja pun kena dapat izin daripada suami dulu. Kalau suami tak bagi kita kerja, kena duk rumah je...nak tak nak kena ikut juga la. Macam saya, suami lebih prefer saya duduk di rumah jaga anak. Saya memang tak kisah sebab memang suka duk rumah pun,
janji boleh access internet..ekeke takde la tension pasal kerja, kan?
Suami saya kata, kalau nak kerja, tunggu la sampai Safiyyah umur 10 tahun. By the time, umur saya dah mencecah 37 tahun...tak kuasa le dah saya nak kerja masa tu pun! Lagipun, ada ke orang nak ambil staf yang berumur 37 tahun yang takde pengalaman bekerja?
Tempat luah perasaanSebelum kahwin, kawan-kawan la jadi tempat luah perasaan. Bila dah kahwin, suami la pulak tempat luah perasaan. Nak mengada-ngada, nak merajuk pun dengan suami la
Selera sendiri dan selera suamiYang ni saya la alami, orang lain mungkin tak kot tambah-tambah yang dapat suami yang jenis makan apa saje tolak batu dan kayu. Saya ni dari kecik seorang picky eater. Sangat memilih makanan. Suami saya pun memilih jugak tapi takde la sampai tahap kronik (?) macam saya. Pendek kata, selera kami berdua memang tak sama. So, bila nak masak, saya kena fikir masakan yang kami berdua akan makan. Berbeza sebelum kahwin dulu, saya hanya akan masak makanan yang saya suka je. Yang saya tak suka tu, jangan harap la saya nak masak
. Bila dah kahwin, saya kena pelbagaikan jenis masakan. Apa yang suami suka makan, saya akan masakkan. Yang mana tak reti tu, kena pandai-pandai la. Takkan nak masak ikut selera saya je. Kang kebulur lak suami saya tu
Masa dengan kawan-kawan berkurangBila dah kahwin, masa lebih banyak dengan suami dan anak-anak je la. Dah tak boleh la macam zaman anak dara dulu. Dengan kawan-kawan, masih berhubungan lagi tapi memang tak sama la macam sebelum kahwin. Keinginan untuk keluar dan bergembira dengan kawan-kawan pun berkurang. Bukan suami tak bagi keluar dengan kawan-kawan, saya je yang tak nak. Saya lebih suka dan lebih selesa keluar bersama suami dan anak
Lebih kenal sifat/perangai kaum adamNak kata betul-betul kenal/faham perangai diorang tak sangat la sebab saya dan suami pun baru 2 tahun je berkahwin. Banyak lagi yang masih saya tak tahu. Memang la saya ada ayah dan adik lelaki tapi tetap tak sama. Bila bersuami, lagi la tahu sifat diorang (lelaki) macam mana. Contohnya, lelaki ni kebanyakannya bukan jenis pendengar yang baik. Tak macam kaum hawa...kalau ada yang meluah perasaan, betul-betul concentrate dengar apa yang diperkatakan/diluahkan tu. Dan lelaki ni jenis tak suka ambil tahu benda remeh-temeh...kontra dengan sifat perempuan..
Tak letih menjawabSelagi tak kahwin, selagi tu la orang duk tanya, "Bila nak kahwin?". Ni memang la soalan wajib dan soalan favourite selagi belum mendirikan rumah tangga. Letih nak menjawab. Setakat sorang dua yang tanya tu takpe lagi la. Ni semua orang duk tanya benda yang sama...mana la tak letih! Bila dah kahwin...fuh, lega!
Tak perlu dah nak menjawab soalan tu. Lelaki pun ditanya juga soalan yang sama tapi kalau lelaki kahwin lewat, orang tak kisah sangat. Kalau perempuan kahwin lewat, dapat pulak gelaran andartu (anak dara tua)/andalusia (anak dara lanjut usia)
. Mana ada orang yang suka digelar macam tu, kan? Err...tapi bila dah kahwin, orang tanya pulak...bila nak dapat anak?
Macam la anak ni senang je nak buat macam buat anak patung. Alhamdulillah la saya terlepas daripada soalan tu. Tapi...bila dah dapat anak sorang, orang duk tanya pulak, bila nak tambah anak? Agaknya, bila anak-anak dah besar nanti, orang tanya pulak...bila nak dapat menantu? Adeh...letih juga nak menjawabnya
Tu je yang saya boleh fikirkan. Ada lagi ke ek? Meh tolong tambah sama
.
Tambahan:
"Time raya, nak balik rumah dia je", kata suami saya bila saya minta suami tolong tambahkan point saya.
Ye la, saya ni anak kesayangan mak ayah saya (perasan! haha..)...mesti la nak balik rumah mak ayah saya time raya. Lagipun, mak ayah saya ada 2 orang anak je...cucu pun baru sorang...kesian la kat diorang kalau saya tak balik raya kat rumah mak ayah masa raya. Suami saya lain la, keluarganya besar (pandai je menjawab
)