Pages

Tuesday, November 30, 2010

Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday

Dalam entry sebelum ni kak Pija ada tanya Thanksgiving tu sambutan apa. Saya lupa la nak cerita serba sikit pasal Thanksgiving kat entry tu. Meh kita tengok apa kata Wiki:

Thanksgiving Day is a harvest festival celebrated primarily in the United States and Canada. Traditionally, it has been a time to give thanks for a bountiful harvest. While there was an underlying religious element in the original celebration, Thanksgiving today is primarily identified as a secular holiday.[1]

Although earlier feasts are known to have taken place, Thanksgiving as it is known and celebrated today derives from a joint celebration between the Pilgrim settlers of Plymouth, Massachusetts and members of the Native American Patuxet tribe of the Wampanoag people in 1621.

In Canada, Thanksgiving Day is celebrated on the second Monday in October, which is Columbus Day in the United States. In the United States, it falls on the fourth Thursday of November. [source]


Boleh jugak baca di sini: Thanksgiving (United States). Kat link ni ada la diceritakan sejarah-sejarah Thanksgiving di US.


Sifir mudahnya...pesta menuai la. Eh, kat Malaysia ada jugak pesta menuai, kan? Di Sabah kalau tak silap. Cuma, cara sambutan la yang berbeza. Sini, kebiasaannya disambut dengan makan besar, sama ada dengan ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.

Dan...antara menu 'wajib' masa Thanksgiving (di US la, Canada saya tak tahu) adalah baked/roasted TURKEY! Sampaikan ada yang gelar Thanksgiving Day sebagai Turkey Day. Masa saya nak ke rumah Dr.Brewer minggu lepas, saya berangan nak tengok seekor turkey (ayam belanda) panggang atas meja. Dasar jakun :p. Memang la sama je bentuknya macam ayam biasa tapi saiznya besar berbanding ayam. Tu yang nak tengok tu. Selama ni tengok kat TV je. Tapi...tak kesampaian juga la nak tengok. Turkey yang dihidang di rumah Dr.Brewer dah dihiris-hiris dagingnya...senang orang nak makan. Aisey..

Roasted turkey. Yang macam ni la saya berangan nak tengok tapi nampaknya angan-angan tinggal angan-angan je la :p

Makanan lain yang dihidangkan (ni ikut kebiasaan la): mashed potato with gravy, sweet potatoes, cranberry sauce, pumpkin pie. Ni semua ada dihidangkan di rumah Dr.Brewer tempohari cuma pumpkin pie tu saya tak pasti ada ke tak sebab banyak sangat dessert yang Mrs.Brewer hidangkan.


Black Friday tu apa pulak? Jumaat yang hitam kelam?? Hehe. Tahun lepas la pertama kali saya dengar istilah Black Friday. Ingatkan apa benda la Black Friday tu...rupanya hari untuk shopping. Sale memang menggila la sempena Black Friday. Bayangkan, orang sanggup beratur kat luar kedai 4-5 jam sebelum kedai dibuka! Ada yang siap pasang khemah kat luar kedai. Dah la sejuk, sanggup diorang tunggu. Mana taknya, barang yang dijual tak banyak jumlahnya. Each item, hanya ada lebih kurang 10 pieces je. Sebab tu orang sanggup tunggu dan beratur berjam-jam lamanya kat luar kedai semata-mata nak dapatkan limited stock tu. First come, first serve la kata orang sekarang.


Tahun ni suami saya melibatkan diri jugak dalam Black Friday sale tapi takde la dia beratur sampai berjam-jam. Hanya 15 minit je (tapi kena beratur panjang la). Dia pergi dengan Alif dan Irfan. Kedai dah nak buka baru diorang pergi, jadinya takde la lama sangat kena beratur tapi dalam suhu yang sejuk macam sekarang ni...15 minit tu pun terseksa jadinya! Masa suami saya pergi tu, suhu -8'C. Nak merasa bahang Black Friday punya pasal...suhu negatif pun tak menjadi penghalang :p.

Kedai yang suami saya pergi tu dibuka (sale bermula) pada jam 12 tengah malam tapi kebanyakan kedai (kalau tak silap saya) dibuka pada jam 4-5 pagi. Tak spesifik masanya. Kat kedai tu (yang suami saya pergi tu la), every item is 50% off! Mana la orang tak jadi 'gila' kalau macam tu punya diskaun. Oh, suami saya kena beratur lebih sejam masa nak buat bayaran! Masa nak masuk kedai tak beratur lama, nak bayar pulak jadi lama.

Black Friday ni jugak sebenarnya ada kaitan dengan Thanksgiving Day...

Black Friday is the day following Thanksgiving Day in the United States, traditionally the beginning of the Christmas shopping season. Especially popular in the United States, the event is spreading to other nations such as Canada and Australia. On this day, many retailers open very early, often at 4 a.m., or earlier, and offer promotional sales to kick off the shopping season. Black Friday is not actually a holiday, but many employers give their employees the day off, increasing the number of potential shoppers. It has routinely been the busiest shopping day of the year since 2005,[1] although news reports, which at that time were inaccurate,[2] have described it as the busiest shopping day of the year for a much longer period of time.[3]

The day's name originated in Philadelphia, where it originally was used to describe the heavy and disruptive pedestrian and vehicle traffic which would occur on the day after Thanksgiving. Use of the term began by 1966 and began to see broader use outside Philadelphia around 1975. Later an alternative explanation began to be offered: that "Black Friday" indicates the period during which retailers are turning a profit, or "in the black."[4] [source]


Ingat Thanksgiving Day, ingat Black Friday..eheh. Thanksgiving Day jatuh hari Khamis ke-4 bulan November. Jadinya, Jumaat keesokannya la Black Friday. Masa kami di rumah Dr.Brewer tu, ramai la yang duk sembang pasal Black Friday. Orang bukan sembang sangat pasal Thanksgiving Day, tapi Black Friday yang lebihnya :p.


1 lagi istilah...Cyber Monday. Dah nama pun cyber...mesti la ada kaitan dengan internet. Yang ini pun ada kaitan dengan Thanksgiving dan Black Friday. Dekat-dekat je harinya. Kalau Thanksgiving hari Khamis, Black Friday Jumaat keesokan harinya...Cyber Monday pulak Isnin berikutnya.

Ada kaitan dengan shopping jugak! Bezanya, Cyber Monday ni online shopping. Tak payah la nak bersengkang mata, beratur panjang, berkhemah dan berebut-rebut semata-mata nak shopping macam Black Friday. Tapi istilah Black Friday lagi glamor berbanding Cyber Monday. Saya sendiri pun baru tahun ni dengar pasal Cyber Monday. Mungkin sebab Cyber Monday ni orang tak nampak...shopping melalui internet je kan. Lagipun harga sale masa Cyber Monday tak seruntuh harga sale masa Black Friday.



Cyber Monday is a marketing term for the Monday immediately following Black Friday, the Friday following Thanksgiving Day in the United States, created by companies to persuade people to shop online. The term made its debut on November 28, 2005 in a Shop.org press release entitled "'Cyber Monday' Quickly Becoming One of the Biggest Online Shopping Days of the Year".[1] According to the Shop.org/BizRate Research 2005 eHoliday Mood Study, "77 percent of online retailers said that their sales increased substantially last year on the Monday after Thanksgiving, a trend that is driving serious online discounts and promotions on Cyber Monday this year (2005)". In 2006, Shop.org announced[2] that it launched the CyberMonday.com portal, a one-stop shop for Cyber Monday deals. In 2009, comScore[3] reported that consumers spent $887M online on Cyber Monday (excluding travel), the second highest spending day of 2009. Cyber Monday is also used as a marketing term in Canada, the United Kingdom, Portugal and Germany. In these countries, with the exception of Canada, Cyber Monday sales last for eight days, typically from the last Monday in November to the first Monday in December. In Canada, the sales period mirrors that of the U.S. [source]


Sekian sahaja pelajaran kita untuk hari ini. Hihi..

Sunday, November 28, 2010

Safiyyah dan Thanksgiving Dinner

Khamis lepas kami menghadiri jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr.Gary J. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. Kami keluar rumah lepas solat Maghrib. Fatima dan Irfan Pakistan pun naik kereta sekali dengan kami. Hampir sejam juga la baru sampai di rumah Dr.Brewer...sesat! Pusing tempat yang sama berulang kali tapi tak jumpa-jumpa jugak. Map yang suami saya ambil dari Google Maps macam mengelirukan je sampai kena call Dr.Brewer. Alhamdulillah, lepas tu jumpa juga la rumah Dr.Brewer. Kalau tak sesat, tak sampai setengah jam dah sampai dah. Mujur la masa kami sampai tu, ada juga yang baru sampai.


Ready to go to Dr.Brewer's house!
Belum winter lagi tapi dah pakai baju winter lengkap. Sejuuuuukkkkk sangat sekarang ni. Malam-malam, pagi-pagi buta suhu bawah 0'C (suhu negatif je memanjang). Duduk rumah pun pakai sweater. Bayangkan la suhu masa winter nanti macam mana..


Candlelight dinner :p. Kami yang Muslim ni makan sayur dan buah je la. Tiba-tiba pulak jadi vegetarian..eheh. Kami makan ni di tingkat bawah, makanan ambil di tingkat atas. Memang besar la rumah Dr.Brewer ni


Belah kanan ni la Dr.Brewer


Safiyyah buat macam rumah sendiri -_-". Cordless phone tu la yang paling dia berkenan tapi dia bukan nak bawak lari pun. Dia angkat phone tu, pastu dia letak semula kat tempatnya. Berulang kali dia buat, tak jemu-jemu


Si kenit sorang lagi ni (ala..tak ingat nama pulak) sebaya Safiyyah je. Lahir pun bulan yang sama. Safiyyah lahir awal bulan Januari, dia lahir hujung bulan Januari tapi saiz Safiyyah lagi kecik (macam ummi dia la..'rendang' je..hehe..). Berbeza sungguh la karekter diorang berdua. Safiyyah semua benda dia nak usik, kawan dia tu pulak duduk je diam-diam dengan mak ayah dia. Jenuh nak kena ikut je ke mana Safiyyah pergi. Faham-faham je la rumah yang takde anak kecik..macam-macam benda la ada. Safiyyah suka la...dah rumah dia semua benda ummi dengan papa sorok/letak tempat tinggi :p


Jumpa buku (atlas sebenarnya) pulak! Dia berkenan dengan buku tu, terus duduk atas meja! Haih..


Antara aktiviti lepas makan. Gambar iPad tu sengaja saya letak, tak nak biar kosong..hehe. Ada sape-sape yang berkenan? Oh, bukan saya punya, bukan juga suami saya punya. iPad tu milik Dr.Brewer


Sebelah kanan Safiyyah tu la isteri Dr.Brewer. Philippine. Ramah orangnya. Berbeza dengan Dr.Brewer yang agak pendiam


Ni 1 lagi aktiviti lepas makan. Game sebenarnya ni, salah 1 Wii video game (read here). Gitar tu pun bukan gitar betul, takde tali pun. Kena ikut la apa yang terpapar kat skrin tu. Kalau main muzik tak betul atau nyanyi tak betul, kira failed la. Macam-macam la game zaman sekarang ni.
Safiyyah pun sibuk jugak :p. Orang semua tengok skrin tu, dia pun tengok jugak walaupun tak faham apa kebendanya tu..hehe..


'Artis-artis' saling bertukar ganti :p


Tak habis-habis la Safiyyah dengan aktiviti memanjat. Kalau sehari tak memanjat, tak sah! Dia dah naik atas kerusi/meja tu, dia tepuk-tepuk tangan. Orang gelak je tengok keletah dia

Tuesday, November 23, 2010

Musim luruh kembali lagi!

Bunyi macam musim luruh (autumn) baru bermula je padahal dah di penghujung musim pun..pokok-pokok pun dah banyak botak..hihi. Duk tangguh-tangguh langsung terlupa nak buat entry pasal autumn 2010. Jom cuci mata tengok keindahan alam ciptaan Ilahi di musim luruh..


26 Oktober 2010





Autumn la masanya nak tengok daun-daun pokok berwarna selain warna hijau (kuning, oren, merah, coklat). Cantik!


Dah nak sama warna pokok dengan warna bangunan












Suka betul Safiyyah main kat daun-daun gugur tu. Daun tu kan berbunyi-bunyi bila dipijak, tu yang dia suka tu



7 November 2010



Gambar ni dan gambar bawah ni di belakang rumah je..hee~





13 November 2010



Masa ni pun pokok dah banyak tak berdaun. Seingat saya 2-3 hari sebelum tu hujan, tu yang cepat je daun gugur




Sejuk betul masa ni walaupun pakai jaket tapi Safiyyah tetap maintain, macam tak sejuk je dia






Cantik pokok ni. Daunnya ada yang berwarna hijau, ada yang berwarna oren. Dah masuk kereta baru perasan pokok ni. Ambil dari dalam kereta je la




2 gambar terakhir ni pulak diambil dari depan rumah ^_^

Sunday, November 21, 2010

Rumah dah dipanaskan..yay!

Selesai dah majlis memanaskan rumah malam tadi. Alhamdulillah..tanpa memasang heater, suhu dalam rumah berjaya dinaikkan daripada 70'F kepada 74'F. Yay! ^_^

Patut la orang panggil majlis sempena pindah rumah baru sebagai housewarming, rumah betul-betul jadi panas pun..dah semua orang keluarkan haba masing-masing..dah macam pasang heater pulak..eheh..

Yup, kami buat housewarming malam tadi. Perancangan asalnya, kami nak buat housewarming awal bulan 11 tapi kami terpaksa tangguhkan sebab ada International Dinner. Bincang dengan suami, tarikh semalam la yang menjadi persetujuan kami. Lega le dah dapat tunai janji nak buat housewarming!


Menu utama: nasi ayam
Alhamdulillah, cukup-cukup je makanan untuk 24 orang tetamu. Nasinya je banyak lebih, kami bahagi-bahagi la pada adik-adik undergrad bawa balik sorang sikit. Lauknya diorang kena masak sendiri..hehe..


Untuk dessert, saya buat kek oren dan agar-agar lumut. Ada juga tetamu yang bawa makanan. Hasanah bawa agar-agar jagung. Jiran kami bawa spaghetti yang kata suami saya, rasanya betul-betul macam kerabu berserta biri-biri panggang hasil korban (tak sempat nak ambil gambar...dah licin!). Biri-biri tu sedap kata suami saya. Saya memang tak makan la. Kambing biasa pun tak makan, inikan pulak biri-biri. Err..daging lembu pun kurang minat sebenarnya. Oh, sejenis dessert lagi...kek coklat daripada Roz. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang susah payah bawak hidangan tambahan!


Agar-agar lumut. Pernah makan tak? Mak saya selalu buat agar-agar lumut ni. Kalau tak agar-agar merah, mesti dia buat agar-agar lumut. Saya pun baru teringat agar-agar ni, tu yang buat tu. Alif tanya saya nama kuih ni semalam. Saya jawab la agar-agar lumut. "Hah?? Agar-agar lumut?? Guna lumut betul-betul ke kak? Akak kutip kat mana?" Hahahaha! Adeh la...Alif..Alif..nasib saya tak terberanak dengar soalan dia tu..hihi..


Ni antara tetamu terawal yang sampai. Err..kecuali si kenit berbaju belang-belang tu le :p


Sebelah kiri tu jiran kami. Berbaju hijau tu Rayla, jiran sebelah rumah, isteri kepada Anuar. Di sebelah Rayla tu ipar dia; Raihan merangkap jiran kami juga..rumah dia selang beberapa blok je dari rumah kami (takde pulak gambar Anuar dengan suami Raihan). Bagus kan ada adik-beradik, ipar duai kat sini. Ada apa-apa hal senang


Adik-adik undergrad dengan Fatima (Pakistan)


Berbaju hitam ni Kim (Thai), officemate suami saya


Tetamu terakhir yang sampai...Bonn sekeluarga. Dalam pukul 7 lebih la baru diorang sampai sebab diorang pergi program anak diorang dulu


Lega majlis housewarming dah selesai!
Lega makanan cukup!
Senang hati tengok orang makan beramai-ramai!
Senang hati pagi-pagi esoknya rumah kemas sekemas-kemasnya!

Psstt..ada orang tu rajin kemas rumah tengah-tengah malam. Pinggan mangkuk dicuci, meja berlap, lantai bermop. 3 pagi baru settle semua. Saya bangun Subuh rasa macam bermimpi pulak tengok rumah kemas padahal sebelum masuk tidur, rumah memang bersepah. Tak larat nak kemas, terus tidur je :p. Seronoknya ada orang tolong kemas rumah lepas seharian saya bertungkus-lumus di dapur! Terima kasih suamiku sayang! ^_^

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha ke-2 di Lincoln

Tak seperti tahun lepas (refer: Jamuan Aidiladha 1430H), tahun ni kami tak buat jamuan (open house) sempena Aidiladha disebabkan raya jatuh pada hari Selasa (16 November). Tapi saya masak juga la menu ringkas in case ada tetamu yang datang ke rumah (yang Melayu je la kalau datang pun..hee~). Suami saya sempat juga la solat sunat Aidiladha di UNL City Campus Union pagi tu. Dia ada 2 kelas je pun hari Selasa. Kelas paling awal pukul 11 pagi.

Saya masak bihun tomyam je untuk juadah raya. Antara yang termudah la nak buat. Nak masak yang renyah-renyah ni tak rajin pulak. Biskut raya langsung tak buat. Aidilfitri pun takde feel beraya, Aidiladha lagi la. Nak-nak raya jatuh on weekdays. Aidiladha tahun lepas meriah juga la. Ada jamuan raya dan kebetulannya Aidiladha tahun lepas jatuh masa cuti Thanksgiving.

Semalam saya tak ke mana-mana pun seharian. Melepak je kat rumah. Pagi tu baru masak bihun tomyam. Dah pukul 10 pagi pun baru mula masak :p. Memang sengaja masak lambat-lambat sebab tahu pagi tu ada jamuan lepas solat sunat Aidiladha. Suami saya makan kat sana la.


Bihun tomyam. Nak? ^_^


Lepas Maghrib, geng-geng Melayu datang beraya ke rumah kami. Ingatkan diorang nak datang tengahari. Dari tengahari la saya duk tunggu sampai tersengguk-sengguk :p. Rupanya lepas Maghrib baru datang. Ye la, siang tu masing-masing ada kelas. Pakat datang malam la semuanya.


Semua dah kekenyangan baru teringat nak ambil gambar :p. Tiada dalam gambar: suami saya selaku jurugambar, Syafiq, Ain dan Fatin. Safiyyah pun takde, dia duduk dengan 'babysitter' (tengok gambar bawah)..eheh. Fizah masa ni belum sampai lagi


2 orang calon babysitter kategori bujang ^_^

Sunday, November 14, 2010

Seni tanpa batasan oleh Safiyyah

Mempersembahkan hasil seni Safiyyah yang terbaru. Enjoy! ^_^


Atas lantai


Permukaan cermin


Atas sofa


Atas toy box


Pintu oven


Dinding


Caught in action!


Ni le akibatnya papa dia lambat belikan drawing book yang baru. Dah takde drawing book, merata la Safiyyah melukis. Sebelum ni ok je lukis kat drawing book, tak pernah sekali pun lukis tempat lain. Dia dah mula lukis merata tu...hmm...penuh le 1 rumah dengan hasil seni dia. Mujur guna washable crayon! Awal-awal lagi memang kami belikan washable crayon, sebagai persediaan hal-hal macam ni berlaku. Senang nak cuci!

Drawing book baru pun hanya bertahan 2 hari je. Semua page dah dia lukis! Safiyyah memang suka melukis sebab tu cepat je drawing book penuh dengan lukisan dia. Dah habis lukis, dikoyaknya kertas lukisan tu -_-". Nampak gayanya, kena belikan dia ala-ala white board la kot. Boleh padam...jimat sikit duit..hehe. Dia dah betul-betul reti melukis nanti kot baru belikan semula drawing book.

Oh ye, bawah ni 1 lagi hasil kreativiti Safiyyah:


Hihi..ni cermin mata papa Safiyyah la ni. Tu la, berapa kali dah pesan jangan letak spek merata-rata/tempat yang boleh Safiyyah capai. Mujur gi baiki tak kena charge. Lain kali buat lagi ye bang! :p