Bunyi macam terlepas Malaysian Night je (terlupa la konon-kononnya) padahal ada je menyibuk sekali kat majlis tu..ehe. Malaysian Night 2011 dah pun berlangsung dengan jayanya pada 5 Mac lepas. Sama seperti tahun lepas, Malaysian Night 2011 anjuran NUMSA juga dibuat di Centennial Room, City Union. Jika tahun lepas temanya Mystique, tahun ni pula Malaysian Night bertemakan: ALAMAK!
Kami bertiga ♥ ..eh..berempat termasuk seorang yang masih bersembunyi ^_^. Kami baru sampai je masa ni
Sama macam Malaysian Night 2010, cik Safiyyah ni tak nak duduk dalam dewan. Sekejap je dia diam lepas tu mula meragam. Bawak keluar dewan...happy terus! Lari sana sini, usik itu ini. Ni la budaknya yang tak reti duduk diam. Resah dia kalau duduk setempat lama-lama. Masa ni saya bergilir jaga Safiyyah kat luar dewan sementara tunggu suami saya makan
Perhatikan tangan Safiyyah. Dia tengah buat twinkle twinkle little star tu ^_^. Susah betul nak ambil gambar dia..asyik lari je. Tiba-tiba saya teringat 1 trick! "Safiyyah...twinkle twinkle little star macam mana?" Terus dia berhenti dan 'kembang-kuncupkan' tangan dia..hihi..berjaya juga trick ummi! ^_^
Makanan saya! 3-4 suap nasi dah masuk mulut baru teringat nak ambil gambar :p. Nasi lemak + telur rebus + timun + kari ayam + ayam masak lada hitam + kacang buncis goreng
** Persembahan 1 Malaysia. Melayu: joget, Cina: tarian singa, India: tarian Bollywood :p. Dahsyat budak-budak ni...sempat buat majlis kahwin lagi malam tu..eheh..
Masa saya tengah makan, suami saya bawak Safiyyah masuk dalam dewan semula. Nasib baik la dia ok je. Macam biasa la...nak bagi dia ralit bagi pen dan kertas *wink*. Err..tapi tak bertahan lama pun. Lepas tu dia resah balik duduk lama-lama :p
Sesi bergambar sejurus selepas majlis berakhir. Bersama Dr.Roslan Jamaludin; Pengarah Education Malaysia Chicago (di tengah) dan Hafiz sekeluarga
Dengan Puan Rozita Rosli; juga wakil dari Education Malaysia Chicago (bertudung merah) dan anak-anak dara undergrad
On the way balik Safiyyah terlena dengan belonnya. Belon tu lama dah dia aim masa main kat luar dewan tapi tak dapat sebab diikat kat pemegang tangga. Dah habis majlis, Dr. Roslan ambil sebiji belon yang ada kat tangga tu bagi kat Safiyyah..puas la hati Safiyyah dapat belon (Dr.Roslan dan Puan Rozita tumpang kereta kami balik ke hotel). Ummi/papa dia nak pegang belon tu pun dia tak bagi. Macam la ummi nak sangat belon tu..dia tak tau ummi dia penakut belon. Mujur belon kat sini tak mudah pecah. Belon tu diduduk/dipijak-pijak pun tak pecah..kalau tak memang ummi tak bagi bawak belon balik rumah :p
p/s: gambar-gambar bertanda ** adalah gambar-gambar hasil curian daripada adik-adik undergrad :p. Halalkan ek adik-adik sekalian *wink wink*. Saya ada ambil gambar masa persembahan tapi tak clear la..ambil dari jauh lagipun meja bukannya betul-betul depan pentas
p/p/s: tahniah buat semua yang dah bertungkus-lumus menjayakan Malaysian Night 2011! (tahun depan kasi tiket free kat kami ek :p)
13 comments:
dikir barat bahasa kelate ke, dikir barat in english? hehe
seri ibu mengandung terserlah.. ;)
meriah jugak yer...
comelnye safiyyah baju hitam putih...
umi safiyyah nmpk perut mcm dah turun...xlama lagi la tu... dengan iringan doa semoga slamat hendaknya...
comel safiyyah..ummi dye pun comei gak... 1st time tgk full pict sejak akak mengandung... = )
nadiah..
baru lah nampak perut nadiah.. selama hari ni dia sembunyi jer...
n3 terkini kakyong.com
Jom kenali Teratak Kasih Zie Fauzi
Penangan sup ayam kampung
Tutorial : Gobok sliding @ Tab menu accordion
Wah...bestla event ni...macam sangat happening jer...
Eh..u dah nak bersalin gamaknyer...besar dah perut tu....semoga semua selamat yer...
huhu, br kak nadiah nak tayang perut, hehe...
Akhirnya ade gk gmbr akak yg tbru dan terkini...hehe
h4ni3: mesti la kelate ;)
cikmimmie: :D
alimaz: yup :)
kzie: dlm gmbr pun blh nmpk ek perut dah turun? ingatkan tak nmpk :D
wan jun: akak jarang ada gmbr sendiri sbb selalunya akak tukang ambil gmbr ;)
kakyong: sblm ni perut malu2 alah..ehe..
aleyn: pregnant kali ni perut mmg besar..beza sgt masa mengandungkan safiyyah dulu
ashanas: sblm ni tak nmpk pun perut akak ;)
affieza: rindu nak tgk akak ke..? hehe..
perut nadiah nampak besar jugak ye.. ye la kan.. sedang menunggu hari.. jeles ni... hehehe. doakan akak ye. kepingin nak anak pompuan lak..
coemlnyer orang pregnant:)
Post a Comment