Pages

Monday, March 7, 2011

Birth Center Tours

Pagi Sabtu baru ni saya sekeluarga ke hospital. Oh, takde siapa pun yang sakit...saje melawat hospital :D. Kami ikuti 1 lagi program anjuran Saint Elizabeth Regional Medical Center yang diberi nama Birth Center Tours:

"A special, educational tour of our Family Birth Center for expectant parents to help them make choices about hospital care and labor and birth options. Also take advantage of the opportunity to sign pre-admission forms following the tour."

Ni salah 1 event yang saya aim untuk join selain daripada Infant Care Class. Event ni free je, bermula dalam pukul 10 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11 pagi. Ada lagi beberapa event yang saya minat untuk turut serta tapi nampak gayanya tak sempat dah nak join, hanya tinggal lebih kurang sebulan je lagi EDD (expected due date) saya.

Dalam Birth Center Tours ni, peserta-peserta dibawa melawat ke Birth Center. Wad bersalin la dengan kata lainnya. Sekurang-kurangnya kami tahu le dah kat mana letaknya wad bersalin, takde la kelam-kabut tercari-cari tingkat mana yang nak dituju masa saya nak bersalin nanti.


Tengah menunggu peserta-peserta lain sampai. Pergi mana-mana, mesti bawak pen/crayon dan kertas untuk Safiyyah. Ada pen dan kertas senyap la dia :)


Di tingkat 4. Kat sini la terletaknya wad bersalin. Macam hotel je. Nampak eksklusif sungguh. Sampai-sampai je tingkat 4 ni kami ditunjukkan nursery room. Yang in-charged tour ni Barb Green namanya (yang pegang fail putih tu). Oh, kami ditunjukkan juga menu yang disediakan di hospital tu...mewah sungguh makanannya...tak macam menu hospital pun...macam menu kat hotel je tapi sayangnya bukan semua yang boleh makan. Takpe la, dapat tengok list menu yang boleh membuatkan air liur meleleh pun jadi la :p


Pintu belah kanan tu la terletaknya bilik-bilik bersalin. Kat tingkat ni jugak ada bilik khas untuk pumping. Siap disediakan breast pump dalam bilik tu. In case tiba-tiba perlu guna breast pump, takde masalah la..guna je pump yang disediakan tu


Labor & delivery (LD) room. Kalau kat luar je pun dah nampak macam hotel, LD room ni lagi la. Katilnya je pun dah cukup canggih. Besar pulak tu biliknya


Sesi terakhir sebelum bersurai. Setiap peserta diberi sekeping fail berserta beberapa pamplet dan dokumen yang perlu ditandatangani di dalamnya


Pamplet dan dokumen dalam fail tu


Photo frame ni pun diberi juga! Dah la event ni free..dapat pulak cenderahati ^_^


Sempat main pulak sebelum balik. Leka Safiyyah tengok 'kereta-kereta' dalam tu bergerak. Bawah meja tu ada magnet. Nak gerakkan kereta tu control pakai magnet tu la


Sebelum balik tu kami mintak preadmission form sekali. EDD lagi sebulan baru nak isi preadmission form :p. Patutnya isi awal lagi tapi asyik bertangguh je ambil preadmission form. Masa ada appointment dengan Dr.Kenney pun selalu tak ingat nak ambil preadmission form. Saya ingatkan sekeping je borangnya...rupanya ada 5 borang kena isi: Current Patient Health History, Patient Completed Allergy/Current Medication Form, Health Patterns Self Assessment, Mother's Worksheet for Child's Birth dan Preadmission Form


p/s: gambar masa tour tu tak banyak..saya segan nak snap :p

12 comments:

AshAnas said...

bestnye kemudahan kat sana... event cm ni pun byk membantu kite kan...

huhu, dok pening tgk skrin... nmpk gmbr form tu bergerak2 plak...

yatie chomeyl said...

woh best2x, nak bersalin pun puas hati lah gini :)

:: noremy bte rahmat :: said...

folo & BW..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)

p/s:anak perantauan yer?

arin said...

dap dup dap dup..sure tgh berdebar. lelagik bila dah tengok labour room kan?

Izan Ishak said...

seronoknya dan best tempat bersalinnya ye nadiah...
beza sgt dgn kat sini~

Mukminah Wahab said...

macam pegi holiday n menginap kat hotel :p

Kamalia said...

wah..mmg best sgt2 ni LD die..konpem xdela rasa rimas sgt kot..eh,nnt saffiyah bole msk skali kan?ke die xbg kanak2 msuk wtu proses delivery tu?

Aleyn said...

Wah..bestla event ni...very informative gitu...

n photo frame tu sangat cantik

kakyong said...

bestnya siapa ade tour kat spital lagi.. kat mesia ni, main redah jer.. redho jer lah kalo spital gomen...

lagi sebulan yer nadiah.. cepat jer masa berlalu

om join contest Aksi si Cilik Berbasikal

Nadiah Sidek said...

ashanas: yup, mmg membantu :). sian shira..takleh ngadap skrin sgt lagi ye

yatie: best! ;)

noremy: tq sudi follow. yup, anak perantau :)

k.arin: nak kata dup dap sgt tu takde la kak arin cuma duk fikir mcm mana la agaknya bersalin kali ni..

Nadiah Sidek said...

k.izan: mcm hotel tmpt bersalinnya ;)

meen: bersalin nnt anggap je la gi bercuti kat hotel :p

k.kamalia: a'ah, boleh bawak anak sekali nnt :)

aleyn: sini byk event mcm ni..mmg bagus sgt

kakyong: tu la kakyong..sekejap je rasa masa berlalu..dah nak sampai masa bersalin dah pun

ishamizu said...

Alhamdulillah dah settle. saya pun igt nk pegi jg tour mcm ni tp tade org nk tlg jg kn ank2. Tp nk tny dulula, klu bley bwk ank2, bley la pegi sabtu mgu depan ke..kan?:)

Tk care ye Nadiah!