Pages

Monday, October 31, 2011

Telur separa bungkus

Tada...ni la telur separa bungkus saya...



Niat asal nak buat telur bungkus tapi intinya banyak sangat sampai tak boleh nak bungkus betul-betul. Makanya...terhasillah telur separa bungkus..hihi..


Saturday, October 29, 2011

First four words







Mine:
Happy, Patient, Genuine, Elegant ^_^



What's yours? :)


Thursday, October 27, 2011

Jamuan di rumah teruna dan dara

Sebetulnya ni cerita sambungan 'Beraya di rumah teruna dan dara'. Sengaja ubah sikit tajuk supaya tak ketara sangat yang cerita ni dah berkulat..ngeee. Rasa dah basi sangat-sangat cerita ni (tak lama lagi masuk Raya Haji dah pun! :p) tapi dah kata nak sambung...saya taip juga la. Jangan muntah pula ye baca cerita ni..uhuhu..


19 Syawal 1432 H
Menghadiri majlis rumah terbuka Fizah, Hasanah, Fido dan Alif Sophian pula! Disebabkan berjiran...diorang sekalikan je majlis rumah terbuka ni. Senang.

Tuan rumah. Majlis diorang ni dibuat di rumah anak dara :)


Safiyyah makan spaghetti kosong. Dah jadi makanan kegemaran dia sekarang ni. Sebelum ni tak suka langsung makanan-makanan 'bertali' macam bihun, mee, spaghetti





Anak dara yang rajin nak tolong menghidang :)





Shakir baca kad raya yang dikirim Irma dari Malaysia ;)


Giliran Safiyyah pula baca kad raya ;)


Diapit 2 orang cewek Indonesia; Sarah dan Husna :)







28 Syawal 1432 H
Sebagai penutup, beraya di rumah teruna bertiga pula; Irfan, Alif Roslan dan Muaz. Diorang tak sempat nak buat majlis rumah terbuka tapi sanggup menerima tetamu yang mengada-ngada nak datang beraya..hihi.





Juadah yang dihidangkan. Nak rasa air tangan teruna dan dara Lincoln...meh datang sini ;)


Safiyyah tolong study untuk Ain :p



Nota: Maaf ye dah berkurun baru dapat siapkan sambungan cerita ni...keinginan saya untuk berblog makin pudar..huhu..


Tuesday, October 25, 2011

Shakir berkelah di belakang rumah

Aktiviti Shakir petang tadi :). Selalu saya buat entry cerita-cerita yang dah basi. Kali ni tulis cerita baru pula. Bak kata omputih...fresh from the oven...sebelum sambung balik cerita-cerita basi. Hihi..





Mula nak meneroka ;)


Apa benda la hijau-hijau ni ye? Itu la agaknya yang Shakir fikirkan sampai berkerut keningnya


Cuba rasa rumput :p


Keletihan :)
Beberapa kali letak Shakir atas kain merah tu tapi nak ke rumput juga dia. Sudahnya biarkan je dia meneroka


 
Shakir meneroka dan mengenali rumput :)


Sambil-sambil tu ambil gambar-gambar pokok dari sekitar laman belakang


Cantik! Subhanallah. Maha Suci Allah





Masa untuk makan! Ummi baru nak bagi makan...patut la duk makan rumput tadi :p





Nota: Masa ni Safiyyah tengah tidur dalam rumah...tak dapat la dia nak berkelah sekali :)


Wednesday, October 19, 2011

Sunday, October 16, 2011

Can you find the mistake?


Nota: Saya dapat ni dari Facebook. Tak pasti siapa empunya yang asal. Kredit padanya :)






Thursday, October 13, 2011

Kain batik boleh duduk, berdiri dan berjalan!



Kain batik boleh duduk!


Berdiri pun boleh!


Eh, ada kaki pulak kain batik ni!


Tada! Hihi...peminat kain batik ni la penyebab kain batik tu boleh duduk, berdiri dan berjalan ^_^


Pelik je Shakir tengok kak long dia berselubung dengan kain batik..hihi..


Ni sekali lagi Safiyyah buat minggu lepas masa dia tak sihat tu. Saje intai dia buat apa...tengok-tengok senyap je dia membatu dengan kain batik gitu :p. Suami saya kata Safiyyah tengah main dengan imaginary friend dia kot. Wujud ke imaginary friend? Kalau omputih tu saya biasa la dengar pasal imaginary friend


Cak! Safiyyah tersedar ummi ambil gambar dia :D



Tuesday, October 11, 2011

Beraya di rumah teruna dan dara

Seperti yang saya katakan sebelum ni, raya kami di sini untuk tahun ni meriah sangat! Yang pertamanya...meriah dengan pertambahan adik-adik undergrad di Lincoln ni. Yang keduanya....ramai buat majlis rumah terbuka termasuk adik-adik undergrad teruna dan dara ;). Boleh dikatakan hampir setiap minggu sepanjang bulan Syawal tu saya 'gantung kuali' ^_^. Syok betul sekali-sekala tak payah masak dan dapat makan masakan orang lain. Nikmat!


12 Syawal 1432 H
Hampir jam 3 petang kami ke rumah Yen, Fyon, Ann dan Angie. Kiranya rumah mereka berempat perintis majlis rumah terbuka geng-geng anak dara ;)





Ayu bersimpuh anak dara ni :)


Lepas main iphone kak Ain, baca buku pula. Err...Yellow Pages lebih tepat lagi ^_^


Shakir dan papa geng biru


Safiyyah dan ummi geng ungu ^_^
Baju Safiyyah tu mak su dia bagi. Safiyyah la paling banyak dapat baju raya tahun ni. 3 pasang kesemuanya daripada 3 individu berbeza ;). Shakir 2 pasang...tu yang dah tak pakai baju Melayu dah



Malam tu pula beraya di rumah Ain dan Fatin (buat kali yang ke-2! ^_^). Giliran mereka pula buat majlis rumah terbuka. Azrina dan Yuen Mei jadi tuan rumah bersama dalam majlis rumah terbuka ni.





Adik-adik dari Sabah Sarawak :)
Dari kanan: Charlene, Elfha, Amanda, Fyon, Yen dan Ann





Shakir lena di riba Sumardi. Sebelum tu Shakir tertidur dalam dukungan Sumardi. Dah dipesan pada Sumardi supaya letakkan Shakir di bilik Ain atau Fatin. Tengok-tengok dia tak letak pun Shakir...dibiarkan Shakir tidur atas ribanya sebab takut Shakir terjaga kalau diletak. Huhuhu...terharu betul



13 Syawal 1432 H
Giliran Raihan dan Elfha pula buat rumah terbuka. Makan lagi! ^_^


Tuan rumah







Kami sekeluarga tetamu terakhir yang meninggalkan rumah Raihan dan Elfha. Sempat isi perut lagi sebelum balik (makan malam la kiranya..hihi..). Mujur tak kena halau :p


...bersambung insyaAllah..


Nota: Terima kasih pada semua yang mendoakan Safiyyah cepat sembuh daripada jangkitan HFMD. Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah membalas kebaikan kalian semua. Alhamdulillah Safiyyah makin pulih dan dah ada selera sikit hari ni :)