Pages

Thursday, January 26, 2012

Shakir mula mengorak langkah

Dalam minggu lepas Shakir mula cuba berdiri tanpa berpaut pada mana-mana objek. Secara tak sengaja pun sebenarnya. Kalau dia tersedar, cepat-cepat cari benda yang boleh dipaut..takut terjatuh ^_^. Sejak daripada tu la kalau Shakir berpaut atau pegang tangan saya ketika berdiri, perlahan-lahan saya lepaskan tangan saya..nak bagi dia biasa berdiri tanpa berpaut. Awal-awal tu takut juga dia. Kalau dia perasan saya nak lepaskan dia, terus je dia melutut :p.

Lepas beberapa hari, berani la sikit dia berdiri tanpa bantuan. Ada la dalam sesaat dua dia berdiri tu ^_^. Kira ok la tu. Nampak juga la peningkatannya. Dah nampak dia berani sikit, saya jauhkan pula diri saya sikit apabila nak lepaskan Shakir. Dengan harapan dia akan melangkah ke depan. Seperti yang dijangka, memang dia tak berani nak melangkah. Tak berani nak angkat kaki pun! Dia terus tumbangkan je badan dia ke depan (ke arah saya). Hihi..

Percubaan demi percubaan, akhirnya mahu juga Shakir melangkah! ^_^




Masih takut-takut lagi tu. Takut-takut berani kata orang. Takpe la, berlatih lagi ye sayang..nanti boleh cepat-cepat jalan. Ummi pun tak larat nak dukung dah ni (Dah pandai jalan dan berlari nanti tak terlarat pula nak kejar :p)

Bawah ni pula video Safiyyah masa mula bertatih. Kebetulan pula kedua-duanya mula nak belajar berjalan di usia 10 bulan. Safiyyah dah boleh berjalan ketika usianya 11 bulan. Hampir sebulan juga la baru dia berani nak berjalan dengan sendirinya.






Nota: Saya cukup suka tengok budak baru belajar berjalan...comel! ^_^

Tuesday, January 24, 2012

Summer Trip 2011: Bahagian akhir

Setelah sekian lama, sampai juga ke penutupnya. Punya la liat nak habiskan catatan ni. Ingat-ingat lupa dah pun. Mujur ada simpanan gambar yang dapat membantu saya mengakhiri catatan musim panas 2011 ni. Dah masuk hari-hari terakhir tak banyak pun gambar yang diambil. Letih. Rasa nak cepat balik ke rumah je pun masa ni.


Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY
Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY 
Kenangan di Niagara Falls, NY 
Saki baki cerita di Niagara Falls


...sambungan..

6 Jun 2011
Dari Buffalo, NY kami bertolak balik terus ke Lincoln, NE. Perancangan asalnya begitu la tapi disebabkan perjalanan dari New York ke Nebraska terlalu jauh, saya dan suami akhirnya bersepakat untuk bermalam di Chicago.


Dalam perjalanan, berhenti rehat seketika di Service Area. Kalau di Malaysia, R&R la. Err..tak ingat dah ni Service Area kat mana. Saya suka reka bentuk bangunannya


Sebahagian daripada gambar dalam bangunan yang saya ambil


Comot


Model jus ^_^


Shakir tengah lali nak tidur. Kecil lagi Shakir masa ni. Rambut pun takde lagi ^_^


Dalam bangunan yang sama, ada Trucker Lounge. Suami saya terjumpa masa tengah mencari tempat yang sesuai untuk solat. Bagus disediakan tempat khas macam ni untuk pemandu-pemandu truck yang travel jauh-jauh. Dalam ni ada tandas, bilik mandi dan laundry (setakat yang saya nampak dan ingat)


Saya dan suami bergilir-gilir solat di laundry room. Tersorok dan takde orang di sini pun masa ni. Luas juga laundry room ni. Selain mesin basuh dan mesin pengering, ada sinki dan snacks vending machine


Lebih kurang sejam juga la kami di Service Area ni. Bagi Safiyyah puas main dulu. Kalau tak, mahunya mengamuk dalam kereta. Lepas tu kami terus ke Chicago, tak berhenti kat mana-mana dah.

Tiket tol Ohio


Di Chicago kami bermalam di rumah Puan Rozita yang kami lebih selesa bahasakan sebagai Kak Ita; salah seorang staf Education Malaysia (dulunya dikenali dengan nama Malaysian Student Department), Chicago. Dah malam pun kami sampai di rumah Kak Ita. Tak ingat dah pukul berapa sampai..huhu..


7 Jun 2011
Paginya sebelum meneruskan perjalanan balik, kami singgah sebentar di pejabat Education Malaysia. Tak jauh pun dari rumah Kak Ita. Saje nak tengok macam mana rupanya pejabat Education Malaysia. Sambil-sambil tu boleh jumpa dengan staf-staf yang bertugas.

Masa kami sampai tu hanya ada 3 orang je di pejabat; Dr. Roslan Jamaludin (pengarah Education Malaysia Chicago), Puan Sara dan seorang lagi yang saya tak ingat namanya. Besar juga ruang pejabat tu. Dari luar nampak macam kecil je :p

Kak Sara menyambut mesra dan melayan kami di sana. Lembut sangat tutur bicara Kak Sara. Sebelum balik Kak Sara siap bagi bekal lagi untuk kami. Walaupun hanya sekadar biskut dan air mineral, cukup untuk membuatkan kami rasa terharu!


Bergambar bersama kak Sara sebelum balik


Dalam perjalanan balik, sempat lagi kami singgah ke Tanger Outlets di Williamsburg, IA. Dah alang-alang sampai Iowa...singgah la :p. Di Nebraska takde Outlet.

Sempat ambil gambar bunga yang ada di kawasan Outlet ^_^


Di Outlet ni ada playland. Selesa dan cantik! Sementara suami saya window shopping, saya dan anak-anak tunggu di sini


Akhirnya, selamat juga kami sampai di rumah tengah malam tu. Alhamdulillah. Macam biasa..sampai rumah terus 'pengsan'! ^_^


Whew..lega dah habis!

Sekian ^_^



Wednesday, January 18, 2012

WW: Tangan dan kaki gergasi




Dia sendiri yang pakai gloves papa dan boots ummi ^_^


Saturday, January 14, 2012

Black Forest Cake

Lama dah saya teringin nak buat Black Forest Cake tapi setiap kali tengok resipinya, setiap kali tu la tak jadi :p. Renyah. Banyak sangat nak kena buat untuk hasilkan sebiji Black Forest Cake. Lagipun saya tak yakin saya boleh buat kek ni. Macam susah je..huhu. Akhirnya tercapai juga hasrat saya buat Black Forest Cake sempena majlis hari lahir Safiyyah seminggu lepas ^_^. Disebabkan saya tak perlu masak hidangan utama untuk majlis tu, boleh la saya buat kek yang renyah macam ni. Berdebar-debar rasa hati sepanjang menyiapkan kek ni..risau je tak menjadi..hihi. Alhamdulillah, jadi keknya walaupun tak sesempurna mana ^_^.




Atas permintaan, saya kongsikan resipi Black Forest Cake yang saya guna. Saya ambil dari majalah. Suami saya kata sedap. Saya tak sempat nak rasa pun. Sekejap je dah licin. Lagipun saya segan nak rasa kek yang saya buat depan orang ramai :p.



Black Forest Cake
by: Patricia Roylance


2 squares (1 ounce each) unsweetened chocolate
1/3 cup canola oil   < saya guna corn oil
2 eggs, separated
1-1/2 cups sugar, divided
1-3/4 cups cake flour
1 teaspoon salt
3/4 teaspoon baking soda
1 cup milk

Cream Filling:
6 tablespoons butter, softened
4 cups confectioners' sugar
1-1/2 teaspoons vanilla extract
4 to 5 tablespoons half-and-half cream

Cherry Filling:
1 can (14-1/2 ounces) pitted tart cherries
2 tablespoons cornstarch
3/4 cup sugar
1/4 teaspoon almond extract
6 drops red food coloring

Chocolate Filling:
1 cup heavy whipping cream
1/4 cup chocolate syrup
1 teaspoon vanilla extract

Frosting:
2 cups heavy whipping cream
2 tablespoons sugar
1 teaspoon vanilla extract

Chocolate curls, maraschino cherries and fresh mint
_____________________________________________

1. In a microwave, melt chocolate; stir until smooth. Cool slightly. In a large bowl, beat the oil, egg yolks, 1 cup sugar and melted chocolate. Combine the flour, salt and baking soda; gradually add to chocolate mixture alternately with milk.

2. In a small bowl, beat egg whites until soft peaks form. Beat in remaining sugar, 1 tablespoon at a time, until stiff peaks form. Fold into batter.

3. Pour into two greased and waxed paper-lined 9-in. round baking pans (saya masukkan semua adunan dalam 1 loyang 9-in je). Bake at 350'F for 30-35 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool for 10 minutes before removing from pans to wire racks.

4. In a large bowl, beat cream filling ingredients until smooth; cover and refrigerate. For cherry filling, drain cherries, reserving juice. In a saucepan, combine cornstarch, sugar and cherry juice until smooth. Add cherries. Bring to boil; cook and stir for 2 minutes or until thickened. Stir in extract and food coloring. Cool completely.

5. In a small bowl, beat chocolate filling ingredients until soft peaks form. Cover and refrigerate.

6. For frosting, in a large bowl, beat cream, sugar and vanilla until soft peaks form. Cover and refrigerate.

7. To assemble, cut each cake into two horizontal layers (saya potong jadi 4 lapis sebab hanya guna 1 loyang je). Place bottom layer on a serving plate; top with 1/2 cup cream filling. Place 1 cup cream filling in a heavy-duty resealable plastic bag; cut a 1/2-in. triangle in one corner of bag. Make a rim of filling 3/4 in. high around outer edge of cake.

8. Make a second rim 2 in. from edge. Spoon cherry filling between rings. Refrigerate for 30 minutes. Spread chocolate filling over second cake layer; place over cherry filling.

9. Spread remaining cream filling over third layer; place over chocolate filling. Top with fourth layer. Spread frosting over top and sides of cake. Garnish with chocolate curls, cherries and mint. Store in the refrigerator.


Selamat mencuba! :)


Mulanya saya hias begini je tapi nampak macam kosong sangat kek tu...tu yang saya tabur sikit coklat parut atasnya jadi macam dalam gambar atas ^_^

Suami saya tengah sibuk potong kek...saya sibuk ambil gambar kek :p


Nota 1: Bagi saya, bahagian yang paling mencabar adalah masa potong kek tu jadi 4 lapis. Terketar-ketar rasa tangan..huhu. Mujur buat kek ni masa musim sejuk...kalau tak, menitik-nitik agaknya peluh masa potong kek tu..hihi..

Nota 2: Lepas potong kek jadi 4 lapis pun mencabar juga. Nak kena alih-alihkan satu persatu lapisan kek yang nipis tu! Terketar-ketar juga tangan! Selapis kek hampir-hampir terbelah tengahnya (hampir-hampir terbahagi dua!) sebab nipis sangat...tak sampai 1/2 inci tebalnya! Nak remuk dada masa tu...huhu..

Nota 3: Keknya semata-mata (tanpa krim semua tu) pun sedap sangat! Cukup lembut, gebu dan lembap! Saya sempat rasa sisa-sisa kek waktu potong kek kepada 4 lapisan ^_^

Nota 4: Suami saya buat permintaan supaya saya buat sekali lagi kek ni sebab dia dapat makan sikit je hari tu. Err...kena tunggu angin rajin saya datang dulu la jawabnya...hee.. ^_^



Wednesday, January 11, 2012

Safiyyah's 3rd birthday bash

Selesai sudah majlis hari lahir Safiyyah Ahad lepas. Alhamdulillah. Memandangkan hari lahir Safiyyah tahun ni jatuh pada hari Isnin (2 Januari 2011), kami tangguh buat majlisnya. Lagipun masa tu ramai yang takde di sini; makan angin sempena Winter Break. Berbincang dengan suami, kami sepakat adakan majlis hari lahir Safiyyah pada 8 Januari; Ahad terakhir sebelum semester baru bermula.



Antara tetamu terawal


Semakin ramai tetamu yang datang


Sebahagian daripada juadah yang ada. Menu utama: bakso; dimasak oleh pelajar Indonesia


Beberapa minggu sebelumya saya ada buat bakso. Masa tu la terfikir nak buat bakso sebagai menu utama majlis Safiyyah ni. Tiba-tiba suami saya dapat idea nak minta Husna dan Sarah yang memang anak jati Indonesia buatkan bakso. Kiranya kami tempah daripada mereka la tapi akhirnya diorang tak nak terima duit pun. Jadi hadiah untuk Safiyyah kata mereka. Terharu dibuatnya.

Saya hanya buat makaroni bakar, bubur jagung dan salad buah je. Yang lain-lain dibawa oleh tetamu. Sorang kawan Pakistan bawa nasi beriani, ada yang bawa kuey teow goreng, ada juga yang bawa jus dan smoothies serta 3-4 juadah lain. Alhamduilllah, rezeki.

Saya ingat nak rasa kuey teow goreng dan nasi beriani...tapi tak sempat nak ambil. Tengok sekali lagi dah licin! Masing-masing kelaparan agaknya..hihi. Bukan rezeki saya la namanya tu. (err..kalau nak minta tukang buat kuey teow goreng dan nasi beriani tu masak sekali lagi untuk makan sendiri boleh ke? hihi..)




Tetamu paling jauh (kiri sekali) pun ada. Prof Dato Dr Roslan dan isteri datang nun jauh dari Malaysia menghantar anak sulung; Firyal (duduk di lantai) belajar di sini. Termasuk Firyal, bertambah lagi 3 orang pelajar Melayu di Lincoln ni. 2 orang lagi pelajar baru; Anzari dan Aizuddin


Kali ni saya buat Black Forest Cake pula sebagai kek harijadi. Percubaan pertama. Alhamdulillah jadi keknya ^_^. Huruf-huruf atas kek tu beli siap...saya tak reti nak tulis atas kek...takut nanti jadi comot kek :p


Sejenis lagi kek yang saya buat. Chocolate Peanut Butter Cheesecake. Sengaja saya buat sejenis lagi. Sebiji sahaja kek tak cukup untuk semua tetamu yang kami jemput. Sedih tengok 'rupa paras' kek ni, agak teruk rekahannya. Coklat atas tu konon-kononnya nak tutup bahagian  kek yang merekah :p. Tapi bila ada yang memuji kata kek ni sedap, hilang terus rasa kecewa dengan rupa kek yang tak menawan ni..hee.. ^_^


Eh, birthday girl mana???


Birthday girl duduk dan makan di luar dengan jejaka-jejaka Melayu-Lincoln :p. Kat dalam rumah tak nak makan, kacau budak-budak bujang tu makan pula. Dalam rumah dah sesak sangat...diorang ni duduk luar la. Kesian sejuk-sejuk duduk di luar. Takpe la, bujang kena kuat! :p


Tak menyempat nak potong kek...laju je tangan tu nak 'cuit' kek tu. Tak sabar-sabar nak makan kek


Sesi potong kek




Safiyyah dan Iman


Azrina sekeluarga tetamu terakhir yang datang. Dah malam pun masa diorang sampai tu. Keluarga Azrina (duduk atas sofa biru) makan angin di US sambil lawat Azrina (Azrina takde dalam gambar)


Shakir cuba buka mulut JJ ^_^. Baju yang Shakir pakai ni pemberian Yana dan Asyrul dari Colorado


Birthday girl yang baru bangun dari tidur petang. Gaun Safiyyah ni juga pemberian Yana dan Asyrul. Kebetulan Safiyyah ada cardigan dan tight yang padan dengan gaun ni :)


Sebahagian daripada muka-muka yang melicinkan makanan yang berbaki ^_^. Tinggal anak-anak bujang dan dara je masa ni. Tu pun sebahagiannya dah balik. Bagusnya, saya masuk je dapur tengok semua pinggan mangkuk dah dicuci. Sarah dan Fatin cuci semua sekali. Lega rasanya! Kalau harap saya, esok pagi la baru saya cuci...tak larat dah malam tu


Hadiah-hadiah Safiyyah. Kat sini takdenya nak balut-balut hadiah. Semua main letak dalam beg kertas je. Senang


Tahun ni Safiyyah banyak dapat activity games; 5 jenis kesemuanya berserta 3 buah buku, 2 pasang baju, 2 keping tiket Lincoln Children's Museum dan hadiah-hadiah lain. Ada juga yang bagi cek


Dalam banyak-banyak hadiah, buku yang pertama sekali berjaya menawan hati Safiyyah. Dia memang suka buku. Sejak kecil lagi dah nampak minatnya ke arah buku. Memang tak sia-sia bagi buku pada Safiyyah. Harapnya sampai bila-bila dia suka buku


Tak sah kalau tak ada tukang kacau. Si kenit ni memang suka kacau dan menyakat kak long dia


Sejak pagi saya tak jamah apa-apa langsung. Anehnya, tak rasa lapar pun. Dah malam baru makan semangkuk kecil bakso. Makan tu pun bukan sebab lapar, hanya nak merasa bakso tu je. Pagi esoknya baru terasa lapar sangat-sangat.


Takde kerja cari kerja namanya ni. Saje lekatkan belon bentuk rama-rama tu di dinding lepas habis majlis. Nampak berseri sikit ^_^. Safiyyah nampak terus dicabutnya :p


Alhamdulillah, lega dah selesai!


Nota: Termasuk kanak-kanak, lebih daripada 50 orang tetamu yang hadir di majlis Safiyyah ni rupanya. Selalunya kami kira dulu betul-betul tetamu yang dijemput tapi kali ni main agak 30 orang je. Patut la makanan cepat habis


Wednesday, January 4, 2012

Saki baki cerita di Niagara Falls

Tak habis lagi cerita di Niagara Falls :p. Entri 'Kenangan di Niagara Falls, NY' tu dah terlalu panjang dan banyak sangat gambar..tu yang saya tak habiskan cerita tu.


Pemandangan dari bahagian atas


Dari sudut berlainan. Atas ni ada kawasan lapang berumput


Safiyyah nak kejar burung! ^_^




Banyak burung di sini. Ada yang bagi makan. Ada yang kejar burung (macam Safiyyah ^_^). Ada yang hanya ambil gambar (macam papa Safiyyah..ehe..)


Pelan Niagara Falls State Park.
Kami tak sempat teroka keseluruhan taman ni. Nak mengejar masa


Selamat tinggal Niagara Falls! Moga ada peluang ke sini lagi


Dari Niagara Falls kami ke Buffalo, New York untuk menunaikan solat. Ada masjid di sana. Lebih kurang 30 minit dari Niagara Falls. Sampai-sampai je tempat yang ditunjuk GPS, tutup pula masjidnya! Tutup selamanya mungkin. Tengok keadaan masjid yang uzur dan usang dari luar, begitu la nampak gayanya.

Kebetulan suami saya ternampak seorang pakcik berimejkan seorang muslim. Suami saya pun tanya la kalau-kalau ada masjid lain berdekatan. Alhamdulillah, ada rupanya. Tak jauh pun dari masjid yang kami jumpa tu tapi ambil masa sikit nak cari masjid kedua sebab kedudukannya yang agak terpencil. Lagipun kurang faham tutur kata pakcik tu :).


Masjid Zakariya. Padan la pun masjid satu lagi tu ditutup, ada masjid baru yang lebih besar rupanya


Bahagian dalam Masjid Zakariya


Malam tu kami bermalam di salah sebuah motel di Buffalo sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.


...bersambung. InsyaAllah ada sikit lagi nak habiskan catatan perjalanan musim panas tahun 2011 ni. Bahagian sebelumnya boleh baca di pautan bawah:

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY
Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY 
Kenangan di Niagara Falls, NY



Monday, January 2, 2012

Puteri salju genap 3 tahun

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Hari ni (2 Januari 2012) Safiyyah genap 3 tahun usianya.

Sementara masih di US ni boleh la gelar Safiyyah si puteri salju. Balik Malaysia nanti tak relevan le dah...hihi..


Doa ummi dan papa agar Safiyyah menjadi hamba Allah yang beriman lagi bertaqwa, anak yang solehah, serta kakak yang baik yang sentiasa menjadi contoh ikutan pada adik(-adik)...ameen..


Nota: Saya baru perasan gambar-gambar dalam entri lama tak boleh ditengok. Rupanya ada kaitan dengan Google+. Kena setting public baru boleh tengok. Belum mahir dengan Google+ lagi