Pages

Wednesday, January 4, 2012

Saki baki cerita di Niagara Falls

Tak habis lagi cerita di Niagara Falls :p. Entri 'Kenangan di Niagara Falls, NY' tu dah terlalu panjang dan banyak sangat gambar..tu yang saya tak habiskan cerita tu.


Pemandangan dari bahagian atas


Dari sudut berlainan. Atas ni ada kawasan lapang berumput


Safiyyah nak kejar burung! ^_^




Banyak burung di sini. Ada yang bagi makan. Ada yang kejar burung (macam Safiyyah ^_^). Ada yang hanya ambil gambar (macam papa Safiyyah..ehe..)


Pelan Niagara Falls State Park.
Kami tak sempat teroka keseluruhan taman ni. Nak mengejar masa


Selamat tinggal Niagara Falls! Moga ada peluang ke sini lagi


Dari Niagara Falls kami ke Buffalo, New York untuk menunaikan solat. Ada masjid di sana. Lebih kurang 30 minit dari Niagara Falls. Sampai-sampai je tempat yang ditunjuk GPS, tutup pula masjidnya! Tutup selamanya mungkin. Tengok keadaan masjid yang uzur dan usang dari luar, begitu la nampak gayanya.

Kebetulan suami saya ternampak seorang pakcik berimejkan seorang muslim. Suami saya pun tanya la kalau-kalau ada masjid lain berdekatan. Alhamdulillah, ada rupanya. Tak jauh pun dari masjid yang kami jumpa tu tapi ambil masa sikit nak cari masjid kedua sebab kedudukannya yang agak terpencil. Lagipun kurang faham tutur kata pakcik tu :).


Masjid Zakariya. Padan la pun masjid satu lagi tu ditutup, ada masjid baru yang lebih besar rupanya


Bahagian dalam Masjid Zakariya


Malam tu kami bermalam di salah sebuah motel di Buffalo sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.


...bersambung. InsyaAllah ada sikit lagi nak habiskan catatan perjalanan musim panas tahun 2011 ni. Bahagian sebelumnya boleh baca di pautan bawah:

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY
Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY 
Kenangan di Niagara Falls, NY



17 comments:

eB ezrin said...

kalo kami ader rezki, u msh disaner leh gu jumper u? :)

Kamsiah said...

betul la..jauh berjalan,luas pengalaman...cantik2 pic yg disnap..

アヌムちゃん said...

besar msjd dia..huhuu

Nida said...

Seronoknya dapat ke Niagara Falls... teringinnya nak ke sana..

hasnisyakila said...

fuh, panjang journey akak...hihi :D,
dah bpe n3 dah ni....

seronoknya....
nanti balik malaysia cuti2 malaysia plak..^-*

ishamizu said...

Cantik park niagara fall tu. :)
Nway, masjid kt sana pon cantik2 dn bsr3 kn..alhamdulillah!

KhaiRin - anies said...

wah ada masjid..
best la cm ni...
kena kumpul duit ni bleh g ke sn nnt

Aleyn said...

Bestnyer tengok burung2 tu ...jinak ek....

Asmara said...

oh besar jugak park dia ye. seharian baru puas dpt jln semua. bagusnya ada masjid berdekatan. kot la tersampai boleh refer kat nadiah. hehe..:D

husna said...

hahahahha. kelakaq pasal burung tu. husna nak tambah skit...
*ada yang tengok saja burung tu (macam kak nadiah).

kakyong said...

cantik taman di niagara..

cantik deco dlm masjid tu... xde masalah besar nak berjalan jauh kan, bila ada masjid

Myra Jay said...

Niagara cantik, masjid pun cantik sangat..

fatonahHairil said...

Adoi...lama lagi ek nak abis.??hehe..Takpa, akk sabar menanti...^_^...

Imah Dinor said...

cantik la pemandangan dia....hijau gitu..sejuk mata memandang..

Ummi Salsabila said...

cantik betul niagara falls tu.subhanallah.excited lagi if dpt tgk depan mata..

Liza Razak said...

wahh..bestnye boleh pegi niagara !! :)

idasm said...

bestnyer tgk gambar2 nadiah. cantik2 semuanya. mesti safiyyah seronok kejar burung kan...