Pages

Wednesday, February 29, 2012

WW: Berkhemah dalam rumah

Tak dapat main di luar rumah pada musim sejuk ni, berkhemah dalam rumah pun jadi la ^_^






Tengok iklan sekejap ^_^


2 beradik yang gembira walaupun hanya berkhemah dalam rumah ^_^








Monday, February 27, 2012

2 video yang menusuk jiwa

Video pertama: Insan yang tak punya tangan dan kaki



Berlinang air mata saya tengok video ni. Malu rasanya dengan diri sendiri. Berbeza sungguh dengan insan yang tak punya tangan dan kaki dalam video tersebut :(. Walaupun anggota fizikalnya tak lengkap, fikiran dan hatinya sangat positif. Sentiasa tersenyum. Tak kisah langsung dengan 'kekurangan' diri sendiri. Malah, dia boleh melakukan banyak aktiviti tanpa tangan dan kaki! Allahuakbar!

"Be thankful". MasyaAllah...rasa terpukul dengan kata-kata yang keluar dari mulut insan tersebut. Dia mengingatkan orang lain bersyukur dengan apa yang dimiliki sedangkan dirinya sendiri tak punya kaki dan tangan. Allah, malunya rasa. Kita yang dilahirkan sempurna terlalu banyak keluh-kesah. Terlalu banyak mengeluh. Sentiasa memikirkan benda yang tak dimiliki padahal nikmat yang Allah kurniakan buat kita terlalu banyak. Terlalu banyak sehingga tak mampu kita menghitungnya. Mudah-mudahan selepas ini kita jadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNya.


Video kedua: Rakyat Syria bersumpah untuk syahid



Berderai juga air mata saya menonton video ni. Kagumnya dengan semangat juang mereka menentang kezaliman regim Basyar al-Assad. Betapa dambanya mereka terhadap syahid. Betapa kuatnya pergantungan mereka terhadap Allah. Terfikir sejenak...sejauh mana dan seutuh mana pergantungan saya terhadap Allah? Adakah pergantungan terhadap manusia melebihi pergantungan terhahap Allah? Siapa yang saya cari dahulu ketika ditimpa masalah? Manusia lainnya atau Allah? Allahurabbi. Semoga Allah mengampunkan saya atas kelalaian dan kedhaifan diri sendiri..ameen.

Marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Syria yang berjuang menegakkan keadilan dengan menumbangkan regim Basyar al-Assad. Sekalipun tidak beroleh syahid, mudah-mudahan Allah nilai ia sebagai usaha tak seberapa kita dalam membantu mereka di sana...


Thursday, February 23, 2012

Shakir gelak besar




Ni la aktiviti 2 beradik malam tadi. Yang sulung cuba nak pecahkan plastik tu, adiknya pula jadi tukang gelak. Hihi. Entah apa la yang menggelikan hati Shakir sampai gelak besar dia tengok Kak Long dia pijak plastik tu. Tak pasal-pasal ummi pun tergelak sama ^_^


Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

Lagi sebulan ke angka 1

Pejam celik pejam celik dah nak masuk setahun pun umur Shakir. InsyaAllah sebulan sahaja lagi Shakir genap setahun. Pantas sungguh masa berlalu. Rasanya mahu sahaja saya tekan butang 'pause' supaya masa berhenti seketika. Tapi mustahillah ianya berlaku. Bukannya wujud pun butang tu.

Sekarang ni Shakir semakin rajin 'mengemas' rumah. Pantang nampak benda berada elok di tempatnya, terus je 'disusun atur' semula barang-barang tu ikut cara dia. Perangainya yang satu ni memang sebiji dengan peranagai Kak Long dia masa kecil dulu. Sangat rajin 'mengemas' :p.


Gambar ni diambil awal bulan 2. Saya terlupa nak kunci kabinet tu. Habis la barang-barang dalam tu dikeluarkan Shakir. Bagi je la peluang pada Shakir 'mengemas' lagipun takde benda bahaya di situ


Ummi sibuk di dapur, Shakir pun sibuk juga di dapur


Shakir belajar mengenal durian ^_^. Gambar ni diambil beberapa hari lepas. Kali pertama jumpa durian. Saya bagi dia rasa sikit. Disuap sekali, lari pula dia. Muka macam terkejut..hihi. Lepas disuap kali kedua baru nampak macam dia suka dengan durian. Siap mengamuk-ngamuk nak lagi :p. Tunggu Shakir besar sikit lagi ye..nanti boleh makan durian puas-puas. Kak Long dia tak nak pun tapi sempat suap sekali dalam mulutnya. Berkerut-kerut keningnya makan durian :p. Terbalik pula. Kak Long yang lahir di Malaysia tak suka durian. Shakir yang lahir di US pula suka durian



Tuesday, February 14, 2012

Aktiviti Musim Sejuk: Sledding!

"Sledding (US), sledging (UK), sleding or tobogganing is a common activity in wintry areas, similar to sliding, but in a prone or seated position requiring a device or vehicle generically known in the US as a sled or in other countries as a sledge or toboggan." [sumber]

Ni aktiviti kami pada 5 Februari lepas. Saya memang ternanti-nanti aktiviti ni. Teringin sangat nak cuba. Sebelum ni tak berkesempatan. Tu yang berharap salji turun lebat ^_^. Hampir jam 3 petang baru kami sekeluarga dan Irfan (undergrad student) keluar rumah. Itu pun hampir-hampir tak jadi main sledding sebabnya pagi tu Safiyyah nampak macam tak sihat. Murung dan asyik terbaring je dia. Dalam pukul 1 petang baru nampak Safiyyah segar sikit. Dah mula gelak dan berlari-lari dalam rumah. Alhamdulillah, ada juga rezeki kami main sledding.

Tempat sledding yang kami pergi ni namanya Pioneers Park Nature Center. Lebih kurang 15-20 minit dari rumah kami. Ini kali ke-2 kami ke sini. Kali pertama adalah setahun yang lepas tapi tahun lepas kami tak main sledding pun. Masa tu kami belum ada sled sendiri. Terlambat beli sled, dah sold out dah. Yang ada sled untuk Safiyyah je tapi Safiyyah pula masa tu tak nak duduk atas sled. Dia takut. Melalak-lalak dia diletak atas sled.


Belum pun sampai tempat sledding, Safiyyah dah duduk atas sled siap-siap. Dah tak takut dah duduk atas sled ^_^


Jauh juga kami kena berjalan dari tempat letak kereta ke tempat sledding tu. Parking penuh. Terpaksa la parking jauh sikit. Baru separuh jalan, saya dah termengah-mengah. Berjalan dalam salji setebal 7-8 inci dengan mendukung anak kecil  berusia 10 bulan memerlukan stamina yang tinggi! Dah la saya tak biasa berjalan dalam salji. Belum apa-apa dah terasa letih ya amat. Huhu..


Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di tempat sledding!


Bergambar sebelum sledding ^_^


Suami saya mula sledding dulu. Di sini ada disediakan 2 gelongsor khas untuk sledding. Kena beratur la kalau nak sledding di sini


Sengaja saya dudukkan Shakir di situ, nak ambil gambar


Sekejap je dia duduk. Lepas tu merangkak ^_^



2 beradik


Entah apa yang dibuatnya


Meneroka ^_^


Safiyyah sledding dengan papanya. Masa ni tak guna gelongsor tu dah


Shakir pun nak sledding juga! Saya hanya tarik sled Shakir perlahan-lahan dan pusing-pusing sekitar tu je


Meluncur ke bawah seronok la. Nak naik semula tu satu hal pula. Nasib la suami saya kena tarik Safiyyah ke atas :p


Yay...giliran saya pula sledding! Mulanya nak duduk berdua dengan suami atas sled tu (saya takut sledding seorang diri) tapi Safiyyah tak bagi peluang...dia nak naik juga dengan kami :p


Ada kawan saya yang dah tengok gambar ni tanya, "Boleh gerak ke tu?". Hihi. Walaupun nampak terlebih muatan, boleh meluncur juga tau sled tu ^_^. Boleh tahan juga lajunya sampai terpercik salji di muka


Kesian Shakir kena tinggal. Nak letak Shakir sekali tak berani pula sebab dia kecil lagi. Irfan la tolong jaga Shakir sementara kami sledding. Tak pasal-pasal Irfan jadi babysitter..hihi..


Irfan nak sledding pun Safiyyah menyibuk juga. Lepas tu terpaksa la Irfan tarik Safiyyah ke atas semula. Safiyyah dah seronok sampai tak nak turun dari sled tu..hihi..


Sledding bertiga buat kali ke-2. Kali ni Safiyyah duduk di depan


Mula-mula elok duduk tegak, lama-lama melurut ke bawah dan terbaring akhirnya! Diam je pula tu (dengan syarat sled tu bergerak la...kalau tak, mengamuk! :p). Tak lama lepas tu tertidur..hihi..


Bersedia untuk pulang ke rumah. Tak lama pun kami di sini. Lebih kurang sejam je


Lena! ^_^


Nota 1: Alhamdulillah, tertunai juga hasrat di hati dapat sledding ^_^

Nota 2: Sebahagian gambar diambil dari kamera Irfan (terima kasih Irfan!)


Sunday, February 12, 2012

Abu Bakar Ellah versi Lincoln

Itu kata papa Shakir la.


Tapi....

...rambut Abu Bakar Ellah tak sependek ni tau! Huhu..


Habis rambut depan Shakir dikerjakan papa. Kesian Shakir jadi mangsa :p



Semalam baru dipotong rambut Shakir buat kali pertamanya sejak rambutnya tumbuh selepas dibotakkan ketika berusia 7 hari. Itu pun rambut depan je yang dipotong..dah hampir nak menutup mata. Rambut belakang tak perlu dipotong lagi. Harap-harapnya cepat la rambut depan tu tumbuh..


Thursday, February 9, 2012

Keadaan selepas blizzard

Gambar-gambar bawah ni diambil pada 5 Februari 2012, sehari selepas berlakunya blizzard ..


Langit yang membiru mencantikkan lagi pemandangan musim sejuk. Subhanallah


Ranting-ranting dan dahan yang patah






2 snowman ni dibuat oleh jiran depan rumah masa salji masih turun dan blizzard masih belum reda (hari Sabtu). Nampaknya bukan saya seorang je la yang menanti salji turun ^_^


Tepi tingkap




Sekali pandang, macam kapas je atas ranting tu


Kaki tenggelam dalam salji


Tangga belakang rumah diliputi salji. Cantik! Saya suka tengok. Sayang nak usik. Sanggup keluar ikut pintu depan semata-mata tak nak pijak salji atas tangga tu ^_^


Permukaan bangku dan meja juga tebal dengan salji
















Tempat pejalan kaki di belakang rumah dah dibuang saljinya..huhu. Elok-elok je saya habis ambil gambar, ada pekerja bersihkan tempat pejalan kaki dan jalan raya


Masa ni dah tengahari. Dah mula panas. Duduk tepi tingkap je pun terasa bahangnya. Cepat juga la salji cair nampak gayanya