Di trimester pertama, kandungan masih rapuh dan kebarangkalian untuk berlaku keguguran tinggi dalam tempoh itu. Hati sentiasa risau, itu yang dirasakan masa seolah-olah bergerak perlahan. Masuk trimester kedua, dah boleh menghela sedikit nafas kelegaan dan masa pun dirasakan pantas berlalu tetapi tidak untuk kehamilan ketiga ni. Debaran pada trimester kedua lebih kurang sama seperti debaran menempuh trimester pertama.
Masuk sahaja trimester kedua kali ni, bermulalah cabaran ketika mengandung. Mulalah sakit sana-sini. Sakit pinggang, sakit belakang, pelvic pain, pubic bone pain masing-masing bersilih ganti. Pergerakan jadi terbatas. Tak boleh nak bergerak pantas dan sentiasa kena berhati-hati dalam melakukan sebarang pergerakan. Silap gaya, sakit pasti menyerang.
Yang paling tak tahan, sakit yang melibatkan pergerakan kaki. Nak angkat kaki sikit pun terasa sakit, inikan pula ketika melangkah. Rasanya itu antara pelvic atau pubic bone pain. Seingat saya, 2-3 kali yang saya rasa teramat sakit. Rasa nak menangis sewaktu melangkah ketika itu. Terlalu sakit. Tiada pilihan (suami tiada di rumah ketika itu), terpaksa juga melangkah perlahan-lahan dalam kesakitan demi melayan si anak teruna yang mahukan sesuatu di dapur. Kalau sakitnya sikit, saya boleh tahan tapi waktu tu memang terlampau sakit. Hampir menitis air mata dibuatnya.
Tidur malam pastinya dah tak lena. Mengiring ke kanan tak selesa, mengiring ke kiri tak selesa, terlentang tak selesa, meniarap apatah lagi. Serba tak kena dibuatnya. Nak tidur memang ambil masa. Berpusing-pusing cari posisi yang paling selesa. Setiap posisi tidur pula tak boleh lama. Kena sentiasa bertukar posisi. Kalau tak, ada sahaja sakitnya nanti. Pernah sekali saya mengantuk sangat, terlelap dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tersedar apabila bahagian belakang badan berdenyut kuat sehingga terasa sakit. Alhamdulillah tak lama lepas saya ubah ke posisi mengiring, denyutan dan sakit tadinya beransur hilang.
Bukan setakat tu. Berdiri pun dah tak boleh berlama-lama. Duduk dan baring juga tak boleh dalam tempoh yang lama. Kalau tak, sakit pingganglah habuannya. Mencabar betul hamil kali ni. Kadang-kala timbul perasaan risau terbersalin awal dek kerana hampir setiap hari ada sahaja sakit yang muncul. Itu yang membuatkan saya rasa trimester kedua ni lambat sangat berakhir.
Mungkinkah sakit-sakit tu menyerang awal (sejak di awal trimester kedua) disebabkan saiz perut yang besar? Sewaktu mengandungkan Shakir saiz perut dah cukup besar bagi saya tapi mengandung kali ni lagi berganda besarnya..huhu. Suami saya kata, saiz perut sekarang ni (usia kandungan 6 bulan) sama besarnya dengan saiz perut ketika hampir bersalinkan Shakir. Tak boleh bayang macam mana keadaannya lagi 3 bulan >_<. Harapnya baby tak besar sangatlah..huhu..
Nota:
- Doakan saya agar segalanya baik-baik sahaja di trimester terakhir ni ye...
- Selamat tahun baru 2013 buat semua! :)
12 comments:
nk tgk gmbr perut please hehe
semua segala nyer baik2 n cepat melepasinyer...
Salam Kak Nadiah,
Akak jangan susah hati ek, zikir banyak2....moga kurang sakit tu. Min doakan moga semuanya selamat sampai saat melahirkan baby nanti. Tak sabar nak tunggu. Eh3...lebih2 pulakkan..hik3.
Min :))
Mesti comel Nadiah Preggy...moga selamat ke akhirya yea...:)
Hmm macam-macam ye kak..
Mungkin ke faktor umur? sebab aza pun rasa yang ke2 ni macam2 cabaran berbanding pertama dulu.. Risau jek..
Harap2 semua ok, dan semoga akak dipermudahkan mengharungi satu lagi trimester, dan selamat melahirkan baby..
Ameen..
Insyaallah, mudah mudahan sabar dan dikurangkan/disembuhkan kesakitan untuk trimester akhir ni..
Nak bersalin nanti pu harapnya lancar juga..:)
Amin...
nak tgk nadiah....ltk la pic barang sekeping....
tuhan sahaja tahu bgmana nak merasai kembali semua itu...
Perut besar? Twin ke? Hehe... Cuba akak banyakkn minum air masak dan susu..kalu xleh telan susu telan t.calcium...insyaallah..
banyak2 sabar... Insya Allah, semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya :)
Selamat tahun baru Nadiah..
In shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan Nadiah...
p/s bagi akak akaun nombor.. akak nak kirim corelle tu.. nanti nadiah email Di cahaya2569@gmail.com ye.. Tq ;-)
ya sila tunjuk gambar perut comel tu ya.. :) entah2 kembar tak? :)
insha Allah..semoga semuanya akan baik dgn cepat..akak baru di trimester pertama..
Post a Comment