Pages

Tuesday, February 8, 2011

25 perkara...

...tentang saya...?

  1. Anak sulung daripada 2 beradik, merangkap anak bongsu perempuan (nak jugak gelaran bongsu tu :p)
  2. Diijabkabulkan di usia 26 tahun dengan jejaka Kelantan
  3. Suka makan makanan yang pedas terutama masakan yang berwarna merah (asam pedas, goreng berlada, sambal tumis, etc)
  4. Suka ambil gambar dan minat dengan seni fotografi
  5. Dulu-dulu selalu rasa tak best jadi anak sulung. Asyik kena mengalah je dengan adik..huhu. Tapi bila ada anak sendiri, baru terasa bertuah dilahirkan sebagai anak sulung. Semua orang sayang! (Err..dah tua-tua ni orang sayang lagi ke? :p) Ye la, anak sulung kan anak yang paling ditunggu-tunggu tapi rasanya jadi anak bongsu lagi best daripada anak sulung...boleh manja lebih-lebih sikit :p
  6. Masa anak dara dulu (terutama zaman kampus) lebih suka ke mana-mana sorang-sorang sebab tak suka menunggu orang dan tak suka juga buat orang tertunggu-tunggu. Bila dah kahwin, tak nak ke mana-mana tanpa suami di sisi walaupun ada anak yang menemani
  7. Pendiam, pemalu, sensitif, suka memendam rasa, perahsia
  8. Suka menulis sebab tu melibatkan diri dengan dunia blog. Dah jatuh cinta dengan dunia blog sebab selain dapat mencatat sesuatu di blog sendiri, dapat ramai kenalan maya di samping peroleh ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada blogger lain
  9. Pernah berangan nak jadi penulis novel tapi rasanya macam takkan jadi nyata je angan-angan tu sebab imaginasi tak cukup tinggi
  10. Tak pernah sangka dapat menjejakkan kaki di negara 4 musim. Sekarang ni dah hampir 2 tahun berada di US. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa kehidupan di rantau orang dan dah merasa keempat-empat musim yang sungguh indah!
  11. Sedara-mara selalu kata dalam mulut ni ada banyak emas...sebab tu susah nak 'bukak' mulut, takut emas berterabur :p
  12. Sangat tak berbakat dalam seni lukisan. Masa sekolah dulu, kerja-kerja seni semua mak yang yang buatkan..ngee~
  13. Tak reti dan segan minta pertolongan orang lain sebab takut menyusahkan dan tak nak terhutang budi dengan orang
  14. Pembawa thalassemia
  15. Berdarah campuran Melayu, Cina, Jawa dan Bugis. Terjawab le dah kan kenapa muka saya dan Safiyyah macam Cina :)
  16. Berketurunan pipi kembung tapi badan kurus kering (betul, memang keturunan..tak tipu). Mak saya, mak-mak sedara saya (yang perempuan la kebanyakannya) semuanya tembam dari kecik sampai la besar padahal kurus je semua. Dah berusia baru la hilang pipi kembung tu. Jadinya, selagi pipi saya kembung tapi badan kurus kering, maknanya saya masih muda la (perasan! ahaha..). Nampak gayanya menurun juga sifat yang 1 ni pada Safiyyah *wink*
  17. Kecik-kecik dulu tak nak makan nasi kalau takde sambal tumis ikan bilis. Hari-hari la mak kena masak sambal tumis ikan bilis (jadi lauk wajib setiap hari). Isy, isy...kecik-kecik dah pandai demand :p. Oh, bila usia semakin bertambah, kurang minat pulak ikan bilis
  18. Sangat sukakan roti terutama roti Gardenia
  19. Pernah accident masa di USM. Saya naik motor, saya langgar kereta orang :p. Alhamdulillah luka sikit je. Kebetulan masa tu saya dalam tempoh bertunang. Orang kata sebab berdarah manis tapi saya lebih percaya itu adalah peringatan Allah buat saya atas dosa-dosa saya
  20. Takde kampung. Kesian, kan? Walaupun mak ayah saya orang Perak, tapi saya takde kampung kat Perak tu sebabnya arwah atuk dan opah (baik belah ayah mahupun belah mak) dah lama berhijrah ke KL bertahun-tahun sebelum saya lahir lagi. Tiap-tiap tahun, orang lain semua beraya kat kampung, kami beraya kat KL :p
  21. Air mata jadi peneman setia dan penawar terbaik di kala berduka dan punya masalah
  22. Masa majlis kenduri kahwin belah suami saya dulu, saya hampir-hampir nak ajak ayah patah balik, tak nak pergi Temalir, Kuala Krai sana tu sebab jauh sangat di pedalaman, macam di hujung dunia :p. Kiri kanan hutan, rasa macam lama dah dalam kereta tapi tak sampai-sampai lagi padahal masa tu bertolak dari bandar Kuala Krai je pun. Tak keruan duduk dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada (ahaha..teruk betul!). Tapi bila sampai rumah mertua, terjatuh hati pulak...memang betul-betul kampung. Nyaman je. Pagi-pagi sejuk. Takde kampung sendiri, dapat tumpang kampung suami pun jadi la :)
  23. Sejak kecik suka sangat pakai inai daun sebab suka baunya yang wangi. Tiap-tiap tahun tak pernah missed pakai walaupun orang kata kalau selalu pakai inai, nanti masa kahwin jari berinai tak naik seri. Tapi tak suka inai dibuat bercorak-corak kat tangan...nampak buruk la (pada mata saya la nampak buruk, mata orang lain mungkin nampak cantik)
  24. Penakut belon. Nampak je orang tiup belon, cepat-cepat tutup telinga. Bila belon tu makin besar ditiup, saya dah jerit dulu walaupun belon tu tak meletup pun lagi :p
  25. Pernah digelar 'tauhu comel' oleh salah seorang ex-roommate di USM dulu (dia siap letak nama saya sebagai tauhu comel dalam handphone dia :p) gara-gara hampir setiap hari saya makan tauhu (tauhu goreng berlada)

Dah siap! Hee...ni tag sebenarnya...dari Lady Lavender. Ok kak...Nadiah dah lunaskan hutang akak ni. Harapnya puas hati ye :D

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Erk..kena tag 25 orang pulak??

Saya tag semua la yang baca entry ni! Ngee~


p/s: sape-sape yang rajin buat tag, buat la ye...boleh saya baca :)

Sunday, February 6, 2011

Safiyyah & her imaginary trampoline

Lama dah saya tak letak video Safiyyah kat blog ni. Kali ni meh layan Safiyyah melompat atas 'trampoline' pulak *wink*



Ada sesiapa nak join Safiyyah sekali? Ehe..


Selain melukis, memanjat...tu la aktiviti kegemaran Safiyyah...melompat! Kalau bukan atas tilam, atas 'trampoline' tu la yang dilompatnya. Kusyen tengah tu mesti diturunkan kalau dia nak melompat kat situ. Yang bahagian tengah tu, springnya dah lembut...tu yang Safiyyah suka lompat kat situ. Lama pulak tu dia melompat, tak letih-letih. Saya yang tengok pulak rasa letih

Tuesday, February 1, 2011

Bungkusan yang dinanti-nanti...

...akhirnya dah pun selamat sampai semalam. Alhamdulillah. Ni bukan la bungkusan yang pertama yang pernah saya terima, dah 5-6 bungkusan yang pernah mak ayah saya poskan dari Malaysia tapi bezanya kali ni, dapat berita yang semua bungkusan yang sampai di US akan dibuka. Disebabkan khabar ni la jadi tak senang duduk dibuatnya.

Yang menjadi masalahnya, ayah saya dapat berita ni 2-3 hari lepas bungkusan tu dipos. Tu pun pegawai pos yang bagitau (kerja ayah saya memang kena berurusan dengan staf pos). Dah la ada macam-macam benda yang mak ayah saya kirim. Risau je kalau ada benda yang diorang rampas. Kos pos pulak naik sekarang ni, rugi la kalau barang-barang dirampas.

Sebelum ni, bungkusan yang dipos cara biasa (bukan pos laju) takkan dibuka kotaknya. InsyaAllah selamat la nak pos apa-apa pun. Sekarang ni semua bungkusan akan dibuka sebaik sahaja sampai di US..uhuhu. Yang tahunya kat US je la. Tempat lain ayah saya tak cakap pulak. Oh, tapi Jepun ok, sistem masih tak berubah lagi dan insyaAllah barang-barang yang dipos selamat sampai sebab bungkusan takkan dibuka bila sampai sana.

Masa bungkusan sampai kat rumah semalam, saya tengok macam tak dibuka je kotak tu tapi bila nak bukak kotak tu........

Baru terperasan seal warna hijau tu..."EXAMINED BY U.S. CUSTOMS AND BORDER PROTECTION". Masa posmen bagi, tak perasan sebab seal hijau tu ada di bawah. Saya pun buka la kotak tu daripada bahagian seal hijau tu. Memang sah la kotak tu dah dibuka tapi alhamdulillah...semua barang selamat. Takde 1 pun yang diambil pihak kastam


Barang-barang makanan ni la paling risau ni. Mujur diorang lepaskan aje. Agak-agak kalau pos ikan kering selamat lagi tak? Eheh. Sebelum ni mak saya dan kakak ipar pernah pos ikan kering...selamat je la sebab kotak tak dibuka. Lepas ni tak tau la macam mana. Tapi takpe, stok ikan kering ada lagi. Musim sejuk ni malas nak goreng...tingkap tak boleh nak bukak...nanti habis berbau 1 rumah


Yang ini barang-barang saya ^_^. Bengkung lepas bersalin pun ada sekali sini. Oh, mak saya pos juga akar siti fatimah...mujur pihak kastam tak ambil!


Yang ni pulak cloth diaper (CD) daripada Syamila Mohd...salah 1 hadiah saya menang giveaway. Selalu dah dengar pasal CD ni tapi tak pernah cuba pun lagi. Dah ada 1 ni boleh la cuba pakaikan kat adik Safiyyah nanti :)


Sebahagian lagi hadiah-hadiah kemenangan contest dan giveaway ^_^


Cloth book ni Safiyyah punya...opah sedara dia bagi


1 lagi kiriman daripada mak saya...siapa tahu apa bendanya ni? :)


p/s: 2-3 hari ni dah mula rasa tak sedap perut. Dalam sehari, 2-3 kali mesti perut 'mengeras'. Sakit. Adik Safiyyah pulak makin kerap dan makin kuat gerakannya...rasa tak selesa dibuatnya. Mungkin dia dah rasa makin sempit agaknya duduk dalam perut, tu yang asyik stretching je tu. Sabar ye sayang...paling awal nak keluar pun masa dah cecah 37 minggu ye...

Sunday, January 30, 2011

Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming (last part!)

Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming
Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #2
Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #3
Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #4


..........sambungan.........


28 Disember 2010
Kami bertolak ke Denver International Airport lebih kurang jam 4.30 pagi dan sampai di sana pada jam 5.30 pagi. Dari Colorado Springs ke Denver makan masa sejam je. Sampai-sampai sana, tak nampak pulak kelibat abe Jie sekeluarga. Hampir pukul 6 pagi baru la jumpa dengan diorang. Abe Jie baru sampai masa tu pastu terus uruskan beg Tok Mek (check in)..


Sementara menunggu abe Jie check in


Dah masuk waktu Subuh, kami bergilir solat di 'masjid'. Nama je masjid tapi surau sebenarnya. Yup, kat Denver International Airport ada disediakan surau! Saya sendiri tak sangka (rujuk sini: Denver International Airport facilities). Sebelum tu duk cari port yang sesuai untuk solat (tempat yang orang tak lalu-lalang sangat). Suami saya tanya staf kat situ ada tak tempat yang sesuai untuk kami solat pastu staf tu tunjukkan arah ke Interfaith Chapel. Yang mula-mula saya nampak masa di Interfaith Chapel tu....perkataan Jewish and Christian (bilik sembahyang Yahudi dan Kristian).

Dalam hati saya masa tu..."Isy, boleh ke nak solat kat sini? Diorang (Yahudi/Kristian) tak marah ke?" Tengah bermonolog dalam hati sorang-sorang, terserempak pulak dengan abang Lan yang baru keluar dari bilik sebelah. Tengok-tengok...eh, ada surau! Sungguh saya tak perasan kewujudan Islamic Masjid tu. Surau tu diletakkan nama sebagai Islamic Masjid yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bilik sembahyang Yahudi/Kristian tu.

Sampai sekarang saya rasa macam tak percaya ada surau kat airport di US ni (sekurang-kurangnya ada di Denver International Airport). Kalau kat luar (selain airport) tak la pelik, ada je masjid/Islamic Center terutama di kawasan yang ramai komuniti Islam. Surau di airport membuatkan saya rasa kagum pulak. Dah la surau tu dibuka 24 jam. Kat Malaysia walaupun banyak surau dan masjid, kadang-kadang tak boleh nak masuk (berkunci!) gara-gara kecurian yang berleluasa :(. Suraunya tak la sama macam surau kat Malaysia yang diasingkan antara lelaki dan perempuan. Suraunya 1 je, pintu keluar-masuk pun pintu yang sama tapi ok la, selesa la sikit...tak payah le dah tercari-cari tempat untuk solat.

Usai solat dan urusan check in pun selesai, kami terus ke tingkat bawah...


Punya la ramai orang kat airport masa tu. Masing-masing balik/pergi bercuti agaknya. Wajah cucu-cucu Tok Mek sugul je...masing-masing sedih Tok Mek nak balik Malaysia


Tok Mek hilang dari pandangan mata, baru kami bersarapan. Kak Ria bawak keropok lekor dan jemput-jemput ^_^


Perut dah kenyang, kami pun beransur. Abe Jie sekeluarga balik ke Fort Collins, kami pulak ke Days Inn semula merehatkan diri seketika sebelum ke Royal Gorge. Dalam pukul 11 pagi baru kami bertolak ke Canon City di mana terletaknya Royal Gorge Bridge & Park.


Kami sampai sini lebih kurang jam 2.20 petang


Aerial tram ni yang kami naik dulu. Tu pun kena tunggu trip pukul 3. Seingatnya, pukul 3.30 trip yang terakhir. Sementara tu kami solat jamak dulu. Masa ni kami terpisah dengan adik-adik undergrad. Tram dah penuh, diorang kena naik trip seterusnya


Dalam tram. Disebabkan tak boleh nak bergambar (kamera habis bateri dan saya pulak tak bawak charger..huhu..), kami naik tram ni sekali lagi dengan adik-adik ni semata-mata nak bergambar..hihi. Mujur boleh masuk jugak :D


Dari tram, kami terus bergegas ke Incline Railway. Kami antara yang terakhir la naik Incline Railway...last trip dah tu. Rezeki kami la dapat merasa naik Incline Railway


Incline Railway. Masa ni ok lagi, tak terasa sejuk sangat tapi makin ke bawah...sejuknya sampai menyucuk tulang. Dah la tak pakai gloves...tahan je la. Safiyyah pulak dah mengamuk-ngamuk nak tidur


Pandangan dari atas dan bawah Incline Railway


Yay..dah sampai di bawah!


Aktiviti kami terakhir di Royal Gorge...menyeberangi jambatan!

Bergambar sebelum menyeberangi jambatan


Safiyyah dah lena!




Atas jambatan. Nak menyeberangi jambatan ni, boleh pilih sama ada nak naik kereta atau jalan kaki. Kalau naik kereta, had limit kelajuan 10 Mph. Kami jalan kaki je, rasa syok sikit kalau jalan kaki. Sambil-sambil tu boleh bergambar. Jalan atas jambatan ni pun sejuuuukkkkk sangat! Angin agak kuat juga la. Angin sejuk tu yang tak tahan tu



Inilah jambatannya. Panjangnya 1270 kaki (387 meter), dibina pada tahun 1929




Gambar terakhir. Dengan Fatin


Ada lagi aktiviti yang ada kat Royal Gorge ni tapi kesemuanya ditutup pukul 4 petang (winter tutup awal, pukul 4 dah nak gelap dah). Kami tak sempat la nak cuba semua aktiviti.


Lepas tu kami balik semula ke Days Inn. Dalam pukul 8 malam, keluar lagi cari makan. Saya tak ikut sekali, dah tak boleh nak jalan dah rasanya. Sakit sangat kaki. Safiyyah pulak tidur, nak kejut tak sampai hati. Kesian kat dia kurang tidur sepanjang trip ni. Suami saya dengan adik-adik undegrad je la pergi beli makanan. Saya pulak lepas solat jamak Maghrib-Isyak, 'pengsan' sama-sama dengan Safiyyah. Masa tu memang terasa letih ya amat (tengah bersuka ria tak ingat letih pulak :p)


29 Disember 2010
Lepas bersarapan dan check out, kami terus menuju ke Castle Rock. Lebih tepat lagi...kami ke Outlets at Castle Rock! Masa untuk shopping! ^_^

Dalam pukul 1.30 petang, kami bergerak pulak ke Fort Collins...ke rumah abe Jie lagi..hee. Abe Jie dengan kak Ria agaknya dah tak lalu tengok muka kami...balik-balik muka yang sama jugak yang diorang tengok..ehe. Abe Jie ajak makan kat rumah sebelum kami balik ke Lincoln. Bak kata orang...rezeki jangan ditolak :D

Lepas Maghrib pulak, kami ziarah jiran abe Jie (Asyrul/Yana) yang baru dapat baby girl yang comel ^_^. Baru 3 hari je pun umur baby tu. Kecik je baby tu...2.6 kg kalau tak silap saya. Tapi Safiyyah dulu lagi kecik, 2.41 je berat dia lepas lahir. Biarlah kecik-kecik...senang nak keluar :p. Harapnya adik Safiyyah ni pun tak besar mana...setakat 2.7 kg je dah ye sayang..tak payah la sampai 3 kg ye :p

Hampir pukul 8 malam, kami meneruskan perjalanan jauh...balik ke Lincoln! Alhamdulillah kami selamat sampai di Lincoln lebih kurang jam 6 pagi...


Terima kasih yang tak terhingga buat:
  • Abe Jie dan Kak Ria serta Tok Mek yang sudi menumpangkan kami di rumah dan terima kasih atas layanan 1st class buat kami semua. Terima kasih juga menjamu kami dengan makanan yang sedap-sedap. Harap-harapnya tak serik la jumpa dengan kami tukang perhabis beras abe Jie/kak Ria :p. Terima kasih juga sudi jemput kami ke kenduri. Tak sangka boleh makan kenduri kat US ni!
  • Isa dan Ku Ila yang juga sudi menumpangkan kami selama 2 malam di Laramie. Terima kasih menjamu kami dengan hidangan yang menyelerakan dan terima kasih bawak kami main ski!
  • Abang Man dan kak Lah yang sudi menerima dan melayan kami sebagai tetamu hampir lewat malam dan susah payah sediakan hidangan supper buat kami walaupun tengah sibuk packing dan bersiap untuk pergi bercuti
  • Bada dan Lida yang sudi mengajak kami singgah ke rumah dan menjamu kami minum petang
  • Abang Mat yang juga ajak kami ke rumah tapi maafkan kami sebab tak dapat nak duduk-duduk di rumah dan tak sempat nak berkenalan dengan isteri abang Mat
  • Brother Ali dan kak Tip yang sudi menjemput kami ke rumah dan menjamu kami dengan pelbagai jenis hidangan (kuih raya ada, pizza ada, pisang goreng ada, popia goreng pun ada!). Semuanya sedap kecuali pizza yang saya memang tak makan..ehe. Seronok dapat kenal dengan keluarga mertua kak Tip!

Oh, harapnya dapat la maafkan Safiyyah yang buat rumah kalian macam rumah sendiri...uhuhu. Maafkan juga segala kekhilafan dan salah silap kami semua. Budi baik kalian tak mampu kami nak balas. Moga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian seisi keluarga setiap detik dan ketika. Panjang umur, ada rezeki, insyaAllah kita ketemu lagi satu hari nanti...


p/s: sakan sangat berjalan masa trip ni, kaki saya bengkak dibuatnya. Mula-mula tak perasan juga tapi rasa pelik bila pakai kasut rasa ketat sangat padahal sebelum ni longgar sikit. Perhati kaki betul-betul, baru perasan kaki saya membesar (bengkak). Orang mengandung memang senang bengkak kaki kalau berdiri dan berjalan lama. Pengalaman pertama saya la bengkak kaki masa mengandung. 2-3 hari baru surut bengkak tu

p/p/s: credit all pictures to Irfan