Pages

Monday, June 1, 2009

Kempen-kempen berkaitan rokok

Ahad, 31 Mei 2009 adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia rupanya. Tak sedar pula saya kewujudan hari khas tu. Hanya baru tahu bila tengok front page Metro Ahad..


HARI INI HARI TERBAIK UNTUK KATAKAN

TAK
NAK
MEROKOK


31 Mei 2009 adalah
Hari Tanpa Tembakau Sedunia


Jadikan hari ini HARI BERHENTI anda.
Sertai seluruh dunia untuk katakan TAK NAK merokok.




Itu la antara ayat yang tertera di front page Metro Ahad baru ni. Page sebelahnya pula tertera kempen iklan Amaran Bergambar yang sekarang ni dipaparkan pada kotak-kotak rokok.


Antara gambar yang dipaparkan di kotak rokok





Hmm...sejauh mana agaknya ye keberkesanan kempen-kempen yang dah dibuat berkaitan dengan rokok? Yang terbaru iklan Amaran Bergambar tu la. Saya rasa macam tak beri apa-apa kesan pun pada perokok. Buktinya?? Adik saya sendiri la. Heh. Tapi tu la hakikatnya. Dia macam takde apa-apa perasaan pun tengok gambar-gambar tu. Dah 'berbuih' mulut mak saya suruh dia berhenti merokok tapi dia buat tak tahu je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Isy...geram juga saya. Dah la saya ni anti bau rokok! Ada idea tak macam mana nak buat adik saya berhenti merokok...?



p/s: kepada perokok-perokok budiman...tolong la jangan merokok kat tempat awam yang sesak dengan ramai orang terutamanya kat kedai-kedai makan ye...!



3 comments:

ukmstudio said...

Mana - mana yang merokok tu cuba lah pegi kat hospital kajang. Disana terdapat klinik untuk mendapatkan nasihat berkaitan berhenti merokok ni. Yang selanjutnye saya tak tau berkaitan klinik tu sebab saya gak tak pernah merokok pun...

Bidarul said...

Salam kak nadiah,

cerita pasal kempen rokok ni..baru2 ni saya ada ikut kawan tolong dia pi sampling.kami di temani oleh lab assistant dan driver(lelaki n perokok tegar).

Ada gak kawan saya mulakan topik rokok ni. NAk tau apa depa jawab..Hmmm..yg sorang tu kata "saya suka yang gambar kaki tu,yang lain saya tak suka.." Pelik..boleh pulak gambar2 tu dijadikan hiasan dan favourite pic dalam koleksi dia..So, lepas ni dia kata kalau nak beli sekotak rokok dia akan pilih yg ada gmbr kaki tu la..

Lagi satu,sebab dia tak terkesan dengan gmbr2 yg di pamerkan tu:"Anak saya tak jadi macam tu pun"..tu lg satu ayat yg nyakitkan hati..

Yg best skali la cara nak berhenti merokok tu kena ada willing yg kuat baru boleh berenti.kalau paksa pun tak jadi gak kalau hati dah keras dan hitam dgn tar rokok tu..

NaDiaH SiDeK said...

itu la...akk pun rs tak berkesan kempen2 tu. tgk adik akk sendiri la. huhu. isy...bila la dia nk berenti merokok nih