Pages

Tuesday, June 23, 2009

Hari ke-9 di Lincoln

Sekejap je dah 9 hari saya berada di perantauan dan hari ni juga hampir seminggu saya duduk di rumah sewa di Lincoln ni. Masih dalam penyesuaian diri. Banyak juga bezanya dengan tanahair saya, Malaysia. Saya perhatikan orang kat sini ramah-ramah belaka. Diorang tegur je macam kenal padahal baru pertama kali bersua muka. Kalau nampak baby lagi la. Terus terpa je.


"Is this your baby?"

"Is she or he?" (lain kali kalau nak keluar, kena pakaikan Safiyyah baju warna pink supaya orang tahu dia girl..hehe)

"Ooh..she's so sweet."


Dialog-dialog macam tu la kebiasaannya yang diterima bila diorang tengok Safiyyah. Glamour lak Safiyyah kat sini. *wink wink*. Tapi serius diorang memang macam suka sangat dengan baby. Malah kat sini keselamatan baby diutamakan. Kalau naik kereta, baby kena duduk dalam baby car seat. Tak boleh tidak. Saya tak tahu pun.


Hari tu masa nak keluar naik kereta Hafiz, Safiyyah menangis bila diletakkan dalam baby car seat tu. Belum biasa barangkali.


Saya pun kata la kat suami: "Tak payah la letak dia dalam car seat tu kalau dia tak nak."


"Heh, mana boleh. Undang-undang sini wajib letak baby dalam car seat. Dia tak nak pun nak buat macam mana, terpaksa juga la," balas suami saya.


"Oh! Camtu ke? Habis tu kalau dalam perjalanan, macam mana nak breastfeed anak?" balas saya kebingungan.


"Kalau nak menyusukan anak kena berhenti la kat mana-mana. Kat sini memang strict sikit pasal baby dan kanak-kanak. Wajib pakai car seat sampai diorang berumur 7 tahun. Kalau yang anak ramai tu, kena pakai van la jawabnya," Hafiz menerangkan pada saya dan suami.


Bukan setakat tu je. Car seat pun ada expired date! Sampai macam tu sekali. Mula-mula saya dapat tahu tu saya ingat tu gurauan je. Rupa-rupanya memang betul. Lucu lak rasanya. Safiyyah pun dah ada car seat sendiri walaupun papanya belum ada kereta lagi. Kena beli juga sebabnya kalau nak tumpang kereta sape-sape, guna car seat tu la.








Owh...sekarang ni saya guna handphone baru. Suami saya pun guna handphone baru. Tak aci betul! Dia dah ada 2 handphone baru sekarang ni tapi nak buat macam mana, memang kena beli juga. Sini takde jual sim card semata-mata. Sekali pakej dengan handphone tapi handphone kat sini entah berapa tahun ke belakang dari Malaysia entah. Kalau nak pakai handphone canggih-canggih, kena pakai bil la. Yang prepaid punya handphone jenis lama-lama je. Kalau nak mesej luar negara murah je 0.20 USD je tapi yang tak bestnya, kalau kita terima mesej/call pun, kita kena charge juga! Huhu. Ni la handphone baru saya, sebiji dengan handphone suami saya, model Samsung, 12 USD je harganya:




Kecil je sebenarnya handphone ni, dalam gambar nampak besar



Oh ye! Safiyyah dah pandai mengiring dah (baru pandai...??). Ye, memang lambat.


"Jangankan kata meniarap, mengiring pun tak lagi," itu jawapan saya bila orang bertanya Safiyyah dah meniarap ke belum.

"Entah-entah dia nak meniarap kat US kot," ini pula antara respon yang saya terima.


Tak tahu la kenapa dia lambat mengiring. Dulu ada la sekali dia cuba mengiring tapi sekali tu je la. Pastu tak nampak dah dia cuba mengiring. Agaknya betul la kot dia nak mengiring dan meniarap kat US. :p


3.30 pagi tadi tersedar dengar mulutnya riuh, tengok-tengok dia mengiring. Sejak dah pandai mengiring ni, asyik mengiring je dia. Suka betul dia mengiring. Lepas ni meniarap pulak ye sayang ye...






3 comments:

Pencari Kebenaran said...

seronok dengar cerita u all...kirim salam kat zaki...moga bahagia di sana (www.mahfuznajhan.blogspot.com)

pali said...

tido mengiring mengadap kiblat?? masyallah, this is a miracle~! mabruk2.

daud.montak.zakaria said...

Pelik gak dengan undang/masyarakat? USA ni, dalam masa mereka ambil berat nyawa kanak2, mereka juga seolah-olah tidak menghiraukan golongan berkenaan seperti di IRAQ dan AFGHANISTAN...