Pages

Sunday, June 21, 2009

Pergi tak kembali

Sebentar tadi saya terima berita yang mendukacitakan. Anak kepada kawan saya, Sakinah dan Ahmad Faizal yang saya kenal sewaktu kami bertiga menyertai Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (KPRS) di USM, telah kembali ke rahmatullah padahal baru je beberapa hari lepas saya dikhabarkan yang anak mereka ditahan di ICU. Tapi itulah rencana Allah. Allah yang menghidupkan, Dia juga yang mematikan.


Arwah (Ahmad Hanaffi Sidqi) baru je dilahirkan minggu lepas tapi terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebab tak menangis sebaik dilahirkan dan diberi bantuan pernafasan. Tapi takdir telah tertulis, nyawanya tak panjang. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak mereka.


Khabar yang saya terima mengingatkan saya bahawa apa yang saya punyai di dunia ni hanya pinjaman daripada Allah semata-mata. Jika Dia berkehendak mengambil kembali apa yang saya miliki kini, bila-bila masa je..sebab itu semua hakNya..


Mudah-mudahan Faizal dan Sakinah serta seisi keluarga diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian 'kehilangan' ni. Al-Fatihah..


1 comments:

Cool said...

Allah dah tetapkan rezeki masa dia bersama anaknya sependek itu. Tapi insyllah akhirat esok bertemu kembali. Sampaikan salam takziah ye pada kawan tuh.