Pages

Saturday, June 27, 2009

Pertama kali

Dulu saya tak pernah terfikir pun saya akan merantau sejauh ini. Lebih-lebih lagi ke US ni. Dengan bencana alam yang banyaknya (taufan, ribut, puting beliung...), dengan sikap anti Islamnya (terrorist..? huh), dengan krisis dan tekanan ke atas negara-negara Islamnya (terutama zaman Bush dulu) dan banyak lagi la sebab musabab yang menjadikan US tidak diletakkan sebagai destinasi pilihan saya. Namun, Allah mentakdirkan saya sekeluarga ke US ni. Saya tak tahu apakah hikmahnya saya berada di sini tapi saya sangat yakin pasti ada hikmah yang terselindung.


Pertama kali menjejak kaki ke US (sejak dalam pesawat lagi sebenarnya), perasaan gusar saya terhakis sedikit demi sedikit. Keramahan warganya yang menegur kami sekeluarga tanpa mempedulikan penampilan saya, sikap mengambil berat dan kerisauan yang turut bertandang di wajah mereka tatkala Safiyyah menangis tak henti-henti dalam pesawat..sedikit sebanyak merubah persepsi saya tentang sikap anti Islam mereka. Memang tidak wajar dan tidak adil saya menilai mereka dengan pandangan negatif hanya kerana setitik nila! (boleh ke setitik nila merosakkan susu sebelanga..?)


Sepanjang perjalanan dari airport Lincoln ke rumah Hafiz-Izza...saya memerhati sekeliling. Damai dirasakan. Pohon-pohon menghijau kiri dan kanan jalan, tiada bangunan pencakar langit, tiada kesesakan lalu lintas...memang sangat jauh bezanya dengan KL! Ala-ala kampung gitu. Saya sukakan suasana begini. Syukur ke hadratNya kerana menghantar kami ke kawasan seumpama ini di US.







Gambar atas tu view depan rumah sewa saya di Lincoln ni. Buka window blind je rasa sejuk mata memandang. Satu pagi hari tu angin kencang sangat, langit pun kelam je. Takut saya dibuatnya. Dalam hati tak putus-putus berdoa jangan la ribut jadi kat sini. Mujur tak lama lepas tu langit cerah kembali, angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa je. Alhamdulillah.



Tapi kata Hafiz kat sini tak pernah lagi ribut datang menjengah. Katanya lagi, di hujung musim Spring nak masuk Summer (masa sekarang ni la), cuaca memang tak elok. Masa tu la ribut taufan berlaku. Alhamdulillah sini tak terkena tempiasnya. Mudah-mudahan pasni juga kawasan ni terselamat daripada bencana alam..



Safiyyah ambil angin kat laman depan rumah


3 comments:

Anasfadilah said...

memang sejuk mata memandang kalau buka tingkap nampak pokok2 serta rumput menghijau..memang cantik

:)

p/s::teringin duk uk ke us pasal byk kedai kain yang best2..boleh gitu :)

Nadiah Sidek said...

addicted to fabrics eh..hehe..

Unknown said...

cantiknya kawasan laman... hijau jer..