Pages

Friday, June 19, 2009

Perjalanan jauh yang meletihkan

Alhamdulillah, hari ni hari ke-5 kami bertiga berada di Lincoln, Nebraska. Setelah 4 hari menumpang di rumah Hafiz dan Izza, akhirnya kami berpindah ke rumah sewa yang berdekatan dengan rumah mereka. Baru je pindah malam tadi. Kesian Hafiz dan Izza terpaksa melayan dan menguruskan beberapa (banyak sebenarnya) perkara untuk kami.



Rumah sewa kami...di tingkat atas

Hari ni baru terasa segar sikit. 4 hari sebelum ni terasa letih sangat padahal bukannya buat apa pun. Jet lag barangkali. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan waktu. Oh ye, kat sini lewat 13 jam dari Malaysia. Kalau kat sini jam 4.30 petang hari Jumaat, di Malaysia 5.30 pagi hari Sabtu. Perubahan musim belum terasa lagi memandangkan kami tiba di sini musim summer. Tak jauh bezanya dengan cuaca di Malaysia sekarang ni. Cumanya, kat sini kalau panas, memang panas sangat.


Kami berangkat ke New York 14 Jun lepas dari KLIA menaiki pesawat MAS. Penerbangan kami dijadualkan pada jam 11.59 pm tapi pesawat delay selama 45 minit. Entah kenapa tak pasti pula saya. Pesawat transit sebentar di Stockholm sebelum meneruskan penerbangan ke New York.


Transit di Stockholm


Perjalanan yang memakan masa hampir 22 jam ke New York amat meletihkan. Mujur la Safiyyah banyak tidur sepanjang perjalanan ke New York. Macam best je tengok dia tidur dalam cot...







Kami check in di New York lebih kurang jam 12.30 tengahari (waktu tempatan). Sempat merehatkan diri seketika di airport New York (Newark) sebelum ke departure hall. Dari New York, kami menaiki pesawat United ke Chicago. Penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 2 petang waktu tempatan terpaksa delay hampir 2 jam memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan. Aduh..letih menunggu dalam pesawat! Masa ni la Safiyyah mula meragam. Jenuh pujuk tapi tak berhasil pun mententeramkannya. Saya dan suami masa tu bimbang kalau-kalau penumpang-penumpang lain rasa marah atau terganggu dengan tangisan Safiyyah tapi sangkaan kami meleset sama sekali. Penumpang-penumpang sekeliling kami turut bimbang tengok Safiyyah. Akhirnya, Safiyyah tertidur setelah keletihan menangis hampir 40 minit...


Dari Chicago, kami bertukar pesawat pula untuk ke Lincoln. Gara-gara pesawat delay di Chicago, kami terlepas pesawat. Mujur ada seat kosong bagi penerbangan berikutnya ke Lincoln. Alhamdulillah, sampai juga kami di Lincoln pada hari Isnin jam 8 malam (waktu tempatan). Kalau ikut waktu Malaysia, masa kami sampai tu hari Selasa jam 9 pagi. Aduhai...perjalanan jauh ni benar-benar meletihkan!



8 comments:

daud.montak.zakaria said...

Selamat menemani suami menimba ilmu...Semoga ramai lagi manusia Melayu Islam, rajin menimba ilmu seperti sebegini.....

~mIsS_p00h~ said...

salam nadiah,

akhirnya... berangkat jg & slmt sampai! Alhamdulillah... xsmpt pn nk msg b4 fly aritu sbb bz dgn weding kawen! :D

b4 terlupe, igt oya lg x? rabiatul awaliah? die nk kawen 28/6 ni. kte br je dpt kad lastwik. jauh dah la kan d0k kt NY sn! ehehe...

sm0ga nadiah & family brd dlm plindunganNya selalu, InsyaAllah~ :)

husna said...

wah kak nadiah dah sampai...
tak sabaq nk bc cerita kak nadiah di sana lak..
ceria sll!!

pali said...

ya, 1 hari berbeza. Huhuhu, memang membosankan. Saya mai sorang macam tu juga. Terpaksalah berpura2 rilek berlakon mundar mandir. Kalut dengan waktu solat (kebanyakan solat dilakukan dalam kapal terbang, jama qasar belaka).

Uih, memang tak mudah. Terutama kali pertama menjejak di tempat orang.

Ambik masa sesuaikan diri, banyak2kan pergi ronda2 town, nanti tak la rasa dunia ni sempit sangat.

US= bukan kayangan. huhuhu.

daud.montak.zakaria said...

Apa yang saudara maksudkan dengan bukan kayangan tu pali?. Nak jugak den tau, maklumlah den mane ada pengalaman gi luar negara ni...

Cantiknyapurple said...

Salam...Nadiah sidek...
Macam pernah kudengar di Friendster's friend list...Nisa' kan? =) Jauhnya awak....

Humayrah Hayati said...

wauuu..jauhnyer nadiah terbang..selamat mnyesuaikan diri kat sana..

Pencari Kebenaran said...

Tahniah...wahai nadiah...moga kalian bahagia...kalau senang-senang bertandanglah ke blog ana...www.mahfuznajhan.blogspot