Pages

Sunday, November 29, 2009

Jamuan Aidiladha 1430H

Selesai sudah acara makan-makan sempena Aidiladha malam tadi. Fuh, lega rasanya penat. Hari sebelum tu (Jumaat) makan di rumah Hafiz/Izza. Seharian tu saya tak masak...memang takde juadah apa pun di pagi raya...suami saya balik dari masjid pagi tu terus serbu rumah Hafiz/Izza..hehe. Ye la, kalau masak bukannya ada orang yang nak makan sebab turn kami buat jamuan raya, hari Sabtu malam kenyit.

Menu utama di rumah Hafiz/Izza: nasi kerabu. Menu sampingan (yang ni khas untuk sape-sape yang tak makan nasi kerabu macam saya sengihnampakgigi): nasi impit dan ayam percik. Mujur ada menu sampingan tu...kalau tak jawabnya, tengok je la orang lain makan senyumkenyit.

Hidangan di rumah Hafiz/Izza


Tapi sekejap je la saya di rumah Hafiz/Izza sebab Safiyyah meragam+lapar+mengantuk. Lepas makan terus balik rumah, suami saya je duk lepak di rumah diorang sampai tengahari. Oh, kali ni kami bernasib baik juga sebab Aidiladha jatuh pada cuti Thanksgiving...dapat la kami beraya peace.

Malam tadi lepas Maghrib turn makan-makan di rumah kami pulak. Tetamu yang hadir:
  • Malaysian: Muzammil, Suhaizi, Syafiq, Hafiz/Izza/Iman, Bon/Roz/2-orang-anak-bujang-tak-ingat-nama
  • Pakistani: Waseem, Ali, Irfan
  • Brazilian: Antonio/Silvana/Mariana

Sebelah kanan suami saya: Syafiq, sebelah kiri: Brazilian family


Dari kanan: Muzammil, Waseem, Ali, Suhaizi, Hafiz, Irfan


Bon sekeluarga


Ibu-ibu dan anak-anak love



Menu utama: Sate goreng, nasi impit, kuah kacang

Menu ihsan: Lasagna (cooked and brought by Muzammil)

Dessert: New York cheesecake, puding roti


Juadah utama dan juadah ihsan kenyit


Desserts
Credit to Muna for bread pudding recipe and credit to Husna sebab bagi inspirasi untuk buat puding roti tu as a dessert
love. Lain daripada puding roti biasa...guna biskut!


Makan masa 3 hari juga la nak sediakan semua hidangan tu. Hari Khamis duk uruskan 3 kg ayam...daripada duk mencuci sampai la perap ayam tu. Pastu simpan dalam freezer. Jumaat malam lak masak nasi impit dan buat cheesecake berserta strawberry topping. Sabtu pagi masak kuah kacang, tengahari buat puding roti, dalam kul 2.30 start goreng sate. Many thanks to hubby sebab tolong cucuk ayam kat lidi dan goreng sate. Lain kali tolong lagi ye! senyumkenyit

Kalau ikut saya, sate tu takyah berlidi...campak aje dalam kuali banyak-banyak...senang kerja! Tapi disebabkan suami yang nak sangat berlidi sate tu...dia la yang buatnya...tu pun tak sampai seratus cucuk pun sebab dia dah tak terlarat buat semua jelir. Makan masa la sikit nak goreng sate yang berlidi sebab kena goreng sikit-sikit dalam periuk kecik supaya lidinya tak tenggelam dalam minyak. Goreng-menggoreng ni pun suami yang buat...saya duk buat benda lain...tu pun asyik ditanya je "Kalau macam ni ayam ni dah masak ke?" ihikhik

Hopefully everyone satisfied and enjoyed the foods. Sebelum tu duk risau je takut makanan tak cukup sampai tak lena tidur dibuatnya! Dah le tak reti sangat masak dalam kuantiti banyak. Faham-faham je la...keluarga kecik je...masak pun sikit je la. Duk di perantauan ni la baru belajar masak banyak-banyak. Mujur juga la Muzammil bawak lasagna. At least, tertampung gak la perut tetamu yang datang malam tu...senyum

Monday, November 23, 2009

Yang ke-30

Alhamdulillah...telah lahir cucu yang ke-30 (campur sekali yang dah meninggal sorang) bagi pasangan Encik Wan Mamat dan Puan Limah pada jam 2.20 (waktu Malaysia) tadi senyumkenyit. Dapat la Safiyyah sepupu yang sebaya dengan dia...sama-sama girl lak tu...boleh jadi geng la nanti ni kenyit. Baru je tadi suami saya terima khabar gembira tu. Duk tunggu-tunggu je bila kak Yah nak bersalin (orang lain yang nak bersalin...kita lak yang duk terlebih excited jelir) sebabnya dah overdue. Setiap kali suami call kak Yah...eh..tak bersalin lagi. Call lagi 2-3 hari lepas tu...belum jugak baby dalam perut tu nak keluar!

Akhirnya tadi keluar juga si kecik tu ke dunia tepuktangan! Alhamdulillah, untuk anak ke-4 ni kak Yah bersalin normal...berat baby 3.8 kg. Beza sungguh dengan Safiyyah. Safiyyah lahir dulu beratnya 2.41 kg je senyum.

Gambar tahun lepas. Kak Yah dengan anak-anak


Keluarga belah suami saya memang besar. Saya sendiri terkejut masa baru-baru kahwin dulu hah. Memang tak sangka akan kahwin dengan seorang lelaki yang ramai adik-beradik dan ramai anak-anak buah. Masa awal-awal kahwin dulu selalu risau je...duk fikir boleh ke adapt...al-maklum la, keluarga saya kecik je...saya 2 beradik je pun. Anak buah pun takde (kena tunggu adik saya kahwin dulu la baru boleh dapat anak buah sendiri...buat masa ni tumpang anak buah suami je la sengihnampakgigi).

Sebahagian daripada anak-anak buah suami. Gambar lama ni...tahun 2007 (curi dari koleksi album suami jelir)


Jadinya, saya memang dah terbiasa dengan environment yang takde hiruk-pikuk...takde yang menjerit melolong...takde yang berlari ke depan ke belakang rumah (lumrah le sifat budak-budak gitu bila dah jumpa geng...bergembira sakan la menari). Just imagine...daripada suasana yang sunyi sepi kepada suasana yang riuh rendah...hoho...sakit kepala juga la jadinya!

Sekarang ni pun saya masih dalam proses penyesuaian diri. Oh, suami saya pun (tengah belajar beradaptasi dengan suasana sunyi sepi..ehe..). Tapi memang bersyukur sangat sebab keluarga belah suami terima saya dengan hati yang terbuka. Hubungan kekeluargaan diorang memang sangat rapat sampaikan saya tak dapat bezakan yang mana satu adik-beradik kandung suami saya dengan ipar duai (masa baru kahwin dulu la...kalau sekarang ni masih tak kenal...memang nak kena piat telinga la tu jelir). Serius...dulu saya tak tahu mana satu kakak kandung, mana satu kakak ipar suami saya...sebab diorang rapat sangat...udah le muka lebih kurang sama je senyumkenyit. Dan tak nampak juga hubungan mak mertua dengan menantu sebab masing-masing treat mak mertua macam mak sendiri, begitu juga sebaliknya. Mudah-mudahan hubungan rapat tu berkekalan sampai akhir hayat...ameen..

Wednesday, November 18, 2009

Safiyyah's first steps

Seminggu lepas Safiyyah mula beranikan diri berdiri without any support. Tapi sekejap-sekejap je la. Tak sempat pun nak snap gambar. Malam tadi waktu dia tengah berdiri, tiba-tiba dia lepaskan tangan dia; lebih lama daripada hari-hari sebelum ni. Akhirnya...sempat juga snap gambar dia sebagai kenang-kenangan... senyum



Masa dia tengah berdiri tu, saje je kami duk jauh sikit daripada Safiyyah...kot-kot la dia mahu melangkah walau setapak cuma. Akhirnya melangkah juga dia...bukan setakat selangkah, tapi dua langkah! Hehe...ummi dan papanya pulak yang terlebih excited sengihnampakgigi. Tak sangka pulak dia mahu melangkah. Lepas tu suruh dia buat lagi tapi dia tak nak dah. Malas nak melayan karenah ummi dan papanya kot..ehe..

video

Tuesday, November 17, 2009

Gugur

Lately ni ramai sungguh kawan-kawan saya yang pregnant termasuklah teman-teman blogger. Macam musim mengandung pulak senyum. Saya pun turut rasa gembira dengan berita tu. Semua yang kahwin, semuanya nak anak, kan? Ada ke yang kahwin tapi tak nak anak...? Yang tu tak tahu la saya. Yang dah ada anak pun mesti nak menambah anak, kan? Tapi tak semua yang bernasib baik...mungkin belum ada rezeki. Ada yang dah kahwin bertahun-tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata dan ada pula yang keguguran.

Hari tu saya terbaca blog Dayah...dia cerita pasal kawan dia yang keguguran di usia kandungan mencecah 6 bulan. Walaupun saya tak kenal, tapi perasaan sedih tu tetap ada. Bayangkanlah...masa tu dah boleh rasa dah pergerakan baby dalam rahim. Waktu tu hanya Allah yang tahu betapa indahnya perasaan bila dapat rasa baby bergerak...tiba-tiba keguguran...mesti rasa sedih sangat...

Dan semalam, saya terima 1 lagi berita sedih tu. 'Adik' saya keguguran di usia kandungannya 10 minggu (2 bulan lebih). Memang terkejut sangat. Saya tak tahu pun dia mengandung, tiba-tiba dia khabarkan pada saya yang dia keguguran. Rupanya masa dia tahu dia pregnant, dia ada mesej saya, bagitau yang dia pregnant. Saya rasa dia mesej tu masa handphone saya tak bercaj lama...ada dalam 2 minggu kot sebab jarang sangat dapat call dan mesej, saya pun jadi malas nak caj bateri handphone tu. Patut le saya tak dapat mesejnya tu!

15 November lepas saya mesej dia, wish birthday dia tapi dia tak balas pun. Saya expect dia takde kredit sebab selalu kalau saya mesej dia, dia akan balas. Tup..tup..esoknya baru saya dapat mesej dari dia. Dia kata semalam (15hb tu) dia celebrate birthday dia kat hospital...dia keguguran rupanya. Patut la dia tak balas mesej saya! Sedih sangat bila dapat berita tu. Saya tahu, dia memang nak sangat anak tapi dah bukan rezeki dia...

Katanya, pagi Ahad tu dia sakit perut dan keluar darah beku. Pastu dia gi hospital. Sampai-sampai sana, keluar semua sekali dengan uri. Doktor bagitau dah gugur...missed abortion. Ya Allah, tak dapat saya bayangkan situasi tu sedih.

Types of abortion
[
source]


Mudah-mudahan 'adik' saya dan suaminya tabah hadapi ujian dan mudah-mudahan juga cepat dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...

Monday, November 16, 2009

Masa kecik dulu...

Kadang-kadang bila saya tengok Safiyyah, saya terfikir macam mana la agaknya masa saya kecik-kecik dulu. Saya suka perhati telatah Safiyyah. Memang boleh jadi leka tengok dia. Boleh tak jadi kerja duk tengok dia. Dia dengan dunia dia...explore segala benda yang ada kat rumah ni. Memunggah pandai dah, koyak-koyak kertas pandai dah, sekarang ni dah pandai lak nak bermanja! Pantang kalau ummi atau papanya ni baring/duduk di lantai...mesti dia datang dan baring bersandar pada kami. Macam budak besar dah gayanya. Hati tengah mendidih masa tu pun boleh jadi sejuk serta-merta senyum.

Ni la antara kerja Safiyyah setiap hari kenyit


Dulu mak saya rajin juga cerita pasal saya masa saya kecik-kecik dulu. Kata mak, saya ni senang nak dibela. Bukan jenis meragam. Senang sungguh la mak saya kata nak buat kerja. Time mak buat kerja, saya main sorang-sorang. Adik saya pun macam tu jugak tapi bila dia dah besar sikit, dalam umurnya 3 bulan gitu kot...dia cerdik...dia nak orang duk sebelah dia dan nak dengar suara orang kalau dia berjaga. Masa tu memang payah sikit la mak nak buat kerja pastu mak dapat idea pasang radio time mak nak buat kerja. Menjadi trick mak! Hehe...adik saya perasan macam ada orang duk sebelah dia padahal DJ radio je yang duk mengomel! sengihnampakgigi

Jangan tak tau, masa saya kecik-kecik dulu, saya jadi 'loceng' rumah. Dengar aje bunyi pagar dibuka, terus menjerit melolong! Mak selalu kata...

"Senang mak dulu, tak payah buat loceng rumah, dah ada loceng dah dalam rumah ni." sengihnampakgigi

Kalau mak ayah dengar saya terpekik terlolong tiba-tiba, diorang tau la ada orang datang rumah. Penakut sungguh saya ni, kan? Padahal orang tu kat pagar sana nun...tak masuk rumah pun lagi jelir.

Kata mak, "Macam la ada orang nak ambil dia..."

Jawab saya lak, "Ye la...orang (kata ganti diri saya) kan comel masa kecik-kecik dulu, takut la ada orang nak culik ke apa..." Hahaha...perasan sungguh! jelir

"A'ah...ye sangat la tu. Perasan!" Balas mak saya. sengihnampakgigi

Bila saya besar sikit (umur berapa tahun entah masa tu)...saya duk main minyak rambut baby. Habis 1 botol tu saya tuang atas kepala! ihikhik Tak tau la mak saya marah ke tak masa tu. Mak sedara saya la yang duk cerita pasal kenakalan saya ni. Katanya, dia suka tengok 1 gambar saya masa kecik dulu, duk belakang pintu, rambut 'basah lencun' dengan minyak senyumkenyit.

Dulu saya lambat berjalan...umur setahun lebih (setahun sebulan ke setahun 2 bulan macam tu la) baru jalan. Saya takut nak berjalan kalau tak dipimpin! Kalau dipimpin ok je. Mak saya kata sebenarnya dah boleh dah tu berjalan sendiri tapi saya ni penakut sangat! Takut jatuh kot...tu yang lambat tu berjalan. Jangan menurun kat Safiyyah sudah la jelir.

Oh, lagi 1 yang mak ayah saya rajin duk ulang cerita...masa tu saya baru pandai bercakap dan mula nak kenal benda-benda keliling saya. Ada 1 hari tu kami keluar...gi mana entah...pastu saya ternampak kambing...saya tanya mak apa dia tu...mak sebut la kambing. Saya pulak masa tu antara dengar tak dengar kot apa yang mak sebut...dengan yakinnya saya sebut...

"Kambi!" gelakguling

Mak saya duk ulang banyak-banyak kali kambing pun saya masih sebut kambi. Susah kot nak sebut 'ng' tu. Pastu bila nampak lembu pun saya panggil tu kambi jelir! Sampai saya dah ada anak ni pun, mak ayah saya duk gelakkan saya bila teringat pasal tu malu. Kalau kitorang keluar rumah, dan terserempak dengan kambing, sambil tergelak-gelak, mesti mak ayah saya cakap,

"Ha..tu ha..Nadiah punya kambi.." sengihnampakgigi


p/s: korang masa kecik macam mana pulak? fikir