Pages

Tuesday, December 29, 2009

Safiyyah si puteri salju

Ni cerita Jumaat lepas (nak jadi pekasam dah pun cerita ni! sengihnampakgigi). Petang yang sepatutnya kami ke rumah Dr. Ellis, bertukar ke aktiviti lepak-lepak di rumah memandangkan ribut salji yang masih belum reda. Duk tengok kat luar, salji penuh di koridor kami (apartment kami di tingkat atas). Kalau pintu dibiar terbuka, alamatnya dalam rumah pun dimasuki salji! Mana taknya, ribut salji 3 hari berturut-turut tanpa henti.

Tiba-tiba je suami saya kata nak bawak Safiyyah keluar main salji - kat koridor depan rumah je pun jelir! Nak main kat bawah tak boleh sebab masa tu salji tengah lebat turun. Lepas siap-siap, suami saya bawa la Safiyyah keluar. Suami saya nak bawak keluar pun sekejap je. Sekali Safiyyah tak nak masuk rumah pulak! Melalak-lalak dia bila papanya bawak dia masuk ke rumah. Nak tak nak, bawak la dia keluar balik. Lepas tu baru saya join diorang. Sebelum tu dah nak terlena ngantuk..tu yang malas nak keluar tu. Memang sejuk sungguh waktu tu sebab angin agak kencang. Sebelum ni takde pun terasa sesejuk macam tu.

Di koridor yang dilitupi salji


Tak lama pastu bawak juga la Safiyyah masuk rumah secara paksarela. Risau dia tak tahan sejuk. Padahal ummi dan papanya yang dah rasa macam nak beku jelir. Mengamuk-ngamuk la si kenit tu bila masuk dalam rumah. Duk pujuk-pujuk, tak mau jugak dia. Last-last papanya ambil semangkuk penuh salji dan bagi dia main kat dapur. Dapat salji tu terus dia senyap! Isy, sabar je la..

Dapat semangkuk salji ni terus diam kenyit


Habis diterbalikkan mangkuk tu


p/s: Nak pinjam tangan Safiyyah la kalau nak main salji senyumkenyit

Monday, December 28, 2009

Hal-hal kenduri

Semalam saya bersembang dengan mak saya guna Skype. Biasa la, kalau dah bercakap tu..lepas 1 topik, 1 topik lain pulak sampai la ke topik kenduri kahwin. Hujung-hujung tahun camni kan memang banyak kenduri kahwin. Anak sepupu saya ada la sorang kahwin baru ni. Yang lain-lain tu semua anak kawan-kawan ayah dan mak saya. Kawan-kawan saya pun ramai mendirikan masjid hujung tahun ni. Alhamdulillah, selamat dah semuanya...

Tapi, saya paling kesian dengan kenduri anak kawan ayah saya. Semua yang gi kenduri dia, sorang pun tak dapat makan. Rupa-rupanya, caterer tak hantar makanan yang dah ditempah! Mula-mula ingatkan caterer tu lambat hantar, sekali sampai ke sudah tak dihantarnya! Menangis-nangis mak pengantin sebab malu dengan semua tetamu yang hadir. Memang kesian sangat. Tak tau la apasal caterer tak hantar makanan. Mungkin terlupa. Mungkin juga yang mengambil tempahan tak mencatit tempahan tu. Tapi kedua-duanya tetap menunjukkan ketidak-profesionalan pihak caterer. Tak pasal-pasal keluarga pengantin yang kena menanggung malu sedih.

Mak saya cadangkan kat mak pengantin supaya saman aje caterer tu. Ramai juga mencadangkan benda yang sama. Kesudahannya tak tahu la macam mana. Tak pasti sama ada diorang saman caterer tu atau tidak. Tapi kalau saya, memang saya saman dah. Biar jadi pengajaran pada mereka. Kalau didiamkan aje, tak mustahil perkara yang sama boleh berulang lagi pada orang lain..

Kenduri 1 lagi lak, hampir separuh tetamu tak dapat makan sebab pihak keluarga tempah makanan ikut jumlah kad. Kad yang ditempah = 500 keping. Makanan pun ditempah cukup-cukup untuk 500 kepala. Menangis juga mak pengantin, malu dengan tetamu yang hadir. Mungkin itu kenduri pertama dalam keluarga tu agaknya. Agaknya masa nak tempah makanan tu masing-masing tak terfikir ada kad yang mewakili 2 orang (sekurang-kurangnya) untuk suami isteri. Kalau yang ada anak-anak pulak, mesti bawa anak-anak sekali. Paling tidak pun makanan kena tempah sekali ganda daripada jumlah kad. Tapi memang kesian la. Kalau saya di tempat mak pengantin pun, mesti saya rasa malu. Apa pun, perkara ni jadi pengajaran buat kita semua. Esok-esok kalau ada yang nak buat majlis (tak kira la majlis apa pun)...kena pastikan makanan yang ditempah perlu lebih daripada tetamu yang nak dijemput.

Teringat kata-kata ayah, "Biarlah tempah/masak makanan lebih sikit, jangan sampai ada yang tak dapat makan sudah."

Yang sepupu saya (saya panggil Angah) pulak, lain pulak ceritanya. Angah insyaAllah akan bertunang minggu depan (9 Januari kalau tak silap) dengan orang Sabah. Sebelum ni rancang bertunang bulan ni tapi ditangguh sebab time ni cuti sekolah, tiket flight mahal. Maklum la, sedara-mara terdekat pun nak ikut sekali...jadinya kena la cari tiket yang murah. Bincang punya bincang, kedua-kedua buah keluarga setuju la diadakan majlis pertunangan bulan 1.

Pastu timbul masalah lak bila bincang tarikh kahwin. Mak Long (mak sedara saya = mak Angah) nak buat majlis kahwin dalam bulan 6 tahun depan tapi keluarga perempuan tak setuju pulak. Kata diorang, tak boleh buat bulan 6 sebab itu putus tahun (soal). Tak faham saya apa yang dimaksudkan putus tahun tu. Tanya mak, mak saya pun tak tahu. Mak Long saya pun tak tahu, tak teringat agaknya dia nak tanya. Kalau ikut logik akal saya, itu takde la dikira putus tahun sebab dibuat dalam tahun yang sama. Ke..macam mana? garupale

Kata mak, keluarga perempuan tu memang masih mengamalkan adat-adat lama yang menyusahkan. Perkahwinan dalam Islam ni mudah je tapi diberatkan (disusahkan) dengan adat-adat yang entah apa-apa. Last-last Mak Long bagi kata dua kat keluarga perempuan tu...kalau tak setuju, tak jadi la dia nak gi pinang dan diorang kena bayar balik semua harga tiket flight yang dah dibeli. Mengugut orang pulak Mak Long saya ni ihikhik. Disebabkan bakal tunang Angah tu nak Angah jugak, akhirnya mengalah juga la keluarga perempuan tu...setuju juga la dibuat majlis kahwin bulan 6 tahun depan senyum. Mudah-mudahan dipermudahkan la segala urusan Angah nanti..

Saturday, December 26, 2009

Kehidupan di rantauan

Semalam suami saya tak dapat ke masjid solat Jumaat sebab ribut salji tak henti-henti sejak Rabu lepas. Jadinya, solat Zohor di rumah je la. Memang kami takleh nak ke mana-mana langsung. Plan nak ke rumah Dr. Ellis (salah seorang lecturer UNL) petang semalam pun terpaksa dibatalkan. Salji semakin menebal, jalan pulak licin. Hari ni baru la ribut salji berhenti. Winter ni memang takleh nak dijangka bila ribut salji akan berlaku. Kalau cuaca elok, harus ke kedai beli stok makanan sebanyak-banyaknya sampai penuh peti sejuk kenyit.

Duk di negara non-Muslim ni jauh bezanya dengan Malaysia mahupun negara-negara Muslim yang lain. Sini mana la ada surau dan masjid merata-rata tempat. Kalau jalan-jalan, mesti takleh lama-lama. Balik sebab nak tunaikan solat. Dah balik rumah, tak rajin la pulak nak keluar semula. Suami saya kalau dia keluar sorang-sorang atau dengan kawan-kawan dia, diorang solat kat kaki lima kedai je (semuanya kaki shopping...kalau keluar tu memang berjam-jam..kalah orang perempuan! jelir). Takpun kat fitting room. Bawak la baju ke fitting room konon-konon nak try pakai, padahal sebenarnya nak solat kat situ sengihnampakgigi.

Kat mana-mana pun boleh solat. Tiada masjid/surau bukan alasan untuk meninggalkannya


Saya lak malas nak solat kat luar. Pertamanya, segan nak solat depan khalayak ramai, lagipun memang tak berapa molek pun dan yang keduanya, sebelum solat mesti nak ke restroom (sebut restroom sedap sikit daripada toilet jelir) dulu. Kat sini mana la ada paip air dalam setiap 'bilik kecik' tu. Huhu..tak best langsung! Tu yang cepat-cepat aje balik dan solat kat rumah je.

Sepanjang semester lepas, suami saya hanya ada kelas hari Selasa dan Khamis je tapi jadual packed dari pagi sampai ke petang. Tengahari ada la senggang masa sekejap tapi tak berbaloi nak balik ke rumah sebabnya kelas di City Campus, bukan di East Campus ni (tapi ada la beberapa kelas di East Campus). Kalau jalan kaki, memang jauh la. Biasanya suami saya naik bas je. Nak drive, parking space untuk students tak banyak (selalunya parking memang penuh) dan parking kena bayar hatta dalam kampus sekalipun! Agak mahal juga la bayaran parking (5 sen untuk 3 minit) dan paling lama boleh parking, 2 jam je! Tu yang suami saya naik bas aje ke kelas. Dan dah jadi rutin setiap Selasa dan Khamis saya siapkan bekal untuk suami saya. Masak yang simple aje pun. Sini mana la boleh nak makan kat kafe atau kedai-kedai makan. Restoran Arab ada la tapi tak kena selera pulak.

Minggu-minggu pertama start kelas, tak tertanya pulak pada suami saya dia solat di mana, dah beberapa minggu berlalu baru saya tanya suami saya.

"Abang solat kat dalam kelas yang kosong. Alas dengan kain bersih je..." jawab suami saya bila ditanya.

Ye tak ye jugak. Tak terfikir lak saya boleh solat dalam kelas kosong. Saya duk bayangkan, suami saya solat di koridor dengan orang ramai yang lalu-lalang duk perhati je jelir.

Sebelum sampai di US ni, antara perkara yang saya duk runsingkan pasal makanan la. 'Isy...nanti kat sana nak makan apa?' 'Ada ke dijual bahan-bahan mentah dan bahan-bahan masakan yang halal?' Persoalan-persoalan macam tu kerap bersawang dalam minda saya. Bila ditanya suami, mudah aje suami saya jawab..

"Jangan risau la pasal makanan...abang dah tanya dah kawan abang yang pernah belajar kat US dulu.."

Memang tak puas hati langsung dengan jawapan suami saya tu. Jawapan yang bukan berupa jawapan adus. Bila dah sampai sini, baru la suami saya bagitau pasal kosher food. Boleh refer di sini dan di sini. Alhamdulillah, banyak juga kosher foods & products kat sini. Pasal makanan memang takde masalah kat sini. Ayam dan daging lak beli di kedai Arab je. Sini banyak juga kedai Arab sebab orang Arab memang ramai kat sini. Saya dimaklumkan, Lincoln ni merupakan tempat pelarian orang-orang Palestin, Iraq dan lain-lain...tu yang ramai orang Arab kat sini.

Kosher symbols
Yang biasa jumpa, simbol yang ke-2, ke-3 dan ke-4 daripada kiri (baris atas sekali). Simbol yang lain-lain tu jarang/tak pernah jumpa lagi



Rasa bersyukur sangat. Walaupun tempat ni ala-ala kampung, bab makanan memang tak menjadi masalah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain yang terpaksa drive selama 2 jam semata-mata nak beli daging/ayam halal! Sebelum ni tak pernah tahu pun wujudnya Nebraska di US! Memang tak glamor macam New York, Los Angeles tapi takpe la, janji makanan halal senang nak dapat kenyit


* credit pictures to Google

Wednesday, December 23, 2009

Outdoor winter activities

Hari tu ada yang bertanya sledding tu apa dia. Alang-alang saya nak jawab, saya letak la outdoor winter activities yang lain-lain kat sini jugak kenyit


Skiing
Alatan yang perlu ada: skis. Rasanya semua tahu skiing ni macam mana. Sape yang minat aktiviti lasak mesti suka skiing sebab agak bahaya jugak aktiviti ni



Sledding or sledging or sled-riding
Dalam bahasa Melayu kita panggil menggelongsor la kot tapi sledding ni kita duduk atas sled (benda yang kita guna untuk menggelongsor) dan gelongsor dari atas bukit bersalji atau mana-mana tempat yang sesuai. Sleds ada banyak jenis tapi 4 jenis sled yang biasa digunakan: disks, toboggans, tubes and runner sleds. Hari tu suami saya and the gang gi kedai nak cari sled tapi takde (sebabnya carinya di Goodwill aje...kedai yang jual barangan terpakai...kalau yang baru punya mungkin mahal kot), jadinya tak dapat lagi la nak main sledding senyum



Ice skating
Alatan yang perlu ada: ice skates. Huhu..tak kesampaian nak tengok orang main ice skating hari tu. Pelik lak rasanya takde sape yang main ice skating. Teringin gak nak skates tapi tak berani lak. Dulu ada la main roller blades (konsepnya lebih kurang sama la dengan ice skating cuma rasanya main ice skating agak licin sebab main atas permukaan ais) tapi dah berkurun lamanya tinggal...masa zaman sekolah rendah dulu. Sekarang ni kalau main pun tak tau la dapat balance kan badan ke tidak. Tapi tetap berangan gak nak main ice skating jelir. Kat Malaysia pun boleh main ice skating..takyah gi jauh-jauh kenyit



Make snow angels
Yang ni paling mudah nak dibuat. Tak perlu apa-apa peralatan pun. Baring aje atas salji, pastu gerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah ala-ala macam nak terbang. Kaki pun camtu jugak macam gambar bawah ni. Biasanya ni permainan budak-budak tapi bapak budak pun sama naik jugak! jelir



Snowball fight
Ni lagi la senang! Kepal-kepal aje salji pastu campak/baling aje la kat kawan-kawan kita. Kalau tak nak tangan jadi beku, pakai la glove! sengihnampakgigi



Build snowman/snowwoman
Yang ni kami dah buat hari tu. Oh..oh..saya duk bergambar dengan snowman yang dah siap je, tak turut serta pun buat snowman senyumkenyit

Dalam proses menyiapkan snowman kenyit


* pictures by Google (except the last one)

Monday, December 21, 2009

Syok berjalan!

Semalam kami keluar ambil angin. Hujung-hujung minggu la baru dapat jalan-jalan. Nama je cuti semester, suami saya macam tak cuti je. Setiap hari gi lab sigh. Terpaksa menerima hakikat yang graduate student memang takde cuti..uhuk!

Mula-mula kami ke Holmes Lake. Hajat di hati nak tengok orang main ice skating tapi malangnya..takde sorang pun yang skates! Huhu..sedih betul. Ada yang duk memancing (ye..memancing di tasik yang beku!) tapi ramainya yang duk main sledding. Dah alang-alang sampai sana, kami keluar je la jalan-jalan atas tasik tu tapi takde la sampai ke tengah tasik sebab risau gak kalau-kalau terpijak atas permukaan yang tak berapa nak beku.

Jalan atas tasik!


Lepas tu kami ke SouthPointe Pavilions pulak. Erk...jangan la bayangkan macam Pavilion di KL tu ye! Kedai kat situ kecik-kecik aje. Setingkat aje pun setiap kedai! Sini memang takde bangunan tinggi-tinggi. Macam yang selalu saya katakan...ala-ala kampung! kenyit

Oh, tapi kedai-kedainya memang jual barangan branded. Kami cuci-cuci mata je la. Yang mampu nak beli pun kat bahagian clearance! Tengah-tengah duk belek (mampu belek aje jelir) baju-baju kat situ Safiyyah mengamuk pulak! Dia tak nak duk dalam stroller. Suami saya dukung la sekejap pastu tak larat, lepaskan aje dia di bawah. Suka pulak dia dilepas bebas!

Sibuk nak belek jugak! sengihnampakgigi


Duk berjalan la dia dalam kedai tu. Tapi tak nak dia dipimpin bila berjalan tu! Mengamuk-ngamuk dia bila saya atau papanya nak pegang tangan dia. Isk. Macam budak besar pulak. Sudahnya, kami biarkan aje la. Ikut je la dia dari belakang. Bila jatuh mesti menangis nak orang berdirikan dia balik..pastu sambung balik jalan sengihnampakgigi.

Tengok Safiyyah syok sangat berjalan, kami saje lepaskan dia berjalan kat luar kedai. Lapang sikit kat situ, takde la mengganggu orang yang tengah sibuk nak shopping tapi sekejap je la sebab Safiyyah tak pakai winter jacket dan snowcap. Sebelum tu memang pakai tapi dibuka sebab duk dalam kedai rasa panas. Lagipun, kalau dipakaikan winter jacket tu memang la Safiyyah takleh berjalan (jangankan kata berjalan, berdiri stabil pun tak boleh!) sebab jacket tu tebal dan berat. Asyik nak tumbang aje dia kalau pakai jacket tu! sengihnampakgigi



On the way balik rumah, lena je dia dalam kereta. Dah sampai rumah pun tak tersedar dia. Memang lama la dia tidur petang tu. Letih berjalan agaknya! senyumkenyit

Lena keletihan senyum

Friday, December 18, 2009

Safiyyah, Wonderpets & Kiss

Layan aje la video bawah ni ye kenyit

video

Setiap kali tengok kartun Wonderpets, camtu la gayanya. Kalau Wonderpets mula nyanyi, dia pun duk goyang-goyang badan. Kadang-kadang macam duk nyanyi sama gak tapi sepatah pun tak faham apa yang disebutnya sengihnampakgigi.



Video bawah ni pulak Safiyyah duk cium papa dia. Tengok la gaya dia duk cium tu sengihnampakgigi

video

Ternganga je mulutnya tu masa duk cium ihikhik! Masa mula-mula dia reti cium tu terkekeh-kekeh ketawa tengok gaya dia cium. Kadang-kadang tu dia cium sambil jilat pipi skali sengihnampakgigi. Ada masa dia tak nak cium walaupun diminta berkali-kali. Tak kuasa agaknya dia layan karenah ummi dan papanya. Asyik suruh cium je..bukannya dapat apa pun jelir