Pages

Sunday, October 31, 2010

Safiyyah nak ke sekolah..?

Yay..ready for school! Dah pakai beg tu, tak nak buka pulak. Sampai ke malam la dia pakai beg tu :p


Siap ada buku sekali. Dah macam budak besar je gayanya


Meh kita tengok buku apa yang Safiyyah baca..

Motel 6! Hint untuk ajak bercuti kot..hehe. Papa...Safiyyah kasi hint dah ni...tak faham-faham lagi ke? :p


Beg yang Safiyyah pakai bukan sebarang beg...

It's safety harness!


Yup, kami belikan Safiyyah safety harness. Selepas insiden Safiyyah hampir hilang beberapa minggu lepas (ye..HAMPIR HILANG!!), kami terpaksa ambil tindakan drastik ni. Ikutkan, saya tak gemar pakaikan anak dengan harness tapi untuk keselamatan...suka ke tak suka, takde pilihan lain sebab Safiyyah kalau keluar, dia tak suka didukung, dipimpin dan tak suka duduk dalam stroller. Kalau nak pun, sekejap je la.

Dia suka lepas bebas. Bila dah lepas bebas, dunia ni macam dia yang punya. Dah tak peduli dan dah tak takut orang lain. Ikut suka kaki dia je nak melangkah ke mana. Dah la laju sebab dia lebih suka berlari daripada berjalan. Letih nak mengejarnya!

Mak saya pun suruh beli harness ni lepas saya cerita insiden tu kat dia. Cukup la hanya sekali tu je dia hilang daripada pandangan kami berdua. Tak nak pisang berbuah 2 kali. Nanti menangis air mata darah pun tak guna dah.

Keluar jalan-jalan semalam kami rasmikan dah harness tu. Marah Safiyyah tak dapat jalan jauh-jauh daripada ummi dan papanya. Kesian...tapi untuk kebaikan, terpaksa juga la...

Saturday, October 30, 2010

“CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL”

Tiba-tiba je rajin nak join contest...last minute pulak tu..hehe. Teringat Safiyyah yang suka muncungkan mulutnya...tu yang join tu ^_^


Kalau ada yang nak join contest ni, klik sini ye. Sempat lagi ni, ada beberapa jam lagi ni (tarikh tutup contest: 01.11.2010 tepat jam 12 am) *wink*


Ni gambar Safiyyah dan muncungnya:

Nama: Wan Safiyyah Wan Zaki
Umur: 21 bulan


Gambar tu diambil ketika Safiyyah berusia 7 bulan. Masa tu dia baru pandai buat muncung. Sejak daripada tu memang dia suka buat muncung sampai la sekarang ^_^. Gambar muncung tu yang paling saya ingat dan paling menawan la kot dalam banyak-banyak gambar muncungnya tu..ehehe..

Wednesday, October 27, 2010

Rumah terkini kami di Colonial Terrace

Jom intai-intai rumah sewa kami yang terkini ^_^


Dari depan (gambar atas) dan belakang (gambar bawah) rumah. Bangunan ni ada 4 buah rumah, 2 atas dan 2 bawah. Kalau dari depan, rumah kami belah bawah kiri. Untungnya rumah belah bawah, ada 2 pintu keluar-masuk. 1 macam biasa la pintu depan, 1 lagi pintu belakang. Kalau rumah atas pintu keluar-masuk 1 je, takde pintu belakang. Ni la yang menjadikan kami bertambah jatuh hati kat rumah yang kami dapat ni. Pintu kat gambar belah atas tu, pintu utama untuk 4 buah rumah. Bukak je pintu tu nampak tangga. Belah kiri dan kanan, pintu rumah kami dan jiran searas


Ruang tamu dan ruang makan

Sebelum

Atas: ruang tamu. Pintu depan terletak di hujung belah kiri, dekat dengan tingkap. Belah kanan yang nampak macam ada laluan tu terletaknya bilik air dan 2 buah bilik tidur
Bawah: ruang makan. Belah kanan dapur, pintu yang terbuka tu pintu belakang dan pintu tertutup belah kiri tu closet (tempat letak coat, sweater, kasut)


Selepas

1 lagi yang membuatkan kami suka dengan rumah ni...pencahayaan dan pengudaraannya bagus (banyak tingkap). Waktu siang dah tak perlu buka lampu. Kalau rumah kami sebelum ni, hampir 24 jam lampu terpasang (kecuali waktu tidur) sebab rumah tu gelap. Orang lain mungkin ok la kot duduk dalam keadaan malap tapi saya tak boleh la..mata rasa tak selesa. Kena buka lampu jugak bagi terang. Mujur la rumah tu tak perlu bayar bil elektrik!


Ruang dapur

Sebelum

Gambar diambil dari sudut berbeza. Kedudukan dapur ni la yang buat saya berkenankan rumah ni masa tengok floor plan di website UNL dulu (sebelum dapat rumah ni). Tersorok! Tak macam rumah sebelum ni (rumah sewa ke-2)...dapurnya kat depan, sebelah ruang tamu je pun. Buka je pintu rumah terus masuk dapur -_-". Tak suka betul design rumah tu. Saya cerita kat mak saya...mak saya kata tu stail rumah dulu-dulu. Memang macam tu la...dapurnya kat depan. Kalau rumah sewa pertama tu pun ok dapurnya, tersorok dan terletak dalam satu 'bilik' berasingan macam dapur rumah sewa kami yang terkini ni


Selepas

Bila dah tengok dapur rumah ni secara live, semakin jatuh hati saya dibuatnya! ^_^ Dapurnya besar dan selesa, kabinet pun banyak. Kalau tak tu, tak tahu dah nak letak mana barang-barang dapur. Terpaksa juga la semakkan countertop. Itu pun mujur la barang-barang dapur saya tak banyak. Sedap sikit mata memandang dapur rumah baru ni. Clear la sikit bahagian atas countertop tu, banyak barang dah sumbat dalam kabinet..ehe..


Bilik air

Kiri: pintu yang nampak tu pintu bilik air yang terletak tengah-tengah antara 2 bilik tidur
Kanan: bahagian dalam bilik air. Kecik je bilik air ni berbanding 2 buah rumah yang kami sewa sebelum ni tapi yang bagusnya ada tingkap. Masuk bilik air waktu siang pun dah tak perlu buka lampu. Jimat sikit penggunaan elektrik!


Bilik tidur

Dari 2 sudut berbeza. Kedua-dua bilik tidur ada 2 buah tingkap yang besar dan sebuah closet (gambar atas yang nampak pintu tu...tu la closet). Kecik je closetnya. Yang tak syoknya, dah takde dah cermin besar kat bilik macam kat rumah sewa sebelum ni (rumah sewa ke-2). Tak dapat le dah Safiyyah nak berangan depan cermin :p


Cermin besar ni la yang saya maksudkan. Ni kat rumah sewa sebelum ni. Di sebalik cermin tu closet sebenarnya


Aksi Safiyyah yang pelik dengan karpet rumah baru ^_^. Karpet ni memang berbeza dengan rumah sebelum ni. Sedikit tebal dan 'berbulu' umpama rumput yang pendek. Tu yang Safiyyah cuba cabut tu (refer gambar belah atas). Dia ingat rumput agaknya..hihi..


Basement

Kiri: stor. Setiap rumah ada stor masing-masing. Kalau nak kunci, boleh kunci (kena beli padlock sendiri la). Besar stornya sampai suami saya kata kalau nak tidur dalam stor tu pun boleh (dia teringin nak tidur dalam stor kot..hehe..). Barang-barang yang tak guna atau jarang guna boleh simpan dalam stor. Takde la semak sangat rumah
Kanan: laundry. Err..tapi tak disediakan washing mashine dan dryer. Kena beli sendiri la jawabnya. Kalau tak, kena basuh kat public laundry la (self-service laundry yang kena masukkan syiling tu)


Belakang rumah

Luas laman belakang ni. Siap ada playground lagi. Kalau malas jugak nak bawak Safiyyah keluar, tak tau la nak kata apa :p. Tapi malas jugak..haha. Teruk betul. Kalau dah masuk rumah, memang malas nak keluar (keluar dekat-dekat sekitar rumah la). Kalau keluar jauh-jauh sikit ambil angin ke..gi kedai ke..laju je (dengan syarat suami ada sekali la..tak terlarat kejar Safiyyah)..ehe..

Monday, October 25, 2010

Dah macam tokey karipap pulak ^_^

Cerita ni pun dah basi. Ye...masih berkisar pasal cerita raya lagi :p. Ok la..ok la..ni last cerita raya. Lepas ni takde dah *wink*. 1 Oktober lepas saya berjaya menyiapkan hampir 200 biji karipap. Yay! Dah macam tokey karipap pulak..eheh. Saya mula buat karipap hari sebelum tu lagi (30 September). Ingatkan dapat la siapkan hari tu juga tapi disebabkan ada 'pembantu cilik' kat rumah ni, terpaksa la saya sambung keesokan paginya. Intinya saya buat lebih awal lagi, 28 September. Inti kentang semata-mata saya buat pada pagi 1 Oktober sebab last minute baru dimaklumkan ada yang tak makan daging/ayam.


Masih belum menjadi mangsa minyak panas..hehe..


Yay...dah siap! Nak? ^_^
Daripada 200 biji yang diminta, saya dapat buat 197 biji karipap; 160 biji inti kentang-ayam, bakinya inti kentang semata-mata. Setakat nak tambah 3 biji lagi macam tak berbaloi pulak. Ikutkan, 198 biji kesemuanya saya buat tapi...sebiji dah dipicit Safiyyah sebelum sempat digoreng..huhu..


Karipap yang dah takde rupa karipap -_-"


Karipap ni dibuat untuk jamuan raya NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association). Saje la saya jadi sukarela buatkan karipap sebab kesian dengan adik-adik yang incharged bahagian makanan untuk jamuan tu. Dah la diorang nak kena masak nasi lemak untuk lebih kurang 100 orang (mujur Izza tolong adik-adik tu masak nasi lemak). Pastu minggu tu pulak diorang sibuk dengan exam. Assignment pun berlambak-lambak. Lagipun masa tu homesick saya tak hilang lagi, tu yang nak sibukkan diri supaya boleh alihkan fikiran saya daripada teringat nak balik Malaysia je.

Jamuan tu bermula jam 6.30 petang (1 Oktober) tapi saya sekeluarga keluar dari rumah lepas solat Maghrib. Itu pun, petang tu (dalam pukul 4) baru dapat tahu yang kami pun dijemput juga ke jamuan tu. Hehe...memang tak tahu langsung. Duk fikir saya hanya tolong buatkan karipap je.

Sampai-sampai je kat sana...makanan dah licin! Nasinya banyak la lagi tapi sambal dan telur rebus dah habis. Karipap pun licin. Ayam goreng ada la tinggal 3-4 ketul lagi. Nasi impit dan kuah kacang (yang ni menu last minute) pun licin. Makan la nasi dengan ayam goreng je. Nasib la...sape suruh datang lambat :p


Mulut Safiyyah penuh dengan nasi :D


Kami bertiga. Gambar tak banyak, masa ni saya tak rajin nak ambil gambar


Safiyyah melalak je kat dewan makan tu. Jenuh papanya pujuk, baru la dia nak masuk ke situ. Tapi lepas je makan, melalak balik..huhu. Bawak je dia keluar, terus diam..haih. Safiyyah memang tak suka aktiviti yang dibuat dalam bangunan. Kalau buat kat luar takpe. Sampai Bon dengan Roz gelar dia 'outdoor girl'. Oh ye, gaun ni la baju raya Safiyyah 1 lagi. Gaun ni atuknya yang sponsor. Ayah saya berkenan dengan baju ni, tu yang dibeli untuk Safiyyah. Memang comel gaun tu, siap ada cardigan sekali


2 beranak ralit tengok fountain (papa Safiyyah berpura-pura je tu...konon-konon macam tak nampak la saya snap gambar dia dengan Safiyyah :p)

Sunday, October 24, 2010

Jamuan terakhir Muzammil buat kami

Basi dah cerita ni. Makanan-makanan yang ada dalam gambar bawah ni pun kalau ada lagi bukan setakat basi, dah berkulat dah pun..hehe. Layan je la ek...nak buat macam mana, hari tu lama saya tak dapat nak berblog. Ni belum lagi saya tulis kisah-kisah masa bulan Ramadhan lepas :p

Jamuan ni Muzammil yang buat, 25 September lepas. Farewell dinner katanya, saje nak menjamu kami buat kali terakhir sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia. Merangkap jamuan raya juga la ni sebab masa ni masih di bulan Syawal lagi.


Makan, sembang-sembang, bergambar..


Antara makanan yang ada. Muzammil masak nasi beriani dan spaghetti. Saya hanya bawa banana cheesecake je


Banana cheesecake. Dah macam strawberry cheesecake je..eheh. Dah strawberry dengan anggur je yang ada kat rumah..tu je la yang saya guna untuk hias kek. Suami saya yang minta saya buat cheesecake ni untuk dibawa ke rumah Muzammil sebab Muzammil memang suka cheesecake (padahalnya suami saya yang nak makan, dia memang 'hantu' cheesecake :p)


Macam kebulur sangat je yang kiri sekali ni :p. Memang saya lapar sangat-sangat masa ni. Tak makan tengahari. Tengahari tu saya hanya masak spaghetti je. Saya tak makan spaghetti, masak untuk suami dan Safiyyah je. Saya sendiri tak tahu nak makan apa..huhu (yang sebetulnya saya nak makan masakan orang lain..ni kira mengidam ke..?). Kebetulan nasi beriani tu kena dengan selera saya...pedas! Laju je la saya makan. Dah tak peduli dah kiri kanan :p. Safiyyah pun laju je makan nasi beriani tu, hampir sepinggan dia makan. Dia dah kenyang baru la saya suap ke mulut sendiri. Papa dia je heboh pedas..sikit je la dia makan..heh. Tapi...lepas je saya makan, saya diserang gastrik! Mana taknya, perut kosong...pastu terus makan banyak...gastrik la habuannya. Depan orang tahan je la sakit. Keluar je dari rumah Muzammil, terus tekan perut! Huhu...berjalan pun terbongkok-bongkok. 2 hari juga la gastrik baru hilang dan 2 hari tu juga la saya tak boleh nak buat apa-apa, perut pedih sangat. Terbaring je kat rumah. Suami saya yang uruskan semua kerja-kerja rumah. Thank you abang! Abang nak ambil alih semua kerja tu sampai bila-bila pun takpe ^_^


Ni papa Safiyyah punya kerja. Kotak banyak kat rumah Muzammil masa ni. Boleh la pos Safiyyah balik Malaysia, jumpa opah dan atuk yang dah rindu sangat-sangat dengan Safiyyah. Jimat sikit duit flight..eheh. Nak tick kat mana ye? Fragile ok ke? Hihi..


Eh, eh...ada sorang lagi! Agak-agak muat tak kalau tambah sorang lagi? Ingat nak tumpang sekaki balik Malaysia..ngee~


p/s: perasan tak watermark saya bertukar lagi? Min edit sebab dia tak puas hati tengok tulisan tak jelas bila dah letak kat gambar. Makin comel lepas Min edit, siap ada butterfly lagi ^_^. Thank you Min!

Saturday, October 23, 2010

Watermark baru

Memperkenalkan watermark baru saya....

Tada..


Cantik, kan? Tapi bukan saya yang buat..ehe. Watermark ni dibuat khas untuk saya oleh Min a.k.a. IbuDalila ^_^. Kalau perasan, saya dah rasmikan dah pun watermark ni dalam entry sebelum ni.

Beberapa hari lepas Min tinggalkan pesanan kat chatbox suruh saya check emel. Ada sesuatu untuk saya katanya. Sambil-sambil nak buka emel, jenuh fikir apa benda la yang Min kasi kat saya. Rupa-rupanya watermark! Terharu betul ada orang tolong buatkan watermark. Lebih terharu, saya tak minta pun Min buatkan watermark...tiba-tiba je dia buatkan untuk saya.

Saya memang nak buat watermark baru tapi sampai ke sudah tak terbuat. Saya tak berapa reti sangat guna Photoshop. Belum ada kesempatan nak explore betul-betul. Saya ni tahu je la...boleh jadi ralit kalau mula explore. Nanti 1 kerja pun tak jalan. Tu yang tak terbuat lagi watermark baru. Tengok-tengok ada orang baik hati buatkan watermark untuk saya...macam tahu-tahu je saya nak watermark baru ^_^.

Terima kasih banyak-banyak ye Min! Suka sangat! Pandai Min pilih warna ikut warna tema blog. Memang sesuai sangat la ^_^

Thursday, October 21, 2010

Safiyyah kembali menjadi Safiyyah

Alhamdulillah, Safiyyah dah kembali sihat dan bertenaga sejak Isnin lepas. 3 hari dia demam, bermula Jumaat malam, sehari sebelum kami pindah ke rumah baru. Petang Jumaat tu dia ok je. Dalam pukul 7 lebih pun dia sibuk melukis tapi dalam pukul 8 malam dia dah mula merengek nak tidur. Saya tidurkan la dia. Masa tu dia masih ok lagi. Tapi memang pelik la sebab Safiyyah bukannya jenis tidur awal. Mungkin masa tu dia dah rasa tak sedap badan.

Dalam pukul 11 malam Safiyyah tersedar. Keluar dari bilik saya tengok pipinya merah sangat-sangat, macam pakai pemerah pipi. Bila saya pegang dia, panas sungguh badannya. Patut la pipinya merah. Saya cuba tidurkan dia semula tapi masa tu dia tak boleh tidur dah. Papanya pakaikan cool fever dibuangnya. Entah kenapa dia takut pulak dengan cool fever tu. Saya nak letak kain lembap kat kepalanya pun dia tak mahu. Nak lapkan kepala dan badannya pun dia marah. Tak tahu dah saya nak buat macam mana. Risau je suhu badan dia makin naik. Nak bagi ubat, takde pulak stok kat rumah. Klinik tutup, farmasi pun dah tutup.

Sepanjang malam tu merengek je dia, memang dia tak lena langsung. Saya tepuk-tepuk badan dia baru dia diam dan tertidur. Tapi tiap kali saya cuba nak letak kain lembap/cool fever di dahinya, tersedar je dia. Pagi esoknya pun demamnya masih tak kebah lagi. Dah la pagi tu suami saya sibuk nak angkut barang ke rumah baru. Pukul 2 petang baru suami saya dapat belikan ubat untuk Safiyyah.

Yang menjadi masalahnya, dia tak nak makan. Takde selera agaknya. Terbaring aje dia. Mujur juga la dia mahu makan buah. Bagi cereal, dia makan sikit je. Biskut pulak sekeping pun dia tak boleh nak habiskan. Nasi langsung dia tak nak. Saya masakkan moi pun dia tak nak jugak. Kesian sangat tengok Safiyyah masa tu. Nampak tak bermaya sangat dia. Dah tak macam Safiyyah dah. Mana pernah dia macam tu. Ni pun pertama kali dia demam.


Macam ni la keadaannya masa demam tempohari. Botol kat tangannya tu memang dia tak lepas. Digigitnya bahagian atas tu. Macam gatal gusi. Tak tau la pulak kalau-kalau dia demam sebab nak naik gigi. Sebelum ni tak pernah pulak dia demam kalau naik gigi. Nak check, dia tak nak bukak mulut pulak


Kesian sangat tengok keadaan Safiyyah macam ni. Tak berdaya sungguh dia. Waktu siang, dia banyak baring dan tidur. Malam pulak dia nak saya gosok-gosok dan tepuk-tepuk badan dia baru dia nak tidur. Kalau tak, merengek je


Pagi Isnin. Safiyyah masih demam lagi. Ingat nak bawa jumpa doktor. Banyak kali suami saya call klinik nak buat appointment tapi takde sape jawab telefon. Klinik kat sini bukan macam klinik kat Malaysia. Nak jumpa doktor kena buat appointment dulu. Bukan boleh main redah je. Dan takde klinik yang buka 24 jam. Sabtu Ahad pulak tutup. Hospital la yang ada pun.

Alhamdulillah Isnin tengahari kebah dah demamnya. Demam secara tiba-tiba, kebah pun secara tiba-tiba. Baru la nampak dia aktif sikit masa tu. Mula la dia explore rumah baru, melompat-lompat, berlari, keluar masuk bilik dan dah mula balik la tolong umminya 'mengemas' rumah. Lega hati kami tengok Safiyyah kembali aktif. Bila dah jadi macam ni, saya lebih rela tengok Safiyyah tunggang terbalikkan rumah, asalkan dia sihat walafiat. Err...tapi jangan la buat sampai rumah ni jadi macam tongkang pecah pulak ye sayang! Sepah sikit-sikit sudah la :p

Tuesday, October 19, 2010

Pindah rumah...lagi..?

Alhamdulillah kami dah selamat pindah rumah baru Sabtu lepas. Ni kali ke-2 la kami pindah dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Maksudnya ni rumah ke-3 sejak kami duduk di Lincoln ni. Rumah pertama hanya bertahan 3 bulan lebih je, dengan rumah ke-2 pulak setahun dan harap-harapnya yang ni yang terakhir la sampai suami saya tamatkan pengajiannya. Letih la pindah-pindah ni (eleh, macam la dia yang angkut-angkut barang :p)


Isy, ummi sibuk nak packing barang, dia sibuk nak duduk dalam beg


Masa awal-awal sampai sini dulu kami menyewa di luar sementara tunggu kekosongan di University Park Apartments (UNL student family housing). Jimat la sikit kalau menyewa dengan universiti. Sewa $ 450 (rumah sebilik, University Park Apartments) termasuk basic cabel TV, internet, elektrik dan gas. Kalau duduk luar, elektrik dan gas kena bayar sendiri, kalau nak guna internet dan cabel TV pulak kena sewa la.

Kali ni pulak kami sewa rumah 2 bilik di Colonial Terrace (UNL student family housing juga). InsyaAllah tahun depan kami sambut 'orang baru', tu yang kena pindah ke rumah 2 bilik tu. Sini ada sistem. Hampir setiap rumah sewa diletakkan had berapa orang dalam 1 rumah. Rumah 1 bilik, maksimum 3 orang. Rumah 2 bilik pulak ada yang 4 orang, ada yang maksimumnya 5 orang, bergantung pada keluasan rumah agaknya.

Alhamdulillah, dalam tempoh 5 bulan suami saya apply, dapat rumah 2 bilik. Saya jangkakan paling awal kami dapat rumah 2 bilik dalam bulan Disember tapi rezeki kami dapat awal bulan Oktober. Suami saya memang apply awal sebab bukan terus dapat rumah lepas apply, kena tunggu giliran (waiting list). Kalau waiting list panjang berjela, lambat la baru boleh dapat rumah...tu yang apply awal tu. Sebulan lebih sebelum kami cuba dapatkan anak ke-2 lagi suami saya apply. Sebelum tu tak tahu pun boleh apply sebelum mengandung...suami saya saje tanya Cindy (staf yang uruskan UNL family housing) je pun masa tu. Rupanya boleh. Masa tu jugak la suami saya apply.

Bila saya dah confirm mengandung, suami saya terus maklumkan pada Cindy. Alhamdulillah, masa tu jugak Cindy kata nama kami on top of the list. Maksudnya kalau ada kekosongan rumah 2 bilik, kami la yang akan dapat dulu tapi suami saya bagitau Cindy yang kami prefer rumah kat area East Campus ni (sama ada di University Park Apartments atau di Colonial Terrace) berbanding City Campus sebab dekat dengan ofis dan lab suami saya. Kalau tak ada kekosongan, hanya 2 je pilihan kami; sama ada menyewa di area City Campus atau menyewa di luar.

Rezeki kami, kami dapat menyewa di Colonial Terrace ni. Sebelum dapat tu, memang saya berangan (berangan tak salah, kan? :p) dapat rumah yang kami duduk sekarang ni. Berkenan pulak saya bila tengok floor plan rumah ni di website UNL. Sekali memang sungguh dapat rumah ni! Alhamdulillah, rezeki yang tak diduga. Mulanya kami plan nak pindah hujung bulan Oktober. Bila dah tengok rumah (saya yang request nak tengok rumah dulu sebelum pindah, tengok floor plan je tak puas)...saya dan suami makin jatuh hati dengan rumah ni. Terus tukar fikiran pindah pertengahan bulan..eheh..tak sabar-sabar! :p

Sewa rumah ni $ 515 termasuk internet dan basic cabel TV tapi tak termasuk elektrik dan gas. Kena jimat-jimat la sikit duduk sini. Tak boleh dah buat macam di University Park Apartments dulu. Ye la kat sana hanya bayar sewa rumah je. Takyah pening-pening fikir pasal bil tiap-tiap bulan. Bil elektrik dan gas rumah kami tiap-tiap bulan pun kami tahu tak berapa kena caj..heh. Mentang-mentang free :p. Winter nanti 'sakit' la sikit kot sebab kena guna heater (gas mahal sini, lagi mahal daripada elektrik).

Alhamdulillah juga kami dapat jiran Muslim (sebelah rumah kami). Cina Muslim dari China. Dia yang sapa kami masa kami tengok rumah minggu lepas. Saya dengar je la perbualan antara suami saya dan jiran kami tu, Anuar namanya (Anuar ke Anwar ke...tak tau la ejaan mana satu). Dalam duk sembang tu Anuar tanya sebelum ni kami menyewa di mana. Suami saya bagitau la di University Park Apartments.

Jawab Anuar, "Oh, at Chinatown?"

Suami saya balas la, "You call it Chinatown..?"

Tergelak Anuar. Kami pun tergelak sama. Mana taknya, di University Park Apartments memang majoriti penyewanya cina. Dah memang macam Chinatown le dah pun :p. Tapi duduk kat situ memang aman. Takde la yang memekak tengah-tengah malam ke apa. Lebih murah pun ye duduk situ tapi tu la, nak tunggu kat situ kosong pun kami tak pasti bila. Tu yang kami terima je rumah ni. Seboleh-bolehnya saya memang nak pindah awal sebelum winter dan sebelum kandungan makin membesar..


Sesi menyumbat barang-barang dalam U-Haul
* Many thanks to Sumardi, Hafiz, Alif, Kim, Antonio, Silvana and Mariana for helping us out last Saturday *

Thursday, October 14, 2010

Safiyyah berbaju kurung

Atas permintaan daripada beberapa orang teman blogger, saya buat entry khas Safiyyah berbaju kurung ^_^


Di petang 2 Syawal


Kanan: buat muncung-muncung (salah 1 cara exercise mulut..ehe..)
Kiri: happy mode~


Masa ni orang lain sibuk nak bergambar, dia nak ke mana entah. Haih...pantang dapat lepas bebas!


3 Syawal. Baju kurung ni bukan baju raya tahun ni..baju raya 1 lagi gaun, bukan baju kurung. Ni baju raya tahun lepas tapi tahun lepas tak sempat nak pakai sebab parcel sampai lambat. Tahun lepas Safiyyah je dapat baju raya, ummi papanya recycle baju kahwin ^_^


Setahun lepas. Masa ni Safiyyah 8 bulan..baru pandai berdiri sendiri. Macam pakai baju pinjam pulak..hehe..


Opah Safiyyah kasi tudung sekali tapi besar juga..dah macam makcik-makcik je..hee~
Tahun ni pun Safiyyah dapat tudung juga untuk dipakai dengan baju kurung biru tu tapi dia tak nak pakai..dia cukup rimas kalau ada apa-apa atas kepala dia. Klip rambut pun sama...nak klipkan tak boleh bagi dia perasan...kalau dia perasan cepat-cepat je dia cabut..huu~

Tuesday, October 12, 2010

Cerita raya kami: 3 Syawal 1431 H

3 Syawal 1431 H
Pagi-pagi saya siapkan choc cake trifle dan masak kuah kari. Suami saya pergi sampling lagi..huhu. Tahun ni suami saya tak dapat tolong sangat la saya masak untuk jamuan raya sebab dia kena pergi sampling hari Sabtu dan Ahad. Balik tu cepat-cepat suami saya buat wajik (suami saya yang teringin nak makan wajik, dia la yang kena buat..hehe..). Pulutnya dah dikukus malam sebelum tu.

Dalam pukul 1.30 petang pulak kami terus ke rumah Bonn/Roz. Ingatkan bila kami sampai tu takde sape dah kat rumah diorang sebab jamuan raya mula pukul 11 pagi, rupanya ramai lagi masih kat sana. Sayangnya, takde gambar pulak kat rumah diorang. Saya bawa kamera tapi tak terambil pulak gambar. Pertama kali la saya sampai di rumah Bonn/Roz. Tahun lepas saya tak dapat nak pergi, kalut masak untuk jamuan raya. Mujur tahun ni dapat beraya kat rumah diorang.

Besar rumah diorang...4 tingkat! Jenuh la kalau saya duduk rumah macam tu...tak terlarat nak mengemas! Tetamu dah ramai balik, Roz bawa saya ke setiap tingkat rumahnya tu. Letih turun naik tangga! Duduk rumah macam tu, alamatnya tinggal tulang je la saya :p

Balik dari rumah Bonn/Roz, saya tidurkan Safiyyah dan terus sediakan bahan-bahan pelengkap untuk mee kari. Masa tu la nak rebus telur, masa tu la nak potong sayur, masa tu la nak goreng tauhu, masa tu la nak rebus spaghetti, masa tu la nak celur sayur...haih...pendek kata semuanya buat masa tu la! Semuanya last minute. Mujur bawang saya dah goreng hari sebelum tu. Kan saya dah kata saya tak berapa rajin nak masak hidangan utama, tu yang duk tangguh-tangguh tu (kecuali nasi impit dan kuah kacang saya dah masak hari sebelum tu). Bila buat kerja last minute, laju la sikit buat kerja (dah kalut, kan...macam lipas kudung la buat kerja :p)

Dalam pukul 6 petang, tetamu pun sampai. Pastu macam biasa la...sesi membuncitkan perut masing-masing! Hihi..


Menu utama: mee kari (mee diganti dengan spaghetti sebab tak yakin beli mee yang dijual kat sini), nasi impit dan kuah kacang
Dessert (tiada dalam gambar..tak ingat nak ambil..huhu..): almond apple cheesecake, choc cake trifle dan wajik
Biskut raya: biskut cornflakes coklat, biskut walnut dan biskut sarang semut


Antara tetamu yang hadir di rumah kami. Gambar tak banyak, tak sempat nak ambil gambar. Ada beberapa orang yang takde dalam gambar


Sek Yee ajar Safiyyah bukak tutup botol :D


Hari yang sama juga (lepas sesi menjamu selera) kami buat surprise farewell untuk Sek Yee dan Muzammil. Nak buat hari lain dah tak sempat...Sek Yee dah nak pindah 4 hari lepas jamuan raya ni. Lagipun saya sendiri tak larat nak buat jamuan lain dalam masa terdekat. Sek Yee (ops...Dr Sek Yee le dah) dah pindah ke Indiana 16 September lepas, dia dapat kerja kat sana. Muzammil pulak dah balik ke Malaysia (for good, insyaAllah) 6 Oktober baru ni.


Sek Yee dan Muzammil berserta hadiah masing-masing. Moga ketemu lagi satu hari nanti..

Sunday, October 10, 2010

Cerita raya kami: 1 & 2 Syawal 1431 H

Bulan Syawal dah habis saya baru terhegeh-hegeh nak cerita kisah Aidilfitri kami..ehe. Laptop ni masih tak betul lagi tapi saya tak boleh nak sabar dah update blog :p. Seminggu ni laptop ni agak waras la sikit, mungkin sebab saya tak buka blog langsung. Baik blog sendiri, mahupun blog blogger lain. Bukan tak sudi nak blogwalking tapi entah kenapa tiap kali saya buka blog, mesti laptop ni shut down secara tiba-tiba *sigh*. Nak tak nak, kena la menahan diri dari buka blog..huhu..


1 Syawal 1431 H
Duduk rumah, goyang kaki ngadap laptop :p. Nak buat macam mana, raya tahun ni jatuh hari Jumaat. Suami saya ada kelas dan meeting waktu pagi, petangnya pulak ada lab dari pukul 2 sampai pukul 5 petang.

Dalam pukul 5 petang, anak-anak dara ada la bertandang ke rumah ni. Oh ye, sekarang dah ada pertambahan Melayu kat sini. 7 orang kesemuanya yang ketujuh-tujuhnya undergrad students. 5 orang anak dara, 2 orang lagi bujang trang tang tang :D. Diorang sampai awal bulan Ramadhan lepas. Meriah la sikit kat sini berbanding sebelum ni. Sepatutnya ada sorang lagi bujang tapi visanya lambat sangat dapat, terpaksa ditunda la penerbangannya dan insyaAllah semester akan datang sampai la si bujang tu ke sini.


Atas: 5 orang anak dara. Eh, 6 orang termasuk cik Iman :D
Bawah kiri: Izza tengah menemuramah Raihan dan Fatin :p
Bawah kanan: Sedap je Safiyyah duk depan Fatin, nak kak Fatin suapkan dia makan nasi impit dan rendang. Haih..tak senang kak Fatin nak makan..


Anak-anak dara tu pun ada kelas jugak Jumaat tu. Lepas habis kelas saje la diorang lepak-lepak kat sini, nak hilangkan rasa sedih beraya dalam kelas..hehe. Mujur saya masak rendang daging hari sebelum tu. Kalau tak, alamatnya saya hidang air kosong je la kat budak-budak tu..ngee. Sebelum tu saya ingat tak nak masak untuk raya pertama, duk fikir hari Ahad nanti (3 Syawal) kami akan buat jamuan raya untuk teman-teman kat sini. Lagipun tahun ni saya takde perasaan langsung nak beraya kat perantauan ni :(


2 Syawal 1431 H
Pagi ni pun saya tak ke mana-mana. Duduk rumah je dengan Safiyyah. Suami saya pulak pergi sampling. Pagi ni la saya gigih buat 2 jenis kek. Sandwich cake & cheesecake. Cheesecake tu salah 1 dessert untuk dihidang masa jamuan raya di rumah kami keesokan harinya. Sandwich cake tu pulak saya saje buat, nak bawa ke rumah Izza dan Roz masa jamuan raya diorang. Tak sedap la pulak pergi dengan tangan kosong. Nak bagi biskut raya pun tak boleh sebab saya buat sikit je tahun ni. Buat sekadar biar ada je. Takde mood nak buat biskut raya sebab takde mood nak beraya..uhu..

Hafiz/Izza buat jamuan raya jam 2 petang tapi pukul 4 petang baru la kami 3 beranak dapat pergi jamuan raya rumah diorang. Suami saya sampai rumah pun dah pukul 3.30 petang. Lepas suami saya solat dan bersiap, baru la kami dapat ke rumah Hafiz/Izza. Masa kami sampai tu, yang lain-lain masih ada lepak-lepak kat situ kecuali Bonn/Roz sekeluarga yang dah balik ke rumah.


Belated-birthday-girl dengan ummi ayahnya nak potong kek. Jamuan raya diorang disekalikan dengan jamuan harijadi Iman yang kebetulan tahun ni jatuh betul-betul pada 1 Ramadhan


Yay..dah ramai! Takde la tengok muka sama je, kan? ^_^


Malamnya pulak saya buat sejenis lagi kek. Kek coklat untuk dibuat choc cake trifle. Entah angau apa entah terlebih rajin nak buat kek :p. Dalam sejarah la buat 3 jenis kek dalam sehari. Tapi saya memang lebih berminat buat kuih, kek dan seumpamanya berbanding masak nasi, lauk atau hidangan berat (read: hidangan utama) yang lain. Bukan sebab saya suka nak makan tapi entah...kepuasan terasa di situ. Selalunya kalau saya buat kek/biskut, bukannya saya makan pun walaupun niat asal buat kek/biskut tu saya yang nak makan. Bila dah siap, tiba-tiba perut rasa sebu. Rasa kenyang tiba-tiba. Memang saya tak usik langsung la. Tak jamah sikit pun. Tu yang saya malas nak masak kek/biskut kegemaran saya sebab saya tahu, end up bila dah siap saya tak makan pun..

Saya ikut pe'el mak saya la ni tapi mak saya langsung tak lalu makan kalau dia yang masak (apa-apa je yang dimasak). Dah berumur baru la mak saya boleh makan masakan sendiri. Saya pulak kalau masak nasi, lauk dan hidangan berat yang lain, makan juga tambah-tambah kalau saya masak lauk kegemaran saya macam sambal tumis ke, goreng berlada ke...yang tu sentiasa berselera la! :D

Eh, dah melalut ke mana pulak :p. Bawah ni gambar raya kami bertiga untuk tahun ni..


Kami 3 beranak serba biru *wink*. Baju raya tahun ni disponsor mak ayah saya. Masing-masing dapat 2 pasang ^_^. Saya tak terfikir pun nak ada baju raya baru. Ingat nak recycle baju kahwin je. Mak saya tiba-tiba bagitau dia dah belikan saya kain untuk dibuat baju raya dan nak beli baju siap untuk si menantu dan cucu kesayangan. Mak saya siap pesan lagi jangan bagitau menantu dia sebab dia nak buat surprise :D. Untung suami saya kahwin dengan saya..ngee. Betul la kan...kalau dia tak kahwin dengan saya, takde la mak ayah saya jadi mertua dia..hee~ ^_^