Pages

Friday, July 15, 2011

Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ


..sambungan..

Hari ke-9 (3 Jun 2011)
Pagi-pagi lagi kami keluar. Nak ke New York City! Tapi kami tak naik kereta. Atas beberapa sebab, kami pilih untuk naik bas dari Little Ferry, New Jersey ke New York City. Bus stop pun sebelah Capri Inn tempat kami menginap tu je. Lama juga la tunggu bas pagi tu..huhu..

Dari Little Ferry, New Jersey tu tak jauh pun nak ke New York City. Naik bas tak sampai sejam. Lebih kurang dalam 40 minit. Kalau jalan tak jammed, dalam setengah jam dah boleh sampai rasanya. Tapi yang sedihnya bas kat situ tak mesra OKU! Ingatkan bas kat sana pun canggih sama macam bas kat Lincoln ni..boleh sorong je kerusi roda/stroller masuk dalam bas. Nama je bandar besar tapi bas stail lama jugak *sigh*


Ni bukan kali pertama Safiyyah naik bas tapi kali terakhir dia naik bas pun masa umur dia baru beberapa bulan. Waktu tu kami masih belum berkereta lagi kat Lincoln ni. Tu yang dia agak takut tu. Oh, bas ni memang sempit!


Stroller terpaksa dilipat dan letak kat bawah tempat bagasi tu


Turun dari bas kami tak tahu nak ke arah mana. Mujur ada seorang lelaki berkulit hitam tolong kami. Bukan setakat dia bagitau, dia siap hantar kami ke tempat ambil teksi. Suami saya nak bagi duit sikit kat dia tapi dia tolak. Sepanjang hari kami di New York City ni kami banyak ditolong oleh Black. Agak ramai Black kat situ.


Naik teksi pulak. Menuju ke bangunan Consulate


Bahagian dalam teksi. Selalu tengok kat TV je teksi macam ni





Nampak tak parking bertingkat tu? Unik. Teringin nak tahu macam mana ia beroperasi. Mungkin macam lif (mungkin je la sebab tak nampak benda tu beroperasi)


Bendera Malaysia di tengah-tengah bandar New York!


Bangunan Consulate General of Malaysia. Alhamdulillah, sampai akhirnya!


Tak ramai orang pun


Safiyyah yang mengantuk bergolek atas lantai :p. Mujur masa ni takde orang. Tapi dia tak tidur pun. Bergolek-golek sekejap pastu bangun balik :D


Bukan main susah lagi nak ambil cap jari Shakir sebab dia genggam tangannya. Tak berjaya pun ambil cap jarinya macam tu. Baringkan atas meja pastu baru boleh ambil cap jari Shakir. Tu pun susah jugak. Kuat betul genggaman tangannya. Buat kasar-kasar takut terpatah pulak jari Shakir..huhu..


Tidur berdiri akhirnya ^_^


Yay...pasport Shakir dah siap! Dah boleh balik Malaysia ni! Ada sesiapa nak sponsor tiket flight? :p
Sepatutnya pukul 2 petang baru boleh ambil pasport ni tapi staf tu siapkan cepat..sebelum pukul 1 petang dah siap dah. Alhamdulillah..tak payah tunggu lama


Sijil kelahiran Shakir pun dah siap! Ni la tujuan utama kami ke New York City. Daftar dan buat pasport Malaysia untuk Shakir. Secara rasminya, Shakir dah jadi warganegara Malaysia yang sah ;)


Gerai bergerak. Tu salah satu gerai yang jual makanan halal tapi kami tak beli makanan di situ, kami ke restoran halal...senang, ada tempat duduk sekali


Kami makan di Lebanese Cuisine. Tak jauh dari bangunan Consulate tu. Makanannya ok-ok je


Pemandangan sekitar New York City. Jalan jammed. Bingit dengan bunyi hon yang bersahut-sahutan. Lautan manusia bersesak-sesak. Pencemaran. Kotor. Cukup untuk membuatkan kami tak suka dengan New York City


Pastu kami ke bangunan Chrysler (The Chrysler Building)...bangunan pencakar langit berwarna putih tu


Dari situ kami terus naik teksi ke Battery Park, nak naik bot ke Statue of Liberty. Teksi punya la berlambak kat situ tapi susah nak dapat. Sentiasa ada penumpang. Kalau ada yang kosong pulak...pemandunya tak nak ambil kami sebagai penumpang. Menambahkan satu lagi sebab kami tak suka New York City.


Battery Park. Sini pun ramai juga orang. Huhu..


Ingatnya nak naik bot Statue Cruises tu tapi tak jadi..jimat duit :p


Suami saya terjumpa pulak bot oren ni. Tak payah bayar sesen pun tapi takde la pergi depan-depan Statue of Liberty tu. Dah nama pun percuma...mana nak sama dengan Statue Cruises tu


Sebelum naik bot tu sempat lagi main benda ni. Berbunyi bila dipijak. Safiyyah cuba nak buat tapi tak berjaya :D


Pemandangan dari atas bot


Statue of Liberty. Dapat ambil gambar dari jauh pun jadi la..


Dah sampai terminal feri. Tunggu Feri sekali lagi, patah balik ke Battery Park

 
Ada akuarium besar dalam terminal feri ni


Tersengih saya tengok anjing 2 ekor yang terbaring tu. Anjing terlatih...disuruh baring, baring la


Kami ke Subway Station pulak. Menuju ke Times Square


Mujur ada lif! Senang nak turun!


Tapi...kami hadapi satu masalah lagi! Nak ke train kena turun ke tingkat bawah lagi. Masalahnya...takde lif untuk turun ke bawah lagi! Kena guna tangga. Aduhai...jenuh juga dengan 2 orang anak kecil, dengan stroller lagi..huhu..


Menakutkan la tempat tunggu train ni. Kotor pulak tu


New York City Subway. Bahagian dalamnya lebih kurang je macam komuter


Dah sampai di Times Square! Saje letak gambar double decker bus tu. Mulanya nak naik, boleh pusing-pusing sekitar New York City. Fikir sekali lagi...tak jadi pulak





Sini pun sama sesaknya. Sesak dengan kenderaan. Sesak dengan manusia. Bau asap rokok jangan kata la. Ramai yang merokok! Perempuan lelaki...sama je...ramai kaki rokok. Kesian kat anak-anak terhidu asap rokok jugak *sigh*


Lepas tu kami ingat nak jalan-jalan ke tempat lain pulak. Fikir punya fikir...kami batalkan je niat nak berjalan lagi. Dah terlalu letih. Hati pun dah rasa tak seronok. Takde apa yang menarik di New York City. Setakat bangunan tinggi-tinggi...kat KL pun berlambak cuma rekabentuk bangunan di New York City je mungkin lebih canggih lagi. Malah, tak keterlaluan jika saya katakan kesesakan di New York City jauh lebih teruk dari KL!


Terminal bas


Ni je perkara terpuji kat New York City. Beratur nak naik bas! Kagum pulak rasa sebab kat Malaysia takde situasi macam ni


Gate macam ni (belah kanan tu) boleh dijadikan contoh. Tertutup je. Jadinya takde la terhidu asap bas masa tunggu bas. Dari gate tu la kena beratur sampai ke dalam terminal


Ni tiada di Lincoln. Jammed! Gambar ni diambil dari dalam bas. Ni antara penyebab kami tak naik kereta ke New York City. Sebab lain...parking susah nak dapat, pemandu kebanyakannya bawak laju dan gila-gila. Jauh beza dengan di Lincoln


Kesimpulannya, kami memang tak suka New York City. Kalau nak dibandingkan New York City dengan Washington DC, saya lebih suka Washington DC lagi. Takde la serabut sangat macam New York City. Sakit kepala dibuatnya.

Kami sampai Capri Inn dalam pukul 7.45 petang. Malam tu tak ke mana-mana pun. Letih sangat. Letih badan. Letih otak.



Hari ke-10 (4 Jun 2011)
Check out dari Capri Inn lebih kurang jam 11 pagi dan terus menuju ke Ithaca, New York.


Di stesen minyak ternampak geng bermotosikal ni. Waktu macam ni je la nak nampak motor pun. Winter mana ada. Motor pun jenis besar-besar macam tu


I love New York! Err..excluding New York City :p


Safiyyah 'baca' buku berkaitan New York ^_^


Kami sampai di rumah kak Izzati di Ithaca lebih kurang jam 4 petang. Saya kenal kak Izzati sejak di USM lagi. Kenal gitu-gitu je pun. Tak pernah bersembang. Segan dengan kak Izzati yang masa tu PhD student tapi dengan tak malunya lepak-lepak kat lab kak Izzati :p. Kacau seorang lagi senior merangkap labmate kak Izzati yang saya panggil kak Chetty. Bila bosan takde kerja atau tengah mengantuk, mula la nak mengacau orang :p. Lab diorang di bangunan Kimia je pun..memang senang sangat la saya nak mengacau..hihi..

Walaupun saya student Kimia, saya kenal lebih ramai student Biologi (di USM dipanggil Kajihayat) berbanding student Kimia. Jodoh pun dengan student Biologi :p. Oh, sekarang ni kak Izzati tengah buat post-doc di Cornell University, Ithaca. Kagum dengan semangat belajar kak Izzati!

Sampai-sampai rumah kak Izzati terus diajak makan. Kan dah kata...pergi rumah orang asyik makan je kerjanya :p. Lepas makan dan bersembang-sembang sekejap, kami ke air terjun pulak. Dekat je dengan rumah kak Izzati..jalan kaki je pun.


Dari tepi jalan boleh nampak air terjun tu


Kami berempat


Kak Izzati dan abang Mat serta 3 orang permata hati (sorang lagi dalam perut ^_^)


Saya dan Shakir dengan kak Izzati dan Fafa, anak kak Izzati yang sulung


Cantik, kan? Lama dah tak tengok air terjun. Di Lincoln mana ada air terjun..huhu..


Safiyyah yang ceria ^_^


Shakir macam budak besar pulak dalam gambar ni


Super happy!


Gadis Melayu terakhir ^_^. Fafa dan Damia-yang-sangat-pemalu-tapi-suka-tersengih. Saya nak ambil gambar Damia tersengih tapi tak dapat..dia cepat-cepat lari dan peluk kakak dia..hihi..pemalu sungguh Damia ni. Tapi kalau orang ambil dan dukung dia..dia suka je. Bak kata suami saya...malu tapi mahu..hihi..


Kak Izzati ajak kami bermalam kat rumahnya, jadinya malam tu kami tidur di situ la :)


...bersambung..insyaAllah bahagian yang terakhir..





17 comments:

mimmie said...

lama tunggu akak update..hihihi...
finallay shakir dh jadi warganera malaysia ye...shakir makon chubby..safiyyah pulak makan cantik..

Unknown said...

comelnya syakir dgn saffiyah:) suka pic last 2beradek ceria tu:)

Chik Na said...

bila tengok gambar passport shakir, teringat gambar 1st passport Faiz... masa tu umur dia 50 hari.. gambar budak kecik tembam yang botak :)..

Nur-nba said...

Salam... Alahai seronoknya tengok gambar2 percutian Nadiah dengan anak2.. Comelnya Safiyah dan Shakir.. Kesian Safiyah sampai tidur sambil berdiri dan atas lantai.. Lama sangat ke tunggu giliran nak buat pasport tu?

radziah AR said...

mcm biasa, tidur safiyyah sambil berdiri...ngantuk betul tu..
teruk juga naik bas bw stroller...
kalau kzie, nak galas susu+air panas lg... penah naik genting bw 2 stroller, teruk nak mskkan dlm skylift tu, beg baju, beg susu, air panas... huhuhu...letih..belum kisah meragam...

Unknown said...

panjang entry ni :) penuh ngan gambar :) suka tgk safiyyah dan shakir :)

Teratak Hami said...

Salam Nadiah,

New York City tak best ye?? Ok terpaksa ler akak batalkan flight ke sana ... hehehe, main2 jer.

Tengok korang berjalan-jalan, akak pulak terasa letih. Tapi alhamdulillah Syakir dah jadik Malaysian.

Acik Erna said...

nadiah..senang nya safiyyah..berdiri pun boleh tidur..
memang ceria sayyah dan syakir..comel..suka tengok

ummi_ziz said...

Aisey, knp driver cab kt NYC mcm tu ehh? bsifat perkauman ke? huhu dh la ada plan nk ke sana(klu ada rezeki :D) klu gi US mmg suami sy nk bwk pg Ithaca jg, sbb dia pnh dok sana 4thn dulu masa FIL wat PhD kt Cornell Uni tu. Nmpk air terjun tu izu pon seronok, hii maklumla so far kt London ni pon tk jmp lg air terjun. Bestnya kluu dpt mandi-manda time summer ni. :)

BTW dh nmpk double chin Shakir, yay!;)

Ummi Hanie said...

jauhnyeee prjlnn k.nadiah n family ... luas pmndgn ... ;)

geram tgk bby shakir ;)

eB said...

safiyyah mmg suker tido berdiri yer? style g2 ;p

NM02 said...

salam kenal dari saya. singgah sini terus polo yu.. hehehe

bestnye tgk gambar2 yu tu..

nway, kalu sudi, nnt polo le ai plak eh..

*__*

Nida n' Hanafi said...

Jauh berjalan luas pandangan.. bertambah pengalaman :)

Nadiah Sidek said...

cikmimmie: hihi..part last entah bila pulak nak buat :p

nanakimie: ^_^

chik na: skrg faiz dah besar :D

k.nur: takde la lama sgt kak cuma sblm tu suami keluar gi fotostat..tu yg jadi lama

k.zie: nadiah pun dah memahami betapa susahnya naik bas dgn stroller. huhu..

huda: pjg sbb byk gambar ^_^

teratak hami: a'ah, NYC tak best..huhu..

Nadiah Sidek said...

k.erna: safiyyah mcm2 gaya dia boleh tidur..hihi..

ishamizu: NYC tak best! tak tau la kalau izu suka. tapi ithaca best! walaupun kawasan kampung..lagi best dr NYC

hanie: sementara ada kat sini hanie..boleh la nak jalan2 :)

eb: a'ah..safiyyah suka tidur berdiri..hihi..

NM02: tq sudi follow! :)

k.nida: betul tu! ;)

NzA said...

akak baca pn dh rasa tramat penat...dgn bawa baby lagi....apa pn enjoy...

farish izaryl @izreez said...

Takbest ke tgok oh my english nyc trip cmbest lak huhu