Pages

Wednesday, October 5, 2011

6 Syawal: Beraya di Omaha

Syawal dah seminggu melabuhkan tirai tapi saya belum habis lagi cerita memori Syawal di sini. Lebih seminggu juga la saya tak update blog. Dah jadi malas balik nak kemas kini blog. Isk. Layan je la cerita basi ni ye. Lepas ni insyaAllah ada banyak lagi cerita basi akan menyusul :p


6 Syawal 1432 H
Hampir tengahari kami bertolak ke Omaha. Ke rumah kak Arfah sekeluarga. Pertama kali ke rumah kak Arfah. Pertama kali juga beraya di Omaha. Melalui kak Ellie, kami kenal dengan keluarga Malaysia lainnya terutama Melayu di Omaha termasuklah kak Arfah. Di rumah kak Arfah dapat kenal dan jumpa sebuah lagi keluarga Melayu yang menetap di Omaha; kak Kamisah sekeluarga.






Shakir berbaju Melayu coklat pemberian Cik Yah; salah seorang mak sedara Shakir. 2 pasang baju Melayu la Shakir dapat tahun ni ;)




Baju kurung yang Safiyyah pakai ni pun pemberian Cik Yah. Sedondon la Safiyyah dengan Shakir. Ummi dan papa je warna lain-lain..pakai baju yang lepas-lepas :D




Dah kenyang, bergambar di belakang rumah kak Arfah pula. Sempat lagi ambil gambar bunga :D


Shakir dengan kak Arfah dan suaminya; Michael. Anak kak Arfah ketiga-tiganya hero ;)


Belah kanan tu kak Kamisah. Berbaju hijau yang dukung Shakir tu suami kak Kamisah...err..lupa pula namanya


Ni Emma; anak dara kak Kamisah. Comel sangat!


Bergambar kenangan beramai-ramai di depan rumah kak Arfah (gambar ni dari kamera Irfan)


Balik dari Omaha, kami singgah ke rumah Ain dan Fatin. Tak dirancang pun ni. Dalam perjalanan menghantar Ain yang naik kereta sekali dengan kami pulang ke rumah, tiba-tiba je muncul idea beraya di rumah mereka berdua :p


Ain dan Fatin terpaksa masak untuk kami; tetamu yang tak diundang..hihi..


Shakir dah bersalin baju tidur dah. Safiyyah pula macam patung. Kadang-kadang memang dia suka buat aksi patung macam tu :D


Ain masak spaghetti goreng. Fatin pulak buat tortillas. Kerepek-kerepek Ain tu kami yang rasmikan..hihi..


Si kenit tu pun pandai tengok TV. Isy, isy..


Keesokan harinya kami beraya di rumah Roz pula tapi tak ambil gambar pun sebab kami lambat sampai...semua orang dah balik. Dah lewat petang baru dapat ke rumah Roz...suami saya ke ladang dari pagi walaupun di US cuti umum Isnin tu..uhuhu..


Nota: Cerita Syawal masih belum berakhir lagi :p



19 comments:

Asmara said...

kawan2 la jadi saudara mara bila berada di perantauan ni kan! seronok la budak2 dapat berkawan. :D

eB said...

suker tgk bangsa2 len nih berbaju melayu :)

dinor's family said...

comel2 belaka...meriah gitu...

Teratak Hami said...

Kekadang terfikir jugak, macam mana mat2 salleh ni boleh kawen dgn Malaysian kan? :-)

yatie chomeyl said...

comelnya Emma tu, eh Safiyyah pun comel gile jugak hehehe

mimmie said...

meriahh...

Acik Erna said...

Nadiah..mesti seronok bila jumpa rakan dari malaysia kan.seronok jugak beraya dirantau ye,,tetap meriah.
ack suka tengok gambar syakir kacau kak long tidur tu..comel je..

h4ni3 said...

comelnya emma
tapi safiyyah dgn shakir lagi comel bila berbaju sedondon :)

Aleyn said...

Comelnyer Shakir...geramlah tengok pipi dia....dah sama besar ngan pipi Safiyyah..hehehe...geram...geram

Affieza said...

Meriah juga beraya di perantauan ni kan kak???hehe...

Myra Jay said...

Anak kak Kamsiah tu nampak cam awek Minah Saleh.. :)

Memang ikut papanya :)

NM02 said...

cute berbaju melayu. hehehe

Unknown said...

comelnya si Emma tu.. bapa dia mat saleh yer.. ;)

Ummi Salsabila said...

geram dgn safiyyah n shakir!
Eh,citer raya sy pun terbantut.bolehlah sambung sbb akak pun citer raya lg..Hehe.

ummi_ziz said...

Cute sguh 2 beradik pki bju kaler sedondon tuh. Btuah ada yg sponsor bju raya, zafri tade bju mly pon..shakir ada 2 bj mly ye ;) nway meriah jg raya di perantauan ni kan..sy pun sbnrnya tk update2 lg citer raya n openhouse..tp mcm dh tk smpt je :D

Nadiah Sidek said...

asmara: yup :)

eb: bangga, kan?

dinor's family: raya tahun ni memang meriah ;)

teratak hami: jadi student bergaul dengan international :)

yatie: emma comel ala omputih...safiyyah comel ala cina :D

Nadiah Sidek said...

cikmimmie: ;)

kak erna: memang seronok jumpa malaysian..dah berkumpul ramai2 tak terasa macam kat oversea :)

h4ni3: rezeki diorang dapat sedondon lagi

aleyn: pipi shakir baru nak naik :)

affieza: meriah sebab makin ramai kat sini ;)

Nadiah Sidek said...

MJ: memang anak mat salleh pun. melayu campur mat salleh ;)

NM02: ;)

kakyong: a'ah, ayahnya mat salleh ;)

ummi salsabila: sambung la..nanti akak nak sambung gak cerita raya waalupun dah basi. heee~

izu: ada masa nanti update la. takpe basi pun..saya nak baca ;)

CatlinaFly said...

heheheeh safiyyah buat aksi patung? comelnye!