Pages

Monday, December 12, 2011

Short Film - Tomato




Saya suka video ni! Pertamanya, mesejnya yang bagus. Keduanya, ada bahagian dalam cerita ni membuatkan saya mengimbau beberapa kenangan manis saya bersama sahabat-sahabat saya di alam kampus dahulu.

Saya tak nak ulas jalan ceritanya. Kalian boleh tengok sendiri dan fahami sendiri mesej yang ingin disampaikan. Cukup saya katakan, perkara sebegitu kerap kali terjadi terutama dalam kalangan keluarga sendiri. Saya juga tidak terkecuali melakukan kesilapan yang sama. Kena lebih banyak muhasabah diri.

Saya tertarik dengan bab makan dalam talam/dulang dalam cerita tu. Benar-benar menggamit memori. Seingat saya, saya mula 'diperkenalkan' makan dalam talam ketika saya di alam sekolah menengah. Kurang ingat pula saya sama ada di tingkatan 3 atau tingkatan 4. Waktu itu saya mengikuti kursus motivasi. Lupa pula saya siapa penganjurnya.

Dalam program tu, setiap kali waktu makan, memang kami akan makan dalam talam. Satu talam berkongsi 5-6 orang. Mulanya terasa geli. Al-maklumlah, itulah kali pertama makan dalam talam beramai-ramai. Tapi lama-lama seronok pula ^_^. Talam licin. Tiada pembaziran.

Itulah kali pertama dan itu juga kali terakhir saya makan dalam talam sehinggalah saya menjejakkan kaki ke alam kampus. Seingat saya, kali pertama saya makan dalam talam di kampus adalah di masjid dalam bulan Ramadhan. Selepas tu dah tak terkira dah berapa kali saya makan dalam talam secara berjemaah ^_^. Anehnya, walaupun makanan dalam talam sikit, ia cukup untuk membuatkan semua orang kenyang. Mungkin ada keberkatan di situ.

Di penghujung cerita ada satu perkara yang membuatkan saya rindukan sesuatu. Rindu makan bersuap dengan sahabat-sahabat saya. Dah jadi lumrah bagi kami makan bersuap setiap kali makan dalam talam. Mula-mula belajar makan bersuap pun saya geli juga..hihi. Saya kira itu perasaan biasa yang semua orang alami ketika baru belajar makan bersuap sesama sahabat/kawan (sejantina ye!).

Rasanya makan bersuap hanya lumrah bagi sesama wanita tapi janggal bagi sesama lelaki macam video tu. Biasa la, wanita kan kaya dengan emosi dan perasaan ;). Lelaki sifatnya lain. Tu pun dalam video tu suap guna sudu je. Kalau disuap kawannya dengan tangan, saya cukup yakin 'pelakon' tu geli nak buat..hihi..



Nota 1: Saya menaruh harapan tinggi agar cerita sebegini diterbitkan dan ditayang di kaca TV suatu hari nanti

Nota 2: Sekalung tahniah buat semua yang menjayakan video ni. Semoga Allah memberkati usaha mereka

Nota 3: Video ni bukan sahaja berjaya mengganit memori tapi juga membuatkan air mata saya menitis :p



17 comments:

HuMayRah HaYatI said...

K yati pun suka jugak cerita tu..betul...k yati pun bersetuju sgt2 dgn Nadiah...skrg ni kita ketandusan cerita sebegini...

Nadiah...yang ni blog address k yati yang baru yer...
http://diarihidupku11.blogspot.com/

Izan Ishak said...

jarang sgt dah cerita yg sarat mesej macam ni kat tv... i like this short film!

k.izan pun kenal makan dlm talam ramai2 masa skolah form 4&5. Masa tu mmg rasa seronok sgt dpt makan ramai2. kenyang pun kenyang. kalau hari jumaar dpt makan nasi ayam sgtlah best!!!! betul2 menggamit memoriku....

Najwa.H said...

tengok sampai habis.....sedih pulak rasanya. teringat zaman2 indah dgn kawan2....

lina said...

salam nadiah - Touching...kita sebagai ibubapa wajib mengajar anak2 kita mengikuti sunnah rasullullah...dan juga mengajar anak2 kita perasan mahabbah pada rasullulah...yg mana kini makin dilupakan oleh generasi baru...dgn memakan secara begini perasaan berkasih syg akn wujud dengan sendirinya...Kuasa ALLAH. Dulu pun kak lina pun sama rasa jeli nak makan...tp kita silap rupa nya. Byk sgt nikmat /hikmah yg kita tidak ketahui disebalik makan dlm dulang. Terima kasih nadiah share video yg sgt berguna ini.

hasnisyakila said...

banyak pengajaran video tu...

susah nak cari sahabt macam mazlan, at least dia tahu mana salah dia dan tak egois untuk mealafazkan kata maaf...

dah lama judak tak makan dalam dulang...;(

mirah said...

ya betul tu. makan dalam talam ni biar sket tp semua kenyang. Berkat kan. Rindu pada sahabat-sahabat juga.

Btw, khadijah pun suka makan dalam talam. Kena cari dulang bulat ni makan sama-sama kat rumah.. :)

Nida said...

olorrr... airmata akak turut bergenang.. teringat kisah silam.. uwaaaa.. nak jadi pelajar semula..:)

Teratak Hami said...

touching, touching ... dan very nice ending !!!

Unknown said...

internet slow.. kena dl vidoe nih...

tersentuh hati bila hadiah cerita pasal makan dlm talam/berjemaah ni.. tu la yg cuba kakyong terapkan pada anak2.. kdg2 depa bersuap juga sesama sendiri... yg penting, ikatan hati tu..

apa2 pun nanti nak kena dl dulu baru dpt tgk laju sikit video ni..

inisuha said...

kan, bila tgk makan dalam talam teringat zaman di kmph dulu,buka puasa kat masjid makan dlm talam, makan je dgn sape2, then makes friends dgn org yg makan se-talam dgn kita.

Affieza said...

Nothing is precious but friendship...

So Shy Lady (SSL) said...

sweetnya. mnahan kmrhn n bmaafn wlaupun adakalanya sukar tp kna blaja lakukn nya

mane bdk safiyyah neh nk tngok skit ;D

Nadiah Sidek said...

k.yati: cerita hantu banyak la kak yati :p

najwa: sama la..teringat kenangan-kenangan dulu

k.lina: mula-mula memang rasa geli sebab tak biasa :)

hasnisyakila: betul tu

k.mirah: nadiah pun rasa sebab berkat..tu yang kenyang walaupun sikit

k.nida: nadiah pun nak jadi pelajar semula! tapi dah malas nak study..macam mana tu? :p

Nadiah Sidek said...

teratak hami: yup :)

kakyong: nanti tengok la kakyong..sangat bermakna video ni

inisuha: a'ah, salah satu cara tambah kenalan, kan? :)

affieza: quite true :)

so shy lady: benda yang baik selalu susah nak buat, kan?

Mengkuang berduri said...

tersentuh tgk Tomato ni...

Asmara said...

touching... hukhuk..

Unknown said...

Hehe, ingatkan dia nak masak tomato goreng. :D