Perkelahan kali ni dibuat di Oak Lake Park, lebih kurang 10 minit perjalanan dari rumah kami menaiki kereta. Sampai je, terus nampak taman permainan yang cantik. Haruslah bagi anak-anak main dulu kalau tak nak mereka mengamuk.
Safiyyah la yang paling suka dan seronok. Macam-macam permainan yang dicubanya. Paling dia suka, gelongsor kuning tu.
Kak long main, Shakir pun nak main juga!
Yang berbumbung tu tempat perempuan. Yang lelaki duduk di bawah pokok sahaja.
Bahagian muslimin.
Bahagian muslimat.
Safiyyah makan tembikai je. Itu pun cepat-cepat. Tak sabar dia nak ke tasik.
Solat Asar berjemaah.
Khusyuk Safiyyah memerhatikan api tu. Makin lama makin dekat dengan api tu. Berani sungguh. Kita yang risau. Api masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan tau Safiyyah. Tiba-tiba teringat kejadian kebakaran di Ames, Iowa tempohari.
Tersengih saya melihat gambar ni. Budak perempuan tu mulanya nak peluk dan cium Shakir tapi sebaik sahaja ternampak saya dan suami memerhatikan gelagatnya, terus dia malu-malu dan tak jadi peluk Shakir..hihi..
Selain kami sekeluarga, 2 orang bujang; Fido dan Alif Sophian turut serta juga dalam program ni. Kami ni wakil dari Malaysia la kiranya :p.
Bawah ni antara pemandangan sekitar Oak Lake Park yang sempat saya ambil. Pada saya, Oak Lake Park ni ada keunikan tersendiri. Cantik di mata saya. Suasananya sungguh mendamaikan.
11 comments:
cun punya gelonggor mcm kt theme park je
Salam nadiah,
cantik tempat ni....
safiyyah... a beauty with a brave heart!
Lawa nyer Tempat tue
Even berlain warna Kulit & bahasa
Tapi agama yg menyatukan kiter alhamdulliah
Lawa nyer Tempat tue
Even berlain warna Kulit & bahasa
Tapi agama yg menyatukan kiter alhamdulliah
tasik tu cantik la...klu wat photoshoot best...:)
subhanallah. cantik tasik tu.
seronoknye si safiyya kan..ramai kwn2..hehe..
subhanallah!
tasek yg tenang..
jemaah atas pdg..
mmg pemandangan yg mengasyikkan
Memang seronok kalau budak-budak dapat pergi taman permainan Nadiah..
Subahanallah sungguh mendamaikan permandangan itu Nadiah...
Akak mohon copy paste yer !
Bestnya playground macam tu. Org tua pun teruja tengok.
Cantik view kat tasik tu.
gambar sunset tu cantik snagat :)
Post a Comment