"melihat dengan lebih dalam maksudnya..moms tak sekat anak2 untuk membuat apa saja yang memenuhi fitrah anak2..Siapa ada anak kecik pastinya sehari 5-6 kali mengemas kan..kan..tapi untuk kerja senang biarkan rumah bersepah dan malam sebelum tidur baru kemas...huhu bila kita tegah anak jangan sepah jangan itu ini. nanti menyekat2 apa yang anak nak buat.. biarkan saja anak BERGEMBIRA dengan kehidupan kanak-kanaknya... SUAMI pun kenalah jadi GOOD DAD..PLAY and ENJOY masa dengan anak..WHY NOT?? Bukan masalah besar rumah bersepah.. Messy kitchen dan dirty oven mungkin maksudnya kita memasak untuk anak dengan tangan kita sendiri..SATU KEPUASAN..kadang2 terpaksa dapur kotor sekejap sebab nak penuhkan keperluan anak..tambah yang BF kan2..bukan senang nak kemas dan dan tu juga lepas masak.. yess..rumah takkan kemas for the whole day..bila anak2 dah tidur barulah moms boleh start kemas dan bersihkan semua sebelum tidur.. GOOD DAD kenalah tolong juga.. Happy kid pastinya suka buat kotor"
Membaca kata-kata 'Good moms' tu ketika rumah dalam keadaan tunggang langgang, menenangkan sedikit rasa hati ni. Betul kata RULZA tu. Siapa yang ada anak kecil, berkali-kali kena kemas rumah dalam sehari. Kalau dapat anak yang tak tahu sepahkan rumah, seronok la. Sedap mata memandang tengok rumah kemas sepanjang hari.
Nak mengemas rumah makan masa tapi dalam masa beberapa minit je rumah boleh jadi macam tongkang pecah dikerjakan 2 beradik..huhu. Paling stress adalah waktu selepas saya memasak. Dapur belum sempat dikemas lagi. Tengok-tengok, keadaan di ruang tamu bersepah, lantai dan karpet melekit dikerjakan anak-anak (si kecil la biasanya mengerjakan lantai dan karpet). Belum dicampur lagi halnya di dalam bilik. Biasalah, jadi mak ni ada juga turun naiknya. Ada masa, memang boleh down tengok keadaan rumah yang bersepah. Saya ni pula, satu kelemahan saya, kalau tengah down, satu benda pun saya tak nak buat. Kalau boleh nak tidur je sepanjang hari sampai emosi stabil kembali (kalau boleh je la..huhu..).
Kadang-kadang membebel juga dengan anak-anak. Haha. Buang masa sungguh. Bukannya anak-anak faham. Ada masa, marah juga anak-anak tapi masing-masing buat muka tak bersalah :p. Tengah kita marah tu pula, ada je la keletah yang mencuit hati. Hilang terus rasa marah tu. Tergelak tengok gelagat mereka. Rumah yang bersepah pun boleh jadi 'tak nampak' melihat keceriaan anak-anak. Benarlah kata orang, anak ni penawar hati.
Biasa saya dengar keluhan ibu-ibu yang ada anak kecil, rumah selalu bersepah tapi selalunya saya tetap rasa rumah saya seorang je yang bersepah. Tak pasal-pasal jadi stress :(. Adakalanya, saya mengadu juga dengan mak waktu bersembang di Skype perihal rumah yang bersepah dikerjakan anak-anak. Mak saya gelak je. "Biasalah tu...budak-budak besar tu macam tu la."
Saya teringat kata-kata suami saya pada seorang kenalannya, "Dulu pelik tengok rumah kakak bersepah. Duk fikir kakak aku ni malas ke? Hmm..sekarang ni dah ada anak sendiri barulah faham." ^_^
Ada masanya juga mula la fikir benda-benda yang tak logik. Seronoknya kalau ada magic wand. Tak payah susah-susah kemas rumah. Acu je magic wand pada barang bersepah...ting! Dah kemas semula dah barang-barang tu. Acu pada pinggan mangkuk yang memenuhi sinki...ting! Dah siap cuci dan kering dah pun. Haih, memang mengarut >_<.
Satu lagi kata-kata penyejuk hati.
Nota:
Jarang saya meluah perasaan di blog. Emosi tak berapa stabil hari ni. Air mata asyik nak mengalir je :(. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Eh, jangan ingat saya mengandung pula ye. Sebelum ni dah orang ingat saya mengandung. Mana dapat idea tu pun tak tahulah. Tak apalah, saya anggap ia sebagai doa :).
Nota 2:
Doakan saya agar dapat menjadi isteri yang solehah dan ummi yang mithali ye. Doakan juga agar saya menjadi seorang yang betul-betul penyabar menghadapi ragam anak-anak. Banyak lagi yang saya perlu pelajari sebagai seorang isteri dan juga ummi.
21 comments:
kita kecik2 dulu pun suka sepah2 rumah jugak smp Arwah Ma pening kepala. skrg ni, giliran kita pulak rasa pening tengok apa yg SN sepahkan hehehe
aSSALAMUALAIKUM
Saya ada kongsikan kata-kata itu dalam FB, kongsikan dengan Baba anak-anak!Suntikan saya tepat! SEcara halus, alhamdulillah. Dia memahami.:)
Salam Nadiah,'
Dulu masa bujang, dok impikan rumah yg kemas dan teratur apabila berkahwin. Balik kerja hati tenang..
Owhhh rupa2nya itu hanyalah angan2 yg tidak kesampaian.....
Nadiah tidak keseorangan....rasanya setiap rumah yg ada HAPPY KIDS mmg camni kot....
So lets be proud coz we have HAPPY KIDS at home....yeay!!!!
Kak Nadiah, masa kecik-kecik dulu selalu mengadu kat mama, kenapa la rumah kita ni semak, kitchen semak, bila orang nak datang rumah baru kemas sikit-sikit. Tak organize macam rumah orang lain. Dengan tenang mama bagitau, rumah kita semak sebab anak-anak duk main macam-macam, kitchen semak sebab mama sibuk masak macam-macam. Dan memang betul pun, kami adik-beradik selesa je duduk di rumah yang agak semak tu dan sangat happy waktu makan kat kitchen yang semak tu. Sampai dah ada rumah sendiri, rumah lama tu jugak yang dirindui. Tak kisahlah semak macam mana, tetap nak balik rumah mak ayah jugak ;p
p/s: dengan anak seorang ni pun jenuh mengemas, tapi macam tulah jugak jadi akhirnya. jadi dah tanam dalam minda yang rumah yang semak ada happy kids. jadilah takde la tension sangat kalau rumah semak
tp kira boleh dimaafkan la kalu umah bersepah krn bdk kecik.bla org dtg, org pon fhm.kalu umah bersepah sbb x de bdk kecik, tu yg buat org x fhm.. hehehe
hihi tq tq..
cakap pasal menangis masa mengandung saya masa anak sulung memang kuat menangis..benda2 kecik pun menangis2..:)tengok movie pun nangis cam ape..
memang hormon jadi tak berapa betul kot..
gamaknya ada ramai gak camtu kot..tu yang buleh keluar idea tu kot..:)
masa anak kedua ok je..
Antara dugaan akak time mengandung ni. Penat berleterkan anak2. Dorang boleh tolong buat kerja rumah tapi setiap kali kena suruh. Letih dan boleh hilang sabar!!! Tapi tanpa mereka seketika pun, memang terasa kesunyiannya.
hehehehe jgn marah2 kak nadiah...nti safiyyah tolong akak kemas umah ye.. ;p
saya jenis yg takleh tgk semak2
pantang btul!
tp tu la, bile dah ada anak,
redho je la...hihihi
tp saya buat peraturan sket ngan zakwan
lepas dah semak2,
die kene kemas balik
selagi tak kemas,
die takleh tgk tv @ buat apa2 yg lain, hhihi
secara tak langsung, die pun blaja utk berkemas.. =p
Sama-sama kita buat yang terbaik yer kak..Jadi isteri, ummi ni..padanya ada dugaan yang tak terluah dengan kata2...dilemma yang tak sudah2...dan banyakkk air mata sama ada secara terangan atau tersembunyi...
sebab tu Allah permudahkan perempuan masuk syurga, 'just' jaga solat, puasa, suami, anak..
Tapi hakikatnya, hanya kita yang memahami..
Semoga dikuatkan Allah...
^__^
hehe.... memang rumah akan bersepah..
saya anak sulung dan memang masih ingat dulu masa nak membesar rumah akan bersepah je.. baru je kemas ruang tamu, nak masak kat dapur.. tak sampai 5 minit kita orang adik beradik dah bersepahkan kawasan tuh.. mak kat dapur dah pening pale balik.. haha...
tak masuk lagi bila dah ada anak ramai.. semua nama anak akan dipanggil, padahal nak panggil sorang je.. nama yang terakhir baru betul.. haha...
akak ada 2 anak.. nnti kot ada 5 or sampai 8.. semua nama, lapan-lapan panggil... hehehee
Kalau cerita pasal kerenah anak2 yg nak membesar ni mmg stress.tapi tu lar cepat2 isthigfar...^___^.hehe..cepat2 muahasabah diri, betapa bersyukur anak2 sihat dan cergas..(kalo tak buat camni harus lari umah...ekekekek)
kat rumah papa mifz pun samo jer...Mifz raja buat sepah...hehe
masa kecik mcm anak2 nadiah lain ragamnya. dah besar sikit mcm anak2 akak lain pulak halnya. Selagi bernama seorang ibu kita akan melalui byk fasa dlm membesarkan anak-anak. Akak yg anak 3 ni adakala rasa mcm anak 6 eheehe..Semoga kita sama-sama tabah & redha dgn rezeki & ujian allah ini. Yang penting jugak kita sebagai isteri & ibu kena sihat fizikal & emosi sbb kita tunggak penting dlm keluarga. Oooo...panjanglah pulak komen akak arini. Sekadar berkongsi pendapat aje :-)
slm nadiah..insyaallah..nadiah akan jdi ibu dn isteri yang dirahmati dan diredhoi..
cabaran membesarkn anak2 macam tu la..rumah berseph memang biasa terjadi..
bila anak2 dah besar nanti bersepah dengan kain baju pulak..main gantung je..tak kan habis tu semua..cuma kita la yang kena bersabar walau sesekali berleter jugak..
moga akak tabah dan kuat utk menjadi isteri dan ummi yg terbaik...
mcm mana kiter sepah ituew la yg mak kiter bising dulu now our turn nak pening tgk umah plak hikhik...rasanyer semua org kena situasi mcm ni...x semak tue x di namakan ada anak la...
x salah luahkan sesuatu dlm belog sekurang2 nyer hati lega sket @.@
kalau fikir rumah bersepah dan anak2 buat muka biasa je bila kita membebel tu semua orang melaluinya kot nadiah. Akak ni pun sama, kadang tu mmg pejam mata je, tp kat ruang tamu utama akak mmg tak kasi mereka jejak dan main...huhu. Kejam je rasa, tp bilik mereka ruang tamu kedua, suka hati korang lah nak buat apa. Bila tak larat nak kemas, tutup mata je...huhu
Huhuhu sedih kita sama Nadiah..
akak juga mengalami stress bila rumah bersepah..... tapi kita perlu tabah menghadapinya.. bukan senang utk membina keluarga bahagia.. :)
sangat suka kata2 penyejuk itu...really need it rite now...
rasanya mana2 ibu yg ada anak2 kecik ni mmg bersepahlah rumah. benda yg tak boleh elak. dan macam k.izan ni... bila ada anak2 yg dah besar dan boleh dgr arahan... kenalah bagitahu kemas tiap kali lepas main... bebel tetap bebel. tapi sampai satu tahap dah malas nak bebel... biar jelah. tak kuasa nak marah2 lagi...
Post a Comment