Pages

Sunday, September 30, 2012

Garlic and Herb Potato Wedges

Apabila stok kentang terlalu banyak di rumah, inilah salah satu cara untuk menghabiskannya...


Senang sangat nak buatnya (saya kan memang suka resipi yang mudah-mudah ^_^). Yang penting sedap dan anak-anak suka. Selamat mencuba!


Garlic and Herb Potato Wedges
AmericanFood


Ingredients:

    4 medium russet potatoes, scrubbed and rinsed
    3 tablespoons olive oil (saya guna corn oil, olive oil habis)
    4 cloves garlic, minced and mashed against the cutting board with the flat of a knife
    1/2 teaspoon dried rosemary, crushed fine (tak letak)
    1/2 teaspoon dried oregano
    1/2 teaspoon dried thyme
    1/2 teaspoon paprika (ganti dengan chilli powder)
    1/2 teaspoon freshly ground black pepper
    1 teaspoon salt

Preparation:

  1. Preheat oven to 425 degrees F.
  2. Cut each potato in half lengthwise. Cut each half, lengthwise, into 4 equally sized wedges. Add the potato wedges to a large mixing bowl with the rest of the ingredients. Toss meticulously to coat the potatoes evenly.
  3. Line a sheet pan with foil. Place the potato wedges, skin side down, on the foil. Be sure to space evenly, so they cook uniformly. Bake for 35 minutes, or until well browned, crusty edged, and tender. Serve immediately, sprinkled with more salt if desired. 


Wednesday, September 26, 2012

Hukum berkaitan kanak-kanak

Ilmu yang sangat penting untuk ibubapa khususnya.




Perkara-perkara yang dihuraikan melibatkan:


  1. Air liur / Muntah.
  2. Air Kencing.
  3. Khitan.
  4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
  5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.



Monday, September 24, 2012

Rotary Strolling Garden & Hamann Rose Garden

Ini sebenarnya entri kesinambungan Hamann Rose Garden. Sengaja dibuat dalam entri berasingan. Lagipun, entri tu dah terlalu sarat dengan gambar. Entri ni pun lebih banyak gambar daripada tulisan :). Rotary Strolling Garden betul-betul bersebelahan Hamann Rose Garden. Kecil je kedua-dua taman ni tapi nampak luas sebab tak ada sempadan antara keduanya.

Masa kami pergi ni cuaca tak terik tapi tersangatlah panasnya. Semata-mata nak ambil gambar, rela berpanas.










Dalam entri Hamann Rose Garden tu, tak ada sekeping pun gambar Shakir. Saya turun berdua dengan Safiyyah je mulanya. Shakir lena dalam kereta ditemani papanya. Ni muka baru bangun tidur la ni. Panas sangat agaknya, tu yang cepat je Shakir terjaga. Pipi pun kemerahan.



Bicentennial Cascade Fountain - nama air pancut tu. 


Daffodil! Dalam banyak-banyak bunga (selain bunga ros), saya hanya tahu nama bunga ni je ^_^. Bunga-bunga lain ada yang pernah saya tahu namanya tapi dah tak ingat.


 Dah masuk ke Hamann Rose Garden semula.






 








Sunday, September 23, 2012

Ziarah yang bermakna


Terharu melihat gambar ni di Facebook kenalan kami sekeluarga. Gambar berkenaan diambil di rumah mertua saya di Temalir, Kuala Krai. Tetamu yang datang berkunjung tu asalnya hanya kami kenali melalui Facebook sahaja. Allah izin, daripada perkenalan di alam maya, akhirnya dapat juga kami bersua muka di alam nyata.

Walaupun kami sama-sama warganegara Malaysia, pertemuan pertama kami Allah atur di bumi Amerika Syarikat. Lebih tepat lagi, di Fort Collins, Colorado. Yang menariknya, Abang Rozi (saya dan suami panggilnya Abe Jie) dan suami saya sama-sama anak jati Kuala Krai. Di Kuala Krai, masing-masing tak pernah kenal pun. Tak sangka boleh kenal di Amerika Syarikat ni.

Abe Jie sekeluarga dah pun pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas setelah berjaya menggenggam ijazah PhD di sini. Sewaktu Abe Jie sekeluarga masih di Fort Collins, sudah beberapa kali kami ke rumah mereka dan mereka juga telah beberapa kali menziarahi kami di Lincoln ni. Entah kenapa kami cukup suka ke rumah Abe Jie sekeluarga.

Jumaat lepas, Abe Jie hantar SMS pada suami saya. Katanya, dia dan keluarganya berada di Kg Temalir dan nak singgah ke rumah keluarga suami saya. Ingatkan Abe Jie bergurau, rupanya memang sungguh dia nak ke sana untuk berjumpa dan mengenali kedua-dua orang tua suami saya.

Ziarah mereka ke sana amat bermakna bagi kami. Terserlah keikhlasan mereka dalam menjalinkan ukhuwwah. Walaupun kami tiada di sana, tetap juga mereka datang berkunjung.

InsyaAllah, pulang ke Malaysia nanti giliran kami pula menziarahi Abe Jie sekeluarga. Semoga ukhuwwah yang terbina ini berkekalan sehingga ke akhirnya, bukan setakat di dunia tapi sehingga ke negeri abadi kelak. Semoga Allah himpunkan kami semua di syurgaNya..ameen..



Thursday, September 20, 2012

Mummy, mm, mama

Kisah pertama

Sedang si ummi berdiri, tiba-tiba anak yang sulung menerpa dan memeluk umminya.

"Mummy!" Laju sahaja perkataan mummy keluar dari mulut si sulung.

"Mummy?? Ummi la...bukan mummy", sambil tergelak, si ummi menerangkan.


Kisah kedua

Di saat si ummi melayan anak yang kedua yang baru berusia 18 bulan...si ummi mengambil peluang bersembang dengannya.

"Macam mana sebut papa?"

"Ba-ba!" Sebut si anak tadi.

"Good job!" Si ummi memuji walaupun menyedari sebutan anaknya tidak tepat. Pada si ummi, itu sudah cukup bagus bagi anak yang baru berusia 18 bulan yang baru hendak belajar bertutur.

"Macam mana sebut ummi?" Sambung si ummi lagi.

Spontan, si anak menyebut, "Mm".

"Mm je?" Ujar si ummi pula sambil tergelak kecil.


Kisah ketiga

Beberapa hari berikutnya, si ummi minta sekali lagi anak yang kedua menyebut ummi.

"Sebut ummi, sayang. Um-mi. Macam mana sebut ummi?"

"Ma-ma", dengan yakin si anak menyebut.

"La...mama pula perginya. Ummi suruh sebut ummi la".




Hari-hari bahasakan diri sebagai ummi. Alih-alih, lain pula yang disebut anak-anak. Dah la seorang sebut mummy, seorang lagi pula sebut mama. Safiyyah bukannya tak boleh sebut ummi (sebutannya: omi ^_^) tapi mummy atau mom yang lebih dia suka menyebutnya. Setiap kali tu la kena beritahu padanya, bukan mummy...ummi. Jangan lekat sampai ke besar sudahlah ye Safiyyah. Segan ummi anak-anak panggil mummy ;).


Wednesday, September 19, 2012

WW: Sebelum dan selepas

#1

Sebelum



Selepas




#2

Sebelum



Selepas




Monday, September 17, 2012

Hamann Rose Garden

Gambar-gambar ni diambil pada hujung bulan Mei. Baru teringat nak kongsikan di sini :).




















Ada juga bunga-bunga lain selain ros di sini.