Pages

Thursday, February 14, 2013

Impian saat pulang ke Malaysia

Kurang dari setahun kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia, insyaAllah. Dalam pada rasa tak sabar nak balik, perasaan sedih tetap juga mengiringi. Adatlah tu. Seronok macam mana pun di tempat orang, manakan sama di tempat sendiri :). Oh, saya dah mula memasang impian (lebih kepada perancangan, mungkin?) yang nak dibuat saat pulang ke Malaysia nanti! ^_^


Tautan ukhuwwah
Balik nanti insyaAllah nak jumpa semula sahabat handai di Malaysia terutama yang sekampus. Rindu! Belek-belek gambar lama, terkenang kembali saat-saat bersama suatu ketika dahulu. Ada masa sampai termimpi-mimpikan mereka. Sekarang ni majoriti dah berumah tangga dan ramai juga dah beranak-pinak. Adik-adik junior pun sama. Nasib baik belum ada yang dah bercucu :p. Harap sangat dapat ziarah mereka. Kalau boleh, sebulan sekali nak buat aktiviti ziarah. Moga Allah lapangkan masa kami untuk ziarah sahabat-sahabat kami. Saudara-mara tak perlu sebutlah...itu semestinya wajib diziarah :).


Kelas kek
Teringin sangat nak pergi kelas kek! Buat kek insyaAllah saya boleh buat tapi nak menjadikan kek cantik...alahai...failed! Tengok kawan-kawan yang dah pergi kelas kek, banyak sangat yang mereka dah perbaiki. Cantik sangat kek yang mereka buat. Tengok pun rasa sayang nak makan ^_^. Mana tahu, suatu hari nanti boleh buat bisnes kek kecil-kecilan dari rumah (berangan dulu siap-siap...hihi..). Harapnya suami izinkan saya menghadiri kelas kek nanti :).


Majlis ilmu
Ini lebih kepada program pengisian rohani. Rindu nak menghadiri majlis ilmu. Tengok atau dengar di media/internet tak sama dengan tengok dan dengar secara langsung. Majlis ilmu terbesar yang saya teringin nak pergi adalah Konvensyen Fiqh (K-Fiqh) dan Seminar Fiqh (S-Fiqh). Hebat ahli-ahli panelnya. Walaupun kami akan menetap di Pulau Pinang balik Malaysia nanti, mudah-mudahan Allah izin saya dan suami menyertai konvensyen yang dibuat di Kuala Lumpur nanti..ameen. Oh, teringin juga nak menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus! :)

Poster-KFIQHp-30Jan2013

Poster-KFIQH-Solat- 5 Feb 2013
Konvensyen dan Seminar Fiqh yang terdekat. Ada yang bakal pergi tak?


Program Dr. Azizan Osman
Ini satu lagi program yang saya teringin nak pergi...lebih kepada dunia bisnes. Saya jarang percaya dengan program-program sebegini. Selalu fikir negatif dulu :p. Yelah, selalunya program begini bukan murah bayarannya. Nak kena pilih yang betul-betul, barulah duit tak terbazir begitu sahaja. Ada beberapa orang kawan yang dah pergi program Dr. Azizan Osman...semuanya kata sangat berbaloi menyertainya. Kalau setakat testimoni orang lain, saya kurang percaya tapi kawan-kawan yang dah pergi tu memang sangat boleh dipercayai...itu yang membuatkan saya berkobar-kobar nak menyertainya juga. Nak berbisnes, perlu ada ilmu juga ;).



Apa pun, balik Malaysia nanti kena selesaikan dulu perkara yang lebih utama untuk diselesaikan. Rumah pun tak ada lagi...dah sibuk pasang impian macam-macam..hihi. Doakan impian/perancangan saya terlaksana ye! :)


18 comments:

nad said...

In shaa Allah, moga impian terlaksana...

radziah AR said...

...insyaallah....
nanti berjiranlah kita

Fazlinil Irma said...

yeayy.. duk penang. boleh ziarah nadiah nti. :)

Anonymous said...

insyallah ... mdah2 an tercapai impian.... amin...

Unknown said...

bestnye kak :) mcm2 impian kan..mudah2 an terlaksana satu persatu..insyaAllah

Unknown said...

meh la melawat min skali kat upm. Nnati da jadi org penang da payah nak jumpe..hehe.

Puan Ummi said...

assalamualaikum nadia
subhanallah, terlalu indahnya cita2 murni mu.semoga Allah mudahkan urusan ukhti sekeluarga.amin.

beberapa minggu lepas UAI dan Ustaz Haslin dtg Kuantan. ramai betul pnuh stadium. akak cuma tengok jauh je nak masuk kena naik tangga akak tak boleh naik tangga...

skuterlady.blogspot.my said...

mudah - mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar.

pusat sumber kmtph said...

kene berangan dulu baru jadi, hihi
moga segala impian dan perancangan Nadiah dpermudahkan oleh Allah swt...(",)

ishamizu said...

Amin..in shaa Allah. Klu impian dan niat kita baik in shaa Allah dimakbulkan..:)

Affieza said...

Wah...xlama dah nak balik Malaysia...moga semua impian akak tu tercapai

Affieza said...

Wah...xlama dah nak balik Malaysia...moga semua impian akak tu tercapai

Unknown said...

semoga segala perancangan menjadi kenyataan yer...amin...:)

Unknown said...

Penang nak duk kat mana?pulau ke tanah besar.....akak,kak rosfadillah,ustaz mahfuz,kak syura kami duk di butterworth dan kepala batas....

Unknown said...

Penang nak duk kat mana?pulau ke tanah besar.....akak,kak rosfadillah,ustaz mahfuz,kak syura kami duk di butterworth dan kepala batas....

as-Suhayl said...

blh la kak faten menjejak kasih kat penang tu... heheheh

Unknown said...

moga tercapai impian sis...insyaAllah:)

heee...rindu penang,2tahun study sana:)

nurbijen said...

Insya Allah, niat baik tu... harapnya semua dipermudahkan :)