Pages

Saturday, May 9, 2009

Sembur-sembur dan Percubaan pertama

Sekarang Safiyyah dah ada hobi baru...sembur air liur! Isy, isy, isy...comotnya la anak ummi duk main air liur. Entah mana dibelajarnya sembur-sembur air liur ni.




Oh ya, semalam mak ayah saya datang nak ambil kami dan barang-barang kami yang berlambak tu (akhirnya, barang-barang kami je yang balik ke Serdang. Kami terpaksa ditinggalkan balik sendiri gara-gara barang penuh sangat dalam van. Dah tak boleh nak duduk dah!). Saya pun cerita la pasal hobi baru Safiyyah pada mak saya.


"Safiyyah sekarang duk main sembur-sembur air liur lak. 'Bersembang' pun dah tak sangat sebab asyik sembur air liur je," beritahu saya pada mak.

"Budak kecik biasa la macam tu. Apa lagi mainan yang dia ada selain yang ada kat badan dia sendiri. Dia dah dapat benda baru (sembur air liur), takde la dia nak bersembang sangat dah," mak saya menerangkan.

"Tapi kalau budak selalu sembur air liur ni nanti rambut maknya akan gugur. Lagi banyak dia menyembur, lagi banyak la rambut gugur," mak saya menyambung lagi.

"Ye ke? Isy, tak percaya la. Mitos mana yang mak guna pakai ni?"


Kadang-kadang saya sendiri pun tak tahu mana satu mitos mana satu fakta. Sejak mengandung dulu banyak juga la ayat-ayat yang saya dengar dan banyak juga yang tak boleh diterima akal saya! Tak tahu nak percaya ke tak. Pening..pening..

Owh...Jumaat malam lepas, Safiyyah berjaya dalam percubaan pertamanya mengiring. Sebelum ni duk tertunggu-tunggu bila la dia nak mengiring. Berjaya juga akhirnya...yeay!



p/s: Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di luar sana! (ibu negeri, ibu roti, ibu jari, ibu kota dan yang seangkatannya tak termasuk ye! hehe). Happy Mother's Day!!!




6 comments:

daud.montak.zakaria said...

Saya dulu ada juga dengar ceramah, ustaz tu kata hari ibu tu ialah setiap hari kerana setiap hari kita mesti hormati dia, bukan setahun sekali....

Nadiah Sidek said...

yup, betul tu. hari2 mmg hari ibu. cuma pd pandangan saya, hari ibu yg khas dibuat bg meraikan ibu yg dh bersusah payah saban hari melayan karenah anak2 & segala urusan r/tangga

Maryam said...

mak cik nak main sembur jugak lah buleh? ;)
selamat hari ibu ummi kak nadiah sidek

Nadiah Sidek said...

buleh..buleh...silakn la makcik. hehe...

tq =)

layla_elyas said...

bab sembur menyembur tu kan akak..mak saya pun ada cakap..then baru saya realize..umah kejap je penuh ngan rambut kami suami isteri masa dzaatin tgh hebat menyembur..terasa sgt gugur tu..tp alhamdulillah rambut still cmtu je..xde tanda2 nak botak hehe..

Nadiah Sidek said...

layla: akk pun risau jd botak je..hehe..