"Cerita la pengalaman berpuasa kat sana."
Itu antara pertanyaan dan permintaan daripada kawan-kawan saya. Termenung juga saya dibuatnya. Tak tahu nak jawab macam mana. Ayat ini juga ada saya terima:
"Best tak puasa kat sana? Mesti takde pasar Ramadhan, kan? Hehe.."
"Ada," jawab saya.
"......dalam mimpi je la..." saya menyambung .
Sebetulnya saya tak tahu nak jawab apa bila ditanya soalan begitu. Selalunya saya hanya jawab "Biasa-biasa aje puasa kat sini."
Cumanya kat sini dapat la merasa puasa selama 14-15 jam . Tapi alhamdulillah la Ramadhan tahun ni bermula di penghujung musim summer. Sekarang ni pun dah masuk musim autumn...dah mula sejuk dah sekarang ni. Suhu paling tinggi pun 22 darjah celcius (paling rendah setakat ni 7 darjah celcius...sejuuuukkkk)...jadinya tak terasa sangat la waktu puasa tu panjang. Lagipun sekarang ni Subuh pun dah lewat sikit (5.39 berbanding masa summer dulu Subuh pukul 4.30 pagi) dan Maghrib masuk waktu pukul 7.56 malam (musim summer pukul 9 malam).
Waktu saya dan suami bersahur, Safiyyah pun sibuk nak bersahur juga . Dah seminggu puasa baru dia bangun awal-awal pagi time kami tengah bersahur. Seminggu mula puasa takde pulak dia terjaga. Mujur la dia tak meragam bila bangun pagi-pagi tu. Dapatlah ummi dan papanya makan dengan aman. Hopefully berterusan la macam tu sampai akhir Ramadhan .
Setiap kali Ramadhan mesti saya teringat kembali memori Ramadhan tahun-tahun sudah. Sejak saya 2nd year lagi saya akan berbuka di masjid USM. Masa 1st year tu malu-malu kucing lagi . Memang setiap tahun diadakan juadah berbuka di masjid tu dan saya antara yang tak ketinggalan. Seronok! Makan ramai-ramai pastu boleh terus solat Maghrib berlanjutan hingga tarawikh dan tadarus di masjid di samping menjimatkan duit sekali . Kadang-kadang makan dalam pinggan, kadang-kadang makan dalam talam/dulang. Bila makan dalam talam tu...antara aktiviti kami suap-menyuap la. Sape-sape yang tak biasa memang akan rasa malu-malu (macam saya dulu la..ehe..) tapi lepas tu rasa seronok pulak.
Masa saya 2nd year (ke 3rd year...gitu la..lupa lak), saya start tolong menghidang juadah berbuka kat masjid USM. Sejak tu saya terus jatuh hati nak menyibuk time menghidang . Entah kenapa rasa enjoy pulak. Part yang paling saya suka menyenduk nasi la! Adik-adik junior tahu sangat dah perangai saya yang satu ni. Saya pernah tolong sendukkan lauk, sayur dan kurma tapi menyenduk nasi jugak yang saya berkenan. Ada yang kata saya pilih nasi sebab tak nak tudung/baju kena percikan kuah tapi diorang tak tahu acapkali juga la tudung saya dihiasi dengan tompokan-tompokan minyak walaupun sekadar menyenduk nasi. Dan ramai juga tak tahu part menyenduk nasi tu la yang paling meletihkan. Sampai sakit-sakit tangan duk 'menggembur' nasi! Anehnya, saya tetap juga nak senduk nasi. Entahlah, saya rasa satu kepuasan di situ.
Merewang pulak boleh dibilang berapa kali je saya tolong. Rewang start dalam waktu tengahari kat dapur masjid. Selalunya staf dan ahli kariah masjid yang free la yang duk tolong rewang. Kalau saya free dan ada teman, saya pergi la tolong. Kalau tak, segan sikit sebab takde yang saya kenal kat situ (ini la yang dinamakan malu tak bertempat..huhu).
Itu la rutin saya setiap tahun di USM bila Ramadhan datang menjengah sampai la saya dah habis degree dan bekerja dengan Dr. Nasri. Tapi tahun lepas saya dah tak tolong dah. Berbuka di rumah je lagipun masa tu saya dah kahwin dan tengah mengandungkan Safiyyah...memang tak larat la nak menolong .
Rindunya zaman-zaman tu...
13 comments:
safiyyah bgn sahur da.cute!
seronok kan berpuasa ms zmn2 blaja dulu.aktiviti kat u ms ramadhan mmg meriah.rmi2 pi terawih,rmi2 tadarus.windu jugak...:)
sesuatu perkara atau peristiwa, ketika itu walau tidak menyeronokkan tetapi apabila sudah menjadi kenangan tetap kita rindui, apatlah lagi kalau perkara atau peristiwa itu menyeronokkan..tambah rindulah kita....
Oooooooooooo....rupenye orang kuat masjid mase belajaq dulu ye.....
kak nadiah, saya nak tanya. camna akk wat icon2 smiley dalam post nie?
ish... ntah kenapa rasa nak menitis air mata baca
Banyak2kan bersabar..lagipun Nadiah x lama kat sana..kejap jer..nanti bila Nadiah balik Malaysia..mesti Nadiah rindu kenangan berpuasa kat sana plak..hehehe..
Alar pejam celik-pejam celik je masa berlalu. Sabar-sabar.
wahh..rindu jugak zaman bukak puasa kat masjid n tolong menghidang...tapi ms 2nd year tu sbb kat BAkti pun buat solat tarawikh..S/U kena la salu ada kat desa kan..so kurang skit di masjid...
penah sahabat2 dari UKM dtg menziarah, kami lewat ke masjd, kesian sahabat2 tu..makan ala kadar je..lauk2 akhir ..malu jugak ms tu..yela tetamu tapi tuan rumah tak hidang elok2 tapi alhamdulillah, shbt2 ni yg dah biasa tamrin..standard la tu...
ummi salsabila: tu la..rindu, kan zaman U dulu?
norhayati: betul..betul..betul..! :)
ukmstudio: dak aih...cuma bulan ramadhan je tiba2 jd org kuat masjid. ekeke..
za's: tgk blog ija ye..akk ada tinggalkn komen kat situ :)
ibnuhasan: erk...sedih ke baca entry ni? part mana yg sedih tu? huhu. lama dh tak berblog..pencen dh ke? :p
diari hidupku: huhu..ye la..bila dh tak duk sini rindu pulak nnt..
jiji: pejam celik pejam celik...eh..eh..dh nk blk m'sia dh? ehe..
dayah: itu la..mmg rindu la..uhuhu
huhu... rindu la ngan akak, ngan suasana menghidang kat masjid..
masing terbanyang lg kali pertama jumpa akak.. ana kenai akak pun masa menghidang kat masjid.. seronok sgt.. tp lani, bila dah takdak kat usm, itu lah kenangan manis bila masuk bulan ramadhan... ;)
Aminah
Salam Nadiah,
Terima kasih kerana menjenguk blog saya bungakesidang.blogspot.com. Maaf lambat bagi response sbb dah lama tak jenguk blog :). Mmg seronok kan berbuka kat masjid. Kalau seat di khemah tak cukup boleh dduk atas tikar dengan kawan2.Rasa mcm berkelah pulak. Azan je boleh terus masuk sembahyang. Manisnya terkenang saat tu.
nailah: oh..kenal akk ms di msjd ms menghidang ye? ehe...akk tak ingt pun. tu la..rindu, kn?
hayatizain: yup..betul tu. kalau dh takde tmpt duduk bersila ramai2 atas tikar. mcm kenduri pun ada. hehe
Post a Comment