Pages

Saturday, January 30, 2010

Tag dan tag lagi!

Jom layan tag kenyit


Tsk..tag pertama ni patut buat lama dulu tapi gara-gara malas nak buat, lama dibiar terperam. Tag ni dapat dari Ummi Hanie awal bulan 11 tahun lepas lagi jelir. Sori naa Hanie lambat buat tag ni...jangan marah ek peace


1. Anda rasa anda hot?
-> Tak..sekarang ni masih musim sejuk lagi sengihnampakgigi

2. Upload gambar kesayangan anda



3. Kenapa anda suka/sayang gambar ini?
-> Sebab mereka berdua kesayangan saya kenyit *ingat nak letak gambar Safiyyah je tapi nanti papanya kecik hati pulak* jelir. Macam tu la Safiyyah masa kat rumah...pandai bermanja-manja. Tengah main pun boleh berhenti bila saya atau papanya duduk di lantai...mesti dia nak duduk/baring atas riba kami love

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
-> Isk...soalan ni pun ada ke?

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
-> Aisey..lama dah tak dengar lagu. Rasanya lagu Open Your Eyes by Maher Zain kot yang terakhir dengar

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
-> Makan kuih. Nak ke? senyumkenyit

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
-> Cik Na (panggilan anak-anak buah suami). Rasa macam comel je dipanggil Cik Na jelir

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan
-> Ala...7 je ke? Kasi kat semua je la...fair and square (padahalnya malas nak pilih 7 yang bertuah sengihnampakgigi). Sape-sape yang rajin buat tag, sila-sila la ye..


******************************

Ini pulak dari Farhana. Demi Farhana, akak merajinkan diri buat tag tau senyumkenyit


1. First, insert this badge or the picture above to inform you have been awarded
-> Done

2. Make sure you take the picture and said it from...
-> Farhana a.k.a. Cik Oryza

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself
-> Drama queen jelir
-> Sensitif
-> Pendiam tapi kalau dah rapat, boleh jadi banyak cakap
-> Suka berblog and blogwalking
-> Boleh memaafkan tapi sangat sukar melupakan..huhu..
-> Suka geletek Safiyyah sengihnampakgigi & suka dengar dia gelak
-> SAHM (stay-at-home-mom)
-> Suka jalan-jalan dengan keluarga love
-> Pemalu
-> Oh..oh..I'm underweight!

4. You should choose 5 other bloggers
-> Kamu
-> Kamu
-> Kamu
-> Kamu
-> dan kamu
-------> Ye...kamu berlima la sengihnampakgigi (sape yang terasa-rasa saya tujukan tag ni kat dia, sila la buat..ngee..)

5. Don't forget to go to their blog and tell them they have been tagged
-> Yang ni tak perlu le dah, kan? jelir

Thursday, January 28, 2010

31 dan Abe Long

Yay! Safiyyah dapat sorang lagi sepupu. Alhamdulillah, Wan Aisyah Nabihah selamat dilahirkan 21 Januari baru ni. Berkongsi bulan kelahiran la mereka berdua. Dah jadi 31 orang cucu belah mertua saya. Cerita yang ke-30 ada di sini. Belah keluarga saya, Safiyyah masih satu-satunya cucu kesayangan opah dan atuknya love.

Aisyah ni anak ke-3 Mazlan (abang suami saya) dan Cik Da. Yang sulung, Wan Adam Fitri, 4 tahun, dan yang ke-2, Wan Ainul Mardiah (Ain) nak masuk 2 tahun. Buat masa ni, Adam la anak buah kesayangan suami saya. Semua yang kenal dengan Adam, memang akan 'jatuh hati' la dengan dia sebabnya sangat la bijak bercakap. Kalah orang tua! sengihnampakgigi

Masa Cik Da bersalinkan Ain dulu, Adam siap-siap suruh orang panggil dia Abe Long. Takde sape pun ajar dia gelar diri dia camtu. Kalau kita panggil namanya, dia buat tak tau je. Buat-buat tak dengar je dia. Panggil Abe Long, baru dia layan senyumkenyit.

Wan Adam Fitri a.k.a. Abe Long
Masa ni Abe Long 3 tahun, datang ke USM meraikan Pok Nik (gelaran anak-anak buah pada suami saya) yang konvo bulan 3 tahun lepas



Setiap kali suami saya call Abe Long, ayat pertama yang disebut, "Adik Safiyyah wat gapo?" Safiyyah dulu yang dia tanya. Caring betul dengan sepupunya yang jauh ni senyum. Kadang-kadang aje la dia tanya pasal Cik Na (saya le tu! Anak-anak buah suami panggil saya Cik Na). Takpe la, tak tanya pasal Cik Na pun takpe la...Cik Na tak kecik hati pun.. *sob sob* jelir.

Pastu selalu ajak mama dan papanya gi Amerika. "Nok naik kapa tebe, nok gi Amerika, jupo adik Safiyyah". sengihnampakgigi Hehe...dia ingat naik kapal terbang tu free je agaknya. Cik Da cerita, setiap kali nampak kapal terbang, mesti dia kata dia duk ingat kat adik Safiyyah yang ada kat Amerika rindu.

Abe Long dengan mama dan papanya
Godek-godek gambar, takde pulak gambar diorang bertiga. Aci la letak gambar asing-asing dan berlainan tahun ni
kenyit


Pernah sekali hari tu masa diorang sekeluarga nak keluar gi mana entah...Abe Long tak bagi maid dia naik kereta sekali sebab maid tu tak pakai tudung. Nak tak nak, maid tu sangkut la selendang kat kepalanya tu, baru Abe Long bagi naik kereta ihikhik.

Baru ni suami call mok kat kampung, mok bagitau hari tu Abe Long kata dia demam...demam sebab rindu ke mok (cucu-cucu semua panggil mok dengan panggilan mok kecuali anak-anak Abe Har-Kak Dah dan anak kami yang panggil opah). Entah mana la dia dapat idea demam-demam rindu tu fikir. Pastu mok terpaksa la gi rumah Mazlan kat Tanah Merah, jaga Abe Long. Masa mok ada kat sana, dia tak nak gi sekolah pulak sebab dia takut nanti masa dia gi sekolah, mok balik Kuala Krai semula. Ada je akalnya tu sengihnampakgigi.

Selalunya bila Abe Long bercakap tu, terkekek-kekek saya dan suami gelak. Bukan kami berdua je, yang lain pun mesti akan gelak sama ihikhik. Kelakar tau. Memang seronok la bersembang dengan dia. Tsk..rindu lak kat Abe Long duk cerita pasal dia ni..

Wednesday, January 27, 2010

Maut: Bayi tertelan puting

Terkejut saya dengar berita tu daripada mak saya masa kami bersembang malam tadi. Pagi ni saya cuba cari berita tu dalam akhbar online tapi hanya jumpa di myMetro je. Kesian sangat. Baru 16 bulan je usianya. Saya percaya berita macam ni mesti menggusarkan hati semua yang ada anak kecil dan memakai puting.

Saya tak pasti dan tak dapat bayangkan macam mana anak kecil tu tertelan puting lagipun tiada cerita lanjut mengenainya. Cuma, yang terbayang di kepala saya, puting yang dipakai tu barangkali piringnya bersaiz kecil sehingga boleh tertelan.


Bentuk puting macam ni yang saya bayangkan


Beza, kan saiz piring puting yang ni dengan yang atas tu?


Mungkin lepas ni saiz piring puting perlu diambil kira sebelum membelinya. Saiz piring yang lebih besar dan lebar lebih selamat berbanding yang kecil, insyaAllah. Biarlah nampak tak comel bila anak kita pakai daripada kita menyesal di kemudian hari.

Satu lagi, seboleh-bolehnya, cabut la puting daripada mulut anak bila anak dah terlena. Jangan dibiarkan puting tu masa anak tidur. Mak saya dulu memang pesan macam tu tapi atas tujuan berbeza...tak nak bagi Safiyyah biasa dengan puting. Bagi puting pun hanya waktu-waktu tertentu je. Alhamdulillah lama dah Safiyyah tak berputing. Seingat saya, sejak umurnya 8-9 bulan lagi dia dah tak nak puting langsung. Bila bagi, dibuangnya.

Lebih baik lagi tak diajar anak pakai puting melainkan terpaksa sangat. Awalnya, memang tak nak bagi puting pada Safiyyah tapi masa kecil dulu Safiyyah selalu sangat meragam..buat macam-macam cara nak redakan tangisannya tu tapi semua tak berhasil. Nak tak nak, suami saya belikan puting untuk dia tapi tu pun jarang sangat bagi dia puting sebab tak nak dia terbiasa sampai besar. Satu hal pulak nanti nak fikir macam mana nak pisahkan dia dengan puting.

Apa pun, perkara ni jadi pengajaran dan peringatan buat kita semua. Mudah-mudahan hendaknya keluarga arwah Ahmad Shaqif tabah dan sabar hadapi ujian ni dan redha dengan pemergian anak mereka agar beroleh ganjaran yang besar di sisNya...ameen..


* pictures by Google

Sunday, January 24, 2010

Holiday Party & Selamat jalan Suhaizi!

Kami ke WSI Hall kelmarin, menghadiri 1 lagi aktiviti makan-makan (baru 7 bulan duk sini, aktivinya asyik melantak je..nasib baik jenis makan seciput, kalau tak maunya badan ni berpam-pam jadinya sengihnampakgigi). Department of Entomology sekali lagi menganjurkan 1 event yang dinamakan Holiday Party. Tak tahu la kenapa namanya Holiday Party garupale, sekarang ni bukannya ada cuti pun. Tanya suami, dia pun tak tahu + malas nak ambil tahu + malas nak jawab soalan remeh-temeh dari isterinya ni jelir.

Majlis bermula pukul 7 malam. Kami keluar rumah dalam pukul 6.45, budget dapat sampai tepat jam 7 tapi kami sesat pulak! Huhu. Suami bawa sekali salinan peta tapi duk pusing-pusing tempat yang sama, tak jumpa-jumpa jugak WSI Hall tu. Lebih malang lagi, handphone suami takde bateri dan saya pulak tak bawa handphone! Memang le takleh nak call sape-sape, dah le tak hafal pun phone number orang (phone number sendiri pun tak ingat sebab jarang guna handphone kat sini). Suami ada berhenti tanya orang, tapi malangnya (sekali lagi) orang tu pun tak tahu mana letaknya WSI Hall tu.

Sampai suami kata, "Kalau tak jumpa jugak, kita balik rumah je la."

Entah macam mana, masa duk pusing-pusing sebelum berputus asa nak balik, saya terpandang 1 bangunan yang ditulis 'WSI Hall'. Terus saya bagitau suami. Suami pun patah balik la, masa tu dah terlajak ke depan. Harus la kami tak perasan bangunan tu. Kelilingnya dah la gelap, bayangan cahaya dalam dewan pun tak nampak! Nak masuk dewan pulak ikut pintu belakang gigil! Nasib baik kami bukan yang terakhir sampai. Elok-elok je suami park kereta, Justin pun sampai. Lega sikit rasa. Tergelak-gelak Justin bila suami bagitau yang kami sesat jelir.

Peta ni la yang 'menyesatkan' kami malam tu (peta pulak yang disalahkan jelir)


Masuk je dewan, semua orang tengah beratur nak ambil makanan. Kami sampai pukul 7.20. Malas la kami nak beratur, kalau beratur pun akan jadi last sekali jugak. Suami pun ambil kesempatan ajar diorang macam mana nak makan satay dan explain sikit-sikit apa itu satay dan apa di sebelahnya (kuah kacang) senyumkenyit. Oh, untuk dinner malam tu saya buat satay goreng + kuah kacang dan puding laici.

Ada yang main celup je satay dalam mangkuk kuah kacang tu sengihnampakgigi


Turn kami nak ambil makanan, banyak yang dah habis termasuklah roti jala Izza nangih. Nasib baik nasi goreng Waseem ada lagi sikit. Kami dapat makan nasi goreng seciput dan 2 cucuk satay je. Yang lain-lain tu faham-faham je la, mana kami boleh makan. Makanan yang ada kali ni tak sebanyak masa dinner lepas. Ramai yang tak bawa makanan sendiri kot. Lagipun dibuat hari Jumaat, siang tu orang bekerja, mana la sempat nak masak. Dessert pun ada yang beli kat kedai je.

Lepas makan, ada acara cabutan bertuah. Pendek cerita, malam tu memang tuah tak memihak pada kami. Kami sampai pun lambat, takde pun nombor yang diberi pada kami. Awal-awal lagi dah tahu tak bertuah (dah nombor pun takde, macam mana nak jadi bertuah pulak jelir).

Habis sesi cabutan bertuah part 1, acara penyampaian award pulak. Sape yang terpilih, dapat la Salsa Award (dinamakan salsa award sebab semua yang terpilih tu akan dapat sebotol salsa sengihnampakgigi beserta barangan lain yang 'sesuai' dengan pemenang). Nak tahu apa antara hadiah yang 'sesuai' tu, tengok video bawah ni kenyit


Masa ni Dr. Robert Wright (lebih dikenali dengan nama Bob Wright) terima Salsa Award dan hadiah-hadiah lain. Selamba je diorang pekena lecturer sekali senyumkenyit


Habis semua pemenang terima award masing-masing, staf lak buat persembahan..




Ni la lirik lagu yang diorang nyanyi atas tu hasil olahan daripada lagu Merry Xmas. Lirik ni tercipta gara-gara diorang semua tension dengan bunyi bising kat Department sebab bangunan tu tengah direnovasi ihikhik


Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah part 2. Hafiz dan Izza antara yang bertuah la malam tu sebab nombor diorang berdua dicabut...dapat la sorang satu sebotol salsa sengihnampakgigi. Lepas tu acara bebas pulak...sembang-sembang, bergambar, beramah mesra..

Dengan Dr. Tiffany Heng-Moss, semester lepas suami ambil kelas dia (Insect Biology & Insect Identification). Safiyyah suka betul dengan Dr. Tiffany, tergelak-gelak je dia bila Dr. Tiffany sembang dengan dia. Pandai memilih orang la Safiyyah ni (sebenarnya Dr. Tiffany yang pandai layan budak kenyit). Baby boy sorang tu anak Dr. Tiffany yang ke-2. Max namanya, baru 8 bulan. Safiyyah nak main dengan Max tapi Max malu-malu pulak malu


Yang ni pulak dengan Jeri Cunningham, salah seorang staf sokongan. Seronok bersembang dengan Jeri senyum


***************************

Keesokan harinya kami semua ke Lincoln Airport, menghantar Suhaizi yang nak berangkat pulang ke tanahair tercinta. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.40 pagi. Flight Suhaizi pukul 11, pergi awal takde la kelam-kabut nak check-in.

Lengang je Lincoln Airport. Tak rasa sangat macam kat airport jelir


Ni la kerja Safiyyah sementara tunggu Suhaizi check-in kenyit. Tak nak dilepas langsung mainan ni. Nak tak nak, umminya tolak semua 'biji-biji' tu naik ke atas, baru dia berhenti main. Hehe..kesian dia dapat main sekejap je tapi terpaksa buat macam tu sebab benda ni jauh sikit daripada tempat kami berkumpul


Saat-saat terakhir sebelum Suhaizi 'terbang' ke Malaysia


Selamat jalan dan selamat kembali ke Malaysia Suhaizi! Pergilah dulu, kami akan menyusul kemudian (pinjam ayat Pali sengihnampakgigi)