Pages

Thursday, March 4, 2010

Pandangan Irfan Khairi dan UZAR tentang ID

Infinity Downline (ID) heboh diperkatakan di kalangan pengguna Facebook sejak skim 'Login Facebook dapat RM100 hari-hari' muncul. Mula-mula tu, saya buat tak endah je dengan benda tu. Dalam hati rasa benda tu menipu je. Ye la, takkan la login FB je senang-senang dapat RM100. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali...

Siapa yang dah join skim tu memang dapat RM100 sungguh-sungguh, bukan tipu-tipu macam yang saya sangka sebelum tu. Ada yang ambil inisiatif bertanyakan Ustaz Zaharuddin (UZAR) pasal skim tu dan UZAR pun dah ulas panjang lebar di website beliau dan UZAR berpendapat bahawa umat Islam haram menyertainya. Klik sini untuk baca artikel berkenaan [pesanan: baca dengan mata hati dari awal sampai habis ye artikel tu].

Tadi pula saya terbaca pasal pendapat Irfan Khairi (rasanya semua tahu kot sape Irfan Khairi), tentang hal yang sama (saya copy dari website UZAR di link yang sama seperti di atas yang UZAR baru letakkan di bahagian TAMBAHAN)...


Pada 2 Mac 2010 yang lalu, saya ada berbalas email dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berkenaan satu urusan bisnes. Terlanjur beliau menghantar email kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk meminta pandangan beliau berkenaan Infinity Downline khususnya dari sudut kewibawaan bisnes dan kebolehpercayaan.

Berikut adalah jawapan beliau melalui emailnya kepada saya. Itulah jawapan pakar jualan melalui internet yang sering dijadikan rujukan dalam hal pemasaran internet. Kesimpulan, beliau bersetuju dengan saya bahawa Infinity Downline adalah SKIM CEPAT KAYA.

Harap jangan pula ada yang akan menuding jari bahawa Irfan Khairi tidak mengetahui beza program MLM, Affiliate dan Skim Cepat Kaya. Antara jual barang sebenar dan jual kepala cepat kaya.

Zaharuddin Abd Rahman


__________________________________



From: RahsiaInternet.com

To: zaharuddin arahman

Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM

Subject: Re: explaination from Irfan Khairi ;)


Assalamualaikum Ustaz,


great to hear from you.


Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there ;)

The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.

I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya ;) and i would say that too for infinity downline.

the thing is, most people (malay's unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dan dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the "want to be cepat kaya urge". which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.


Best wishes to you and you family there.

-irfan khairi


p/s: kalau ada sape-sape yang tak setuju dengan pendapat mereka berdua, jangan berhujah dengan saya ye. Nak berhujah, berhujah la dengan 'ahlinya' (UZAR, Irfan Khairi atau sesiapa sahaja yang ada ilmu tentang perkara tersebut) peace



p/p/s: sedih dengan berita terbaru berkenaan Haresvarran, kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat dipukul dan dipijak jiran...apa la nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni.. sedih

27 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...dunia akhir zaman....manusia dah tak dak hati perut lagi dah....apa salah budak tu...

Ros Illiyyuun said...

Salam...
Kawan akak pun dapat jgk duit tu RM400 semuanya.setiap hari RM100. Tapi alhamdulillah, akak ni jenis tengok dan lihat aje benda alah tu.Duit sikit takpe, janji berkat...Alhamdulillah, kawan akak terima pendapat yang diutarakan UZAR tu setelah diberikan penjelasan.

Chik Na said...

thanks for sharing... last week one of fren chik na sibuk suruh join benda nih tapi chik na dah agak mesti skim cepat kaya nih...

selalu ingat diri sendiri.. setiap yang kita makan mesti dari sumber yg halal dan kita tahu mana dtgnya duit tu.. otherwise kita tak akan beribadat dengan tenang, keluarga yang bahagia dan anak-anak yg soleh

yatie chomeyl said...

sedih gak dgn berita pasal kematian budak umur 18bulan tu..x de hati perut punya manusia

yatie chomeyl said...

sedih gak dgn berita pasal kematian budak umur 18bulan tu..x de hati perut punya manusia

Unknown said...

Yup..daku setuju..mula2 dulu try gak join..tp bila difikir2kan balik..kita tak tahu either cara tu halal ke haram..so daku wat keputusan x mo join.. even my sis suh msk ekutu..seb baik x jadi masuk..dgr cite pej. depa kena rash..huhuhu...

Better daku cari duit halal dengan usaha sendiri..baru berkat..

Sapa2 yang berminat .. meh tengok cloth diaper kat http://miela77shoppe.blogspot. ini adalah usahaku menambah pendapatan halal.. better than skim tsb..tul tak..

p/s..mmg x berperikemanusiaan langsung..apa la budak2 kecik nie tau...isk.isk.isk.

mamaarifakeemaisy said...

ada perasan gk kt fb ttg benda ni..bila tgk mmber ajak join mende ni, terdetik di hati..haish senang2 je dpt duit..halal tak halal ni..huhu..

*mmg kesian..makin menjadi2 lak kes dera anak2 kecik ni..sedih betul!

Sari said...

timakasih psl kongsi info ni..mana ader org nk bg duit senang2 canggitu kan..ksari pun tgh usha2 nak join IK punya bisnes trbaru..

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Kak Nida ni ketinggalan zaman ler gamaknya.. ni baru tahu cerita ni.. agaknya sebab jarang layan FB kot

annie said...

baru terfikir nk wat entry pasal ni, akak dah wat dulu..thanksss

mula2 tu ade jugak terdetik nk tau macam mana, tp bila buka website yg suruh kite register..etc..ermmm mcm same je dgn program sblm2 ni yg perigi duitla..apetah lagi....sblm ni ani ade gak explore pasal perniagaan tnet, tp mmg mcm jutawan tnet tu ckap, pe2 pun kena usaha,kena jatuh bagun dulu..br dapat tu pun kdg2 belum tentu lg..amik masa jugak.

ani suke ayat ni "its takes time, effort and ilmu to be succesful"...

Nadiah Sidek said...

alimaz: tu la..mmg takde hati perut

ros: alhamdulillah la kwn akk terima pendpt tu :)

chik na: u're welcome ;)

yatie: mmg sedih..

miela: betul tu kak..baik buat bisnes sendiri..lg berkat :)

Nadiah Sidek said...

mamalieyna: tu yg buat sy ingt benda tu tipu..pelik cmne leh dpt duit senang2

sari: wah..akk pun nak berbisnes gak ke? ramainya buat bisnes skrg ni

nida: hihi..bkn akk je yg tak perasan..suami nadiah pun sama..

annie: betul tu ani..dlm dunia bisnes tu la antara cabarannya..kdg untung, kdg rugi..mana ada yg terus-terusan untung je

nadnye said...

dah agak dah... takan la mudah sangat nak dapat RM100..

pss, memang sedih la skang nie asyik budak2 kene dera jea..

transformed housewife said...

knur mmg jenis tak mudah percaya dgn benda2 senang dpt duit ni. KENAPA? ada mcm2 pengalaman sendiri dan ahli keluarga dlm MLM & pelbagai skim lain.
Jd akk mcm sceptical abt benda2 mengarut ni.

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak,terima kasih kongsikan artikel ni,mmg tak kn semudah duit dtg pada kita,Klu kita guna nafsu mmg tak blh terima pndgn dari yg pakar.

Moga Allah selmtkn kita dari cintakan Dunia

ummu said...

Salam nadiya
syukran jazilan...
dunia daqh makin 'sakit'...

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

i always ignore this kind of stuff. sape tak mau duit cepat kan? sebab saya opinion sama je macam penjelasan kat atas.

thanks for sharing. :)

Hamizah said...

akak mmg xpercaya dgn duit yg diperoleh dgn senang..sapa nak bg duit sng2 kat kita.mesti ada niat tersembunyi..

ibu_Arifa said...

tu lah.. ada jugak kwn2 FB dok ajak..tp tak berminat nk join or fwd pun..

pasal kes kematian budak yg terbaru ni..sungguh menyedihkan...mcm perangai binatang saja org yg tak berhati perut tu.

husna said...

husna ada dengar jugak pasal fb tu.
ada jugak kawan2 y dapat duit.
tapi tak la rasa nak join sama.
thanx kak nadiah sbb kongsi maklumat..

p/s: makin banyak org gila kat malaysia ni... takut bah.

Ummi Shira (AshAnas) said...

alhamdulillah, shira tak dikaburi dgn wang... mmg wat dek je even kawan2 pakat join... thanks kak nadiah for sharing

Drama Mama said...

i almost joined setelah member dok ajak nasib la tak join. huhuhu

come look at our diaper cake for gifts http://twinkywinkystars.blogspot.com

ummiKhayra said...

nini pun kalau pasal benda2 yang tak diyakini ni, memang tak join.. :) sebab sekarang ni memang macam-macam cara, macam-macam taktik kan... :)

Sharini aka Ummi Khayra said...

nini pun kalau pasal benda2 yang tak diyakini ni, memang tak join.. :) sebab sekarang ni memang macam-macam cara, macam-macam taktik kan... :)

Ummi Salsabila said...

husband ada juga citer about this.tp mmg totally wrongla.sng2 je dpt duit..

ibuaiman said...

salam ...

byk org memang mudah terpedaya dgn benda2 macam ini..tp maner ade kat dlm dunia ini blh dapat duit dengan cepat nak mudah...dah byk yang tertipu, namun knp kita tidak mengambil pengajaran?

kalau sudi jenguklah blog saya kat www.klinik-ibuaiman.blogspot.com

salam perkenalan...:)

infinity downline said...

Thanks for give this informative post here, I like it and will share with friends as well.