Pages

Tuesday, March 29, 2011

3rd anniversary

Hari ni (29 Mac) genap la 3 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Moga ikatan suci yang terbina ni senantiasa diberkati Allah dan mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir hayat kami..ameen..

Tahun ni tak dapat la nak celebrate atau gi jalan-jalan kat luar sebab tengah berpantang..huhu. Takpe la, nanti lepas habis pantang boleh celebrate...kan abang, kan? :p


Hadiah anniversary kami tahun ni...anugerah yang sungguh tak ternilai..alhamdulillah..

Monday, March 28, 2011

Wajah terbaru Shakir

Dah botak! ^_^
Selamat dah 'dikerjakan' papa di hari ke-7 :)


Meh tengok pulak aksi Safiyyah masa rambut adik dia dipotong dan dicukur..

Suka pulak Safiyyah tengok papa botakkan rambut Shakir. Mula-mula tengok dari jauh je


Eh..makin dekat pulak!


Sampai senget-senget kepala duk tengok..hihi..


Last but not least...khas buat tatapan semua..

"Assalamualaikum dan salam kenal semua. Nama saya Shakir." ^_^

Sunday, March 20, 2011

Kelahiran ke-2...adik Safiyyah...

New Baby Announcements
Birth Announcements by WiddlyTinks.com



Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya...


p/s: terima kasih pada semua yang mendoakan kelahiran ini dipermudahkan

Thursday, March 17, 2011

2nd pregnancy: 37 weeks

Hari ni genap 37 minggu 1 hari usia kandungan saya. Kejap je masa berlalu. Dah tak sampai sebulan dah EDD saya..


36 weeks
Routine prenatal check-up. Berat saya masa ni 111.6 pounds (50.6 kg). Midwife yang in-charged: Julie. Masa ni juga saya kena buat 1 lagi ujian: Group B Streptococcus (GBS) Screening. Pertama kali saya dengar pasal ujian ni. Kat Malaysia mana ada buat ujian ni. Kat sini nak ke tak nak ke, terpaksa la juga sebab ujian ni wajib dibuat kat sini antara minggu 35 ke 37. Nak ngelat pun tak boleh :p

What is group B streptococcus?

Group B strep (GBS) is a kind of bacteria that many people harbor in their intestinal tracts. The bacteria may also inhabit (or "colonize") your vagina as well, and be passed on to your baby during labor and birth.

Approximately 10 to 30 percent of pregnant women carry GBS in the vagina or rectum or surrounding area. While GBS is generally harmless in healthy adults, it may cause stillbirth and serious infections in babies.

By the way, although sexual transmission is possible, group B strep is not considered to be a sexually transmitted infection since your genital area may become colonized from bacteria you carry in your own gastrointestinal tract. It's also not the same as group A strep, the bacteria that usually cause strep throat. (baca selanjutnya di SINI)



Keesokan harinya saya ke hospital, ada temujanji dengan Dr.Kenney pulak. Berat baby masa ni dah 5 pounds 11 ounces (2.58 kg). Hoho..berat adik Safiyyah dah mengatasi berat kelahiran kakak dia dah. Safiyyah dulu lahir dengan berat 2.41 kg je. Harap-harapnya berat adik Safiyyah lahir nanti tak sampai 3 kg la. Jangan la besar sangat..kesian kat ummi..ummi ni kecik je..uhuk! Kali ni dapat lagi 2 keping gambar scan! Dah ada 14 keping la gambar scan adik Safiyyah termasuk 8 keping masa scan di Heart & Hand WomanCare. Best! ^_^

Setakat ni je la pertemuan dengan Dr.Kenney memandangkan EDD yang semakin hampir dan takde apa-apa masalah pada kandungan. Alhamdulillah. Minggu-minggu berikutnya hanya buat check-up di klinik je.


37 weeks
Dah mula check-up seminggu sekali. Nancy pulak yang in-charged kali ni. Dalam keempat-empat midwife, Nancy ni je yang saya belum jumpa lagi sebelum ni. Tak sangka pulak dah minggu-minggu terakhir kenal juga dengan Nancy. Oh, berat saya lebih kurang je dengan berat seminggu lepas...111.8 pounds (50.7 kg)..naik 0.1 kg je..ehe. Keputusan GBS saya? Negatif! Alhamdulillah :)


p/s: doakan agar saya dipermudahkan bersalin ye..

Tuesday, March 15, 2011

ALAMAK! Malaysian Night 2011 dah lepas??

Biar betul..? Isy, macam mana boleh terlepas ni?? Dah la harga sekeping tiket 17 dollar...suami dah beli 2 keping tiket dah! Habis la burn 34 dollar...uhuk! Agak-agak boleh claim balik tak..? Wahai penganjur Malaysian Night 2011 yang budiman...sudi la kiranya pulangkan balik 34 dollar kami. Boleh la..boleh la..kesian kat kami..uhuhu..




Bunyi macam terlepas Malaysian Night je (terlupa la konon-kononnya) padahal ada je menyibuk sekali kat majlis tu..ehe. Malaysian Night 2011 dah pun berlangsung dengan jayanya pada 5 Mac lepas. Sama seperti tahun lepas, Malaysian Night 2011 anjuran NUMSA juga dibuat di Centennial Room, City Union. Jika tahun lepas temanya Mystique, tahun ni pula Malaysian Night bertemakan: ALAMAK!


Kami bertiga ♥ ..eh..berempat termasuk seorang yang masih bersembunyi ^_^. Kami baru sampai je masa ni


Tiket dan board ALAMAK!


Meja kami no.16! 2 gambar bawah tu yang semeja dengan kami


Canselor dan naib canselor UNL bagi ucapan


** Persembahan pembukaan: Dikir Barat


Sama macam Malaysian Night 2010, cik Safiyyah ni tak nak duduk dalam dewan. Sekejap je dia diam lepas tu mula meragam. Bawak keluar dewan...happy terus! Lari sana sini, usik itu ini. Ni la budaknya yang tak reti duduk diam. Resah dia kalau duduk setempat lama-lama. Masa ni saya bergilir jaga Safiyyah kat luar dewan sementara tunggu suami saya makan


Perhatikan tangan Safiyyah. Dia tengah buat twinkle twinkle little star tu ^_^. Susah betul nak ambil gambar dia..asyik lari je. Tiba-tiba saya teringat 1 trick! "Safiyyah...twinkle twinkle little star macam mana?" Terus dia berhenti dan 'kembang-kuncupkan' tangan dia..hihi..berjaya juga trick ummi! ^_^


Makanan saya! 3-4 suap nasi dah masuk mulut baru teringat nak ambil gambar :p. Nasi lemak + telur rebus + timun + kari ayam + ayam masak lada hitam + kacang buncis goreng


** Sketsa yang di selang-seli dengan cabutan bertuah. Sketsa tahun ni berjaya mencuit hati hadirin!


** Persembahan 1 Malaysia. Melayu: joget, Cina: tarian singa, India: tarian Bollywood :p. Dahsyat budak-budak ni...sempat buat majlis kahwin lagi malam tu..eheh..


Masa saya tengah makan, suami saya bawak Safiyyah masuk dalam dewan semula. Nasib baik la dia ok je. Macam biasa la...nak bagi dia ralit bagi pen dan kertas *wink*. Err..tapi tak bertahan lama pun. Lepas tu dia resah balik duduk lama-lama :p


Sesi bergambar sejurus selepas majlis berakhir. Bersama Dr.Roslan Jamaludin; Pengarah Education Malaysia Chicago (di tengah) dan Hafiz sekeluarga


Dengan Kim (Thai), salah seorang office-mate suami


Dengan Puan Rozita Rosli; juga wakil dari Education Malaysia Chicago (bertudung merah) dan anak-anak dara undergrad


Safiyyah disakat papa :p


2 orang si buncit :p. Err..tapi masa entry ni dibuat, sorang tu tak buncit dah...dah meletup! :D


Si slim (Azrina; undergrad student juga) diapit 2 orang si buncit :p


On the way balik Safiyyah terlena dengan belonnya. Belon tu lama dah dia aim masa main kat luar dewan tapi tak dapat sebab diikat kat pemegang tangga. Dah habis majlis, Dr. Roslan ambil sebiji belon yang ada kat tangga tu bagi kat Safiyyah..puas la hati Safiyyah dapat belon (Dr.Roslan dan Puan Rozita tumpang kereta kami balik ke hotel). Ummi/papa dia nak pegang belon tu pun dia tak bagi. Macam la ummi nak sangat belon tu..dia tak tau ummi dia penakut belon. Mujur belon kat sini tak mudah pecah. Belon tu diduduk/dipijak-pijak pun tak pecah..kalau tak memang ummi tak bagi bawak belon balik rumah :p


p/s: gambar-gambar bertanda ** adalah gambar-gambar hasil curian daripada adik-adik undergrad :p. Halalkan ek adik-adik sekalian *wink wink*. Saya ada ambil gambar masa persembahan tapi tak clear la..ambil dari jauh lagipun meja bukannya betul-betul depan pentas

p/p/s: tahniah buat semua yang dah bertungkus-lumus menjayakan Malaysian Night 2011! (tahun depan kasi tiket free kat kami ek :p)

Sunday, March 13, 2011

Perkenalkan baby baru...

Eh, ni bukan baby saya ni! Ni anak jiran...dilahirkan pada 25 Februari 2011. Saya sekeluarga berkesempatan ziarah seminggu yang lepas. Dilahirkan dengan berat 5 pound lebih secara pembedahan sebab gula dalam darah maknya agak tinggi


Close up baby Rahimah


Ni pun bukan baby kami juga :D. Ni anak Hafiz/Izza...baru je dilahirkan Jumaat lepas (11 Mac 2011). Abdul Muizz namanya, lahir secara normal dengan berat 7.8 pounds. Lebat, kan rambutnya? Baru je ziarah petang semalam di hospital. Merasa gak lawat orang kat hospital sini (erk..apakah?? :p)


Safiyyah pulak yang beria bawak belon tu ke hulu ke hilir..macam dia punya belon pulak :p


Family Muizz


Close up baby Muizz

Friday, March 11, 2011

Senarai ubat yang selamat untuk ibu mengandung

Saya nak kongsikan senarai ubat yang selamat untuk ibu mengandung. Lama dah saya nak buat entry ni tapi asyik bertangguh langsung terlupa. Senarai ni saya dapat daripada midwife masa 1st prenatal visit lagi..



Saya taip semula la..senang tengok..


Pain
Tylenol **do not use aspirin or ibuprofen

Cold symptoms
Occan or saline nasal sprays (use sparingly) chlor-trimeton or sudafed if your blood pressure has been okay

Cough
Robitussin

Heartburn
Riopan, riopan plus, tums/liquid antacids are usually more effective. Some antacids may contain excessive amounts of sodium, so if you want to use something lower in sodium, ask the pharmacist about the sodium content. Excessive use of antacids may cause gastrointestinal upset in the form of diarrhea or constipation. If these occur, notify your midwife or doctor

Diarrhea
Imodium

Constipation
Metamucil, fibercon or other bulk forming aids ***do not use milk of magnesia, ex-lax or other bowel stimulants as they may also stimulate uterine contractions


Ni hanya panduan je. Kalau nak kepastian, boleh rujuk dengan doktor. Masa saya demam seminggu balik dari winter trip dulu, saya elakkan juga makan tylenol walaupun saya tahu tylenol tu selamat sepanjang waktu mengandung. Bila dah tak tahan sangat-sangat baru saya telan tylenol tu. Seboleh-bolehnya saya minimakan pengambilan ubat masa mengandung. Yang saya buat..saya minum air masak banyak-banyak, rehat secukupnya dan berselimut atau pakai sweater bagi keluar peluh. Masa tu suami saya la yang tolong buat kerja-kerja rumah :)

Wednesday, March 9, 2011

Safiyyah kalau dah mengantuk...

Atas kerusi sempit ni pun dia boleh tidur! ^_^


Gambar-gambar ni fresh lagi ni, baru je snap lepas Maghrib tadi. Masa saya ke bilik air nak ambil wuduk, dia duk main kat komputer tu. Saya nak solat pun dia masih main lagi tempat yang sama. Saya suruh turun, tak nak dia turun. Saya biar je la dan solat di bilik sebelah. Selesai solat, tengok-tengok dia tertonggeng atas kerusi ni...tengah tidur! Isy..isy..ada je tilam kat bawah tu..dah mengantuk sangat la tu sampai tak sempat nak turun tidur kat tilam. Lepas Zohor lagi saya ajak dia tidur, dia tak nak tidur...sudahnya gini la jadinya..hihi. Tidur menonggeng ni salah 1 gaya tidur kegemaran Safiyyah ni :)


Lena! ^_^

Monday, March 7, 2011

Birth Center Tours

Pagi Sabtu baru ni saya sekeluarga ke hospital. Oh, takde siapa pun yang sakit...saje melawat hospital :D. Kami ikuti 1 lagi program anjuran Saint Elizabeth Regional Medical Center yang diberi nama Birth Center Tours:

"A special, educational tour of our Family Birth Center for expectant parents to help them make choices about hospital care and labor and birth options. Also take advantage of the opportunity to sign pre-admission forms following the tour."

Ni salah 1 event yang saya aim untuk join selain daripada Infant Care Class. Event ni free je, bermula dalam pukul 10 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11 pagi. Ada lagi beberapa event yang saya minat untuk turut serta tapi nampak gayanya tak sempat dah nak join, hanya tinggal lebih kurang sebulan je lagi EDD (expected due date) saya.

Dalam Birth Center Tours ni, peserta-peserta dibawa melawat ke Birth Center. Wad bersalin la dengan kata lainnya. Sekurang-kurangnya kami tahu le dah kat mana letaknya wad bersalin, takde la kelam-kabut tercari-cari tingkat mana yang nak dituju masa saya nak bersalin nanti.


Tengah menunggu peserta-peserta lain sampai. Pergi mana-mana, mesti bawak pen/crayon dan kertas untuk Safiyyah. Ada pen dan kertas senyap la dia :)


Di tingkat 4. Kat sini la terletaknya wad bersalin. Macam hotel je. Nampak eksklusif sungguh. Sampai-sampai je tingkat 4 ni kami ditunjukkan nursery room. Yang in-charged tour ni Barb Green namanya (yang pegang fail putih tu). Oh, kami ditunjukkan juga menu yang disediakan di hospital tu...mewah sungguh makanannya...tak macam menu hospital pun...macam menu kat hotel je tapi sayangnya bukan semua yang boleh makan. Takpe la, dapat tengok list menu yang boleh membuatkan air liur meleleh pun jadi la :p


Pintu belah kanan tu la terletaknya bilik-bilik bersalin. Kat tingkat ni jugak ada bilik khas untuk pumping. Siap disediakan breast pump dalam bilik tu. In case tiba-tiba perlu guna breast pump, takde masalah la..guna je pump yang disediakan tu


Labor & delivery (LD) room. Kalau kat luar je pun dah nampak macam hotel, LD room ni lagi la. Katilnya je pun dah cukup canggih. Besar pulak tu biliknya


Sesi terakhir sebelum bersurai. Setiap peserta diberi sekeping fail berserta beberapa pamplet dan dokumen yang perlu ditandatangani di dalamnya


Pamplet dan dokumen dalam fail tu


Photo frame ni pun diberi juga! Dah la event ni free..dapat pulak cenderahati ^_^


Sempat main pulak sebelum balik. Leka Safiyyah tengok 'kereta-kereta' dalam tu bergerak. Bawah meja tu ada magnet. Nak gerakkan kereta tu control pakai magnet tu la


Sebelum balik tu kami mintak preadmission form sekali. EDD lagi sebulan baru nak isi preadmission form :p. Patutnya isi awal lagi tapi asyik bertangguh je ambil preadmission form. Masa ada appointment dengan Dr.Kenney pun selalu tak ingat nak ambil preadmission form. Saya ingatkan sekeping je borangnya...rupanya ada 5 borang kena isi: Current Patient Health History, Patient Completed Allergy/Current Medication Form, Health Patterns Self Assessment, Mother's Worksheet for Child's Birth dan Preadmission Form


p/s: gambar masa tour tu tak banyak..saya segan nak snap :p

Thursday, March 3, 2011

Rezeki di bulan Februari 2011

Alhamdulillah, ada juga rezeki saya menang giveaway/contest bulan lepas :)


Teka dan menang (anjuran Red Giant & Red Devils)

Yang ni kena teka berapa jumlah keseluruhan mata terkumpul bowling game. Dapat juga la saya tempat ke-5..eheh. Keputusan penuh di SINI


1st GA Ms Sunsweetz (anjuran Misz Sunsweetz)

Keputusan penuh tengok di SINI


GA Tepung dan Kek (anjuran Mama Mirza)

Rezeki menang GA lagi. Keputusan penuh di SINI


Titanic Contest (anjuran Permata Ibu)

Jawapan saya untuk contest ni tak semuanya tepat tapi penganjur bermurah hati bagi juga hadiah saguhati. Terima kasih banyak-banyak ye ^_^. Keputusan penuh di SINI


Mama Kyra 1st GA (anjuran Mama Kyra)

Kemenangan terakhir di bulan Februari 2011. Keputusan penuh di SINI