Pages

Thursday, April 28, 2011

Shakir ke emergency room

Dah sebulan dah kes Shakir ke emergency room ni. Masa tu umur Shakir baru 8 hari. 1-2 hari sebelum tu Shakir muntah susu. Antara 5 - 30 minit lepas menyusu mesti Shakir muntah. Bukan muak ye..muak lain..ni memang muntah. Susu yang diminum keluar balik. Risau juga la masa tu. Nak bawa ke klinik pun klinik tak buka hari Sabtu. Kebetulannya pulak hari Selasa berikutnya (29 Mac) ada temujanji dengan pediatrician. Saya fikir takpe la..nanti masa jumpa Dr Paulus (pediatrician) nanti boleh tanya dia pasal keadaan Shakir.

Tapi lewat petang hari Ahad (27 Mac) makin kerap dan banyak pulak Shakir muntah susu. Ada ketikanya susu keluar dari hidung Shakir! Saya dah mula panik dah. Sampai malam pun macam tu jugak keadaannya. Suami saya call hospital dan bagitau staf yang berkenaan pasal Shakir. Lepas bersoal jawab, staf tu suruh pergi emergency room malam tu jugak.

Hampir tengah malam juga la masa kami ke hospital. Punya la lama tunggu doktor datang..mata dah makin berat..rasa nak terlelap je..huhu. Lepas doktor check, Shakir diberi minum Pedialyte (sejenis electrolyte) sebanyak 1 ounce nak tengok tindak balas Shakir terhadap electrolyte tu. Takde apa-apa kesan, 1 ounce lagi diberi lepas 15-20 minit berikutnya dan diberi lagi 1 ounce lepas 15-20 minit seterusnya.

Shakir diberi minum electrolyte


Ni la electrolyte yang diberi pada Shakir. Lega bila nampak perkataan halal tu


Macam dia pulak yang sakit :p


Masih tiada apa-apa tindak balas, kami pun dibenarkan pulang tapi disuruh bagi Shakir minum electrolyte tu setiap 20 minit dan perlu jumpa Dr Paulus pagi tu. Kami sampai di rumah dah pukul 3 pagi dah pun. Mengantuk takleh nak kata la..rasa nak melekat je dah mata ni tapi terpaksa bersengkang mata juga sebab kena bagi Shakir electrolyte tu. Saya tak dibenarkan menyusukan Shakir sampai la jumpa pediatrician nantinya :(

Dalam pukul 9 pagi suami saya call klinik nak buat temujanji, malangnya Dr Paulus hanya lapang waktu petang je. Akhirnya jumpa dengan pediatrician yang lain sebabnya kesian kat Shakir yang tak minum susu berjam-jam lamanya dan saya pulak dah rasa sakit akibat bengkak susu. Suami saya pergi ke klinik berdua je dengan Shakir sebab masa tu Safiyyah belum bangun tidur.

Balik dari klinik, suami saya bagitau yang pediatrician suruh bawa Shakir ke hospital untuk buat x-ray pulak. Baru seminggu lebih umurnya dah kena buat x-ray..huhu. Saya masih tak dibenarkan menyusukan Shakir dan tak boleh bagi electrolyte tu lagi. Shakir kena puasa! Kesian Shakir :(. Lepas x-ray baru Shakir dapat menyusu.

Keesokan harinya kami ke klinik lagi, ada temujanji dengan Dr Paulus. Dr Paulus bagitau hasil keputusan x-ray...dia kata takde mana-mana salur yang tersumbat. Alhamdulillah. Dr Paulus kata Shakir mungkin alami masalah reflux. Katanya lagi reflux tak bahaya asalkan berat baby bertambah setiap minggu dan reflux akan hilang dengan sendirinya.

What is gastroesophageal reflux (GER)?

Gastroesophageal reflux (GER) occurs when stomach contents reflux, or back up, into the esophagus during or after a meal. The esophagus is the tube that connects the mouth to the stomach. A ring of muscle at the bottom of the esophagus opens and closes to allow food to enter the stomach. This ring of muscle is called the lower esophageal sphincter (LES). The LES normally opens to release gas after meals. With infants, when the LES opens, stomach contents often reflux into the esophagus and out the mouth, resulting in regurgitation, or spitting up, and vomiting. GER can also occur when babies cough, cry, or strain.


What are the symptoms of GER?

GER is common in healthy infants. More than half of all babies experience reflux in the first 3 months of life, but most stop spitting up between the ages of 12 to 24 months. Only a small number of infants have severe symptoms. An infant with GER may experience

  • spitting up
  • vomiting
  • coughing
  • irritability
  • poor feeding
  • blood in the stools

Digestive system noting the mouth, esophagus, lower esophageal sphincter (LES), stomach, and small intestine

Specific Instructions for Infants with GER

  • If you feed your baby with a bottle, add up to 1 tablespoon of rice cereal to 2 ounces of infant milk. You can add cereal to expressed milk if you are breastfeeding. If the mixture is too thick for your baby you can change the nipple size or cut a little “x” in the nipple.

  • Burp your baby after he’s consumed 1 or 2 ounces of formula. For breast-fed infants, burp after feeding on each side.

  • Do not overfeed. Talk with your infant’s doctor or nurse about the amount of formula or breast milk that your baby is consuming.

  • When possible, hold your infant upright in your arms for 30 minutes after feedings.

  • Infants with GER should usually sleep on their backs, as is suggested for all infants. Rarely, a physician may suggest alternative sleep positions. [sumber]



Minggu berikutnya (5 April) kami jumpa Dr Paulus sekali lagi...Dr Paulus nak tengok sama ada berat Shakir naik atau pun tidak. Alhamdulillah, berat Shakir ada sedikit peningkatan...naik 0.3 kg dalam masa seminggu (3 kg ke 3.3 kg). 19 April lepas sekali lagi kami berjumpa dengan Dr Paulus...berat Shakir masa tu 3.97 kg. Masih naik juga berat Shakir..alhamdulillah. Dr Paulus puas hati dengan kenaikan berat Shakir. Ok sangat la berat Shakir tu dengan keadaan dia yang muntah-muntah. Dia kata takde apa la yang perlu dirisaukan..lambat-laun akan hilang juga masalah reflux tu.

Shakir masih lagi muntah susu sampai sekarang tapi takde la sekerap 2 minggu sudah. Walaupun tak bahaya, rasa kesian tiap kali tengok dia muntah. Entah berapa peratus je susu yang dihadam dan diserap dalam badan dia tu tapi alhamdulillah la masih naik juga berat badan dia walaupun sikit. Harapnya cepat la masalah reflux tu hilang...doakan ye..

31 comments:

mama zakuan said...

harap syakir cepat sembuh

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum

'Allahu yashfiihu' Ameen.

onedurrani said...

Semoga syakir cepat sembuh...;)

Fazlinil Irma said...

makcik doakan syakir cepat sembuh. membesar bagai juara.

eehh. nanti ummi tak larat dukung plak.;)

Acik Erna said...

Nadiah..kesian shakir..
akak dulu anak yang kedua macam tu jugak setiap kali minum muntah..arwah mak akak kata..cuba tukar..agaknya budak ni tak boleh terima susu badan katanya.
akak masa tu kesain ngan anak..ikut je..berhentikan susu badan bagi susu formula.alhamdulillah..tak muntah lagi...tapi teruk la demam bengkak susu..
nasib baik nadiah sabar..jadi anak dapat jugak susu badan..

K.Nor said...

salam nadiah.. kesiannya .. kecik2 dah diuji begitu.. semoga nadiah dan suami tabah dan sabar dgn segala ujian .. semoga syakir segera sembuh dan membesar spt anak2 lain.. amiin..

~najwa~ said...

nad;
hopefully shakir dah ok skrg... kena make sure dia x tersedak masa feeding.
cepat sihat yer shakir ;)

maszmadi said...

semoga syakir cepat sembuh..

kak safiyyah, jaga adik syakir yerk...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

nad, sy pernah alami ni start rafiq umor 2 minggu..tapi tak pernah terfikir nak bawak ke spital sbb mak sy cakap perkara biasa..

then lepas sebulan masalah sama tak ilang, then bawak jumpa pediatric..n jawapan dia samela cam shakir alami tu..masalah reflux..doc amdan cakap ada satu salur yg bersambung ke esofagus dia masih tak kuat..n tak mampu nak pam semua susu ke bawah..so separuh naik atas..terjadila masalah reflux..doc amdan cakap lagi..masalah ni biasa jd kat baby boy..ade yg kronik..sampai kena bedah tau..

rafiq dibekalkan dengan susu anti regurtasi..mmg memjadi..sbb dia tak muntah bila minum susu tu..tapi ati dah nekad tamo kasi dia susu lain selain susu ibu..so, sy stop kasi susu tu...

masalah berlarutan sampai rafiq umor 8 bulan..dia berkurangan dari ari ke ari

tp nad jgn risau k..budak yg ade masasalah ni..berat dia lebih banyak naik dari budak yg normal..bak kate org2 tua..budak kuat muak hantap! eheheheh

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

eh baru perasan komen den panjang pulak..ahahahah sori

transformed housewife said...

mmg biasa bayi baru lahir ada reflux ni. nasib baik Syakir dah naik juga berat dia. Kalau bengkak susu, perahla sikit Nadiah sbb nanti kena infection mmcm MAstitis pulak.

Hamizah said...

sama dgn iqleema ms mula2 lahir..lps hr ke-3 dah ok..menurut doc n midwife ada bb yg bermasalah sedemikian..mmg berat badan dia menurun lps lahir..

So Shy Lady said...

salam nad,
masih muntah lg ye? 2 bulan prtama anak akak pun dulu t.leh mnyusu baring mmng muntah klua ikut mulut n tlinga. nyusu sambil duduk baru ok.

safiyyah slamba rock btul..geli hati nengok :D

h4ni3 said...

semoga gerd shakir cepat ilang.. aminnn

ishamizu said...

Cian Syakir tp tk pela Paed kata it's normal kn. Berat dia pon makin naik, alhamdulillah. mudah2an reflux tu berenti soon. Tk care. :)

Jiey^Mien said...

Yang, mula2 baca dah agak dah yang Shakir ni ada reflux..
Sama la ngan Rayyan dulu.. Kitorg panggil fountain high vommitting..
Semu org takut nak bagi susu kat dia dulu, takut kena sembur.. :P
Tapi dalam2 reflux tu, montel gak badan dia.. :P
By 5 months++, dia dh OK dh..
Hopefully, Shakir pn sama la.. Makin tembam gak even ada reflux n cepat stop.. =)

Izan Ishak said...

moga syakir cepat sihat spt biasa~

ct N honey said...

yang penting tak ada masalah lain,kena ikut nasihat doc lah kan...
susah sangatkah menjadi ibu?..

KakAsma said...

lama tak jenguk nadiah dan family,doakan semuga shakir segera sembuh..risau kan kalau anak kita kena cam gitu..semuga nadiah tabah..dan keadaan kembali normal.jangan risau sangat...

nhanunmr said...

salam..inshaAllah,moga syakir cepat2 sembuh.Prof sy ckp,baby mase first 6 months,seeloknya bagi susu badan aje..jgn campur dgn benda lain even susu botol.sebab masa tu,otak baby tgh berkembang paling cepat..good for him :)
selamat mencuba!

Mama said...

assalamualaikum,

insyaAllah...it wont be long...my doter pun ade reflux ni...muntah dia..memang sedih sgt tengok...aisyah hilang masa umur 4 bulan macam tu...itu pun still ada muntah2..tapi jarang2....

as long berat dia naik..ok insyaAllah..cume ct ada lah waktu risau takut dia muntah time tido..dah burp pun muntah...kena tido mengereng..dan ct selalu check tengok...

dugaan ni....Allah make it easy on you insyaAllah...:)

kakyong said...

Anis & aliya dulu pun ad emasalah mcm ni masa BF... sampai memancut2 mcm aur pancut..

Insya Allah, nanti okay lah tu...


n3 terbaru kakyong
Selamat Pengantin baru dan Tahniah Fazreen Rafi
Keputusan Cabutan Bertuah – contest aksi si cilik berbasikal
keyword carian di kakyong.com

Nadiah Sidek said...

mama zakuan: terima kasih :)

k.ros: waalaikumussalam wbt. ameen. terima kasih kak ros!

onedurrani: terima kasih :)

irma: hehe..kalau ummi tak larat dukung..papa dia la kena dukung :D

k.erna: tu la, kesian kan tgk anak muntah tapi paed kata susu ibu is the best. akan hilang juga reflux tu nnt

k.nor: ameen. terima kasih kak nor! :)

najwa: ok sikit la dia skrg ni

Nadiah Sidek said...

maszmadi: terima kasih :)

rose: haha..takpe2..kite suka org komen pjg2 :D. lama juga ye reflux rafiq hilang

transformed hw: bengkak susu blh jadi infection ye kak nur? huhu..tak tau pun

k.hamizah: lps lahir mmg normal berat badan turun sikit ;)

so shy lady: a'ah, masih muntah tapi tak la seteruk 2-3 minggu lps

h4ni3: ameen..

ishamizu: yup, it's normal

Nadiah Sidek said...

jiey: fountain high vomitting?? hehe..pandai ek bg nama

k.izan: ameen. tq kak izan!

ct N honey: alhamdulillah masalah lain takde

kak asma: terima kasih kak :)

nhanunmr: mmg akak bg susu badan je pun :)

mama: waalaikumussalam wbt. sama la dgn shakir..walaupun dah burp tetap muntah jgk

kakyong: oo..anis & aliya pun muntah jgk ek kecik2 dulu?

AshAnas said...

anas pun ms sebulan mcm ni la jugak, minum susu je muntah...

nhanunmr said...

yep..bengkak susu pn boleh jadi infection. acute lactitional mastitis name die~

husna said...

semoga adik safiyyah cepat ok!

aLyNnZ said...

Ooo first time alynn kes mcm nie..alhamdulillah shakir baik2 sajer..pedialyte tu apa nadiah..? mcm glukose ker..?

Nad @ MamaZakwan said...

ooo...
mungkin nayli kene cam shakir ni kot..
thanks sbb kongsi pengalaman n info
sangat2 hargai!
thank nad!
(cam ckp kt diri sendrik plak, mentang2 nama sama, hikhik)

miserlyn said...

So, how's ur son now? Found this entry after browsing here and there. Experiencing the same now with my 1 month daughter :(