Pages

Thursday, February 28, 2013

Genap 2 tahun dan bercerai susu

Alhamdulillah, 14 Rabi'ul akhir 1434 lepas (bersamaan 24 Februari 2013), genaplah usia Shakir 2 tahun mengikut kalendar hijrah. Alhamdulillah juga Shakir dah pun bercerai susu. Dengan izin Allah, dapat juga saya menyusukan Shakir sehingga genap 2 tahun usianya. Alhamdulillah.

Sewaktu Safiyyah bercerai susu, saya tak pernah cerita di blog. Bukan apa, ianya berlaku secara pantas. Sedar-sedar je ketika Safiyyah genap 2 tahun, dia dah pun berhenti menyusu. Prosesnya terlalu mudah. Mungkin disebabkan Safiyyah tak kuat sangat menyusu, jadinya proses bercerai susu menjadi mudah. Tambahan pula waktu itu saya mengandungkan Shakir, dia boleh faham agaknya yang masanya untuk berhenti menyusu dah tiba :).

Lain pula halnya dengan adiknya, Shakir. Sejak di bulan Januari lagi saya dah mulakan proses bercerai susu sebab melihatkan gayanya, prosesnya tidak akan semudah Safiyyah. Pantang nampak umminya tak buat apa-apa, pasti minta susu padahal saya tahu bukannya dia nak menyusu sangat pun waktu tu. Nak melepas gian sahaja. Hobi pun ya juga kot :p.

Mulanya saya kurangkan bagi Shakir susu pada waktu siang. Alhamdulillah, tak ada masalah sangat. Waktu siang saya selalu mengelat kalau Shakir minta susu. "Kejap lagi ye". "Later, ok?". "Not now, please". Itulah ayat yang selalu saya guna apabila Shakir minta susu di waktu siang...hihi. Sambil-sambil tu saya ajak dia main atau bagi dia mengunyah atau minum fresh milk untuk buat dia lupa seketika tentang susu.

Cabarannya adalah di waktu malam. Saya memang dah jangka dari awal lagi sebab Shakir terlalu bergantung pada susu untuk melelapkan mata. Selagi tak menyusu, selagi itulah dia takkan tidur dan akan melalak-lalak sehinggalah dia dapat susu. Susu umpama ubat tidur buat Shakir :).

Ada satu asbab yang mempercepatkan proses Shakir bercerai susu. Masuk ke pertengahan bulan Januari, setiap kali menyusukan Shakir, pasti perut saya mengeras. Istilah yang diguna pakai adalah Braxton Hicks contractions (practice contractions). Sekejap je Shakir boleh menyusu. Perut mengeras je, saya terus berhentikan dia daripada menyusu. Melalak-lalaklah dia tak puas menyusu. Tertekan jugalah waktu tu dengar dia meraung tapi tak ada pilihan :(. Tak berani nak teruskan juga...bimbang terbersalin awal. Terpaksa buat-buat tak dengar raungannya tu.

Setiap kali menyusu begitulah keadaannya. Memang tak boleh nak bagi Shakir menyusu sampai dia puas. Berhari-hari jugalah dia mengamuk tak puas menyusu. Setiap kali tu saya cakap pada dia, "Ummi sakit perut sayang...tak boleh bagi Shakir menyusu lama-lama. I'm sorry, ok". Berulang-ulang kali saya sebut ayat tu. Dah selalu dengar ayat yang sama, nampak macam dia faham sikit. Tak puas menyusu sekalipun, dia hanya merengek sahaja. Dah tak meraung dan mengamuk seperti sebelumnya.

Sejak tu saya semakin kurangkan waktu penyusuan. Daripada 3 kali sehari kepada sehari sekali. Sehari sekali kepada 2-3 hari sekali, dan daripada 2-3 hari sekali kepada seminggu sekali sehinggalah Shakir berhenti menyusu terus pada usianya 2 tahun. Alhamdulillah. Kelmarin ada jugalah dia minta susu tapi saya buat tak tahu je..hihi. Dia minta pun bukan beria sangat. Teringat agaknya :).

Tidur malam sekarang pun dah tak menjadi masalah. Tiba sahaja waktu tidurnya, mudah sahaja dia lelapkan mata dalam pelukan ummi :).


Wednesday, February 27, 2013

Sakit kaki...?

Ada yang menyangka saya sakit kaki selepas membaca catatan nota di bahagian akhir entri Ribut salji di bulan Februari. Oh, tidak...saya bukan sakit kaki. Sakit yang saya alami, ada saya catatkan dalam entri Ketiga: Pertengahan trimester ketiga...iaitulah pelvic pressure :).

Pelvic pressure puncanya saya tak dapat melangkah, bukan disebabkan sakit kaki. Pelvic pressure biasa dialami di hujung kehamilan cumanya yang saya alami dalam kehamilan kali ni agak teruk jugalah sehingga menyebabkan saya tak boleh nak melangkah. Melangkah biasa pun terasa sakit, naik tangga lagilah berganda sakitnya.

Bukanlah setiap hari saya terasa sakit sangat macam tu. Ada masa-masanya. Kalau kuat sangat tekanan di bahagian pelvis...begitulah jadinya, langsung tak boleh melangkah. Masa nak ambil gambar hari tu, dah terasa sakit sikit di bahagian pelvis tapi gara-gara nak juga ambil gambar, gigih jugalah keluar rumah.

Saya tak pasti kenapa sakit di bahagian pelvis bertambah kuat apabila saya berjalan di luar rumah. Mungkin sebab saya berjalan atas kawasan yang tak sekata agaknya. Keluar rumah kena turun tangga dan berjalan menuruni 'bukit', ditambah pula berjalan atas salji. Itulah agaknya menyebabkan pelvic pressure jadi bertambah teruk. Andaian saya sahaja :). Punca sebenarnya, wallahua'lam.


Nota:
Tak tahu nak terangkan lebih lanjut macam mana sakitnya tu. Yang pernah alaminya sahaja yang boleh faham.


Tuesday, February 26, 2013

Ribut salji di bulan Februari

Angin berblog dah kembali suam-suam kuku. Dari sehari ke sehari nak update blog, akhirnya seminggu juga blog ni terbiar. Nak blogwalking pun terasa liat sangat >_<.

Ribut salji ni berlaku hari Khamis lepas, 21 Februari 2013. Alhamdulillah tak teruk pun. Tebal salji pun sekadar 6-8 inci sahaja (paling tebal setakat ni di Lincoln untuk musim sejuk tahun 2012/2013). Cuaca panas dah beberapa minggu sebelum tu. Tiba-tiba pula dapat amaran ribut salji.

Lebih kurang seminggu sebelum tu bahagian Eastern New England dilanda ribut salji; Winter Storm Nemo (comel je nama ribut salji :p). Teruk juga ribut salji di sana. Ada kawasan yang tebal saljinya mencecah 40 inci! Dalam masa sehari je salji turun tu. Boleh baca laporan ringkas berserta gambar di link ni: Winter Storm Nemo: Snow, Wind, Coastal Flood Reports.

Kalau di New England area dinamakan Winter Storm Nemo, di sini pula Winter Storm Q. Winter Storm Q bermula dari West Coast lagi sampailah ke Midwest ni. Laporannya boleh baca di link ni (tak rajin nak tulis panjang-panjang :p): Winter Storm Q: Snow Reports and Notables. Bawah ini pula gambar-gambar yang saya ambil semasa dan selepas berlakunya Winter Storm Q:








Keesokan paginya...








Ada juga orang berbasikal dalam keadaan jalan yang masih diselaputi salji. Sewaktu gambar ni diambil, basikal tu hampir tergelincir tapi alhamdulillah lelaki tu dapat seimbangkan basikalnya.





Nota:
Saya hampir-hampir tak boleh nak melangkah balik ke rumah dah selepas ambil gambar di luar pagi tu. Sebelum keluar rumah, terasa sakit sikit sewaktu melangkah tapi saya fikir ok kot...lagipun bukan nak pergi jauh. Masa nak patah balik ke rumah...ya Allah...semakin sakit ketika melangkah! Nak menangis rasa. Bertambah sakit sewaktu naik tangga (mujurlah tangga tak banyak!). Masuk rumah memang rasa tak boleh nak melangkah langsung :(. Berhari-hari sebelum tu kesakitan macam tu dah tak menyerang. Sekali kena, teruk dibuatnya. Sampai ke malam masih sakit. Sepanjang hari banyak berbaring je. Duduk ok, tapi bangun je daripada duduk, berganda balik sakitnya. Sudahnya, katil je la tempatnya sehingga ke malam. Pagi esok baru pulih. Sendiri yang cari nahas, sendirilah tanggung! Huhu..

Wednesday, February 20, 2013

Pasangan ideal

Inilah pasangan ideal yang dimaksudkan:

^_^


Siapa setuju, angkat tangan! ^_^

Ini menu kami sekeluarga 3 minggu lepas. Selalunya kalau saya masak sambal, mesti digandingkan dengan sayur masak lemak. Biasanya kobis atau taugeh campur tauhu masak lemak putih. Gandingan yang sangat mantap! Serasi gitu. Makan hari-hari macam ni pun tak apa...sentiasa membuka selera ^_^.

Oh, baru semalam masak sambal sotong dengan taugeh masak lemak. Yum yum! ^_^


Sunday, February 17, 2013

Ketiga: Pertengahan trimester ketiga

Ikut kiraan minggu, kandungan saya dah pun melepasi pertengahan trimester terakhir. Alhamdulillah. InsyaAllah hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum bermulanya proses kelahiran.

Alhamdulillah, masuk sahaja trimester ketiga, sakit-sakit yang saya alami di trimester kedua mulai reda. Namun, kelegaan nampaknya tak berpanjangan. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari :p. Hampir sahaja masuk ke pertengahan trimester terakhir ni, lain pula ujian buat diri. Kandungan dah terasa ke bawah sangat dah sampai rasa terlalu sakit di bahagian pelvis.

Masa mengandungkan Safiyyah dan Shakir, tak pula saya rasa begitu. Mereka dah 'turun' ke bawah pun saya tak perasan sehinggalah diberitahu orang yang perut saya dah 'jatuh'. Rasa macam baby ni tak sabar-sabar nak keluar dah. Asyik menekan-nekan je ke bawah. Risau je bersalin awal. Selalu pujuk baby supaya tunggu sekurang-kurangnya awal bulan Mac nanti. Masa tu insyaAllah baby dah full term.

"Pelvic pressure during pregnancy in the third trimester may occur due to lightening. This is when the baby moves into the pelvic area in preparation for birth. The baby’s head may press against the bladder, hips and pelvic and this can lead to pressure and pain. Extreme pelvic pressure during pregnancy may occur in the last couple of weeks, as the time for delivery approaches." [pregnancy baby care]

"...once your baby descends in preparation for birth, you may feel both pressure in your pelvis and sharp, stabbing pains in your pelvic and groin area. This is caused by a shifting in your pelvic bones, as your body opens a bit to deliver your baby, and by ligaments stretching to allow these bones to shift. You may feel these sharp pains in the middle of your pelvic bone, in your lower back, or even down your thighs. The discomfort might be constant, or you might notice it most when you cough, sneeze, or laugh." [parents.com]

Pelvic pressure yang saya alami dalam trimester ketiga ni tak sama macam pelvic pain yang saya rasakan sewaktu trimester kedua. Berbeza. Tak tahu nak terangkan dengan kata-kata. Kalau sakitnya datang, terasa macam bengkak je di bahagian pelvis. Nak melangkah dari bilik ke bilik air yang terletak bersebelahan dengan bilik ni pun seksa sungguh rasanya. Boleh kata hampir tak boleh nak melangkah langsung kalau tengah sakit.

Seminggu yang lepas, demam pula menjengah. Bermula dengan sakit tekak. Keesokan harinya mula tak sedap badan. Begitulah kebiasaannya Kalau sakit tekak, mesti demam mengiringi. Sengal sangat badan masa tu. Rasa tak larat nak buat apa-apa tapi kena gagahkan juga diri memasak, mengemas rumah sekadar termampu dan menguruskan anak-anak.

Catatan pemeriksaan prenatal dari awal sehingga pertengahan trimester ketiga:


4 Januari 2013
Pemeriksaan prenatal buat kesekian kalinya. Berat mencecah 112.6 lbs (51.1 kg).


15 Januari 2013
Pertemuan dengan Dr. Kenney buat kali yang ketiga. Alhamdulillah, hasil scan semuanya normal. Berat bayi dalam kandungan 3 lbs 12 oz (1.7 kg).


16 Januari 2013
Bacaan timbang pada pemeriksaan prenatal kali ni adalah 114.2 lbs (51.8kg). Jearlyn maklumkan bacaan Hb saya yang lepas adalah 7.6 (buat pembaca blog ini yang masih belum mengetahui, saya adalah pembawa talasemia...jadinya tidak hairanlah bacaan Hb saya serendah itu ketika mengandung). Jearlyn pun nampaknya lebih tenang melihat nilai Hb saya berbanding sebelum ni :). Kalau tak, cepat-cepat sahaja dia hubungi Dr. Kenney menyuarakan kebimbangannya terhadap Hb saya yang rendah :D. Alhamdulillah, saya juga 'lulus' dalam glucose screening test (GST) dengan bacaan 117 mg/dL. Tak perlu minum air gula buat kali yang keduanya ;). Dengan kata lain, bebas daripada diabetes ketika mengandung. Alhamdulillah.


30 Januari 2013
Kali ni berat saya mencecah 115.4 lbs (52.3 kg). Dalam pemeriksaan prenatal kali ni, Jearlyn khabarkan nitrite dikesan dalam sampel urine saya [the presence of nitrite is an indication to the presence of bacteria in the urine - helium]. Macam-macam dugaan mengandung kali ni. Cumanya kata Jearlyn, lepas dilakukan proses pengkulturan, tiada apa yang terbentuk pada sampel urine. Maknanya, tiada bakteria yang dikesan dalam urine. Alhamdulillah, lega sikit mendengarnya.


11 Februari 2013
Berat 116.6 lbs (52.9 kg). Nitrite masih lagi dikesan dalam sampel urine..huhu. Proses pengkulturan akan dilakukan lagi. Jika ada bakteria dalam urine, saya akan diberi antibiotik. Harap-harapnya tak adalah bakteria tu. Doakan saya ye.



InsyaAllah pemeriksaan prenatal seterusnya adalah pemeriksaan-dua-minggu-sekali yang terakhir dan satu lagi ujian perlu dijalani; Group B strep (GBS) [Group B strep (GBS) is a kind of bacteria that many people harbor in their intestinal tracts. The bacteria may also inhabit (or "colonize") your vagina as well, and be passed on to your baby during labor and birth. - babycenter]. Sewaktu mengandungkan Shakir dulu, keputusan GBS saya negatif. Mohon doa kalian agar keputusan GBS saya kali ni juga negatif. Doakan ye..


Thursday, February 14, 2013

Impian saat pulang ke Malaysia

Kurang dari setahun kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia, insyaAllah. Dalam pada rasa tak sabar nak balik, perasaan sedih tetap juga mengiringi. Adatlah tu. Seronok macam mana pun di tempat orang, manakan sama di tempat sendiri :). Oh, saya dah mula memasang impian (lebih kepada perancangan, mungkin?) yang nak dibuat saat pulang ke Malaysia nanti! ^_^


Tautan ukhuwwah
Balik nanti insyaAllah nak jumpa semula sahabat handai di Malaysia terutama yang sekampus. Rindu! Belek-belek gambar lama, terkenang kembali saat-saat bersama suatu ketika dahulu. Ada masa sampai termimpi-mimpikan mereka. Sekarang ni majoriti dah berumah tangga dan ramai juga dah beranak-pinak. Adik-adik junior pun sama. Nasib baik belum ada yang dah bercucu :p. Harap sangat dapat ziarah mereka. Kalau boleh, sebulan sekali nak buat aktiviti ziarah. Moga Allah lapangkan masa kami untuk ziarah sahabat-sahabat kami. Saudara-mara tak perlu sebutlah...itu semestinya wajib diziarah :).


Kelas kek
Teringin sangat nak pergi kelas kek! Buat kek insyaAllah saya boleh buat tapi nak menjadikan kek cantik...alahai...failed! Tengok kawan-kawan yang dah pergi kelas kek, banyak sangat yang mereka dah perbaiki. Cantik sangat kek yang mereka buat. Tengok pun rasa sayang nak makan ^_^. Mana tahu, suatu hari nanti boleh buat bisnes kek kecil-kecilan dari rumah (berangan dulu siap-siap...hihi..). Harapnya suami izinkan saya menghadiri kelas kek nanti :).


Majlis ilmu
Ini lebih kepada program pengisian rohani. Rindu nak menghadiri majlis ilmu. Tengok atau dengar di media/internet tak sama dengan tengok dan dengar secara langsung. Majlis ilmu terbesar yang saya teringin nak pergi adalah Konvensyen Fiqh (K-Fiqh) dan Seminar Fiqh (S-Fiqh). Hebat ahli-ahli panelnya. Walaupun kami akan menetap di Pulau Pinang balik Malaysia nanti, mudah-mudahan Allah izin saya dan suami menyertai konvensyen yang dibuat di Kuala Lumpur nanti..ameen. Oh, teringin juga nak menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus! :)

Poster-KFIQHp-30Jan2013

Poster-KFIQH-Solat- 5 Feb 2013
Konvensyen dan Seminar Fiqh yang terdekat. Ada yang bakal pergi tak?


Program Dr. Azizan Osman
Ini satu lagi program yang saya teringin nak pergi...lebih kepada dunia bisnes. Saya jarang percaya dengan program-program sebegini. Selalu fikir negatif dulu :p. Yelah, selalunya program begini bukan murah bayarannya. Nak kena pilih yang betul-betul, barulah duit tak terbazir begitu sahaja. Ada beberapa orang kawan yang dah pergi program Dr. Azizan Osman...semuanya kata sangat berbaloi menyertainya. Kalau setakat testimoni orang lain, saya kurang percaya tapi kawan-kawan yang dah pergi tu memang sangat boleh dipercayai...itu yang membuatkan saya berkobar-kobar nak menyertainya juga. Nak berbisnes, perlu ada ilmu juga ;).



Apa pun, balik Malaysia nanti kena selesaikan dulu perkara yang lebih utama untuk diselesaikan. Rumah pun tak ada lagi...dah sibuk pasang impian macam-macam..hihi. Doakan impian/perancangan saya terlaksana ye! :)


Wednesday, February 13, 2013

Just in From Coach Stores | Enjoy Savings Up to 70%!





24 jam sahaja!
Sale berakhir pada 15 Februari 2013 (1 pagi waktu Malaysia).

Klik SINI ye :).


Friday, February 8, 2013

Resipi: Coconut-filled nut torte

Kali ni saya kongsikan pula sejenis lagi resipi kek yang saya buat sempena majlis hari lahir Safiyyah bulan lepas. Jenuh juga nak memilih kek yang nak dibuat. Akhirnya, saya pilih Coconut-filled nut torte ni memandangkan flaked coconut di rumah masih banyak lagi berbaki.

A torte (English pronunciation: /ˈtɔrteɪ/) is a rich, usually multilayered, cake that is filled with whipped cream, buttercreams, mousses, jams, or fruits. Ordinarily, the cooled torte is glazed and garnished. A torte may be made with little to no flour, but instead with ground nuts or breadcrumbs, as well as sugar, eggs, and flavorings. [Wikipedia]


Coconut-filled nut torte
by Callie Barnum

2/3 cup shortening
1-2/3 cups sugar
5 egg whites
1 teaspoon almond extract
2-1/4 cups all-purpose flour
2-1/4 teaspoons baking powder
1 teaspoon salt
1-1/4 cups milk
1/2 cup finely chopped almonds
1/2 cup finely chopped hazelnuts

Filling:
1 can (5 ounces) evaporated milk
3/4 cup sugar
6 tablespoons butter, cubed
3 egg yolks, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
1-1/2 cups flaked coconut
1/2 cup each chopped hazelnuts, pecans and walnuts

Frosting:
3/4 cup butter, softened
2 packages (3 ounces each) cream cheese, softened
1 teaspoon vanilla extract
3 cups confectioners' sugar
2 tablespoons milk


  1. In a large bowl, cream shortening and sugar until light and fluffy. Beat in egg whites and extract. Combine the flour, baking powder, nuts and salt; gradually add to creamed mixture alternately with milk, beating well after each addition.
  2. Pour into three greased and floured 9-in. round baking pans. Bake at 350'F for 20-25 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool for 10 minutes; remove from pans to wire racks.
  3. In a large saucepan, combine the evaporated milk, sugar, butter and egg yolks. Cook and stir over medium heat for 10-12 minutes or until mixture is thickened and reaches 160'F. Remove from the heat; stir in vanilla. Stir in coconut and nuts. Cool to room temperature.
  4. In a small bowl, beat butter, cream cheese and vanilla until smooth. Gradually add confectioners' sugar. Beat in milk until light and fluffy. Spread filling between cake layers. Frost top and sides of cake. Garnish with pecans if desired. Store in refrigerator.

Sebelum.


Selepas.


Mudah sahaja penyediaannya. Selamat mencuba! :)



Nota:

  1. Daripada empat jenis kacang, hanya dua jenis sahaja yang saya gunakan; almonds dan pecans. Hazelnuts tak jumpa di kedai. Walnuts pula saya terperasankan masih ada stok di rumah, jadinya saya tak minta suami belikan. Nak buat kek tu baru perasan walnut di rumah dah habis. Guna 2 jenis kacang pun masih sedap juga keknya ;).
  2. Dicadangkan agar kuantiti almond extract dikurangkan. 1/4 - 1/2 sudu kecil rasanya dah memadai. Saya guna ikut resipi (1 sudu kecil). Pada saya, bau dan aromanya terlalu kuat sehingga mengganggu rasa kek.


Tuesday, February 5, 2013

Kawan baik








Itu waktu tengah baiklah. Tengah baik nak menepek je berdua buat benda yang sama :D.
Waktu bergaduh usah ceritalah. Pening kepala dibuatnya! :p



*** Kate Spade surprise sale (2 hari sahaja). Berminat? Kunjungi: https://www.facebook.com/WansWanzShop :)

Monday, February 4, 2013

Family Play Space

Salah satu tempat yang 'wajib' pergi sewaktu musim sejuk. Sekurang-kurangnya sekali mesti bawa anak-anak bermain di Family Play Space ni setiap kali musim sejuk. Bagus juga ada tempat begini. Lepas tu boleh terus pergi window shopping :p. Family Play Space ni letaknya dalam bangunan Getaway Mall (sebelum ni dikenali sebagai Westfield Mall) di Lincoln ni.




Safiyyah yang gembira :).


Anak teruna ni dalam suasana bingit pun dia boleh lena. Mengantuk sangat akibat bangun awal di waktu pagi. Lama juga dia tidur :D.


Safiyyah paling suka main gelongsor ni.


Tempat ni dah makin cantik berbanding 2 tahun sudah. Tahun lepas rasanya baru tempat ni direnovasi. Lebih luas, lebih ceria, lebih menarik.


Dah puas main gelongsor, baru Safiyyah main benda lain.


Buat macam rumah sendiri pula dia.


Bangun juga akhirnya Shakir. Dia dapat main sekejap je la.


Lepas tu bawa anak-anak naik carousel ni pula. Ini pun dalam Mall juga. Pernah bawa Safiyyah naik sekali carousel...melalak-lalak dia. Entah apa yang ditakutkan sangat entahlah. Ni saje cuba nak tengok reaksinya kali ni.




Alhamdulillah, dah tak takut! Lepas ni boleh cuba bagi naik kuda betul pula ;).



Nota:
Mood berblog tak tahu dah terbang ke mana..huhu..

Friday, February 1, 2013

Salji di bulan Januari 2013

21 Januari 2013
Dengan tak disangka-sangka salji turun pagi tu. Dalam pukul 10.30 pagi tergerak hati tengok di luar, tengok-tengok salji turun. Halus je saljinya. Tak ada pula weather forecast mengatakan yang hari tu salji akan turun. Masa salji turun tu sekali lagi saya tengok weather forecast, tiada juga salji dilaporkan. Hanya dicatat sebagai cloudy sahaja. Sejam dua selepas tu barulah dicatat light snow di weather forecast. Kata suami, orang yang bekerja di weather forecast tidur agaknya..hihi..


Masa ni dah tengahari. Cuaca macam ni memang tak boleh nak beza sama ada pagi, tengahari atau petang.


Tak tebal pun saljinya. Esoknya cair dah.


29 Januari 2013
Sekali lagi salji turun. Saya sangkakan 21 Januari tu salji terakhir untuk musim sejuk kali ni. Ada lagi rupanya. Tak pasti pukul berapa salji turun. Yang pastinya, waktu malam :). Buat kali keduanya salji turun lebat bagi musim sejuk tahun 2012-2013. Tebal salji kali ni lebih kurang 3-4 inci.

Gambar-gambar di bawah diambil pada keesokan harinya...

Seluas-luasnya Shakir tarik blinds tu semata-mata nak tengok salji di luar ^_^.


Cantik pula saya tengok pokok yang diselaputi salji ni. Pokok ni depan bangunan Physicians for Women. Kebetulan hari tu saya ada temujanji untuk prenatal checkup.


Gambar tong sampah pun ambil..hihi..


Antara gambar yang sempat diambil dari dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prenatal checkup...








Cukup suka tengok salji yang menebal atas picnic table ni. Seolah-olah macam kusyen :). 



Nota:

  1. Musim sejuk di Lincoln bagi tahun 2012-2013 memang betul-betul rasa seperti musim sejuk. Suhu negatif sahaja memanjang. Tak seperti tahun sebelumnya, musim sejuknya panas [Musim sejuk yang panas].
  2. Walaupun suhu negatif hampir setiap hari, hanya dua kali (setakat entri ni ditulis) sahaja salji turun lebat. Yang lain hanya light snow sahaja.