Pada suatu hari yang tenang, berkatalah Encik Z kepada isterinya, Puan N, "Isi borang-borang ni. Esok pagi kul 9.20 kita ada interview visa tau."
Puan N hanya mengangguk-anggukkan kepala.
Tak sampai seminit, Puan N bersuara, "Eh, nanti diorang nak tanya apa? Dia tanya abang sorang ke atau isteri sekali?"
"Dua-dua la. Soalan basic je..contohnya..kenapa nak pergi US? Nanti jawab la teman suami gi belajar," jawab Encik Z.
"Ooo...pukul berapa kita nak bertolak esok? Lepas Subuh ke?" tanya Puan N.
"Isy, takde la awal sangat. Dalam kul 8 kita keluar la," jawab Encik Z.
"Eh...hari tu abang kata kena ada kat sana sejam sebelum waktu interview," ujar Puan N kehairanan.
"Abang tersilap. Abang baca dah betul-betul peraturannya," Encik Z mengakui kesilapannya.
*********************************************************************
Keesokan harinya di bangunan Kedutaan Amerika...Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi...
"Nasib baik sempat sampai. Berdebar-debar abang dalam kereta tadi. Ingatkan tak sempat sampai. Jammed teruk tadi. Takut nanti disuruh balik sebab lambat," masih kedengaran cemas bunyinya.
"Tahu. Masa dalam kereta tadi perasan abang asyik tengok jam tapi duk cover-cover tak nak bagi ayah perasan," ujar Puan N sambil tergelak kecil.
Setelah selesai berurusan dengan security, Encik Z dan Puan N mengambil tempat di ruangan menunggu. Angka yang tercatat di kertas kecil tu adalah A061. Oh...ada 12 orang dalam waiting list.
"Lama lagi la ni..." rungut Puan N.
Akhirnya...giliran A061 tiba jua. Bergegas la Encik Z dan Puan N ke bahagian kaunter untuk diperiksa segala borang berkaitan. Selesai urusan, Encik Z dan Puan N diminta duduk dulu sebelum dipanggil untuk diambil cap jari dan ditemuduga. Sambil-sambil menunggu tu melilau mata Puan N melihat sekeliling...
"Orang tu cakap bahasa Cina la dengan visitor Cina tu. Bagusnya. Kalau nak kerja kat sini kena pandai banyak bahasa la ek," berkata Puan N kepada suaminya sambil menunjuk ke arah salah seorang petugas kaunter di situ.
"Ye kot," pendek je jawapan Encik Z.
"Abang...muka diorang jenis panjang, kan?" Puan N bersuara lagi. Kali ni merujuk kepada 2 orang lagi petugas bangsa asing di kaunter.
"Banyak betul komennya," respon Encik Z. Malas melayan omelan isterinya barangkali.
"La...orang bukannya komen. Orang beritahu je. Cuba abang tengok. Muka orang Asia kebanyakannya agak bulat, diorang lak agak panjang," jelas Puan N.
"Allah Maha Hebat. Macam-macam rupa dijadikan manusia ni," bisik hati Puan N.
"Eh...abang, kenapa orang tu kena tanya banyak?" Puan N bertanya.
"Tengah interview tu," jawab pula Encik Z.
"Hah?? Interview kat sini ke? Kat kaunter-kaunter tu je?"
Sambil tersenyum Encik Z menganggukkan kepalanya. Mungkin Encik Z pun baru tahu keadaan sebenar pemohon visa ditemuduga.
"La...sebelum ni duk terbayang macam interview nak minta kerja tu...duk dalam bilik khas. Rupanya kat kaunter je. Penat je duk berdebar-debar," ngomel Puan N.
Melihatkan si suami hanya berdiam diri, Puan N menyambung lagi omelannya, "Harap-harapnya abang dapat kat kaunter 4 tu ye bang. Orangnya nampak mesra je. Sambut orang yang nak ditemuduga dengan senyuman. Peramah lak tu. Nanti takde la rasa gugup. Tak pun kaunter 5 ke...macam tak banyak kena soal je kat situ."
Encik Z hanya mengerling sekilas ke arah petugas di kaunter 4 dan 5.
Akhirnya Encik Z dan Puan N dipanggil ke kaunter 5 untuk ditemuduga. Puan N tersenyum senang. Macam-macam la yang ditanya penemuduga tu kepada Encik Z. Ambil bidang apa, kalau ke US nanti nak ambil ijazah apa, sampai la ke soalan berikutnya...
"May I see your marriage certificate? Did you bring it?" tanya penemuduga berkenaan.
"I forgot to bring it," jawab Encik Z.
"Did you have any proof to show that both of you have been married? How about your daughter's birth certificate?" penemuduga bertanya lagi.
"Oh...I've left it too," jawab Encik Z lagi. Jelas terpancar kegusaran di wajahnya.
"Hmm...can you speak in English?" Puan N pula ditanya.
Puan N hanya menganggukkan kepala.
"How long you have been married?" bertanya lagi Encik penemubual kepada Puan N.
"Erm...1 year," jawab Puan N. Mahu dijawab setahun lebih tapi hanya perkataan setahun yang keluar.
"How old are your daughter?" Puan N ditanya lagi.
"4 months," ringkas jawapan Puan N.
Penemuduga tersebut tersenyum sinis. Puan N terpinga-pinga tidak mengerti maksud senyuman lelaki si penemuduga itu.
"You know what? These things always happen. We never know whether you've been married or no unless you show the proofs. Hmm...we will contact Washington first and when we have the approval from Washington, only then we call you back. Maybe in a week like that. And when you come back again, please bring along your marriage certificate and your daughter's birth certificate with this yellow letter and 3 passports," Encik penemuduga menjelaskan panjang lebar.
Berkata-kata Puan N dalam hatinya, "Takkan la hanya kerana tak bawa sijil kahwin, visa digantung kelulusannya...? Amerika pulak tu...! Uik...sejak bila negara tu mementingkan hal-hal sebegini...? Atau diskriminasi yang sebenarnya ...?"
Setelah selesai semuanya, Encik Z dan Puan N pun berangkat pulang dengan wajah yang sugul.
"Takpe la, mesti ada hikmah di sebalik semuanya ni..." Encik Z dan Puan N memujuk hati masing-masing.
******************************************************************
Apakah ada episod sambungannya? Tunggu dan lihat je la...