Tuesday, June 30, 2009
Monday, June 29, 2009
Radix Oriental Cuisine
Sunday, June 28, 2009
Kid leashes
1st impression saya bila dapat tahu kewujudan kid leashes tu dulu:
"Isy, tak patutnya pakaikan macam tu kat anak. Macam duk ikat haiwan je."
Sampai sekarang pun saya rasa tak sesuai pakaikan leashes pada kanak-kanak tapi saya teringat pula masa di airport dulu. Seorang ibu pakaikan leashes tu pada 2 orang anaknya. Kesian juga saya tengok wanita tu. Dengan beg-begnya lagi, dengan anak-anak dia yang tengah aktif nak berlari ke sana sini..lebih kurang sama besar je anak-anaknya tu..tak tau la kembar atau beza setahun..tapi yang pastinya situasinya agak sukar tika tu. Tanpa leash tu, tak tahu la macam mana wanita tu nak menguruskan beg-beg dan anak-anaknya.
Hmm...kalau dalam situasi macam tu ok la kot guna kid leash tu tapi kalau duk jalan-jalan berlenggang kangkong macam gambar bawah ni pula...apa cerita?? Macam-macam la dunia sekarang ni ye..
Saturday, June 27, 2009
Pertama kali
Gambar atas tu view depan rumah sewa saya di Lincoln ni. Buka window blind je rasa sejuk mata memandang. Satu pagi hari tu angin kencang sangat, langit pun kelam je. Takut saya dibuatnya. Dalam hati tak putus-putus berdoa jangan la ribut jadi kat sini. Mujur tak lama lepas tu langit cerah kembali, angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa je. Alhamdulillah.
Tapi kata Hafiz kat sini tak pernah lagi ribut datang menjengah. Katanya lagi, di hujung musim Spring nak masuk Summer (masa sekarang ni la), cuaca memang tak elok. Masa tu la ribut taufan berlaku. Alhamdulillah sini tak terkena tempiasnya. Mudah-mudahan pasni juga kawasan ni terselamat daripada bencana alam..
Safiyyah ambil angin kat laman depan rumah
Thursday, June 25, 2009
June 25, 2009
Selamat Hari Jadi abang! Usia semakin meningkat...moga amalan untuk bekalan ke 'sana' juga turut sama meningkat...
Pagi tadi saya ke mall dengan Izza dan Ifa. Saje je diorang ajak saya jalan-jalan. Al-maklum la, saya baru lagi di sini. Ifa tu pulak akan berpindah ke Florida ikut suaminya. Barang-barang dalam rumah sewa kami ni kebanyakannya dibeli daripada Ifa. Ada yang diberi percuma. Rezeki kami agaknya. Boleh kata lengkap le dah barang-barang kat rumah ni. Kat sini memang stailnya gitu. Beli 2nd (3rd, 4th..) hand je tapi barang-barang elok lagi. Kalau nak murah-murah beli di garage sale. Dulu lecturer saya selalu sebut pasal car boot sale. Katanya barang-barang yang dijual di situ murah harganya. Tapi itu di UK. Takde pula saya dengar pasal car boot sale kat sini. Sinonim dengan garage sale la kot.
Dengan Izza
Dengan Ifa
Suami saya bagi 45 USD sebelum di ke lab tapi saya tak beli apa-apa pun di mall. Ada berkenan baju baby tapi...entah la. 7.99 USD harganya. Termenung panjang saya. Saya rasa sayang pula nak leburkan duit tu. Duk fikir baju tu hanya sesuai untuk musim summer je. Nanti sekejap je Safiyyah boleh pakai. Lagipun duk fikir-fikir banyak lagi benda nak guna duit. Sudahnya saya matikan je hasrat saya..
Balik ke rumah Safiyyah terus terlelap. Letih agaknya dia (duk dalam stroller pun letih ke..? hee..)
Bawah ni pula gambar Safiyyah yang saya snap malam tadi. Tengok la gayanya tu. Macam orang besar je. Macam bersungguh duk baca buku. Baby book tu saya dapat free kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dulu...dengan beberapa lagi gifts lain. Rajin-rajin baca buku ye sayang ye...nanti boleh beat papa ;)
*terbalik la buku tu sayang..
Wednesday, June 24, 2009
Pesawat MAS
Layanan ok. Petugasnya pun ramah-ramah. Makanan pun ok gak la. Kredit diberikan tang 3-3 perkara tu. Tapi...yang saya tak berkenannya bab pakaian. Kenapa ye pramugari kena pakai seksi-seksi? Baju kebaya yang dipakai mereka betul-betul ikut bentuk badan, kainnya pula terbelah. Aduhai...tak boleh diubah ke pakaian mereka tu ye? Ke...itu termasuk salah 1 cara untuk entertain penumpang..? Huhu..
Lagi satu yang saya tak berkenan...disediakan juga wine! Apa perlunya dihidangkan wine? Semata-mata untuk menarik penumpang warga asing ke? Yang menghidangkannya dah la Muslim. Ye la, yang non-Muslim ada berapa kerat je. Hmm..macam mana tu ye..?
Tuesday, June 23, 2009
Hari ke-9 di Lincoln
Owh...sekarang ni saya guna handphone baru. Suami saya pun guna handphone baru. Tak aci betul! Dia dah ada 2 handphone baru sekarang ni tapi nak buat macam mana, memang kena beli juga. Sini takde jual sim card semata-mata. Sekali pakej dengan handphone tapi handphone kat sini entah berapa tahun ke belakang dari Malaysia entah. Kalau nak pakai handphone canggih-canggih, kena pakai bil la. Yang prepaid punya handphone jenis lama-lama je. Kalau nak mesej luar negara murah je 0.20 USD je tapi yang tak bestnya, kalau kita terima mesej/call pun, kita kena charge juga! Huhu. Ni la handphone baru saya, sebiji dengan handphone suami saya, model Samsung, 12 USD je harganya:
Kecil je sebenarnya handphone ni, dalam gambar nampak besar
Oh ye! Safiyyah dah pandai mengiring dah (baru pandai...??). Ye, memang lambat.
"Jangankan kata meniarap, mengiring pun tak lagi," itu jawapan saya bila orang bertanya Safiyyah dah meniarap ke belum.
"Entah-entah dia nak meniarap kat US kot," ini pula antara respon yang saya terima.
Tak tahu la kenapa dia lambat mengiring. Dulu ada la sekali dia cuba mengiring tapi sekali tu je la. Pastu tak nampak dah dia cuba mengiring. Agaknya betul la kot dia nak mengiring dan meniarap kat US. :p
3.30 pagi tadi tersedar dengar mulutnya riuh, tengok-tengok dia mengiring. Sejak dah pandai mengiring ni, asyik mengiring je dia. Suka betul dia mengiring. Lepas ni meniarap pulak ye sayang ye...
Sunday, June 21, 2009
Pergi tak kembali
Arwah (Ahmad Hanaffi Sidqi) baru je dilahirkan minggu lepas tapi terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebab tak menangis sebaik dilahirkan dan diberi bantuan pernafasan. Tapi takdir telah tertulis, nyawanya tak panjang. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak mereka.
Khabar yang saya terima mengingatkan saya bahawa apa yang saya punyai di dunia ni hanya pinjaman daripada Allah semata-mata. Jika Dia berkehendak mengambil kembali apa yang saya miliki kini, bila-bila masa je..sebab itu semua hakNya..
Mudah-mudahan Faizal dan Sakinah serta seisi keluarga diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian 'kehilangan' ni. Al-Fatihah..
Friday, June 19, 2009
Perjalanan jauh yang meletihkan
Rumah sewa kami...di tingkat atas
Hari ni baru terasa segar sikit. 4 hari sebelum ni terasa letih sangat padahal bukannya buat apa pun. Jet lag barangkali. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan waktu. Oh ye, kat sini lewat 13 jam dari Malaysia. Kalau kat sini jam 4.30 petang hari Jumaat, di Malaysia 5.30 pagi hari Sabtu. Perubahan musim belum terasa lagi memandangkan kami tiba di sini musim summer. Tak jauh bezanya dengan cuaca di Malaysia sekarang ni. Cumanya, kat sini kalau panas, memang panas sangat.
Kami berangkat ke New York 14 Jun lepas dari KLIA menaiki pesawat MAS. Penerbangan kami dijadualkan pada jam 11.59 pm tapi pesawat delay selama 45 minit. Entah kenapa tak pasti pula saya. Pesawat transit sebentar di Stockholm sebelum meneruskan penerbangan ke New York.
Transit di Stockholm
Perjalanan yang memakan masa hampir 22 jam ke New York amat meletihkan. Mujur la Safiyyah banyak tidur sepanjang perjalanan ke New York. Macam best je tengok dia tidur dalam cot...
Kami check in di New York lebih kurang jam 12.30 tengahari (waktu tempatan). Sempat merehatkan diri seketika di airport New York (Newark) sebelum ke departure hall. Dari New York, kami menaiki pesawat United ke Chicago. Penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 2 petang waktu tempatan terpaksa delay hampir 2 jam memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan. Aduh..letih menunggu dalam pesawat! Masa ni la Safiyyah mula meragam. Jenuh pujuk tapi tak berhasil pun mententeramkannya. Saya dan suami masa tu bimbang kalau-kalau penumpang-penumpang lain rasa marah atau terganggu dengan tangisan Safiyyah tapi sangkaan kami meleset sama sekali. Penumpang-penumpang sekeliling kami turut bimbang tengok Safiyyah. Akhirnya, Safiyyah tertidur setelah keletihan menangis hampir 40 minit...
Dari Chicago, kami bertukar pesawat pula untuk ke Lincoln. Gara-gara pesawat delay di Chicago, kami terlepas pesawat. Mujur ada seat kosong bagi penerbangan berikutnya ke Lincoln. Alhamdulillah, sampai juga kami di Lincoln pada hari Isnin jam 8 malam (waktu tempatan). Kalau ikut waktu Malaysia, masa kami sampai tu hari Selasa jam 9 pagi. Aduhai...perjalanan jauh ni benar-benar meletihkan!
Sunday, June 7, 2009
Solid food guidelines
Pagi tadi bawa Safiyyah ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk imunisasi 5 bulan. Waa...sampai sekarang saya rasa tak sampai hati tengok Safiyyah dicucuk dengan jarum. Ye la...dia kecil je lagi tapi tak boleh la pula kalau tak diberi imunisasi. Safiyyah yang kena cucuk, saya lak yang rasa sakitnya. Baby macam biasa la...kena cucuk mesti menangis tapi mujur Safiyyah nangis kejap je. Camtu la anak ummi...goood girl!
Sebelum balik tu ada tanya Doktor pasal solid food memandangkan Safiyyah dah 5 bulan. Bulan depan boleh la start memperkenalkan solid food pada Safiyyah. Doktor bagi sehelai kertas sebagai guideline:
Proper feeding is of utmost importance in preventing allergies.
-> Exclusive breast feeding for the first 6 months provides the ideal protection.
-> Weaning foods should not be given too early (Solid foods should be introduced at 6 months).
-> Avoid strongly allergenic food for the first year.
-> Add only one new food per week so that food that is not well-tolerated can be recognised and removed.
Foods which are least likely to cause allergic reactions (to be introduced from 6 months): rice, pear, prune, carrot, apple
Foods which are usually well tolerated, but occationally cause allergic reactions (to be introduced from 6 months): barley, apricot, beef, wheat, plum, spinach, cabbage, oat, banana, chicken, peach, broccoli, lamb, turnip, potato, cherry, corn
Foods which are most likely to cause allergic reactions (to be introduced from 9 months): berries, egg yolk, legumes, fish
Foods which are highly allergenic (to be introduced from 12 months): seafood, peanuts, egg white
Doktor tu ada bagitau, masa mula-mula kenalkan baby dengan solid food, bagi nasi semata-mata dulu (kanji kosong - blend atau hancurkan/haluskan secara manual) dalam 1 sudu besar sehari sekali. Kalau penerimaan baby ok, boleh la tambah ke 2 sudu besar dan seterusnya. Lepas seminggu camtu boleh campur dengan carrot. Seminggu lepas tu boleh bagi daging, minggu seterusnya boleh campur dengan ayam atau makanan yang lain lak. Setiap makanan baru, sebaik-baiknya bagi baby makan dalam tempoh seminggu supaya kita dapat trace sama ada makanan tu menyebabkan alahan pada baby atau tak...
Friday, June 5, 2009
Kenduri kahwin: Mei-Jun '09
2 Mei: Irni Eliana Khairuddin & Rihan Mohamad
9 Mei & 31 Mei: Noor Hamdah Musa & Fadhlur Rahman Ismail
30 Mei: Siti Rogayah Bahari & Mohd Afzan Amir Hamzah
30 Mei: Nurul Hajar Azalli & Sabani Pa
31 Mei: Azizah Jumat & Muhammad Azahari Yusak
31 Mei: Nurmaya Mustafa & Mior Sazmer Mohamad Isa
31 Mei: Norlia Md. Noor & Azman Abdullah
31 Mei: Aiza Adlina Abdullah & Zairul Azreen Zainal
31 Mei: Nur Husna Amiruddin & Mohd Anwar Ismail
31 Mei: Nor Syakirah Yacob & Shahril Ikhmal Azman
31 Mei: Noor Syahrina Azween & Syukri
4 Jun: Fadhilah Adzemi & Shukri
6 Jun: Siti Noor Mamat & Mohd Asri Jamaludin
6 Jun: Abdul Hadi Ismail & Amani Abd Karim
6 Jun & 12 Jun: Fatariah Zakaria & Adi Syahid Mohd Ali
7 Jun & 13 Jun: Radieah Mohd Nor & Shaikh Mohd Hizami Shaikh Abd Hadi
13 Jun: Zahariah Dzulkifli & Ariff Yusoff Wanteh Kamal
note: yang saya bold tu maksudnya saya kenal individu tu...
Monday, June 1, 2009
Kempen-kempen berkaitan rokok
Antara gambar yang dipaparkan di kotak rokok
Hmm...sejauh mana agaknya ye keberkesanan kempen-kempen yang dah dibuat berkaitan dengan rokok? Yang terbaru iklan Amaran Bergambar tu la. Saya rasa macam tak beri apa-apa kesan pun pada perokok. Buktinya?? Adik saya sendiri la. Heh. Tapi tu la hakikatnya. Dia macam takde apa-apa perasaan pun tengok gambar-gambar tu. Dah 'berbuih' mulut mak saya suruh dia berhenti merokok tapi dia buat tak tahu je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Isy...geram juga saya. Dah la saya ni anti bau rokok! Ada idea tak macam mana nak buat adik saya berhenti merokok...?
p/s: kepada perokok-perokok budiman...tolong la jangan merokok kat tempat awam yang sesak dengan ramai orang terutamanya kat kedai-kedai makan ye...!