Pages

Sunday, November 7, 2010

2nd pregnancy: 1st trimester

18 minggu lebih dah usia kandungan, alhamdulillah. Selasa lepas pergi check up, alhamdulillah semuanya ok. Degupan jantung baby pun sangat bagus kata midwife. Hemoglobin (Hb) = 8.2. Hb saya memang macam ni je. Tak boleh nak naik-naik. Paling tinggi pun 9.5 je la tapi selalunya nak cecah 9.0 pun susah. Doktor/midwife hanya kena pantau supaya Hb saya tak turun bawah daripada 8.0 sebab kes saya memang tak boleh nak buat apa-apa untuk naikkan Hb.

Berat badan naik lebih kurang 2 kg daripada bulan lepas...daripada 89 pounds (40.5 kg) ke 92.6 pounds (42.1 kg). Pregnant kali ni rasa cepat betul perut besar. Masa mengandungkan Safiyyah dulu 6 bulan baru nampak perut. Ni baru 4 bulan lebih. Mungkin sebab perut pernah 'kembang' kot.

Saya nak kongsikan pengalaman sepanjang 1st trimester untuk 2nd pregnancy ni. Untuk rekod saya sendiri juga..


4 weeks
Masa ni saya dapat tahu dah saya mengandung (kira sendiri je mula-mula..merancang senang sikit nak kira). Ingatnya mengandung kali ni saya nak bagitau suami lambat-lambat sebab nanti dia yang over excited macam masa saya mengandungkan Safiyyah dulu (macam dia pulak yang mengandung :p). Tapi bila difikir ini kali pertama saya mengandung di Lincoln ni, saya bagitau juga la sebab risau kena lalui banyak prosedur (padahal tak pun). Terus suami saya beli home-pregnancy test. Alhamdulillah, betul telahan saya yang saya mengandung. 4 minggu pertama ni saya kerap sangat sakit pinggang. Buat kerja sikit, kena duduk rehat..pastu sambung balik buat kerja...rehat pulak balik. Mengalahkan orang tua pulak..huhu..


5 weeks
Ke klinik untuk buat pengesahan yang saya mengandung. Mula-mula tu timbang berat badan (91.8 pounds = 41.6 kg), dan check urine. Pastu baru la jumpa Dr.Brooke...

"Congratulation! You're pregnant!" kata-kata pertama Dr.Brooke sejurus sahaja dia melangkah masuk ke dalam exam room.

Saya pandang suami, suami saya pandang saya. Tersengih kami berdua.

Melihatkan reaksi kami yang sedikit pun tak terkejut, Dr.Brooke sambung lagi, "Oh, I guess you knew already. You did pregnancy test at home?"

"Yup". *senyum*


Lepas tu Dr.Brooke sembang-sembang dengan kami dan ditanya sedikit sebanyak tentang previous pregnancy. Lepas direkod semua, staff nurse pulak ambil alih...2 tiub darah diambil. Done! Ke farmasi pulak beli ubat. Kat sini ubat-ubat tak disediakan di klinik. Dr hanya prescribe ubat je pastu kita kena beli sendiri di farmasi (mana-mana farmasi yang ada).

Sejenis je ubat yang Dr.Brooke prescribed untuk saya: prenatal vitamin (90 biji harganya 10 dollar). Besar ya amat prenatal vitamin tu! Nak telan pun payah, selalu rasa tersangkut kat kerongkong..huhu. Tapi memang pelik la. Kat Malaysia dulu punya la banyak ubat yang saya kena telan masa mengandungkan Safiyyah. Kat sini sejenis je?? Rasa macam tak percaya pulak. Tapi bagus la sebab saya memang tak suka makan ubat..eheh..

Prenatal vitamin

Masuk minggu ke-5 ni pulak, saya terasa letih sangat-sangat walaupun belum buat 1 kerja pun lagi. Bangun pagi-pagi je badan dah rasa lesu. Ada masa-masanya badan rasa segar tapi most of the time rasa letih je. Pinggang pun masih sakit-sakit lagi. Saya tak boleh duduk dan berdiri lama. Duduk/berdiri lama-lama pinggang rasa macam nak patah. Masa ni la saya dah jarang berblog dan blogwalking sebab saya tak boleh duduk lama-lama. Memang saya lebih banyak baring je pun.


7 weeks
Dapat surat 'cinta' dari People's Health Center. Dari awal lagi saya memang dah duga hal ni pasti berlaku..

Surat cinta dari People's Health Center

"Hemoglobin was low. Please come in for additional test. Call for appointment. Ask for Christel. All other labs normal"

Minggu seterusnya pergi lagi ke klinik untuk diambil setiub darah lagi untuk ujian lanjut.


9 weeks
Prenatal visit kali pertama dengan midwife. Kat sini, hal-hal yang melibatkan pregnancy..midwife yang in-charge, bukan doktor. Tugas-tugas diorang (doctor, staff nurse, midwife) kat sini semuanya spesifik. Ada 3 orang midwife yang bertukar ganti; Karen, Nancy dan Jearlyn. Kali pertama ni, Karen yang in-charged.

Berat saya menurun sikit..daripada 91.8 pounds (41.7 kg) ke 87.2 pounds (39.6 kg). Selera saya tak berapa nak ada masa tu, lagipun puasa...tu yang berat turun agaknya tu. Alhamdulillah, dapat juga puasa penuh tahun ni. Masa mengandungkan Safiyyah dulu pun saya dapat puasa penuh. Tak payah ganti puasa tahun ni..yay! ^_^

Disebabkan ini pertemuan pertama dengan Karen, kami banyak sembang-sembang la terutama hal yang berkaitan dengan previous pregnancy. Karen maklumkan juga hasil ujian darah saya...hasilnya menunjukkan beta-thalassaemia trait. Dia ingat saya tak tahu lagi. Cuma sebelum ni saya tak tahu jenis thalassemia saya, sama ada beta atau alpha. Sebab tu la Hb saya rendah. Kata Karen lagi, diorang memang tak boleh nak buat apa-apa untuk naikkan Hb golongan macam kami.

Masa ni Karen suruh saya berhenti makan prenatal vitamin sebab antara kandungannya: Iron. Karen kata saya tak boleh makan Iron supplement sebab kandungan Iron saya dah cukup tinggi. Dikhuatiri kalau saya ambil juga Iron, masalah lain akan timbul. Saya pun tak berapa nak faham tapi lebih kurang macam tu la.

Saya hanya diminta makan folic acid dan calcium supplement je. Lega dah tak perlu makan prenatal vitamin tu! Saya kena ambil calcium supplement sebab saya tak minum susu. Tengok, midwife pun tak paksa saya minum susu tau. Doktor dan nurse kat Malaysia pun sama tapi suami saya pulak yang sibuk-sibuk suruh jugak saya minum susu :p. Folic acid pulak saya memang makan sebelum mengandung lagi, so Karen suruh teruskan je la.

Folic acid dan Tums (calcium supplement yang selamat untuk ibu mengandung). Sedap sungguh tums tu! Yang mula-mula tu suami saya beli yang ada pelbagai perisa (assorted fruit: lemon, orange, lime & cherry). Dah habis sebotol tu, suami saya beli pulak orange cream flavor. Macam makan gula-gula je...sedap! Kalau macam ni, sampai bila-bila pun saya tak kisah makan tums tu ^_^


13 weeks
Ada bleeding sikit minggu ni. Kebetulan hari yang sama bleeding tu, saya kena pergi check up. Kali ni pun masih Karen yang on duty. Berat saya naik sikit berbanding sebulan lepas (daripada 87.2 pounds = 39.6 kg ke 89 pounds = 40.5 kg). Hari tu juga saya kena buat pap smear. Terkejut la masa Karen bagitau tu. 1st prenatal visit dulu memang dia ada bagitau yang saya kena buat pap smear tapi tak pula diberitahu bila. Nak lari memang tak boleh le dah :p.

Sambil-sambil buat pap smear, Karen cuba cari punca bleeding tu tapi tak dapat dikenalpasti. Tak tahu sebab apa bleeding tu terjadi. Dia check degupan baby...katanya degupan baby sangat bagus. Kalau degupan baby elok kata Karen, kebarangkalian untuk keguguran berlaku hampir tiada. Alhamdulillah, lega sikit dengar masa tu. Tapi tetap rasa risau la sebab masa mengandungkan Safiyyah, sekali pun tak pernah bleeding.

Oh, rupanya buat pap smear tak la seteruk yang saya bayangkan. Tak rasa apa-apa pun. Tak tahu la kalau saya lebih fokus rasa malu daripada rasa sakit. Sebelum ni punya la saya bayangkan betapa sakitnya buat pap smear, tu yang asyik ngelat je tu :p

27 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

tatau pun kak nadiah pun pregnant jugak... pandai sorok ye... ataupun shira yg ketinggalan bc entry akak yg lepas2 ni... kes sm la cm akak, xleh duduk lama2 dpn laptop ms awal2 pregnant.. congrats kak!

OneSimpleMother said...

nak la tgk rupa ummi safiyyah pregnant.. hehehe..

Izan Ishak said...

nadiah, kak izan masa 1st time buat pap smear pun sgt malu n ingat sakit camna lah kan. nasib baik semuanya ok....taklah seteruk yg disangka...hehe...

nadiah...jaga kandungan baik2 ye. makan lah banyak2 skit for baby...

fatonah said...

salam nadiah...akk dah agak dah sbb lama nadiah tak update blog...sekapal dgn izzah rupe yer..hihi..
jaga diri tau....banyakkan rehat.....

Anonymous said...

take a good care tau.

pasal bleeding, kekadang a tear kecik aje sebab kita tersilap angkat benda or dokong anak. kalau takde tanda threaten miscarriage, insyaAllah takde apa2.

♥MAMASYAZA♥ said...

nak naikkan hb, mudah aje, 2 3 hari sebelum g checkup tu, goreng ikan bilis, makan ikan bilis byk2, insyaallah hb akan naik. try la
akak dulu selalu buat camtu, hb akak selalunya 11

-aZa- said...

wah tak sabar tunggu next entry ehehe..

semoga dipermudahkan akak...^_^

idasm said...

nadiah,
tahniah! happynya akak bila dgr nadiah mengandung (dlm hati - mintalah jangkit kat akak sekali.. hehe)

seronok baca entry pasal pregnancy ni..

take care yea..

maziah said...

tahniah..safiyyah dah nk dpt adik. jaga diri leklok. walaupun dh ada pengalaman tp kekadang tu, tiap kali kandungan, pe'el nya lain2.

vitamin prenatal yg besaq gedabak tu, certain klinik/spital kat tmpt kita mmg kena telan yg tu.. jenuh kena kunyah dulu...huhuhu

jaga diri.. moga selamat semuanya

Affieza said...

Hope K.Nadiah sihat2 je..
Take care of yourself and your baby..

Ina Hashim said...

Nad...

congratsss!!!

Ummi Maryam said...

tahniah, seronoknya mengandung lagi..saya baru sekali peknen, hopefully dapat peknen for the 2nd time like you :). take care :).

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

nadiah pon macam saya gak, hb rendah masa pregnant dulu (8-9)..dulu saya banyak makan sayur bayam n kacang kuda baru naik sikit hb, tapi takat 10 je la..

yatie chomeyl said...

ringannya nadiah. kena gain weight lagi ni, for the sake of your baby kan

H.E.L.W.A said...

salam kak nadiah.. first time saya nk komen dalam blog akak ni.. huhu.
da lame sebenarnya jadi stalker akak..sorry kak! ;(


ringan nye ek akak.. saya yg tak kawin ni pun berat da melebih2..
tambah berat kak..:)

semoga akak sentiasa sihat dan comel selalu..

wassalam~~:)

boundaries said...

teruskan cerita ek k.nadiah isu ni...perkongsian yg bagus....suke baca...tapi tulis bila time k.nadiah ok ek...jaga diri baik2^_^

Hamizah said...

akak pon makan 1 biji je vitamin..sbb multivitamin,kan?

betul la..dah byk kali pregnant mesti perut dah longgar..sbb tu rasa cepat besar..

mirah said...

nadiah, take good care of yourself ya..

fata said...

k.nadiah..vitamin prenatal yg besaq tu misti mcm obimin kan.fata mmg xmkn vitamin yg dpt kt klinik tu sbb byk sgt.last2 husband beli obimin je kt farmasi,mkn tu jela spjg mgndung n sambung lg masa menyusu.pyh nk telan tp puas ati sbb sekali je senang keja hehe ;p
tahniah utk fetus dlm perut...

aLyNnZ said...

tahniah nadiah atas kandungan kedua..alin br tau atau alin terlepas n3 nadiah inform dah pregnant..anyway take ur self..mcm berjanji plak dgn izza kan..tp lau alin pun lau ada peluang mmg teringin nak deliver kt oversea..bkn senang kan..?

sonok tgk kwn2 blog menambah ahli keluarga..

waahhh saffiyah nak jadi kakak yer..nanti jgn buli adik tau..

aLyNnZ said...

btul ker xsakit wat pap smear..?
ntah knapa alin takot..tp lau btul xsakit alin mmg nak g wat ujian tuu..langsung xrasa apa2 ke nadiah..lama x nak wat ujia tuu..?

Nadiah Sidek said...

ashanas: ni entry pertama akak cerita psl 2nd pregnancy ;)

ummu luqman: ala..sama je la kak..makin tembam ada la. hehe..

k.izan: tu la..kita je fikir lebih2 padahal tak sakit pun :p

k.fatonah: hehe..insyaAllah..tq kak! :)

mama miya: harap2nya mcm tu la. risau sbb tak pernah bleeding masa 1st pregnancy. thanks ya!

mamasyaza: dulu2 nadiah suka ikan bilis. la ni kureng le dah kak. kalau makan pun sikit je

aza: ameen. tq aza! :)

Nadiah Sidek said...

k.ida: kalau pregnant boleh berjangkit, alamatnya semua mengandung tiap2 tahun la..ehe..

maziah: mmg tak sama pengalaman walaupun dah mengandung 10 kali, kan? thanks maziah!

affieza: tq! :)

k.ina: tq! :)

ummufarhan: jom..jom..ngandung sama2. hehe..

ummi aisyah: saya setakat ni paling tinggi pernah capai 9.5 la (masa mengandungkan safiyyah)

yatie: masa mengandungkan safiyyah dulu mmg mcm ni jgk berat kite..naik 10 kg je pun masa mengandungkan safiyyah

Nadiah Sidek said...

kemanisan cahaya: stalker?? ganas sgt bunyinya tu. hehe. tq! :)

boundaries: insyaAllah :)

k.hamizah: a'ah, ada mcm2 kandungan dlm vitamin tu

mirah: insyaAllah. tq! :)

fata: suka2 hati dia je ye tak mkn ubat yg klinik bagi..hehe..

alynnz: yup, betul tak sakit buat pap smear tu ;). dulu kite pun takut juga, asyik ngelat je :p. cuma masa nak buat tu relakskan diri, buat mcm takde apa berlaku, insyaAllah tak rasa apa :)

Unknown said...

owh.. nadiah thalassemia ya.. dulu ingat nak tanya, sbb bila tgk nadiah ni sama mcm kawan kakyong, nama dia najwa, dia minor thalassemia..

kakyong xde thallasemia, tp hb around 10-11 jer.. x leh nak cecah 13 pun..

apa2 pun kakyong doakan semoga semua nya dipermudahkan utk nadiah spjg pregnancy kali ni..

Ummi Shira (AshAnas) said...

lps baca entry akak ni, shira gi car tums tu kat guardian. kt malaysia takde la kak...
die macam gula2 ek?

Ummi Shira (AshAnas) said...

lps baca entry akak ni, shira gi car tums tu kat guardian. kt malaysia takde la kak...
die macam gula2 ek?