Pages

Tuesday, June 19, 2012

BBQ dengan 2 keraian

Tak habis-habis dengan BBQ :p. Selagi musim sejuk tak muncul, selagi tu la ada je aktiviti BBQ. Walaupun selalu buat, tak pula jemu. Kali ni BBQ dibuat di rumah Bonn/Roz pada 15 Jun yang lalu. BBQ ni la yang saya maksudkan di bahagian nota dalam entri 3 perkara, 2 kali seminggu tu tapi tak sangka pula akan ada BBQ terawal di bulan Jun sebelum BBQ ni.

BBQ kali ni sebenarnya dibuat untuk meraikan anak sulung tuan rumah yang dah pun tamat high school dan akan menyambung pengajiannya di University of Nebraska-Lincoln dalam bidang Architecture (fall semester intake kalau tak silap saya).


Aktiviti di halaman belakang rumah. Masa ni kami baru sampai je. Dah pukul 8 lebih masa ni. Masih terang-benderang macam baru pukul 6 petang.


Yang diraikan, Jati: berbaju putih sebelah kanan sekali. Masa ni tuan rumah buat ucapan ringkas dan diikuti dengan bacaan doa selamat.




Makanan! Seperti biasa, potluck.


Ada yang makan di dalam rumah, ada juga yang makan di halaman belakang. Saya makan di luar dengan anak-anak dara. Tiba-tiba terasa macam masih muda remaja dan sebaya dengan adik-adik manis tu je ^_^. Dah la anak-anak tak duduk dengan saya. Safiyyah dengan Hasanah, Shakir pula dengan papa dia. Lagi la rasa macam muda belia..hihi. (Tak sedar diri bulan 8 nanti dah nak masuk angka 3 siri :p).


Murah hati betul Shakir ni. Baju pun diberi makan sekali :p. Sekarang ni Shakir suka nak makan sendiri. Tak mahu disuap langsung. Kalau makan sendiri, macam tu la jadinya. Habis satu badan penuh dengan makanan.


Aktiviti lepas makan di ruang basement.


Sebelum balik, ada kejutan dibuat untuk Sarah dan Raihan (malangnya, Sarah tak jadi datang pula). Surprise birthday party! Kejutan ni perancangan saya dan suami. Sehari sebelum BBQ ni baru terfikir nak buat kejutan ni. Kebetulan hari lahir Sarah dan Raihan jatuh dalam minggu tersebut. Semua orang tak tahu perancangan kami melainkan Irfan dan Rahman sebab bujang berdua tu datang ke rumah kami hari sebelumnya.

Saya pula memang merancang nak buat kek untuk BBQ kali ni. Kena sangat la kalau nak dibuat kejutan. Saya hanya perlu tambah tulisan Happy Birthday je di atas kek. Daripada kek biasa yang tiada makna, jadilah kek hari lahir ^_^.

Masa BBQ tu la baru kami berbincang senyap-senyap dengan yang lain macam mana nak buat kejutan ni. Rancang lain, jadinya lain. Terlalu lama menunggu Raihan mencuci pinggan mangkuk, dan hari pun semakin lewat, akhirnya kami sepakat buat kejutan di dapur ^_^.


Masa ni kami tengah menunggu birthday girl yang tak muncul-muncul.


Lama sangat menunggu Raihan yang masih belum selesai cuci pinggan, kami bawa kek ke dapur la jawabnya ^_^. Kali ni saya buat Chocolate-covered Strawberries Cake.


Birthday girl yang terkejut ^_^.
Yay, misi berjaya!


Kejutan ni pun sebenarnya hampir-hampir digagalkan oleh birthday girl sendiri. Masa kami baru sampai di rumah Bonn/Roz, Raihan ternampak saya bawa sesuatu tapi mujur juga dia tak terdetik nak tengok apa yang ada di tangan saya waktu tu. Lepas tu asyik ditanya je saya bawa apa kali ni. Saya kata saya bawa perut je tapi tak puas hati juga dia :p. Nasib baik menjadi juga kejutan ni ^_^.


Kanan: Raihan bersama teman serumahnya; Elfha.
Kiri: Saya dan Raihan.


Safiyyah yang pantang nampak kek.


Minit-minit terakhir sebelum balik rumah. Masing-masing macam belum nak balik rumah je lagi...bersembang tak henti-henti. Nasib baik tak kena halau dengan tuan rumah :p.



Nota: Rasa gembira dapat menggembirakan orang lain :).


18 comments:

Unknown said...

bestnye berbbq :) shakir makin encem :)

Nida Mohd said...

meriahnya kak..seronok tengok..;)

Comel je shakir dengan tulang ayamnya..sama la macam si kecik saya, nak makan sendiri..kalau sehari tak tukar baju 3,4 kali tak sah..hehe

yatie chomeyl said...

bestnya rumah tu, siap ada snooker set lagi *cakap macam reti main padahal xpernah pegang pun hahaha*

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestnyer umah kat sana mmg luas ekk...jelezz la weols kat sini nak BBQ x dpt la nk buat kat umah ...sini mana ada laman...kena terjah taman or buat tepi sungai jer....but this year x buat BBQ lagik...maybe after raya kot buat ngan junior nnt @.@

sweet life said...

bestnya makan2
then... mana sarah kak nadiah?
shakir sgt comei makan comot...
uhhhuuuuu...
comei nye saffiyah...
mulut dia.. muncung... hehe

Teratak Hami said...

Ni la antara bestnya dok oversea. Walaupun jauh ngan family tapi hampir setiap minggu ada je event.

LadyBird said...

bestnye.. asyik makan jerk...


p/s : akak.. iza x reti pun ambik gambar.. tu keje suami iza... hobi die ambik gmbr..

Diana @ BKKC said...

slm follow

incik said...

geramnye tgk anak2 akak..comel sgt!

Nieda said...

bestnya bthday girl . mesti kenangan seumur hidup.

Unknown said...

shakir makan sorang ke peha ayam tuh...hebat...hehe

Unknown said...

Wah, dah nak masuk 3 siri. Hoho, tahniah. :D

mamaarifakeemaisy said...

meriahnyer..

seronok bila buat kejutan menjadi kan..hikhik...terharu si kawan.. ^_^ sedap nampak kek tu..nyum3x..

baru nak masuk 3 series, masih muda sangat..anak dh 3..congrate~ ^_^

Asmara said...

kemas dan cantik keknya. betul tu mmg rasa sgt gembira bila dapt gembirakan org lain. :D

Unknown said...

meriah kan bila dapat berkumpul ramai-ramai mcm tu.mcmx2 makanan ada tu.masa summer ni la nak berbbq pun kami pun ada juga buat kat sini hari tu. sekrng ni kat Finland ni tgh mid summer isyak 12.00mlm dan subuh 1.40pagi sabar jer la puasa nanti siang yg panjang:)

Anonymous said...

hai nad...bestnye dpt berparty camni...mengeratkan lg silaturrahim kan...bila la js nk join camtu gak...hehe

+ e.z + said...

stiap kali tgk korang ber BBQ rs cam nk join jerk. :)

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye suasana cam tu....rindu zaman anak remaja dulu....