Pages

Thursday, July 26, 2012

Motivasi berpuasa di musim panas

Membaca tulisan Ustaz Hasrizal dalam entri blognya yang bertajuk Puasa Zama' al-Hawajir dan Olimpik 2012!, secara tak langsung menyuntik motivasi dalam mengharungi puasa di musim panas ni. Seperti tahun lepas, Ramadhan di US kali ni juga jatuh pada musim panas. Lebih mencabar, siang di musim panas adalah panjang waktunya

Cumanya, saya kira kami sedikit bertuah kerana hanya perlu berpuasa selama 16 jam lebih jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Eropah yang berpuasa di antara tempoh 18-20 jam. 20 jam! Tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya berpuasa dalam tempoh sepanjang itu. Pasti mereka yang terpilih untuk melalui puasa dalam tempoh yang panjang begitu bukan calang-calang orang. Mereka pasti manusia hebat yang dipilih Allah!



Kalau nak diikutkan, saya tak terasa sangat cabaran berpuasa di musim panas sebab saya hanya duduk di rumah sahaja. Rasa panas sikit, pasang penghawa dingin. Aduhai, rendahnya tahap kesabaran saya menghadapi cuaca panas dalam keadaan berpuasa.

Buat teman-teman yang juga turut berpuasa di musim panas termasuk suami saya sendiri yang terpaksa berpanas di ladang demi research, semoga terus tabah meneruskan ibadah puasa sehingga ke akhir Ramadhan. InsyaAllah, kalian adalah manusia hebat dan luar biasa pilihan Allah. Saya sarankan kalian baca sendiri tulisan Ustaz Hasrizal yang berkenaan.

Saya akhiri dengan petikan ayat yang saya ambil dari blog Ustaz Hasrizal...


Abu Darda’ sendiri pernah berpesan:

صوموا يوما شديدا حره لحر يوم النشور وصلوا ركعتين في ظلمة الليل لظلمة القبور

Berpuasalah kamu pada hari yang panas, pada memikirkan panasnya Mahsyar itu nanti. Dirikanlah solat dua rakaat pada malam yang gelap, dek memikirkan gelapnya liang lahad di alam kubur nanti



Nota: Sekejap je seminggu Ramadhan berlalu.

11 comments:

UMMI YL said...

Saya pun selalu cakap rindunya hujan yang dingin..sebab di sini sudah lama tak hujan dengan banyaknya...:(sebab takut allah tak tutunkan hujan sebab manusia banyak berdosa..)

tapi membaca apa yang bau darda tulis..insaf terus..rasa cam nak nangis pulak..:(

Anonymous said...

ada kawan saya kat sweden sebelah utara, katanya 20 jam ++ dia berpuasa, moga dipermudahkan puasanya, mujur saya 18 jam shj :)

transformed housewife said...

tak pernah merasa berpuasa di musim panas semasa di NZ. Semoga Nadiah & yg lain2 lebih bersabar & bertahan.

Aleyn said...

Selamat berpuasa dan teguhkan iman di dada...

Unknown said...

Semoga kita semua akan sentiasa sabar dan kuat..kerana Allah bersama oang2 yang sabar.. :)

All about a journal said...

Salam kak..

MasyaAllah..hebatnya dugaan..

Tapi macam akak pun, BF kan..mesti cabaran dia pun bukan calang2..

Aza kalau cuti..si amir asyik mengepam ummi dia ja...melepek juga kak..

hamizah said...

Srmoga yabah, nadia..

ishamizu said...

Skjp je kn dh seminggu Ramadhan blalu..
slmt bpuasa dear..!

Unknown said...

pergh cecah 20jam yer berpuasa...cabaran betul tuh...

Affieza said...

Moga akak berjaya menempuh Ramadhan kali ni dgn sebaik mungkin...

Nur-nba said...

Betul tu Nadiah.. itu baru panas di dunia.. Kat Malaysia pun cuaca agak menduga.. Hebatnya cabaran berpuasa dalam musim panas yg panjang..